Kanak -kanak yang sangat senang beralih
pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah
tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai
kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak
menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh
duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain .
Satu cerita dijadikan cerita .....
Abu
yang berumur empat tahun telah dibawa ke klinik kanak - kanak kerana
terlalu Aktif atau cergas dan tidak boleh duduk diam . Abu dilahirkan
seperti biasa dan kesihatan serta perkembangannya sehingga usia satu
tahun dikatakan memuaskan . Selepas Abu sudah boleh berjalan dikatakan
sangat buas, selalu memanjat di atas perabot - perabot serta memunggah
benda - benda . Pendek kata Abu jarang duduk diam dan dia sangat kurang
tidur . Semakin dia besar semakin sukar untuk menjaga atau mendidiknya .
Dia masih belum boleh bercakap seperti kanak - kanak yang sebaya dengannya dan dia tidak boleh mengikuti arahan yang diberi kepadanya walaupun ibubapanya tidak meragukan kebolehan pendengarannya . Dia masih memerlukan bantuan untuk makan . memakai baju atau membuangair kecil dan besar .Ibu bapanya tidak memasukkannya ke tadika tetapi dia dikatakan terlalu resah , dan tidak mematuhi apa - apa arahan yang diberikan . Abu juga tidak boleh menumpukan perhatiannya kepada sesuatu perkerjaan .
Dia tidak suka duduk dengan lama, asyik hendak berlari keluar dari bilik darjah . Kelakuannya didapati sukar dikawal oleh gurunya sehingga ibu bapanya diminta mengeluarkannya dari tadika kerana dia sentiasa mengganggu aktiviti - aktiviti kelas .Abu merupakan seorang kanak -kanak yang mengalami sindrom heperaktif atau dipanggil " Attention deficit disorder " . Keadaan ini menimbul kerumitan kepada ibu bapanya untuk menjaga dan mendidiknya .

Kelakuan yang biasa diperlihatkan di dalan keadaan ini boleh dibahagian .
(1) Kekurangan tumpuan perhatian
Kanak
-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke
perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba
bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa
pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas
yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya
seperti kanak -kanak lain .
(2) Mengikut Dorongan Hati ( Impulsif )
Dia
tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malah telah
melakukannya sahaja. Dia membuat sesuatu dia akan dengan cepatnya
berubah pada membuat sesuatu yang lain . Ibu bapa dan guru -guru
mendapati sukar mengawalnya kerana dia tidak mengikut arahan yang
diberikan .
(3) Berkelakuan Terlalu Aktif
Kanak
-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari -lari , memanjat -manjat
perabot , sukar duduk diam , dan seolah -olah ada kuasa yang
menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak
-kanak hiperaktif .Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian
serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau
tiga tahun , apabila dia sudah boleh berlari , memanjat dan melompat .
Pemeriksaan uarat saraf di kalangan kebanyakan kanak -kanak yang
dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif , selalu tidak menunjukkan apa
-apa gangguan . Malahan di kalangan kanak -kanak yang dikatakan ' brain
damaged ' ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif .
Anggapan umum ialah kanak -kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum , tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi .Kes -kes hiperaktif yang didapati di klinik Perkembangan Kanak -kanak di Universiti Kebangsaan Malaysia kebanyakan yang melibatkan kanak -kanak lelaki . Sebabnya masih menjadi suatu tanda tanya . Satu lagi hal yang menjadi tanda tanya ialah berapa ramaikah kanak -kanak di negara ini mengalami keadaan sindrom hiperaktif .

Proses
penilaian kanak -kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi
pemeriksaan paediatrik dan psikologi. Kanak -kanak ini memperlihatkan
berbagai bagai masalah seperti lambat bercakap , sukar dilatih untuk
berdikari atau mengenali keadaan yang merbahaya . Dia juga sukar
menerima pengajaran kerana tumpuan perhatiannya kurang . Pemeriksaan
oleh pakar kanak -kanak untuk memastikan yang tiada gangguan uarat
saraf atau tahap elemen plumbum (lead ) yang tinggi di dalam darah
perlu di buat . Lazimnya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan tanda
-tanda yang luar biasa .
Ibu
bapa perlu mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan ini serta
strategi rawatan yang boleh digunakan kerana mereka merupakan orang
yang paling penting di dalam rancangan pemulihan yang bakal di jalankan
ke atas anak -anak mereka itu oleh profesional -profesional yang
terlatih .
No comments:
Post a Comment