Monday, August 5, 2019

Kaki Novel vs. Kaki Tulis


Image result for hantar manuskrip ke kaki novel


Assalammualaikum wbt. dan selamat petang semua....
dah lama tak berblog. di kesempatan ini, saya kongsikan bersama-sama syarat dan kriteria penghantaran manuskrip bagi novel cinta. 
mana tahu korang kat luar sana termasuk yang sedang baca ni ada bakat terpendam... apa lagi. tak rugi mencuba!!!

MANUSKRIP
SYARAT DAN KRITERIA PENGHANTARAN MANUSKRIP BAGI NOVEL CINTA
  • Jenis font, Times New Roman
  • Saiz font 12
  • Langkau dua baris (Double spacing)
  • Manuskrip mestilah berjumlah 350 sehingga 400 halaman
  • Saiz kertas A4 (Cetak di bahagian depan sahaja)
  • Perlu dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy
  • Wajib disertakan bersama sinopsis penuh sekurang-kurangnya dua hingga tiga halaman.
  • Perlu disertakan butir-butir lengkap mengenai penulis
*Manuskrip hard copy boleh dipos kepada alamat Grup Buku Karangkraf yang tertera di laman sesawang Alaf 21 dan soft copy boleh di e-melkan ke alamat  alaf21@karangkraf.com (bagi genre cinta)

SYARAT DAN KRITERIA PENGHANTARAN MANUSKRIP BAGI BUKU UMUM/ RESIPI/ KRAF
Anda yang berminat untuk menghantar karya perlu mengikut panduan yang disediakan oleh Alaf 21 seperti berikut:
  1. Tebal manuskrip buku umum antara 200-300 muka surat. Jaraknya 1.5 spacing.
      2. Tebal manuskrip buku resipi 112 muka surat. Sertakan gambar resipi.
      3. Tebal manuskrip buku kraf 112 muka surat. Sertakan gambar kraf.
      4. Nyatakan kekuatan buku itu, apa yang mahu diketengahkan dan siapa target sasaran. Sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel anda untuk dihubungi.
      5. Manuskrip ini hendaklah dihantar sendiri atau diposkan ke Alaf 21. Jangan sertakan CD, disket atau pendrive.
      6. Setiap manuskrip yang sampai ke Alaf 21 akan dimaklumkan kepada penulis. Penerimaan ini juga akan direkodkan sebagai simpanan kami.
      7. Panel penilai akan menilai setiap manuskrip dalam masa tiga hingga empat bulan.
      8. Setiap karya akan dinilai dari aspek penyampaian bahan dan kesesuaian mengikut kehendak pasaran.
      9.  Manuskrip hendaklah diemelkan kepada rubiah.aksah@karangkraf.com atau hantar ke

Editor Grup Buku Karangkraf.
Lot 26, Jalan Renggam 15/5,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam

No comments: