Showing posts with label Cinta Fatal. Show all posts
Showing posts with label Cinta Fatal. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Cinta Fatal (iii)




Dimensi tentang CINTA sebenarnya bukanlah pengisian untuk menyambut kepentingan nilaian (values) tentang kita sahaja atau keinginan mengisi rindu 2 jiwa.

Bukan juga destinasi mencari kewujudan insan istimewa untuk mengisi kekosongan di hati. Ini kerana, hati yang kosong jika tidak terisi dengan kebenaran yang benar, bakal mengundang panahan emosi yang dipenuhi oleh definisi CINTA yang dikhayalkan oleh MIMPI dan FANTASI.

Jika CINTA itu dibebankan dengan perasaan untuk mereka yang diutamakan atau jika sayang tanpa sandaran tauhid dan keimanan; maka itulah kesilapan FATAL terhadap definisi CINTA.

Fatal yang akhirnya membawa kepada pembunhan jiwa-jiwa tidak berdosa serta membawa kemusnahan alam seisinya.

 


 Ketrampilan CINTA yang diredhai oleh ALLAH adalah fitrah dan Anugerah. Pemilihan CINTA yang FATAL akan menyalahi FITRAH dan bakal menimpa PADAH. Cinta fatal wujudnya tiada ROH dan KASIH kerana ALLAH. Tiada taklif serta beranggapan DOSA sebagai SENDA. Cinta fatal inilah yang menghumban ribuan nyawa yang belum sempat dilahirkan serta tidak berdosa ke pinggiran jalan dan tong-tong sampah.





Manakala cinta fatal sesama jenis pula amat dikutuk oleh ALLAH sekeras-kerasnya seperti yang ditimpakan akan umat zaman Nabi Lut dengan ribut sebelum fajar yang memusnahkan. 



Cinta Fatal (ii)

 

Anda cintakan WANG RINGGIT... (RM)? 

Bagi sesetengah golongan yang cintakan KEHEBATAN di dunia, dirinya akan sentiasa mendambakan keHORMATan, PUJIAN serta sanjungan. Di atas kehebatan cinta inilah, kebanyakan daripada kita sanggup bergadai demi mengekalkan tanggapan CINTA itu di takhta pandangan zaman selagi ada hayatnya. Apatah lagi jika peluang itu membolehkan diri terus BERKUASA memegang tampuk kepimpinan di dalam sesebuah organisasi.

 

Ini pula kelompok yang cintakan dunia, mereka merubah landskap kecintaan melampau terhadap perkara-perkara yang tidak mempunyai roh dan jiwa;

Kekayaan yang diagungkan, sanjungan yang didambakan.

Tanpa disedari kecintaan itu akan membawa ke lorong murka Allah dan Rasul. Sabda Rasulullah S.A.W:

"Celakalah hamba dinar, celakalah hamba dirham, celakalah hamba QUTAIFAH (sejenis matawang)" 



Tuesday, October 9, 2012

Cinta Fatal (i)


Engkaulah cinta , Engkaulah Bunga, Akulah Kumbang. Bertemu kini di taman yang indah. Aduhai sayang..... cintaku padamu seluas lautan, setinggi awan. Hanya maut yang dapat memisahkan kita.

Demikian indahnya definasi sebuah CINTA atau LOVE....!!!

Itu jugalah ilustrasi yang kerap digambarkan di benak minda serta kotak fikiran setiap dari kita. Namun, realiti dan hakikatnya....

ia jauh menyimpang dari tafsiran jiwa fitrah seorang insan (jika rasa disandarkan bukan kerana ALLAH).Gelodaknya kian melukakan emosi dan perasaan. Tiada lagi bunga dan kumbang, lautan dan awan. Apa yang tinggal hanyalah kelukaan berganda menimpa diri. Suasana kelam dan kabur menyelaputi hati hingga terasa longlai untuk terus bertahan....

Lumrahnya cinta yang dilafaz adalah tanggapan sebuah perasaan istimewa (love is in the air) yang menghubungkan antara dua hati saling merindu dan berharap tiada yang dapat memisahkan mereka. Bagi sang bercinta, CINTA yang wujud hanyalah getaran perasaan yang mengiktiraf tarikan (magnet) antara dua insan.

Lalu, menganggap ia perlu untuk disempurnakan demi kewujudan hidup yang diciptakan. Lantas, dikhabarkan pula indahnya perasaan itumelalui ilustrasi dan tulisan. Bahawa pada mereka, semuanya itu lebih indah jika diakhiri dengan kepuasan yang MENGHIBURkan...

Bagi yang kalah, tewas dan mudah lemas dalam lautan nafsu cinta, mereka terus kabur serta hanyut dalam kesesatan dan akhirnya BERSATU atas asakan naluri BIOLOGI. Si lelaki meMUJUK atas alasan MEMBUKTIkan CINTA. Manakala si wanita pula MENYERAH dengan rela atas alasan DEMI CINTA SEJATi. Ya Allah betapa murahnya MARUAH. Betapa rapuhnya IMAN di dada.... 





....Yeah, kita sambung cerita
Kalau kamu berdua, aku yang ketiga
aku penambah perisa
akulah pendarab nafsu serakah
hai teruna bikin selamba
hati si dara kata tak apa
berani buat terima padah
kaku tak sedia ucap syahadah
boleh pandang-pandang
boleh pegang-pegang
duduk rapat-rapat, bertambah sayang
jangan malu-malu, jangan segan-segan.....





Demikianlah gambaran dalam korus lagu Kalau Berpacaran. Diselitkan monolog syaitan yang menggoda manusia agar melakukan maksiat.... 


Jadi Sentiasalah Berwaspada & Berjaga-jaga dalam kita berCINTA terutama remaja... REMAJA tua pun kena juga berjaga-jaga... kerana SYAITAN TAK PERNAH BERHENTI MENYESATKAN MANUSIA...!!