Showing posts with label ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH. Show all posts
Showing posts with label ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Mahu Anak Ramai Atau Sedikit?

Ada orang kata anak ramai membebankan. Ada pula orang kata bila anak ramai; kehidupan masa tua akan dijaga. Tapi ada orang kata sepasang; seorang lelaki dan seorang perempuan sudah memadai dan mencukupi. Mana-mana pun tepuk dada tanya selera. Kenapa isu ini dan topik ini saya pilih untuk diperdebatkan? 
 
Actually bukanlah minta diperdebat cumanya saya ingin berkongsi input terakhir dari hasil bacaan saya dalam buku Begini Sayang... sebab sudah tiba masa buku ini dipulangkan ke Library untuk ibu bapa lain pula membaca dan menimba ilmu di dalamnya.... insya'allah.

Bilangan anak berkait rapat dengan pembahagian kasih sayang yang sama rata. Jika mahu anak ramai; curah dan limphkanlah kasih sayang kepada anak-anak seadilnya.

Di dalam buku Begini Sayang tulisan Mohd Hisham Mohd Shariff & Hasifah Zainuddin berkongsi pendapat iaitu mempunyai anak yang ramai memang menyeonokkan, tetapi amanah yang dipikul juga semakin berat. Tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar memberi makan minum dan belaian perasaan sahaja, tetapi perlu disertakan dengan hikmah dan kebijaksanaan seperti Luqman mendidik anaknya.

Ibu Bapa hendaklah bijak bermain perasaan agar tidak mengguris hati kakak dan adik-adik yang lain. Kasih sayang harus dicurahkan dengan seadil-adilnya.

Friday, September 21, 2012

Si Kecil dan Menabung vs. Menderma



Syawal baru sahaja berlalu. Alhamdulillah.... 
Sekarang anak2 sibuk mengira duit raya, tak kurang ibu dan bapa. 

Anak2 sedang berkira-kira nak beli buku Barbie ke, i-Pad ke, dolly ke, tricycle ke, scooter ke, Lego ke atau pun menambah koleksi kereta mainan...

Manakala si ibu telah berkira-kira untuk membuka akaun  atau pun menambah simpanan yang sedia ada.. Ikutkan kita semua punya kemahuan. Melihatkan apa yang ada pada orang lain, kita pun mahu. Nak-nak pulak semasa berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan taulan, si anak telah mengendeng minta dibelikan i-Pad. Dah naik syok main game di i-Pad milik sepupu ataupun kawan mereka.. itulah anak-anak zaman teknologi.

Walaupun kita perlu bergerak seiring kemajuan dan perubahan zaman TAPI budaya menabung dan bersedekah jangan dipisahkan.




  DERMA. Ajarlah anak-anak untuk ringan tangan menderma. 




 IKHLAS. Didik anak-anak untuk ikhlas menderma bukan dipaksa untuk menderma. 



TERANGKAN pada anak-anak bahawa menderma dan bersedekah juga antara cara dan contoh kita mensyukuri akan nikmat dan rezeki Allah. CERITAKAN mengapa kita perlu menderma dan membantu. Ini dapat melatih dan mendidik anak agar menjadi seorang insan yang prihatin terhadap kesusahan orang lain. Anak-anak perlu dibimbing agar tidak menjadi manusia yang kedekut dan kikir. Bukan sahaja kepada orang lain TETAPI kepada adik beradik yang lain juga.



Dan ingatlah juga, tatkala Tuhanmu memaklumkan: "sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim 14:7)

Thursday, September 20, 2012

Si Kecil Anda Suka Bertanya?

Si Kecil Anda Suka Bertanya? Kata ramai orang di luar sana termasuk yang bijak dan pandai.... anak-anak yang banyak bertanya itu dan ini, begitu dan begini, kenapa, mengapa, bagaimana, di mana dan mengapa adalah kanak-kanak yang BIJAK!!! jadi anda tidak perlu risau, berikan sahaja jawapan TAPI kalau anda tidak tahu jawapannya berlaku JUJURlah pada mereka... jangan malu untuk MENGAKU TIDAK BIJAK di hdapan si kecil.
Ini pengalaman saya sendiri berhadapan dengan soalan yang keluar dari mulut anak sulung saya Nur 'Ain 'Aqeelah yang berumur lima tahun pada saya. Mungkin persoalan itu hadir kerana saya sering memarahi dia kalau dia takutkan gelap sewaktu hendak mengambil sesuatu di tingkat atas ataupun bila mahu ke tandas di waktu malam. Saya selalu kata tak perlu takut kerana ALLAH ada menjaga dia tak kira gelap atau terang; siang atau malam.... kerana ALLAH itu Maha PELINDUNG..



 Satu hari dia bertanya, 



"Mummykan selalu kata Allah itu ada, Allah itu ada... ha, ha, ha....!!! Mana? Mana Allah? Tunjuk dekat kakak, mana Allah?"



Jujur saya kata, waktu itu otak saya jammed!!!! Bluuuurrrr..... macam mana nak terangkan dia tentang hakikat kewujudan Allah Azzawajalla. Saya pun perlahan-lahan menyusun ayat, menunggu reaksi dia pada jawapan saya.
"Allah itu ada di mana-mana sahaja... kakak tak nampak Allah, tapi Allah nampak kakak. Dekat dengan kakak. Kakak main kat mana pun Allah ada jaga kakak. Jangan bagi syaitan kacau kakak. Kalau kakak menyorok pun Allah nampak, tutup dengan blanket pun Allah nampak sebab Allah tu kan Maha........"
"Maha Melihat........." sambung 'Aqeelah.
"Allah yang jadikan kita. Jadikan Mummy, jadikan Daddy, jadikan kakak, Afeeqah, Aleesya, pokok, sun, moon, awan, angin, hujan.... semua pun Allah yang jadikan. Sebab Allah itu Maha........"
"Maha Menciptakan......." sambung 'Aqeelah lagi.
"Ha pandai pun. Allah tu kan Maha Besar. Allah tu memiliki semua yang ada dekat langit dan bumi. Allah tu Maha Kuasa. Ok?"
"Ok..."
  'Aqeelah pun berlalu... kembali main bersama adik-adik dia. Fuuuhhhh!!! Lega.. harapan saya dia boleh faham dan terima. Itulah, soalan yang paling mencabar bagi saya sepanjang menjadi ibu pada anak-anak..... mencabar tak? mencabar tak? hehehehe


Ayat 186 surah Al-Baqarah yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."     

Wednesday, September 19, 2012

PILIH KASIH

DI DALAM BUKU TULISAN USTAZ ZAHAZAN MOHAMED "Anakku Hebat, Anakku Soleh" BELIAU TELAH MEMBERIKAN LIMA KESAN BURUK DARIPADA SIKAP PILIH KASIH. MARI KITA RENUNG-RENUNGKAN BERSAMA......

  1. TEKANAN PERASAAN, SAKIT HATI, BENCI DAN CEMBURU SESAMA ANAK-ANAK. MAKA RUKUN KEKUATAN KELUARGA SUDAH MULA GOYANG DAN SETERUSNYA RUNTUH KERANA MENAFIKAN ROH KEADILAN DALAM ISLAM;
  2. ANAK ANAK AKAN MELAKUKAN APA SAHAJA DEMI MEMBUATKAN DIRINYA TURUT DISAYANGI. IBU BAPA YANG MENGAMALKAN SIKAP INI SEBENARNYA TELAH MENYALAKAN API;
  3. PERBUATAN MEMBEZAKAN ANAK-ANAK ADALAH SIKAP YANG ZALIM DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MELATIH ANAK UNTUK BERSIKAP MEMUSUHI DAN MEMBENCI ORANG LAIN;
  4. MEMBERI KESAN YANG MENDALAM TERHADAP PERASAAN ANAK. TIDAK KIRA SIKAP ITU BERLAKU PADA PEMBERIAN ATAU PADA PERGAULAN; DAN
  5. MENGAKIBATKAN ANAK ANAK BERSEDIH DAN BERGADUH SESAMA MEREKA. PERKARA-PERKARA SEUMPAMA INI MENYEBABKAN GANGGUAN GANGGUAN KETIKA TIDUR YANG BERBENTUK MIMPI MENAKUTKAN DAN SEBAGAINYA.

INGATLAH WAHAI IBU BAPA ABAD INI YANG BIJAK LAGI BESTARI DALAM MEMBENTUK SEBUAH KELUARGA YG BAHAGIA... SINDROM PILIH KASIH AKAN MENIMBULKAN PERASAAN CEMBURU DI KALANGAN ANAK-ANAK. KETAHUI APA ITU CEMBURU DALAM KONTEKS MEDIK DAN PSIKOLOGI DI LINK INI.