Syawal baru sahaja berlalu. Alhamdulillah....
Sekarang anak2 sibuk mengira duit raya, tak kurang ibu dan bapa.
Anak2 sedang berkira-kira nak beli buku Barbie ke, i-Pad ke, dolly ke, tricycle ke, scooter ke, Lego ke atau pun menambah koleksi kereta mainan...
Manakala si ibu telah berkira-kira untuk membuka akaun atau pun menambah simpanan yang sedia ada.. Ikutkan kita semua punya kemahuan. Melihatkan apa yang ada pada orang lain, kita pun mahu. Nak-nak pulak semasa berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan taulan, si anak telah mengendeng minta dibelikan i-Pad. Dah naik syok main game di i-Pad milik sepupu ataupun kawan mereka.. itulah anak-anak zaman teknologi.
Walaupun kita perlu bergerak seiring kemajuan dan perubahan zaman TAPI budaya menabung dan bersedekah jangan dipisahkan.
DERMA. Ajarlah anak-anak untuk ringan tangan menderma.
IKHLAS. Didik anak-anak untuk ikhlas menderma bukan dipaksa untuk menderma.
TERANGKAN pada anak-anak bahawa menderma dan bersedekah juga antara cara dan contoh kita mensyukuri akan nikmat dan rezeki Allah. CERITAKAN mengapa kita perlu menderma dan membantu. Ini dapat melatih dan mendidik anak agar menjadi seorang insan yang prihatin terhadap kesusahan orang lain. Anak-anak perlu dibimbing agar tidak menjadi manusia yang kedekut dan kikir. Bukan sahaja kepada orang lain TETAPI kepada adik beradik yang lain juga.
Dan ingatlah juga, tatkala Tuhanmu memaklumkan: "sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim 14:7)
No comments:
Post a Comment