Saya sering mendengar keluhan seperti ini apabila ada perjumpaan ibu-ibu dan anak-anak. rsanya semua dialog pun samakan cuma beza dari segi lontaran suara dan telo (loghat.....) namun kita 1Malaysia.
" Aishah, pandai dan cepat membaca. Anak saya Damia, susah dan lambat. Apa masalah dan yang tak kena dengan Damia.... Nak kata tak beli buku, BELI......"
"Eh, Laila dah baca Iqra' 4? Cepatnyer.... baru enam tahun. Anak saya, Zaquan Iqra' satu pun tak lepas lagi....."
"Wah, beruntungnya uols.... Anak semua pandai-pandai. UPSR 5A, PMR 10A, SPM 12A+... Anak saya? Hmmmmm.... entah apa nak jadi"
Ketahuilah wahai ibu dan bapa, setiap insan itu UNIK dengan dilahirkan dengan keistimewaan yang berBEZA oleh Penciptanya. Amat sukar untuk mencari dua orang anak yang mempunyai kesamaan yang sama dari segala segi walau pun KEMBAR mereka tetap berBEZA.
Ibu bapa perlu belajar untuk menghargai setiap perbezaan yang dimilik oleh anak-anak BUKAN MEMBANDINGKAN sesama mereka. Ibu bapa perlu sabar dalam berhadapan dan berurusan dengan perbezaan itu. Sedar atau tidak ANDA sendiri berbeza dengan pasangan anda. Betul atau tidak? Kenapa dijadikan seperti itu? Tidak lain dan tidak bukan atas konsep LENGKAP-MELENGKAPI antara satu sama lain. Begitu juga anak-anak..... untuk mereka menyayangi dan melengkapi kekurangan di antara mereka adik beradik. Dari situ akan wujudnya KASIH & SAYANG......
Berbalik kepada topik perbincangan.
Ada anak-anak yang cepat membaca, lambat pula mengira. Ada yang bijak matematik tetapi lambat pula membaca. Ada yang pandai menulis tapi kurang pandai menghafal. Ada yang suka menghafal tapi kurang mengenal. Ibu dan bapa sekarang hanya suka membandingkan anak mereka dan anak-anak saudara atau kawan yang lain. Ketahuilah ada anak-anak yang mempunyai IQ yang tinggi dan sebaliknya. Jangan cepat rasa tertekan dan tercabar jika anak kita lambat dari anak-anak yang lain. Jika kita memaksa anak untuk menjadi seperti anak-anak yang lain, mereka akan tertekan dan akan jadi semakin lambat......
Memukul anak supaya anak lebih rajin adalah tindakan yang SALAH. Saya tidak fikir anak itu akan jadi lebih pandai belajar sebaliknya akan menjadi semakin lembab kerana takut dipukul oleh ibu dan bapa. Ingatlah! Jika anda hendak anak anda menjadi seperti anak orang lain, maka anda perlu jadi orang lain terlebih dahulu. Adakah itu yang anda mahukan?
KURANG DARI SETAHUN TETAPI TELAH BIJAK DENGAN PERSEKITARAN KERANA DIDEDAHKAN DGN BUKU-BUKU DI PERINGKAT AWAL |
OTAK KIMIA / SAINS SEPERTI PROFESOR |
BIJAK MATEMATIK DAN KIRA-KIRA |
RAJIN & BIJAK MEMBACA KERANA SELALU DITEMANI OLEH IBU DAN BAPA |
SUKAR MEMBACA.... |
ANAK-ANAK DILAHIRKAN DENGAN KEUNIKAN TERSENDIRI. JIKA ANAK-ANAK LEMAH DI SATU SUDUT, PASTI DIA MEMPUNYAI KELEBIHAN PADA SUDUT YANG LAIN. BAGI KITA SEBAGAI IBU DAN BAPA, USAH DIPERBESAR-BESARKAN APA YANG ANAK-ANAK TIDAK ADA. TETAPI KEMBANGKANLAH KELEBIHAN YANG WUJUD DI DALAM DIRI MEREKA. JIKA MEREKA TIDAK EXCEL DI DALAM AKADEMIK, MUNGKIN MEREKA EXCEL DI DALAM SENI DAN SEBAGAINYA....
No comments:
Post a Comment