Showing posts with label Psikologi Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Psikologi Kanak-kanak. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Jantina Pilihan


 Tips Tentukan Jantina Anak *




 Saya saja nak kongsi tentang post pada kali ini. Mesti ramai yang nak tahukan macam mana nak tentukan jantina pada kandungan. Saya pun bukanlah pandai sangat, cumanyer dari perkongsian yang saya dapat dari kawan2, saudara mara mahupun pembacaan. Lalu saya kongsikan bersama anda semua. TAPI kena yakin bahawa itu adalah sebahagian daripada usaha kita.... yang menentukan adalah Dia Yang Maha Esa. Ingat tau, say a hanya berkongsi sebab saya pun ada tiga anak perempuan... diulang suara... TIGA ANAK PEREMPUAN yeeerrr..... masih belum diberikan rezeki anak lelaki. Kita hanya merancang TAPI Tuhan yang menentukan.......


Ini saya copy dari link babycenter yang boleh korang rujuk lebih banyak tentang isu baby dan anda!!!

Terdapat banyak mitos dalam setiap masyarakat mengenai bagaimana untuk mengetahui samada anda mengandungkan anak lelaki atau perempuan. Berikut ialah di antara kepercayaan yang paling popular yang telah kami kumpulkan daripada serata dunia. Ingat, ada 50 peratus kemungkinan ianya betul!

Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...

Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • Perut anda “rendah”.
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
  • Kulit anda menjadi kering.
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri.
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...

 tentukan jantina anak.

 

Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat.
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri.
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Anda tidur mengiring ke kanan.
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.







Wednesday, March 27, 2013

Persediaan Menyusukan Anak

 Jom kawan2 yang sedang menunggu kelahiran. Kat sini saya kongsikan beberapa tips berguna daripada sarakids.com

Tips-tips ini pasti dapat membantu mommies di luar sana agar lebih confident dalam meneruskan cita-cita penyusuan eksklusif ini. 

Jom.. jom... jom.. BACA!!!! 

 

 Membentuk Kemahiran Membaca

 

Preparing to breastfeed/ Persediaan menyusukan anak

http://www.sarakids.com/blog

Ayuh ibu2 di luar sana yang seangkatan buyung dengan saya :-)
Mari berkongsi tips2 persediaan untuk menyusukan anak.

Maafkan saya ya, saya adalah seorang yang suka berkongsi tips dgn ayat dan cara saya sendiri. Bukanlah bermakna tiada fakta sahih, tetapi saya suka terjemahkan semua fakta2 itu ke ayat saya sendiri supaya saya tahu apa yang saya tulis. Saya juga tak tahu nak “copy paste” dari mana2 web dan terus publish di dalam entry saya. sbb nnti bila diri sendiri baca, saya tak faham. Ia sama seperti zaman “meniru” assignment atau lab report org lain di universiti dulu. Confirm tak faham… hehehehe.. (terima kasih pada kwn2 yang sudi meminjamkan saya lab report utk di tiru dulu.. saya dh insaf! :-) ahaks)
Ok, terus kepada topik yang ingin dikongsi.

Sebagai ibu ‘baru’, mesti ada di antara anda yang masih ‘blur’ atau tertanya dalam hati “what is the first step to breastfeed?” atau ada yang dah buat pembacaan tapi masih x berapa faham bagaimana mahu bersedia dan bermula.

Perkara pertama yang harus dikenal pasti:

1) ADAKAH SAYA MAHU MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU IBU. SEPENUHNYA SUSU IBU.

Saya besarkan tulisannya. Ini paling penting. Niat kita. Mahu menyusu atau tidak? Mahu menyusu sekadar ingin cuba jika ada susu? Mahu menyusu jika anak mahu? atau benar2 tekad mahu menyusukan anak walau apapun dugaan? Tepuk dada tanya diri sendiri. Jika memilih untuk menyusukan anak anda secara eksklusif, maka anda harus tetap dgn perkara itu. Tetap seperti bila kita nekad untuk memilih bakal pasangan hidup kita dahulu iaitu suami. Yakin bahawa itulah pilihan paling tepat dan kita takkan patah semangat di tengah jalan
:-)
2) Selepas memilih untuk menyusukan anak secara eksklusif walau apa pun, sedialah dari segi mental dan fizikal.

Mental: Apa pun dugaan yang bakal ditempuh, perangai anak kecil yang kuat menangis, tidak mendapat sokongan dari org sekeliling atau hilang yakin diri, anda harus tempuhinya.

3) Pilih hospital rakan bayi dan berbincanglah dengan doktor yang bakal menyambut anak anda – sediakan breastfeeding plan, birth plan. Di hospital lah kunci awal kejayaan dalam penyusuan. The start is important.

Jika anda memilih untuk bersalin di hospital rakan bayi – InsyaAllah, anda akan dibantu oleh jururawat, anda berpeluang menyusukan bayi seawal kelahirannya, anda berpeluang rooming in dengan bayi 24 jam bersama anda, bayi anda tidak akan diberi mana-mana susu formula melainkan atas preskripsi doktor (jika bayi bermasalah) dan banyak bantuan penyusuan walaupun anda tidak minta.

Jika anda memilih untuk bersalin di hospital bukan rakan bayi – tiada masalah. Anda berhak memilih di mana saja anda selesa untuk melahirkan buah hati anda :-) Cuma, ada beberapa perkara yang perlu jelaskan pada kakitangan kesihatan di sana. Seperti di atas, maklumkan pada doktor tentang keinginan anda untuk menyusukan anak secara eksklusif. Atau beritahu doktor tentang “breastfeeding plan” anda seperti:

* Saya mahu FULLY BREASTFEED anak yang bakal lahir – jadi saya harap pihak hospital tidak berikan dia susu formula, air glukos atau air masak tanpa arahan doktor dan kebenaran saya (buat muka yang paling lembut dan glowy – kata org tua, jgn “langsi”/”belagak” :-)
* Saya mahu mendakap dan susukan bayi right after dia lahir (jika boleh) dan mahu bersama dia 24 jam tanpa berpisah dgn saya kecuali jika diminta oleh doktor, mandi atau tujuan vaksinasi
* Jika ada breastfeeding educator atau kaunselor laktasi atau mana-mana pihak yang boleh membantu saya menyusukan bayi, saya harap mereka dapat membantu saya yang masih lemah.
* Jika anak saya mengalami masalah kesihatan dan terpaksa di tahan di NICU, saya masih mahu meneruskan penyusuan dengan berinya susu perahan.
* Saya harap doktor boleh pertimbangkan permintaan saya ini dan saya juga akan berbincang dgn jururawat yang bertugas. :-) (kedip-kedip mata)

Kita juga harus bersedia pada waktu ini. Jika ada jururawat yang insist memberikan susu formula, mintalah bantuan suami menerangkan pada beliau tentang keinginan kita memberikan yang terbaik untuk anak kita. Kita berhak ke atas anak kita. Jangan takut untuk meminta kerana susu ibu adalah hak anak kita dan kita dilindungi oleh undang2 jika menyusukan anak. Yang betulnya, acik bayor ribu2 bersalin…. takkan acik takleh minta…
:-)
4) Kautlah segala ilmu penyusuan semasa mengandung. Pergi ke kelas antenatal, kelas penyusuan, bertemu dgn kumpulan sokongan susu Ibu (kumpulan sokongan susu ibu tidak terhad kepada ibu yang telah melahirkan anak dan menyusukan sahaja, ibu yang mengandungkan anak pertama juga digalakkan menyertainya), buat bacaan buku atau forum atau berkongsi pertanyaan di internet.

 

Support group tak semestinya formal – di mana2 pun boleh berkongsi cerita :-) Sewaktu ini ketika rakan2 saya ini menghadiri majlis hari lahir anak kedua saya syasya – sempat lagi bersupport group
:-)
Secara peribadi, saya mungkin jenis yang kena belajar berulangkali baru boleh absorb. Namun, apabila saya menghadiri kelas mahupun ceramah penyusuan, pemahamannya lebih jelas kerana ada sesi praktikal, ada sesi soal jawab, ibaratlah seperti subjek susah, kalau kita ponteng kelas dan hanya study nota kawan2 yang dipinjam BERBANDING kita hadiri kelas, tgk muka pensyarah, tgk baju dan kerongsang pensyarah – kita akan ingat hari dia pakai baju biru, topik pengajarannya sekian sekian. – kita akan ingat bila dia buat lawak, ada kaitan dengan topik yang diajarnya. (Kantoi- nmpk sgt saya suka ponteng kelas di kuliah dulu kan – sekali lagi, acik dah insaf, hehehehe)

Kadangkala apa yang kita baca, kita dengar mungkin tidak sama apabila anak kita telah lahir. Kadangkala kes kita berlainan, apa yang kita expect berlainan. Jangan panik, jgn berhenti. Masa inilah nak belajar, masa inilah kesabaran penting untuk meneruskan segalanya. Anda boleh bertanya, boleh berkongsi dgn yang lebih pakar.

5) Persediaan Peribadi -
Persediaan puting (perhatikan jika puting leper, puting tenggelam) – ransangan sekali sehari sebelum bersalin (jika kes diatas) atau gunakan kaedah “Hoffman Exercises” untuk ransangan puting.
Persediaan peralatan -
* Pam Penyusuan (dual phase, single phase) – cari pam yang bergred hospital
* Peralatan lain – nursing bra, nursing clothes, storage bottles, warmer
** Please, membeli mengikut kemampuan dan tidak terikut2 dgn trend2 yang akan menyusahkan hati kita mahupun pasangan. Pam mahal bukanlah menghasilkan susu yang banyak. Apa yang penting, hanya cari pam yang bergred hospital dan mempunyai suction/hisapan seperti bayi menghisap, tidak sakit, selesa dan berpatutan.

Contoh dialog:
Isteri: “Abang, i nak beli jugak pam sekian sekian yang harga 2 ribu tu. Kwn ofis i pakai tu susu dia banyak. I nak jugak.
Suami “mahalnya. tak mampu kita.”
Please, jgn begini. Kasihan suami kita. Jikalau berkehendak juga, mungkin boleh buat simpanan dari awal ataupun main kutu bersama rakan2 lain utk membeli pam yang mahal. bagi saya, kualiti pam yang baik tak semestinya mahal. Ianya mungkin mahal disebabkan jenama. Tetapi awas! Jangan dapatkan pam yang terlalu murah dan tidak bergred hospital yang hanya “serve the purpose” – sedut dan lepas – ramai ibu yang give up – sakit – dan kadangkala produksi susu kurang – bukan akibat pam -tetapi kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami ibu akan effect hormon okstosin – bantutkan pengeluaran susu.

6) Sokongan – yang ini penting. Ada beberapa perkara tentang sokongan:

Suami -
* ada yang jenis tak ambil tahu dan serah segalanya pada isteri – kalau berjaya, dia ok, kalau tak, dia pun tak kisah
* ada yang menentang – especially bila terpaksa keluar duit lebih untuk membeli peralatan penyusuan (yang mana beliau tak tahu lagi penyusuan berjaya atau tidak)
* Ada yang sangat2 menyokong, sanggup ikut isteri ke kelas penyusuan, sanggup mencari info penyusuan untuk isteri dan berbagai usaha demi memastikan isteri dapat menyusuakan anak yang baik.
Apapun perangai suami kita, kita harus buktikan pada mereka yang kita ibu dan isteri yang hebat :-) Kalau suami pada awalnya tak menyokong, tak mengapa, selepas dia lihat sendiri hasilnya, dia lihat sendiri zuriatnya membesar dgn cerdas dan sihat, dia akan faham. Dia pula yang over, kdg2… hehehehe
:-)
Ibu/Ibu mertua
Yang ini pula, bagi saya, ‘small matter’ – kita maklum, ibu2 kita penuh dgn mitos, penuh dgn kata2 org tua, rawatan tradisional dan lain2. Kdgkala ibu rasa bersalah jika tak ikut – kerana ibu kita mahupun ibu mertua dah lahirkan anak yang ramai dan semuanya membesar dgn baik – apalah nak dibandingkan dengan kita yang baru menimang seorang cahaya mata untuk menidakkan mereka. Jgn bimbang – ada banyak cara untuk menolak segala mitos ini- tolak dgn baik – beri penerangan yang jelas – jika mereka masih tidak faham – suami ambil peranan- biasanya mereka akan hormati kata dua suami yang inginkan anak mereka disusui dgn susu ibu. Kalaupun ibu/ibu mertua kita merajuk – sekejap saja – dengar suara cucu nnti hatinya cair kembali
:-)
Rakan-rakan
Penting juga apabila telah kembali bekerja nnti. Ada yang pro, ada yang tidak pro – tak mengapa :-)

Tuesday, March 26, 2013

Lagi Tentang Kanak-Kanak Hyper Active

MEMAHAMI sifat anak sukar duduk diam, kurang memberi tumpuan kepada sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut kehendak hati serta sukar mengasingkan maklumat, penting bagi membantu ibu bapa mengendalikan mereka dengan baik. 

 hyperactive-child

Istilah yang kebiasaannya digunakan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku terlampau aktif dan mengganggu tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat ialah hiperaktif. 

Namun, kebanyakan kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibu bapa masih boleh dikawal dan mematuhi disiplin sekiranya proses dan cara berkenaan dilakukan dengan betul.
Tetapi keadaan itu menjadi lebih sulit dan tidak terkawal bagi ibu bapa apabila keadaan lasak terbabit menjadi tidak terkawal.

Malah, anak tidak mendengar kata, asyik dengan aktiviti, terlalu resah, tidak boleh duduk diam hampir dalam semua situasi (di tadika, klinik, kedai atau taman permainan) serta tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti memerlukan pemerhatian sewajarnya.

Terdapat dua jenis masalah kanak-kanak yang memiliki masalah kurang tumpuan sebegini iaitu (ADD) iaitu masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD)
serta sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD).

Menurut Pakar Kanak-kanak Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Khairul Zaman Omar, kanak-kanak hiperaktif tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya pada sesuatu perkara malah tingkah laku mereka tidak seiring dengan perkembangan
usia.

Hiperaktif tidak normal ini berlaku khususnya daripada segi budaya, contohnya kanak-kanak tempatan dibenarkan menjerit-jerit di hadapan individu lain sedangkan kanak-kanak dari negara luar tidak dibenarkan berbuat sebegitu.

“Tidak dinafikan hiperaktif memang normal di kalangan kanak-kanak tetapi harus diingatkan sekiranya kelakuan ditunjukkan tidak normal, ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan selanjutnya.

“Sebagai contoh hiperaktif normal berlaku apabila kanak-kanak menunjukkan rasa gembira mereka berjumpa seseorang seperti doktor namun, jika sebaliknya berlaku ia memerlukan pemerhatian khusus daripada ibu bapa,” katanya.

Dr Khairul berkata, masalah hiperaktif ini juga berlaku apabila kanak-kanak itu aktif tetapi secara bersendirian serta aktif tetapi tiada tindak balas mata dengan individu yang menegurnya dan banyak lagi yang berkaitan dengan tingkah laku abnormal.


Ciri-ciri kanak-kanak yang menghadapi ADHD ialah:

 
kanak-kanak hiperaktif 
Kekurangan daya tumpuan

Kanak-kanak yang mengalaminya mudah beralih tumpuan daripada satu perbuatan
kepada perbuatan lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengan mereka. Mereka juga tergolong dalam kumpulan kanak-kanak yang lemah daya tumpuan.

Mereka akan menghabiskan tugasan dilakukan tetapi tidak boleh duduk bermain terlalu lama seperti kanak-kanak lain.


Mengikut dorongan hati

Kanak-kanak yang mengalaminya tidak pernah merancang tindakan malah akan terus melakukannya serta cepat berubah melakukan sesuatu yang lain dalam sekelip mata.

Malah, ibu bapa serta guru agak sukar mengawal mereka kerana tidak mengikut arahan diberikan.


Berkelakuan terlalu aktif

 mempunyai anak hiperaktif…
Kanak-kanak ini suka berlari-lari, memanjat perabot, sukar duduk diam dan sangat aktif.

Justeru, mengenal pasti dan rawatan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif memerlukan penilaian daripada seorang pakar berpengalaman iaitu
pakar psikiatri kanak-kanak.

Dr Khairul berkata, di Lembah Klang terdapat tiga klinik pakar psikiatri kanak-kanak yang merawat masalah hiperaktif di kalangan kanak-kanak iaitu Klinik Mekar, Hospital Selayang; Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kebiasaannya ibu bapa bimbang apabila diminta untuk berjumpa pakar psikiatri kerana risau anak mereka akan dilabel sebagai individu mengalami masalah psikiatri.

“Tanggapan ini perlu dibuang daripada minda ibu bapa. Rawatan psikiatri bukan hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada masalah mental kerana bidang terbabit amat luas.

“Seharusnya ia perlu dikesan lebih awal bagi membantu kanak-kanak berkenaan mendapatkan rawatan diperlukan dan bukannya menunggu hingga ia menjadi lebih memudaratkan,” katanya.

Keadaan ini disebabkan terdapat beberapa punca lain menyebabkan keresahan dan tingkah laku tidak dapat menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara.

“Proses penilaian kanak-kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan pediatrik dan psikologi.

“Selain itu, ibu bapa perlu mendapatkan penerangan jelas mengenai keadaan dialami anak dan strategi rawatan boleh digunakan kerana mereka paling hampir
dan penting dalam proses pemulihan yang dilalui anak nanti,” katanya.

Malah, tiada ujian mudah boleh dilakukan untuk mengenal pasti tahap hiperaktif yang dilalui anak kerana setiap diagnosis dibuat dengan melihat corak serta tingkah laku kanak-kanak berkenaan.

Selain itu, pemerhatian dan laporan mengenai tingkah laku mereka juga diperoleh daripada ibu bapa dan guru.

Anak hiperaktif memerlukan perhatian lebih daripada orang tersayang dan sebaik-baiknya tunjukkan ibu bapa sentiasa bersedia apabila diperlukan.

“Ibu bapa yang menghadapi masalah unik ini seharusnya sentiasa mendampingi dan seterusnya memahami jiwa serta keperluan anak bukan sebaliknya.

“Apabila anak menunjukkan tingkah laku tidak normal, berikan nasihat agar mereka tidak mengulanginya dan sekiranya berbuat baik, berikan sedikit pujian sebagai galakan untuk terus mengamalkan amalan terbabit,” katanya.

Kanak-kanak Hiperaktif



Kanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain .

Satu cerita dijadikan cerita .....
Abu yang berumur empat tahun telah dibawa ke klinik kanak - kanak kerana terlalu Aktif atau cergas dan tidak boleh duduk diam . Abu dilahirkan seperti biasa dan kesihatan serta perkembangannya sehingga usia satu tahun dikatakan memuaskan . Selepas Abu sudah boleh berjalan dikatakan sangat buas, selalu memanjat di atas perabot - perabot serta memunggah benda - benda . Pendek kata Abu jarang duduk diam dan dia sangat kurang tidur . Semakin dia besar semakin sukar untuk menjaga atau mendidiknya .
Dia masih belum boleh bercakap seperti kanak - kanak yang sebaya dengannya dan dia tidak boleh mengikuti arahan yang diberi kepadanya walaupun ibubapanya tidak meragukan kebolehan pendengarannya . Dia masih memerlukan bantuan untuk makan . memakai baju atau membuangair kecil dan besar .Ibu bapanya tidak memasukkannya ke tadika tetapi dia dikatakan terlalu resah , dan tidak mematuhi apa - apa arahan yang diberikan . Abu juga tidak boleh menumpukan perhatiannya kepada sesuatu perkerjaan .

Dia tidak suka duduk dengan lama, asyik hendak berlari keluar dari bilik darjah . Kelakuannya didapati sukar dikawal oleh gurunya sehingga ibu bapanya diminta mengeluarkannya dari tadika kerana dia sentiasa mengganggu aktiviti - aktiviti kelas .Abu merupakan seorang kanak -kanak yang mengalami sindrom heperaktif atau dipanggil " Attention deficit disorder " . Keadaan ini menimbul kerumitan kepada ibu bapanya untuk menjaga dan mendidiknya .

kanak-kanak hiperaktif
 
 
 
Kelakuan yang biasa diperlihatkan di dalan keadaan ini boleh dibahagian .
(1) Kekurangan tumpuan perhatian
Kanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain .
(2) Mengikut Dorongan Hati ( Impulsif )
Dia tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malah telah melakukannya sahaja. Dia membuat sesuatu dia akan dengan cepatnya berubah pada membuat sesuatu yang lain . Ibu bapa dan guru -guru mendapati sukar mengawalnya kerana dia tidak mengikut arahan yang diberikan .
(3) Berkelakuan Terlalu Aktif
Kanak -kanak yang berkelakuan seperti suka berlari -lari , memanjat -manjat perabot , sukar duduk diam , dan seolah -olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak -kanak hiperaktif .Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau tiga tahun , apabila dia sudah boleh berlari , memanjat dan melompat . Pemeriksaan uarat saraf di kalangan kebanyakan kanak -kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif , selalu tidak menunjukkan apa -apa gangguan . Malahan di kalangan kanak -kanak yang dikatakan ' brain damaged ' ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif .
Anggapan umum ialah kanak -kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum , tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi .Kes -kes hiperaktif yang didapati di klinik Perkembangan Kanak -kanak di Universiti Kebangsaan Malaysia kebanyakan yang melibatkan kanak -kanak lelaki . Sebabnya masih menjadi suatu tanda tanya . Satu lagi hal yang menjadi tanda tanya ialah berapa ramaikah kanak -kanak di negara ini mengalami keadaan sindrom hiperaktif .

Proses penilaian kanak -kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan paediatrik dan psikologi. Kanak -kanak ini memperlihatkan berbagai bagai masalah seperti lambat bercakap , sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan yang merbahaya . Dia juga sukar menerima pengajaran kerana tumpuan perhatiannya kurang . Pemeriksaan oleh pakar kanak -kanak untuk memastikan yang tiada gangguan uarat saraf atau tahap elemen plumbum (lead ) yang tinggi di dalam darah perlu di buat . Lazimnya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan tanda -tanda yang luar biasa .
Ibu bapa perlu mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan ini serta strategi rawatan yang boleh digunakan kerana mereka merupakan orang yang paling penting di dalam rancangan pemulihan yang bakal di jalankan ke atas anak -anak mereka itu oleh profesional -profesional yang terlatih .

Monday, March 25, 2013

Mengenali Kanak-Kanak Disleksia

Adakah kanak-kanak lelaki 

Apa itu Disleksia?

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.[1]



Mari KENALI apa itu DISLEKSIA dengan LEBIH DEKAT:

Mengenali Kanak-Kanak Disleksia

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:
  • Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
  • Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
  • Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan
 




APA ITU DISLEKSIA?
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
Jenis-jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori
Disleksia visual-auditoriKesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;
Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun
Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum
Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia


CIRI-CIRI DISLEKSIA
Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan

Kanak-Kanak
Sekolah Rendah :
6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik

9 hingga 12 tahun

- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial


MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada:

Mengeja

Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti:
m – w y –g – j u – n m – n

c – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v

Membaca

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba
Gula – lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam – jem
cat – cat


Menulis

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
Bercakap dan mendengar
Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8
9 – 6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

 



LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
 
- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai


Sumber rujukan: Unit Pendidikan Khas SK Selayang Jaya

 

Tuesday, March 19, 2013

Elakkan MenSABOTAJ Anak



 Jangan Sabotaj Anak Sendiri




Walaupun penyataan topik ini agak tidak relevan difikirkan tetapi hakikatnya itulah yang sering berlaku di kalangan ibubapa secara tidak sedar.

Apa yang dimaksudkan sabotaj ?
Ianya adalah perbuatan untuk merosakkan, menganggu dan mengkhianati sebarang peralatan mahupun orang perseorangan.

Mana mungkin seorang ibu yang kasihkan anaknya sanggup mensabotaj atau dalam erti kata lain mengkhianati anak sendiri. Tak masuk akal !

Begini kisahnya…
Mengajar anak-anak kecil seawal usia 2 tahun merupakan antara ‘passion’ saya. Sebagai seorang guru setiap apa yang diajar di dalam kelas adalah hasil daripada kajian dan pembacaan yang teliti sebelum dipraktikkan bersama mereka.

Namun, cabaran yang besar yang kebanyakkan guru-guru pendidikan awal kanak-kanak ini hadapi ialah daripada penerimaan ibubapa anak itu sendiri terhadap pembelajaran di dalam kelas dalam sesi menajamkan kemahiran motor anak-anak mereka.

Senarionya ialah…
” Teacher Ayu, anak saya tidak pandai pegang gunting ini dan saya tidak pernah berikan dia pun dirumah sebab bahaya ”
” Anak saya geli untuk memegang gam dan warna air itu, bolehkah saya tukar dengan crayon sahaja, Teacher ? ”

Itulah antara contoh-contohnya yang terjadi apabila ibubapa meletakkan ‘over protection’ terhadap si manja mereka dengan mengiyakan setiap penolakkan anak.
Sedangkan itu juga salah satu cara anak dalam memanipulasi kita untuk terlepas melakukan hal-hal yang mereka tidak suka. yang saya katakan, kita umpama mensabotaj anak-anak kita dalam diam.
Setiap penolakkan itu memerlukan masa untuk memberi gambaran aktiviti itu menyeronokkan buat anak-anak ini. Setiap  proses menanganinya atau ‘counter-back’ perlu dilakukan berulang kali sehingga mereka berada di tahap selesa kembali.

Anak-anak kecil pada tahap ini belajar melalui pemerhatian dan perulangan. Dan setiap satunya itu perlu dipamerkan dengan seronok sekali bagi menarik minat mereka ke dalam zon belajar. Apabila sudah dilakukan secara kerap barulah kemahiran otot mereka terbentuk. Benar kata pepatah inggeris ini, “Repetition is the mother of skills”.

Pilihan ditangan Ibubapa 

Pepatah ada mengatakan, ” jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya “. Begitulah persamaan bagi senario di atas. Saya faham dan tidak menyalahkan ibubapa dalam hal yang kita terlepas pandang ini kerana besarnya rasa kasih dan sayang terhadap anak yang dikandung itu. Susah payah melahirkan mereka takkan dibiar apa-apa pun mencederakan mereka.

Namun bagi sudut kami barisan guru-guru pendidikan awal kanak-kanak, perbuatan tersebut bakal melumpuhkan sesetengah deria rangsangan mereka seperti deria sentuhan.
Deria ini secara fitrahnya semuanya mempunyai kapasiti yang sama setiap anak hanya penajaman dan konsentrasi yang berlainan terhasil jika diberi rangsangan yang cukup sejak kecil.
Almaklumlah anak-anak moden yang dilahirkan sekarang semuanya telah tersedia ada. Kadangkala untuk menyuruh mereka menyapu lantai sekalipun diperhatikan amat kekok sekali. Itulah sebahagian kekurangan rangsangan motor halus  dan kasar dalam diri mereka.

Sejak usia berapa perlu ditekankan kemahiran ini ?
Di sekolah kebangsaan dan menengah mahupun universiti apa yang di ajar hanya bermatlamatkan untuk mempunyai keputusan yang cemerlang sebagai tiket ke alam pekerjaan yang cemerlang.
Tetapi, kemahiran motor halus dan kasar ini atau dalam istilah lainnya disebut kemahiran kognitif adalah merupakan kemahiran seumur hidup buat anak-anak.

Cuba perhatikan kerja asas di rumah yang kita lakukan semuanya kita timba hasil didikan ibu kita sendiri dari rumah. Hari ini, tugasan tersebut diserahkan kepada pembantu rumah, langsung tanpa penglibatan anak-anak. Sedangkan hakikatnya, anak-anak sangat suka melakukan kerja-kerja praktikal ini di rumah.
Bila kita ke dapur, mereka akan datang seolah-olah untuk menolong memasak bersama. Kita akan lihat pelbagai bahan diletakkan di dalam ‘kuali’ mereka umpama ibu yang sedang memasak. Jangan tidak tahu, disitulah imaginasi dan kreativiti mereka mula subur berkembang. Jangan hentikan !

Melatih kemahiran hidup anak

Pesan saya, bagi memastikan anak-anak kita juga menjadi hebat seperti kita hari ini, pastikan apa yang kita perolehi masa dahulu turut dirasai buat anak-anak kita pada masa kini.

Thursday, October 25, 2012

Cerpen : Mama Bencikan Saya?




20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.

Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah…


 


Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya.

Hinggalah pada satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.
Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata,

“Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!” Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, “Tunggu…, saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?”
“Nama saya Yusri, makcik.”
“Yusri…? Yusri… Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???”

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya, saya patut mati…, mati…, mati…

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!…

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya,

“Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?”
“Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas aku menceritakan hal yang aku lakukan dulu,”

Saya terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak… Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Yusri.. Yusri… Di manakah kamu?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu… Gelap sekali… Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul… Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari…

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, saya pun keluar dari ruangan itu… Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

“Heii…! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!”
Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya,
“Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?”
Ia menjawab,
“Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, ‘Mama…, mama!’ Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu…”

Saya pun membaca tulisan di kertas itu…

“Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi…? Mama marah pada Yusri, ya? Mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri.”

Saya menjerit histeria membaca surat itu. “Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap…!!!” Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

“Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana… Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini… Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!”

Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.




Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

 Moral – sayangi orang di sekitar anda. Kita tidak tahu siapa yang benar benar menyayangi kita…





Dipetik dari nota Facebook Kak Norzulita Baharuddin