Showing posts with label PERKONGSIAN DARI BACAAN. Show all posts
Showing posts with label PERKONGSIAN DARI BACAAN. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Wajibkah Untuk Kita Mempercayai Bahawa SIHIR Itu WUJUD?





Benarkah Sihir itu wujud?
Benar 100%, bukti ada tertulis dlm Al-Quran dan Hadis. Seperti kes Nabi Musa dan Nabi Muhammad. Tidak percaya kepada sihir maka kita tidak yakin pada Al-Quran 100%

Apakah Hukum-hukum berkaitan dengan Sihir?
Hukum menyihir sama ada tukang upah atau tukang buat adalah berdosa, maka haram.

Manakala Hukum membalas balik sihir itu adalah HARUS
SABAR dari ujian sihir dan tidak membalas dapat PAHALA
TETAPI kalau sabar sehingga kita tidak boleh beribadat
maka "Pesakit tu BIOL" sebab kena dulukan ibadah yg wajib dari ibadah sunat (sabar). Tak guna kita bersabar tetapi kita tak boleh nak solat fardhu, solat aje pengsan.

#Update (29/9) - terima kasih kepada tdpp2008

 
Dalil Balas
(Surah 16 An Nahl Ayat 126)
Dan jika kamu membalas siksaan kejahatan, maka balaslah dengan siksaan yang sama dengan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik.

# end of update **************************

 

Bagaimana kita ingin melindungi diri kita dari terkena sihir?
 
Tiada jawapan mudah, adakah dgn rajin berzikir dan membaca Al-Quran dpt melindungi kita? Jawapannya TIDAK. Tidak kira sama ada kita ni seorang yg beriman atau tidak, kalau dah tertulis kita kena sihir, maka kita gerenti kena sihir. Itu sebab Rasulullah pun kena sihir.
Maka adalah salah konsep kalau kita kata "itu le hang, tak rajin beramal, tu yg mudah kena sihir"
Namun sebagai manusia kita harus berusaha. Banyak cara atau kaedah utk melindungi kita dari terkena sihir. Boleh beli kat buku atau search kat Internet.
 
Aku kasi sikit ajele
1) Menggunakan kaedah LAM - ini kena berguru
2) Menggunakan kaedah IBU LAM - ini kena berguru, setakat ini setahu aku ada lima peringkat ibu lam.
aku sendiri cuma baru menguasai ibu lam peringkat ke tiga. Macam dlm komik dewata raya la pulak.
3) Amalan harian.

 
Contoh amalan:
setiap lepas solat fardhu
Istiqfar 11x, Selawat 11x, Alfatihah 1x, Al-ikhlas 3x, subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, Kursi 1x.
InsyaAllah akan ada pendinding semula jadi.

sebelum tidur malam - ambil wuduk dan masa baring baca bismillah 21x, minta Allah lindungi kita dan keluarga kita dari gangguan jin dan manusia. kalau rajin baca 3 qul dan kalau rajin lagi baca kursi 3x, selagi tak tidur, zikir dlm hati Allah Allah Allah sampai tertidur. Kalau rasa berat cukup sekadar baca bismillah 21x dan yakin Allah akan melindungi kita dan keluarga kita. Lepas tu terus zikir Allah Allah Allah sampai tertidur.

(kalau dlm hati masih ragu-ragu akan Allah, maka elok benar membaca la ila ahillah (tiada tuhan melainkan Allah), tetapi kalau kita memang yakin tidak tuhan melainkan Allah, cukup sekadar mengingati Allah dgn zikir Allah Allah Allah..)
Bagaimana kita ingin merawat diri atau orang lain yang terkena sihir? utk diri kita, amatlah perlu kita melakukan solat taubat.

utk org lain, boleh guna kaedah ruqyah. Kalau tak reti ruqyah boleh aje guna HP yg ada simpan mp3 rugyah. Boleh baca http://rozaimy.komputer.com.my/232 dan http://rozaimy.komputer.com.my/253

bacaan ruqyah boleh ambil di www.komputer.com.my/cvt.htm

(nota: sihir tanpa jin, tidak boleh dirawat dgn kaedah ruqyah)


Merawat sihir tidak sama dgn merawat santau atau saka, ini kerana sihir selalunya berulang. Hari ini buang, 3 jam lagi kena balik. Kalau org yg diupah adalah bomoh komersial, mungkin pesakit kena sihir sekali aje, lepas buang terus OK. Tetapi kalau pengupah itu berduit, dia boleh bayar banyak bomoh. Untuk rekod, aku pernah kendalikan kes pengupah (tokey kedai kereta berbangsa cina) yg mengupah sehingga 18 bomoh utk mengenakan sihir keatas pasangan suami isteri.

Nabi Muhammad SAW pun terkena sihir, dan perlu diingatkan sihir yg dikenakan oleh nabi muhammad saw tidak ada perantaraan jin. Tidak semua sihir melibatkan jin. Kalau melibatkan jin dah settle semudah ABC, manakala bila melibatkan sihir tanpa jin, agak sukar dibuang kerana ia melibatkan kekuatan penyihir yg mampu memberi kesan kepada tubuh pesakit dan perawat. Ini menunjukkan jin tak sekuat mana pun.

Secara praktikal, seorg perawat seharusnya mampu membuang gangguan hanturaya dalam tubuh manusia dlm tempoh 5 minit. Ini kiranya benchmark le.
Perlu di ingatkan, kita mungkin boleh merawat org kena sihir, tetapi kalau boleh elakkan dari melibatkan diri, ini kerana bomoh yg menyihir mungkin akan mendendam dgn kita. sedikit kita leka, mungkin kita akan jadi mangsa. Serahkan pada yg mahir. Aku sendiri tidak merawat kes sihir kecuali perawat-perawat lain yg meminta bantuan. Ini kerana aku malas melayan serangan tok bomoh, tak dpt serang aku, anak bini dan rakan-rakan yg jadi mangsa.

Pernah terjadi pada bulan puasa, masa berbuka puasa aku lihat member yg makan sama, mukanya berkerut menahan sakit. Bila ditanya, di sakit sejak aku datang petang tu (aku mai dari KL ke JB), bila dilihat rupanya serangan itu dituju kepada aku, tetapi pasal gagal, jin tu balun org yg terdekat dgn aku.

Lepas buang sihir tu (kejap aje buang pasal bomoh tu guna jin), member aku ok dah.

Kalau patient email atau call aku akan suruh depa
email Tok Belagak ( http://daruksaka.blogspot.com).


email dari hidayahnet

****************************************
Assalaamu'alaikum

Benarkah Sihir itu wujud?

Apakah hukum-hukum berkaitan dengan sihir?

Bagaimanakah kita ingin melindungi diri dari terkena sihir?

Bagaimana kita ingin merawat diri atau orang lain yang terkena sihir?

Sila baca risalah tentang "SIHIR & PERDUKUNAN"oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz rahimahullah di alamat di bawah :

http://akob73.blogspot.com/2009/07/risalah-tentang-sihir-dan-cara-merawat.html

Boleh juga baca dengan lebih lanjut di sini...

Wednesday, March 27, 2013

Warkah Seorang Ibu



Luahan Hati Seorang Ibu

Azli memegang surah Yassin,namun fikirannya melayang ke arah lain,titisan air matanya tidak henti-henti mengalir,semua ini berlaku tanpa di duga,dalam hatinya bekata,”Ibu adik minta maaf bu,ibu bangun la bu…”.Tapi jasad ibunya kaku dan sia-sia sahaja kerana mengalir air mata darah sekalipun,azli tetap tidak mampu membangunkan ibunya…

Tiga puluh tahun lalu,Jamariah dan suaminya telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.Mereka sangat menyayangi anak mereka yang diberi nama Puteri Adriana.

Mereka menjaga Puteri dengan baik dan begitu manja dengannya,ibarat menatang minyakyang penuh.Biasa le anak sulung memang semua ibubapa akan membuat perkara yang sama.Segala apa sahaja kehendak Puteri pasti akan dituruti,pantang dengar tangisan Puteri pasti ibunya akan melayan karenahnya,pernah satu ketika ,Puteri hilang di shopping komplek,habis kecoh satu komplek gara-gara ibunya mencari Puteri,semua orang yang ada disitu turut mencari Puteri,rupa-rupanya dia asyik melihat permainan di kawasan berdekatan di situ. “Syukur alhmdulillah anak ibu ada sini rupanya”.Kata Jamariah sambil menarik nafas lega.

Empat tahun kemudian,Jamariah dikurniakan cahaya mata yang kedua,kali ini alhamdulillah anak lelaki. “Abang tengokle anak kite ni comel kan?”,muke macam saya,hidung macam saya,mulut macam saya,cume dagunye saja macam abang kn,heheh..sambil bergurau dengan suaminya.Mereka menjaga Azli dengan baik.

Hari silih berganti,Puteri dan Azli sudah bersekolah rendah,beza umur mereka cuma empat tahun sahaja.Setiap kali mereka ke sekolah pasti ayah mereka yang menghantarnya. “Kakak,adik,ni bekal jangan lupa bawak,nanti tetinggal pulak”. “Baik ibu!”,kata puteri,salam bu. “Ala ibu, adik tak nak bawak bekal,adik nak makan kat kantin dengan kawan-kawan,tak bestle nanti kawan-kawan beli adik cume makan dalam bekal je,nak duit bu?”.Yela2,nah ambil 2 ringgit ni,ckup?. “ok”kata,Azli. ”Nah duit kakak”,Eh,tak pela mak,kakak makan bekalan yang ibu bagi ni je ye,tak pe kakak tak kisah pun,lagipun masakkan ibu ni lagi sedap dari makan kat kantin. “okla ibu kami pergi dulu yee”..

Di sekaloh Azli ni nakal cikit,pernah satu hari kakaknye menegur perbuatan Azli,disebabkan kawan sekelas Azli mengadu kepada kakaknya.Kakaknya cume memberi nasihat, “adik tak baik buat macam tu,kenapa adik selalu kacau budak-budak? Kenapa sealalu tak dengar cakap cikgu?” Ibu kan tak pernah ajar cmcni kan. “ala,akak ni cikit-cikit ibu,tahu le ibu lebih sayang akak,apa-apa pun mesti ibu dengar cakap akak,apa yang akak nak semua ibu bagi,Azli ni apa? “Adik janganle cakap macam tu,ibu sayang kita sama je,takde beza pn,cume Adik je yang selalu buat perangai sebab tu ibu selalu marahkan Adik,lagipun ibu bukannya marah benci tapi ibu marah sayang tau.” “sudahlah kak,Adik tahu le nak jaga diri,kak jaga diri kak sudah”.

Begitulah sikap Azli pantang ditegur pasti akaknya yang dimarahinya pula.Begitulah sikap kakaknya selalu mengalah kepada adiknya,jika ada kawan-kawan yang mengganggu adikknya,pasti kakaknya akan membela dan memerahi mereka,kalau Azli mahu barang-barang kepunyaan kakaknya,pasti kakaknya akan mengalah dan memeberi kapada Azli,begitu kasih Puteri pada Azli.

“Adik,kakak,dah masuk maghrib ni,cepat masuk,pas tu mandi,solat ye”. Selesai solat,ibu mereka,tidak pernah abaikan tanggungjawabnya untuk mendidik dengan didikan agama,setiap hari ibunya mengajar mengaji dan didikan agama. “Ha,Adik cepat baca,semalam ibu suruh kamu mengulang kan,hari ini ibu nak dengar”. “Alhamdulillahi…ra…ra..” Ala ibu susahle, lalu,pap! Apa nak jadi dengan kamu ni Adik,suruh baca Al-Fatihah pun merangkak2 lagi,kamu nak jadi apa ni? Ibu kan dah selalu ajar,tak tak boleh-boleh lagi,esok ni dah besar mengaji tinggi-tinggi tapi Al-quran tak boleh baca! pas tu solat pun entah ke mana,masa kecik ni le ibu kena lentur kamu elok-elok,nnti dah besar,susah dah nak lentur,masa tu baru nak menyesal,lalu pap!

Sekali lagi rotan singgah di badan Azli,Aduh! Sakitle bu,Azli menangis teresak-esak,ibu ni cikit-ckit nak rotan,kak tak selalu pun kena rotan,ibu memang tak adil,selalu lebihkan kak,apa yang kak cakap ibu dengar,apa yang kak minta ibu bagi,Azli ni siapa?” Sambil merungut tak puasa hati. “tengok cikit-cikit melawan cakap ibu ye?” Ibu tak kisah,biar kamu menangis sekarang,jangan dh kena soal dengan Malaikat nanti baru nak menangis menyesal,kak kamu salalu dengar cakap ibu,ibu tak pilih kasih pun,cume kamu ni selalu buat perangai,ibu tak nak anak ibu nanti jadi anak yang derhaka pada Allah dan ibubapa”. “Adik dengar lah nasihat ibu ni,tak guna kita berjaya di dunia sedangkan akhirat kita abaikan,tak guna jugak kalau kita mendapat kemewah tetapi derhaka pada ibubapa,kamu tak takut dosa ke??ibu takut sangat anak-anak ibu jadi macam tu.

Sudah seminggu suami Jamariah tak pulang dari outstation,risau jugak hatinya,tiba-tiba telefon rumah berdering. “Hello,siapa ni?” Abang ni, abang minta maaf ye sebab tak bgitahu abg nak balik hari ni,abang sibuk sangat,ni abang ada atas flight,nak blik rumah,tak sabar sangat nak jumpa sayang dan anak-anak,abang rindu sangat,abang beli banyak hadiah tau untuk sayang dan anak-anak,macamna anak-anak kita,sihat ke? nakal-nakal tak?” Tanya suaminya. “Biasa la bang macam biasa la nakal budak-budak,cuma Azli tu je…lalu,tutt..tutt..tutt..Hello bang?? Hello??.

Tiba-tiba telefon berdering, “Hello?”Jamariah mengangkat telefon, “awak ni isteri Khalid ke?”. “Ye,saya isterinya,kenapa?”. “Harap bersabar ye Puan.flight yang suami Puan naik terhempas masa perjalan ke sini,suami Puan memang tak dapat diselamatkan”.Ya..Allahh..!!Astgahfirullahalazim..!!,ganggang telefon terlepas dari tangan Jamariah,terjelepuk tubuhnya ke lantai,dunia rasa bagaikan hitam dan kelam,a,,banggg…a..banggg..!!huk…huk..huuk.. kenapa abang tinggalkan Jamariah,macamana Jamariah nak teruskan hidup tanpa abang disisi dengan anak-anak kita bang..
Jamariah terus menangis,air mata bercucuran tak henti-henti..Jamariah tidak menyangka dalam sekelip mata sahaja suaminya sudah tiak ada lagi,tetapi Jamariah terima dan redha jugak,kerana semua ini adalah takdir dari Allah. “Semoga roh abang ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin,betul kata abang,cintakan manusia,manusia akan pergi,tapi cintakan Allah,kekal buat selama-lamanya”. “Jamariah akan jga anak-anak kita baik-baik ye”.maafkan dosa-dosa Jamariah ye”..

Azli kini sudah melanjutkan pelajaran di Universiti luar negara,kakaknya hanya membantu ibunya di rumah untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga dan perbelanjaan pengajiaan Azli,cukuplah duit peninggalan arwah suaminya dan sebuah warung kecil yang di buka di kampung. “Puteri ,adik kamu ada menelefon?”.tanya ibunya. “Belum lagi la ibu,cuma last hari tu masa dia suruh masukkan duit”.Jawab Puteri.

Genap 5 tahun,Azli tamat pengajian dalam bidang kedoktoran.Kepulangannya sangat dinantikan oleh ibu dan kakaknya,ring.. ring.. “Hello ibu! Azli nak balik hari ni”, “Oh,yeke,anak ibu nak balik ye,nanti ibu masakkan masakan yang sedap-sedap ye..,nanti ibu pergi jemput dengan kakak di stesyen bas ye..”.Balas ibunya..”Eh,tak payah ibu,nanti Ali boleh suruh kawan hantarkan ye”..

Sudah sebulan Azli duduk di rumah,namun masih belum di tawarkan apa-apa tawaran lagi,Azli buntu,puas memikir dan meminta kerja,tapi belum ada rezeki lagi. “Azli,buat sementara waktu ni,kamu kerja apa-apa je ye,yang penting kerja tu halal dan tak melalaikan kita dari mengingati Allah”.Cadang ibunya. “Ish! ibu ni mana boleh,Azli kan keluaran Universiti bidang kedoktoran,mana standard kerja lain kan”. “Ibu bukan apa Azli,ibu tengok kamu sekarang tak nampak pun kamu sentuh tikar sejadah dan tak baca Al-Quran pun,kamu dah tak solat ke Azli?”.

“Ala ibu ni,cikit-ckit nak membebel,dari kecik sampai ke besar membebel je kerje nya,bosan le cmni,masa kat Universiti dulu,tak de siapa pun nak mebebel-bebel macamni tau,bosan le kalau macamni,ni yang susah duduk dengan ibu,Azli tahu le jaga diri Azli,dosa pahala Azli yang tanggung,ibu tak tak payah la nak bising-bising,ibu jaga la anak kesayangan ibu tu elok-elok!! “ Begitu tersentap sekali Jamariah mendengar jawapan dari anak lelakinya itu,inikah balasan yang aku terima selama aku membesarkan dia? bagi duit tiap-tiap bulan sehingga berjaya sekarang.

“Ibu Azli nak pinjam duit la,nak buka klinik sendiri,susah la macamni,sekurang-kurangnya ada klinik sendiri,boleh jugak beli kereta dan rumah besar”. “Ibu mana ada banyak duit Azli,ni pun cukup untuk perbelanjaan kita sekeluarga je,” Ahh!! Ibu ni suka nak tipu Azli! Ayah kan ada tinggalkan kita tanah,ibu jual la tanah tu duit tu bagi le Azli pinjam,nanti Azli bayar lah blik,bukannya Azli tak bayar!” “Ibu tahu Azli,ibu memang nak sangat tolong tapi duit tu…”Belum sempat Ibunya habis bercakap lalu di tolak ibunya jatuh ke lantai..”

Aahhh!!..Azli terus mengherdik dan meninggikan suara sudahlah bu! ibu memang berkira dengan Azli,dengan kakak semua ibu bagi,dengan Azli semua tak boleh,Azli tahu ibu nak bagi semua tu kat kak kan?’ sudahlah pergi berambus lah korang berdua ni,lebih baik aku keluar dari rumah ni,menyusahkan aku je”, Azli jangan pergi nak! ibu sayangkan kau nak,ibu tak nak kehilangan kau nak,kau lah satu-satunya anak lelaki ibu,ibu tak ambil hati pun apa yang kau buat kat ibu,cuma ibu minta sangat kamu jangan tinggalkan ibu nak”.jangan nak..jangan pergi!!..

”Azli jangan buat ibu macam ni,kasihan la kat ibu kita dik! kalau kau benci kak sekali pn janganlah buat ibu mcamni,ibu dah ckup derita tunggu kau,rindukan kau,janganle tinggalkan ibu ,kak tau kak banyak silap,kak minta maaf,kak mengalah”..”Ahh!! sudahlah,kak dengan ibu sama saja..” Azli terus mengambil beg dan keluar dari rumah tanpa menghirauakn rayuan ibunya..”Azli….”

Kini,Azli sudah bergelar seorang doktor pakar di sebuah kota metropolitan,dan Azli juga sudah ada isteri dan kekeyaan sendiri. “Abang,bila kita nak jmpa mak abang?selama kita kahwin,tak pernah mah jumpa mak abang,teringin jugak nak jumpa”, “mah, mak abang kan dah tak de,dahle janganle kita cakap pasal ni lgi ye,nanti kita pergi bercuti di London ye”.
Satu hari,Azli menerima surat dari posmen,alamatnya dari kampungnya,dalam surat tu ada tulis wasiat,Azli tanpa memikir panjang terus bergegas mahu pulang ke kampung,dalam benak hatinya memikirkan mungkin ibunya dah meninggal,mungkin dia ada tinggalkan wasiat untuknya.
Sesampai di rumah,orang ramai berkumpul di halam rumahnya,Tapi Azli sepeti tak kisah apa yang berlaku,lalu dia di sapa oleh jirannya, “Balik jugak kau ye Ali! sabar ye Azli,Ibu kau dah tak de”,Azli hanya terdiam,timbul sedikit serba salah di hatinya. “Nah! ni ada surat ibu kau bagi masa dia sakit dulu,kau baca la isi surat tu”.Azli pun membuka lembaran surat yang di beri oleh ibunya…
….Ke hadapan anakandaku Azli,yang ibu sayangi,yang ibu cintai,diharap surat ini dapat dibaca oleh kamu nak.Untuk pengetahuan Azli,masa kamu di lahirkan,Kamu susah sangat nak dilahirkan,smpai ibu terpaksa bertarung nyawa 12 jam baru dapat lahirkan kamu.Ibu fikir mungkin kamu ni seorang yang istimewa dan bakal menjadi seorang anak yang soleh,hilang segala kesakitan ibu apabila melihat kamu dilahirkan.Masa tu ibu banyak kehilangan darah.Doktor,cakap ibu perlukan darah sebab keadaan ibu kritikal,kalau anak ibu ni ada mesti dah jadi doktor ibu kan??

Kakak kamu nak dermakan darah untuk ibu,tapi doktor cakap tak boleh,sebab dia masih kecil,alhamdulillah,ada orang yang sudi dermakan darah.Bile ayah melihat kamu,ayah terus melaungkan azan ke telinga kamu,mudah-mudahan kamu menjadi seorang anak yang soleh.Ibu sangat gembira dengan kelahiran kamu,hilang sakit ibu melihat kamu,dan ibu bersyukur sangat-sangat pada Allah dikurniakan kamu.

Kamu terus membesar di hadapan ibu,ibu masih ingat lagi,satu hari tu kamu demam panas sangat,ayah kamu tak ada pergi outstasion,masa tu hujan lebat sangat,ibu tinggalkan kamu bersama kakak kamu di rumah,ibu terpaksa meredah hujan lebat,dalam hati ibu,ibu hanya hanya fikirkan pasal anak-anak ibu je,ibu tak sanggup melihat kamu sakit atau menderita,yang penting nyawa anak-anak ibu selamat.Masa perjalanan pulang dari klinik tu,ada sebuah motor terlanggar ibu,lalu ibu tersunggkur dalam longkong,masa tu tak ada sesiapa yang nak tolong ibu,sebab hujan lebat sangat,tapi ibu tak ada apa-apa,cume luka-luka di tangan dan di kepala je,tapi ibu kuatkan diri juga sebab memikirkan kamu berdua di rumah.

Ibu selalu marahkan kamu,bile ibu marah je,kamu selalu kata yang ibu ni pilih kasih dan lebihkan kakak kamu.Sebenarnya ibu bukan macam tu,ibu sayang kedua-duanya.Ibu marah sebab nak didik anak-anak ibu,ibu takut sangat anak-anak ibu ni leka dan tersesat jauh,mana ada seorang ibu yang sanggup melihat anaknya nanti di humban ke neraka di hadapannya,sedangkan kamu baru sakit sikit je ibu dah tak boleh tengok,sebab ibu sayang sangat-sangat anak ibu.Sebab anak ibu adalah harta ibu yang paling berharga dalam dunia ni.Ibu tak nak apa-apa harta dari anak ibu,cume kasih sayang je yang ibu mahukan.Biar lah anak ibu ni tak sehebat mana pun dipandangan orang,yang penting ibu nak anak ibu seorang yang baik dan soleh.

Untuk pengetahuan kamu jugak,kakak kamu selalu mengalah pasal kamu,sebenarnya ibu bukan nak lebihkan kakak kamu,tapi ada satu rahsia yang ibu tak bagitahu pada kamu,ibu takut kamu risau nanti. Sebenarnya,ibu nak selalu bagi perhatian pada kakak kamu sebab kakak kamu menghidapi penyakit paru-paru berlubang, sebab tu ibu tak nak bagi dia susah,dan ibu nak sentiasa gembirakan dia,lagi pun ibu tak risaukan kamu sebab anak ibu ni kuat,kakak tak kuat sangat,doktor cakap,kakak kamu mungkin tak dapat hidup lama bile meninggkat dewasa nanti,tapi ibu terharu sangat melihat ketabahan kakak kamu,biar pun dia sakit macam tu, tapi dia boleh menghadapinya dengan kuat dan menjaga kamu.sebenarnya kakak kamu tak pernah merungut langsung pasal kamu,sebab tu dia sentiasa mengalah pada kamu,sebab kamua adiknya.Tapi ibu tahu kamu selalu tak nak mengalah dengan kakak kan?

Sampai lah kamu dapat tawaran sambung belajar ke luar negara.Sebelum tu kakak kamu pun memang dapat tawaran untuk sambung belajar jugak,tapi bile memikirkan masa depan kamu,kakak korbankan pengajian dia,tak pe lah,sekurang-kurangnye kakak dapat bantu ibu di rumah kan.Masa kamu belajar, ibu selalu suruh kakak masukkan duit dalam bank,ibu selalu tanya kakak samaada kamu ada telefon ke tidak,Ibu tahu kadang-kadang kakak saja nak jaga hati ibu dan tak nak bagi ibu risau,kakak cakap kamu ada telefon,tapi tak pe,ibu faham kamu sibuk belajar kan…Ibu tak nak pelajaran anak ibu terganggu..

Saat yang di nanti oleh ibu dan kakak tibe,berita tentang kepulangan kamu memang sentiasa di nantikan,perasaan rindu ibu ni Allah sahaja yang tahu,ibu lah orang pertama yang paling gembira.Macam-macam ibu masakan untuk kamu nak,ibu masih ingat lagi,masa kecik-kecik dulu kamu suke sangat makan sup ayam dengan ikan keli masak lemak,berebut-rebut kamu dengan kakak nak ibu suapkan,yela orang cakap air tangan ibu ni manis..Tapi bile kamu dah balik,kamu jamah cikit je makanan kegemaran kamu,ibu fikir mungkin kamu tak biasa lagi nak makan makanan kampung kan,ibu tersenyum je..

Sampailah satu masa,kamu tiba-tiba je marahkan ibu dan kakak pada malam tu,mungkin kamu masih ingat kan,Azli nak minta duit dari ibu,tapi belum sempat ibu habis ckap Azli mengamuk kan.Sebenarnya memang ibu nak jual tanah ayah kamu,tapi duit tu ibu nak gunakan untuk pembedahan kakak kamu,kosnya agak tinggi sikit,ibu bukan tak nak bagi,tapi ibu kesiankan kat kakak,tapi kakak lagsung tak tahu yang ibu nak guna kan duit tu untuk pembedahannnya.

Semenjak Azli keluar dari rumah ibu langsung tak dapat khabar dari kamu,Azli merajuk dengan ibu ye? Ibu tahu,tapi ibu tak ambil hati pun,sebab ibu sayang anak ibu.Sampailah satu hari tu,kakak tiba-tiba sakit tenat,ibu cepat-cepat nak hnatar kakak pergi hospital,tapi kakak cakap tak payah,kakak ckap kita tak ada duit,msa tu baru ibu cerita yang duit tanah tu untuk pembedahan kakak.Kakak terdiam,kakak cakap.”tak pe lah ibu,kakak rasa kakak dah tak tahan lagi,kakak nak bagi je semua duit tu pada adik,sebab adik adalah harta kakak,kakak halalkan segala-galanya dan kakak maafkan segala silap dan salah adik,kakak minta maaf banyak-banyak ye ibu,halalkan susu ibu dan segalanya,doakan kakak ye ibu,semoga kakak dapat berjumpa ibu nanti”.Itulah kata-kata terakhir dari kakak…

Masa tu ibu sedih sangat,kakak dah tinggalkan ibu,ibu hidup keseorangan,masa kakak ada dulu dia selalu bantu ibu,sedikit pun tak pernah bantah,kakak memang seorang anak yang baik.,tanpa ibu sedari air mata ibu menitis semasa menulis surat ini..Ibu hanya ada kamu je,ibu selalu tunggu di pintu,kadang-kadang diseberang jalan,tapi adik tak balik-balik jugak..ibu rindu sangat kat adik!

Di suatu petang tu,tiba-tiba badan panas sangat,ibu dah tak dapat lagi nak tnggu azli macam biasa,ibu hanya berserah dan berdoa kepada Allah je,Ibu selalu doakan kesihatan dan kebahgiaan Azli,rupanya Allah sayangkn Azli,dia berikan segala-galanya..dan ibu berdoa supaya suatu hari nanti Azli dapat pulang sini..

Akhir sekali dari ibu,ibu dah wasiatkan segala-galanya pada mu nak,ibu tak ambil sedikit pun,begitu jugak kakak,semuanya untuk adik ,dan hadiah yang paling istimewa yang ibu nak bagi,dan tiada ternilai dengan harta dunia adalah.. keredhaan dan keampuanan dari seorang ibu,Azli dah banyak buat silap pada ibu dan adik belum sempat meminta ampun dari ibu,tapi ibu dah bagi hadiah ni pada adik,ingat adik, “Syurga tu di bawah tapak kaki ibu”.Itulah harga yang tak ternilai yang ibu nak bagi..Ibu dah halalkan susu ibu,penat lelah ibu pada Azli,Azli didiklah anak Azli baik-baik ye nanti,dan wasiat ibu yang terkahir,ibu tak nak minta apa-apa,cuma ibu nak Azli sentiasa hadiahkan bacaan Al-Quran dan sentiasa mendoakan untuk ibu ye,itu lah hadiah yang ibu nak minta dari Azli…Mudah-mudahan selepas ini Azli akan berubah dan menjadi seorang yang soleh…
Sekian dari ibumu yang
Mengasihi dan merindui kamu
Azli terjelepuk jatuh ke tanah, air matanya begitu deras mengalir, dunia ini kelam ibarat sudah tidak berharga lagi baginya,dia begitu menyesal,dia meraung seperti kanak-kanak.. ”ibuuuuu…….ibuu……ibuuuuu……kakak….”maafkan adik,adik menyesal bu….”tapi nasi sudah menjadi bubur,segala memori dulu bermain di fikirannya,hanya linangan air mata yang bercucuran .Yang mampu hanya mendoakan dan mensedekahkan bacaan Al-Quran buat ibunya…..

sekian,wassalam…

Tuesday, March 26, 2013

Kanak-kanak Hiperaktif



Kanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain .

Satu cerita dijadikan cerita .....
Abu yang berumur empat tahun telah dibawa ke klinik kanak - kanak kerana terlalu Aktif atau cergas dan tidak boleh duduk diam . Abu dilahirkan seperti biasa dan kesihatan serta perkembangannya sehingga usia satu tahun dikatakan memuaskan . Selepas Abu sudah boleh berjalan dikatakan sangat buas, selalu memanjat di atas perabot - perabot serta memunggah benda - benda . Pendek kata Abu jarang duduk diam dan dia sangat kurang tidur . Semakin dia besar semakin sukar untuk menjaga atau mendidiknya .
Dia masih belum boleh bercakap seperti kanak - kanak yang sebaya dengannya dan dia tidak boleh mengikuti arahan yang diberi kepadanya walaupun ibubapanya tidak meragukan kebolehan pendengarannya . Dia masih memerlukan bantuan untuk makan . memakai baju atau membuangair kecil dan besar .Ibu bapanya tidak memasukkannya ke tadika tetapi dia dikatakan terlalu resah , dan tidak mematuhi apa - apa arahan yang diberikan . Abu juga tidak boleh menumpukan perhatiannya kepada sesuatu perkerjaan .

Dia tidak suka duduk dengan lama, asyik hendak berlari keluar dari bilik darjah . Kelakuannya didapati sukar dikawal oleh gurunya sehingga ibu bapanya diminta mengeluarkannya dari tadika kerana dia sentiasa mengganggu aktiviti - aktiviti kelas .Abu merupakan seorang kanak -kanak yang mengalami sindrom heperaktif atau dipanggil " Attention deficit disorder " . Keadaan ini menimbul kerumitan kepada ibu bapanya untuk menjaga dan mendidiknya .

kanak-kanak hiperaktif
 
 
 
Kelakuan yang biasa diperlihatkan di dalan keadaan ini boleh dibahagian .
(1) Kekurangan tumpuan perhatian
Kanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain .
(2) Mengikut Dorongan Hati ( Impulsif )
Dia tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malah telah melakukannya sahaja. Dia membuat sesuatu dia akan dengan cepatnya berubah pada membuat sesuatu yang lain . Ibu bapa dan guru -guru mendapati sukar mengawalnya kerana dia tidak mengikut arahan yang diberikan .
(3) Berkelakuan Terlalu Aktif
Kanak -kanak yang berkelakuan seperti suka berlari -lari , memanjat -manjat perabot , sukar duduk diam , dan seolah -olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak -kanak hiperaktif .Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau tiga tahun , apabila dia sudah boleh berlari , memanjat dan melompat . Pemeriksaan uarat saraf di kalangan kebanyakan kanak -kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif , selalu tidak menunjukkan apa -apa gangguan . Malahan di kalangan kanak -kanak yang dikatakan ' brain damaged ' ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif .
Anggapan umum ialah kanak -kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum , tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi .Kes -kes hiperaktif yang didapati di klinik Perkembangan Kanak -kanak di Universiti Kebangsaan Malaysia kebanyakan yang melibatkan kanak -kanak lelaki . Sebabnya masih menjadi suatu tanda tanya . Satu lagi hal yang menjadi tanda tanya ialah berapa ramaikah kanak -kanak di negara ini mengalami keadaan sindrom hiperaktif .

Proses penilaian kanak -kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan paediatrik dan psikologi. Kanak -kanak ini memperlihatkan berbagai bagai masalah seperti lambat bercakap , sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan yang merbahaya . Dia juga sukar menerima pengajaran kerana tumpuan perhatiannya kurang . Pemeriksaan oleh pakar kanak -kanak untuk memastikan yang tiada gangguan uarat saraf atau tahap elemen plumbum (lead ) yang tinggi di dalam darah perlu di buat . Lazimnya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan tanda -tanda yang luar biasa .
Ibu bapa perlu mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan ini serta strategi rawatan yang boleh digunakan kerana mereka merupakan orang yang paling penting di dalam rancangan pemulihan yang bakal di jalankan ke atas anak -anak mereka itu oleh profesional -profesional yang terlatih .

Wednesday, March 20, 2013

Mengapa penting Memperbaiki dan Memperelokkan Solat serta menjaga Amanah?

 Cara solat sunat istikharah


 

 
 Pada kali ini marilah kita renungkan 6 soalan yang dibincangkan oleh Imam Ghazali dengan murid-muridnya. Walaupun nampak mudah tetapi sebenarnya amat besar peranan dan kesan dalam hidup kita di dunia apatah lagi sewaktu kita berjumpa Allah nanti. Mari kita bincangkan dalam konteks kehidupan pada hari ini semoga kita dapat manfaatnya.

Soalan-soalan tersebut ialah
 
1. Apakah benda yang paling dekat ?
2. Apakah benda yang paling jauh ?
3. Apakah perkara yang paling besar?
4. Apakah perkara yang paling berat?
5. Apakah benda yang paling ringan? dan
6. Apakah yang paling tajam?

Saya percaya hampir semua orang Islam tahu menjawab soalan-soalan tersebut tetapi apalah salahnya diulang semula kerana kita tidak dapat lari dari penyakit lalai dan lupa, dan adakalanya kita tersilap memberi keutamaan.

1. Benda yang dekat ialah mati. Sesuai dengan umur dunia yang sudah semakin tua, kita pun tidak tahu bila masanya kita akan mati. Mati tidak sahaja menimpa orang yang sakit, tetapi juga mereka yang tidak pernah sakit, baik tua baik muda baik kanak-kanak atau siapa sahaja.

Mati di sini juga boleh membawa maksud sakit di mana kita tidak mampu buat apa-apa lagi dalam menguruskan diri kita sama seperti orang yang telah mati hanya berharap diuruskan oleh orang lain yang hidup dan sihat. Oleh itu sebelum kita tidak dapat menguruskan diri baiklah kita bersiap sedia apa-apa yang perlu.

Kita perlu pastikan semua yang kita buat ada hubungkaitnya dengan beribadat kepada Allah. Disamping menikmati hasil keduniaan kita juga akan dapat ganjaran pahala sebagai bekalan yang kekal, Insyaallah.
Saidina Umar Al-Khattab r.a. pernah mengingatkan kita , “ Hisablah (hitunglah) diri kamu sebelum kamu dihisab(dihitung ) dihadapan Allah di akhirat nanti.”

Mati adalah satu perkara yang sangat menggerunkan dan untuk meringankan azab sakratulmaut, disamping menunaikan ibadat-ibadat wajib, banyakkanlah beristighfar, berzikir dan bertahmid memuji keagungan dan kebesaran Allah, serta sentiasa meminta belas-ihsan panduan Allah terhadap apa jua yang kita lakukan. Di samping itu banyakkanlah berselawat atas Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. mudah-mudahan dengan syafaat baginda kita diringankan bebanan terutama di dalam kubur.
 
Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya sentiasa berselawat ke atas rasulnya, dan dalam sebuah hadis ada diriwayatkan sabda Rasulullah bahawa setiap selawat yang kita ucapkan ke atas rasul akan dibalas dengan 10 kali selawat oleh Allah ke atas kita.
 
Rasulullah pernah mengingatkan isterinya Saidatina Aishah r.a. dalam sebuah hadis yang bermaksud “Jangan kamu tidur sebelum kamu melaksanakan empat perkara, membaca Al-Quran sampai khatam (membaca surah Al-Ikhlas 3 kali), berselawat keatas Rasulmu, berdoa memohon keampunan untuk seluruh umat Islam, dan beristigfar, berzikir, bertahmid memuji kebesaran Allah Subhanahuwataala.”
 
Hadis yang ringkas ini bukannya susah pun untuk dilaksanakan jika kita jadikan amalan setiap malam sebelum tidur. Kalaulah terus tertidur tak bangun-bangun keesokan paginya, Insyaallah mati kita adalah dalam iman.
 
Kalau mampu buatlah solat sunat taubat setiap malam sebelum tidur, meminta keampunan atas segala kesalahan yang kita lakukan, dengan perasaan yang amat benci terhadap kelakuan kita tesebut dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.
 
2. Benda yang paling jauh ialah masa yang telah lalu. Masa yang telah lalu sudah menjadi sejarah dan tidak ada apa-apa yang kita ubah lagi. Oleh itu dengan kesempatan yang masih ada lakukanlah sesuatu yang baik, atau ubahlah sesuatu yang kurang baik kepada perkara yang lebih baik. 
 
Contoh paling nyata ialah sewaktu anak-anak masih kecil, asuhlah mereka supaya hormati orang-orang tua. Atau pun jangan berhenti menyuruh mereka solat bila sampai waktunya. Dengan sendirinya perkara-perkara baik sebegini akan jadi tabiat yang berguna dan Insyaallah akan kekal sehingga mereka meningkat dewasa. 
 
Mungkin ada anak-anak kita yang sedikit degil tetapi janganlah hendaknya kita berputus asa. Anak-anak kecil belum tahu apa-apa, ibubapalah pembentuk mereka. 
 
Sedikit sahaja kelalaian dipihak kita kesannya cukup besar bila mereka dewasa nanti
 
Kalau kita ada kuasa untuk mengubah sesuatu kepada yang lebih baik, maka ubahlah sewaktu kita ada kuasa, jangan tunggu sehingga kuasa sudah hilang baru kita teringat. Kadang-kadang kita tidak tahu kita ada kuasa sehingga kuasa itu hilang dari genggaman kita. 
 
3. Perkara dan musuh yang paling besar pula ialah nafsu ? 
 
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, “Tidak beriman seseorang itu sehingga dia boleh menjinakkan nafsu supaya mengikut kata imannya. “
 
Kehendak nafsu sentiasa berlawanan dengan kehendak atau dorongan iman. Setiap orang Islam mesti berusaha untuk mengawal nafsunya, baik nafsu makan, nafsu syahwat, nafsu bekerja, nafsu berhibur, nafsu mencari harta, nafsu berpakaian, nafsu berkata-kata, nafsu untuk berkuasa, nafsu menghias rumah, nafsu suka dipuji, nafsu bermegah-megah dan sebagainya.
 
Antara contoh-contoh bagaimana nafsu berusaha untuk mengawal dan mempengaruhi kita ialah, bila terdengar azan untuk solat, nafsu akan memujuk, biarlah ! lambat lagi, apa nak kejar, kalau kita hendak menolong seseorang, nafsu akan mengatakan, buat apa nak tolong, ramai lagi orang lain boleh menolong; nak bersedekah dengan wang yang sedikit sedang itu sahaja yang kita mampu, 
 
nafsu akan mengatakan, sedikit boleh jadi apa, tunggulah lain kali sahaja, tentu lebih banyak dapat disediakan, nak mula mendekati mesjid selalu, nafsu akan memujuk dengan mengatakan apa nak susah, umur masih muda, di rumah pun boleh solat, tua nanti buatlah lagi senang dah kurang tanggungjawab kerana anak-anak dah besar dan macam-macam lagi. Sangat ramai orang yang tewas kerana nafsu.
 
Dalam bulan Ramadan ini berjayakah kita melawan nafsu makan, mampukah kita mengurangkan belanja dapur berbanding dengan bulan-bulan sebelum ini ? 
 
Nafsu juga boleh menyebabkan kita jadi bakhil. Kita selalu keberatan untuk berderma atau bersedekah sebab takut miskin sedangkan kaya miskin adalah anugerah dan ketentuan Allah. Allah boleh bagi atau tarik balik sebarang rezeki yang Dia bagi kepada kita..
 
4. Perkara yang paling berat adalah memegang amanah.Sejauh mana kita menjalankan tanggungjawab kita memegang amanah. Adakalanya tanggungjawab itu datang sendiri secara mengejut seperti bila ibu atau bapa meninggal dunia, atau bila ketua pejabat bertukar sementara datangnya pengganti. Adakalanya tanggungjawab datang kerana kita memintanya melalui pertandingan atau pun ditawarkan.
 
Di mana sahaja setiap seorang dari kita mesti ada memikul amanah sekurang-kurangnya terhadap diri sendiri dan keluarga. 
 
Seorang majikan atau ketua tempat bekerja memikul amanah bagaimana menjaga kebajikan dan pengurusan tempat kerja tersebut supaya teratur, tanpa penyelewengan, sentiasa ceria dan berdaya maju. 
 
Seorang pemimpin negara atau parti atau persatuan mesti menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah. Tidak boleh pecah amanah menyalahgunakan apa-apa yang bukan hak kita untuk diri sendiri. Khalifah Umar Abd Aziz r.a. menunjukkan contoh yang baik iaitu jika urusan keluarga maka dia akan menggunakan lilin khas untuk urusan keluarga dan bukan menggunakan lilin yang dikhaskan untuk urusan negara.
 
Pecah amanah juga boleh berlaku jika kita menyerahkan apa-apa jawatan kepada orang yang kita sukai atau rapat dengan kita tetapi dia tidak layak atau yang belum sampai masanya untuk memegang jawatan tersebut sedangkan ada orang lain yang lebih layak kepada jawatan itu.
 
Kesan pecah amanah amat besar bukan sahaja kepada individu tetapi mungkin kepada anak-anak dan keluarga. Sekiranya melibatkan wang maka apa yang pasti ialah makanan yang dibeli dengan wang haram itu seumpama memasukkan api neraka ke dalam mulut kita dan anak-anak kita. 
 
Pernah kita mendengar orang-orang mengatakan, “Aku gunakan wang itu bukan untuk makanan tetapi benda-benda lain yang tak akan jadi darah daging aku dan keluarga aku” Betulkah ?
 
Jika dengan wang haram itu dibelikan barang-barang keperluan, maka wang asal yang disediakan untuk membeli barang-barang itu sudah bukan hak kita lagi, sesungguhnya semua wang dari sumber tidak halal, akan tetap haram.
 
Kita janganlah lupa terhadap cerita bagaimana seorang pekerja yang baik tetap disiksa Allah kerana mengambil sedikit sahaja carikan kayu dari tempat kerjanya tanpa kebenaran tuannya untuk membersihkan giginya. Sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan. 
 
“Dan janganlah kamu makan iaitu mengambil harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah , dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (iaitu mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (salahnya). Al-Baqarah 188
 
Memang amat berat kalau terpaksa memikul amanah sedangkan ramai dari kita tidak mampu untuk memikulnya. Kalau boleh, elakkanlah secara sengaja mencari sebarang beban sedangkan kita tahu kita adalah lemah dan tidak mampu untuk melaksanakannya.
 
“ Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala” An-Nisaa 10
 
Sebagai contoh; Sekiranya ada antara kita (sama ada lelaki atau perempuan) yang diamanahkan menjaga harta peninggalan ibu bapa yang dulunya kita jaga sewaktu adik-adik masih kecil, dan kini mereka telah dewasa, maka pulangkanlah (serahkan) semula jika masih ada kepada adik-adik kerana itu bukan hak kita lagi. 
 
Janganlah pula dijadikan hak kekal dan diberikan pula kepada anak-anak dengan perasaan takut miskin kerana rezeki itu adalah hak Allah, kita hanya pemegang amanah sahaja. Harta-harta rampasan seperti inilah yang akan merenggangkan silaturrahim dan menyusutkan segala keberkatan amalan yang kita lakukan. 
 
Seiring dengan ketibaan Hariraya tak lama lagi, para ustaz juga selalu mengingatkan kita, janganlah pula kerana hendak menyambut Hari Raya kita menambah hutang jika tidak perlu, atau menambah dosa dengan menyalahgunakan harta atau apa-apa yang bukan hak kita walaupun sementara dengan tujuan lepas raya dipulangkan atau bila ada wang akan diganti semula. 
 
Ingatlah bagaimana cerita Saidina Umar Al-Khattab r.a. diperingatkan oleh pegawai kewangannya supaya tidak menggunakan kemudahan perbendaharaan Islam walaupun ketika itu khalifah dalam kesempitan. Sesungguhnya mati itu sangat hampir dan kita semua tidak tahu setakat mana umur kita.Sama-samalah kita menjaga semua amanah sebaik mungkin, Insyaallah kita akan selamat.
 
5. Yang paling ringan ialah meninggalkan solat :“ Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang ditentukan waktunya” An-Nisaa’ 103
Sebagai tanda beriman semua orang Islam mesti melaksanakan Rukun Islam yang kedua iaitu sembahyang(solat) pada waktunya. Tidak ada alasan untuk melambat atau meninggalkan solat..
 
Imam Ghazali mengatakan solatlah yang paling diambil mudah untuk ditinggalkan oleh orang Islam.
 
“ Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yaqin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya “ Al-Baqarah 45-46
 
Terlalu banyak alasan yang selalu digunakan oleh orang Islam yang tidak kuat imannya, seperti pakaian kotor, (adakah pakaian kotor itu najis atau tidak najis); masa masih ada lagi (yaqinkah selepas itu kita akan kelapangan dan ada masa ); mesjid dan surau tak ada (solat itu di masjid dan surau sajakah );telekung tak bawa (wajibkah bertelukung, apa kah pakaian kita tidak menutup aurat); sejadah tak ada (perlukah sejadah)?. Saya pernah melihat warga kita di luar negara, tepi jalan, tepi perhentian bas, di stesen keretapi, dalam supermarket pun (dalam tempat uji pakaian ) boleh solat. Sesungguhnya bumi Allah ini luas dan bersih kecuali disempitkan dan dikotorkan oleh manusia.
 
Meringankan solat juga boleh bermaksud meringankan kesempurnaan solat seperti, tidak berjemaah, kalau berjemaaah , saf tidak lurus, masuk saf lambat, jemaah tidak rapat satu sama lain, tidak mahu berganjak kalau ada lompang setelah ada makmum yang keluar saf, pentingkan diri dengan mengejar kipas dan alat hawa dingin, bersuara kuat hingga ganggu orang di sebelah, atau tidak berwuduk dengan sempurna, dan lain-lain lagi.
 
Rasulullah mengingatkan kita bahawa amalan solatlah yang akan dinilai dahulu sebelum Allah menilai ibadat yang lain, secara tidak langsung kalau gagal penilaian solat, amalan yang lain akan sia-sia sahaja.
 
Orang yang gagal dalam penilaian solat atau solatnya tidak diterima, atau yang tidak bersolat, tempat mereka adalah dalam neraka Saqar. Penghuni neraka Saqar dibakar sehingga hangus dan kemudian dipulihkan semula kulit-kulit mereka dan dibakar semula, begitulah seterusnya dan mereka kekal di dalamnya.
“Tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah, “ Al-Muddaththir 41
 
Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka (ahli syurga bertanya); “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka ) Saqar ? ” Al-Muddaththir 42
 
“Orang-orang yang bersalah itu menjawab; “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang (solat); “ Al-Muddaththir 43
 
“Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;” Al-Muddaththir 44
 
“Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; “ Al-Muddaththir 45
 
“Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasnan” Al-Muddaththir 46
 
Marilah sama-sama kita terus berusaha memperbaiki solat kita kerana solat adalah tiang agama.
 
6. Yang paling tajam ialah lidah Tidak ada senjata yang paling tajam selain daripada lidah.
Lidah (keupayaan berkata-kata) perlu digunakan untuk kebaikan dan janganlah pula digunakan untuk keburukan.
 
Jika percakapan yang disampaikan berupa provokasi atau pun fitnah, pengajaran yang terpesong, atau arahan yang zalim dan kejam, kesan atau akibatnya amat serius boleh mendatangkan kesan buruk satu atau beberapa generasi yang tidak boleh diperbaiki lagi sampai bila-bila. Memang mudah untuk memohon maaf atas sebarang ketelanjuran kata-kata, tetapi bagaimana pula kesan emosi, atau kesan jangka panjang ke atas individu, atau keluarga yang menjadi mangsa, sudah pasti amat sukar untuk disembuhkan.
 
“ Fitnah itu lebih buruk(dahsyat) daripada membunuh”
 
Orang Islam tidak akan lupa bagaimana rumahtangga Rasulullah bergoncang akibat fitnah yang ditujukan ke atas Saidatina Aishah r.a. isteri baginda sehingga Allah menurunkan wahyu menerangkan kebenaran dan menjernihkan suasana.
 
Oleh itu untuk tidak dimurkai Allah, dalam pergaulan sehari-hari, jangan amalkan sifat munafik dan jauhkan diri dari mereka yang bersifat demikian iaitu; kalau berjanji dia mungkir janji, kalau bercakap dia dusta dan kalau diberi amanah dia akan pecah amanah.
 
Sebaliknya lidah (yakni keupayaan berkata-kata) hendaklah digunakan untuk menyampaikan ilmu yang berguna, memberi nasihat atau mengajar dan membaca Al-Quran dan sebagainya. Ia bukan sahaja berfaedah untuk diri penyampai, malahan akan memberi menfaat untuk masyarakat sampai bila-bila. Sekiranya perkara baik tersebut disebarkan pula kepada orang lain selepas itu, ganjarannya akan terus berterusan seperti mengalirnya air sungai sama juga seperti ganjaran harta diinfakkan untuk ke jalan Allah. 
 
“ Dan bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”
(A-Li Imraan 133).
 
Sebaik-baiknya marilah sama-sama kita meneruskan tugas Rasulullah menyeru kepada berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan, terutama kepada diri sendiri, anak-anak, isteri dan kaum keluarga kita, sesungguhnya kita hanya penyeru dan penyampai dan kita tiada daya untuk memberi hidayah kerana ia hak Allah, sepertimana gagalnya seruan Nabi Ibrahin a.s. kepada bapanya, Nabi Noh a.s kepad anaknya, Nabi Musa a.s. kepada Firaun, Qarun dan Haman, Nabi Muhammad s.a.w kepada bapa saudara baginda, dan sesungguhnya kita adalah dilarang berputus asa.
 
Mudah-mudahan dengan usaha yang berterusan, kita dan orang-orang disekeliling kita akan tetap dalam peliharaan Allah sampai bila-bila.
 
Disamping itu semasa melakukan ibadat atau kerja-kerja kebajikan janganlah pula lupa berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar kita sentiasa dipermudahkan dan dilimpahi rahmat dan kurniaanNya.
 
“ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada mu (Wahai Muhammad) mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka ) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir ( kepada mereka ); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, Maka mereka hendaklah menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu);, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul “ Al-Baqarah 186
 
“Dan Tuhan kamu berfirman” Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina” Al-Mukmin 60
 
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri” Al-Baqarah 222
 
“ Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” An-Nahl 128
 
Suka juga diselitkan di sini janganlah kita celupar dalam berkata-kata walaupun ia tidak menyakitkan hati sesiapa tetapi dibimbangi kalau kata-kata tersebut akan menjadi seperti doa yang akan merugikan kita seperti contohnya, pasangan pengantin baru berkata tidak mahu anak dahulu, nak rehat dahulu, anak-anak menyusahkan atau sebagainya. 
 
Jika ia diucapkan sewaktu Allah mengkabulkan doa kan susah jadinya. Ataupun mereka yang baru keluar pusat pengajian, tak mahu minta kerja dulu, nak rehat dulu, sudah penat nak rehat seketika, nantilah dulu atau apa-apa sahaja ucapan yang tidak sepatutnya diucapkan. 
 
Sudah banyak kali kita mendengar orang merungut dah puas berusaha tapi masih susah dapat anak, susah dapat kerja dan sebagainya. Bagi mereka yang terlibat, eloklah muhasabah diri kalau-kalau pernah tersasul kata walaupun tanpa niat. 
 
Jika ada eloklah buat solat taubat banyak-banyak minta keampunan dan minta dikasihani Allah. Ambillah peluang istimewa di bulan Ramadan yang amat berkat, dan bulan yang dibuka pintu langit tanpa sebarang hijab ini, semoga segala permohonan dimakbulkanNya, Insyaallah.. .
 
Dalam sebuah hadis Rasulullah ada menyebut bahawa tiga kumpulan yang tidak ragu-ragu akan dimakbulkan doanya ialah orang-orang yang dizalimi, orang yang bermusafir dan doa ibubapa terhadap anak-anaknya.
Oleh itu mulai sekarang marilah kita berazam untuk memperbaiki apa-apa sahaja kelemahan yang ada, memperbaiki kesempurnaan semua ibadat kita, tuturkata dan tingkahlaku dan berusaha menyumbangkan apa-apa sahaja yang kita terdaya demi agama Islam yang kita kasihi, mudah-mudahan nama kita akan diseru oleh semua malaikat yang menjaga semua pintu-pintu syurga di hari pembalasan nanti, Amin...

Sajak : Muslimah Solehah Tudungnya Labuh

378587_299015693457130_100000461059332_1109326_1123763187_n
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Menutup aurat bertabirkan malu;
Menuruti semua yang ALLAH suruh,
Beriman, bertaqwa, beramal soleh selalu.
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Kepada ALLAH bertaat setia;
Berilmu, berakhlaq dan beriman utuh,
Dialah bidadari perhiasan dunia.
 
tudung labuh
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Tunduk pandangan langkahnya sopan;
Bercampur jantina dia menjauh,
Menjaga hati, maruah dan iman.
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Rajin belajar sukakan ilmu;
Membaiki diri tapis yang keruh,
Mengejar redha ALLAH tidak pernah jemu.
 
hijab
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Padanya harapan generasi rabbani;
Bergandingkan mujahid beriman labuh,
Membentuk keluarga bersunnahkan Nabi.
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Taqwa menjadi bekalan diri;
Sabar dan redha tidak berkeluh,
Sedar ALLAH sedang menguji.
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Hatinya tenang nafsu tak terburu;
Berqanaah di dunia sementara berteduh,
Syurgalah tempat yang sedang dituju.
 
- muzir.wordpress.com
 
 
 
Tertarik pulak saya sambil sambil mengGOOGLE terjumpa blog en. Munzir ni klik punya klik saya terbaca pulak sajak / puisi tentang "MUSLIMAH SOLEHAH TUDUNGNYA LABUH" walau pun ia agak terKENA juga pada batang hidung saya namun ia juga sebagai salah satu medium yang berkesan mengingatkan saya dalam berpakaian. In sya allah terus diberikan kekuatan, ketabahan, kesabaran dan dilimpahkan rezeki yang murah dan berkat mudah-mudahan saya akan ke arah itu... amin!
 

Sesi Peringatan Untuk Saya & Anak2 Perempuan Saya.... dan kamu2 juga di luar sana

Friday, November 23, 2012

10 Muharram (Hari Asyura)


(10 Muharram, bersamaan Sabtu, 24 Nov 2012) 





1. Melapangkan masa / belanja anak  , isteri/suami &  isteri2
fadhilat
 - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha. 

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat
 : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala' 

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu. 

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti. 

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat
 : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'

fadhilat
 - Tidak mati pada tahun ini . 

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat
 - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Thursday, November 22, 2012

Adab Dalam Mendidik Anak-Anak













  • memastikan anak-anak mendapat MAKANAN YANG HALAL
  •  
  • Menemani dan menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti riadah bagi menjamin kecergasan jasmani
  •  
  • MENGHINDARKAN anak-anak daripada segala BAHAYA
  •  
  • Memahami bakat dan minat anak-anak serta menggalakkan mereka untuk mengembangkan minat
  •  
  • mengajar anak-anak MENGHAYATI dan MEMAHAMI segala ajaran al-Quran
  •  
  • MEMBIMBING anak-anak mengikut cara hidup ISLAM
  •  
  • menyuburkan jiwa anak-anak dengan keimanan
  •  
  • MEMBERI KASIH SAYANG kepada anak-anak secara ADIL
  •  
  • mendidik anak-anak mencintai Allah dan Rasul
  •  
  • MENGAJAR anak-anak mengamalkan akhlak yang TERPUJI




In Sya Allah......