Showing posts with label Jangan Buka Hijabku.... Show all posts
Showing posts with label Jangan Buka Hijabku.... Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Jangan Buka Hijabku - 3


3




“Ummi masih marahkan Emier, Walid?”

“Already ten years, Emier. Past is past, everything move forward. Nothing to be afraid of”

“Tapi, Ummi tak ada di sini”

“Walid minta Ummi tunggu di rumah, pastikan bilik Emier siap, semua orang pun siap menerima kehadirandan kemunculan Emier”

“Semua? Macam ramai sahaja bunyinya”

“Tak adalah ramai. Ummi, adik kamu Nayla dan Bibik sahaja. Nanti lepas maghrib ada sedikit majlis doa selamat kami buat sempena kepulangan kamu. Ajak jiran-jiran sekeliling dan kariah surau Al-Hidayah.”

“Walid kata tadi, adik Emier? Setahu Emier, 10 tahun dulu Emier seorang sahaja. Selama ini Walid dan Ummi tak pernah pun cerita tentang adik. Siapa Nayla, Walid?”

“Sampai di rumah nanti, Emier tengok sendiri.”

“Walid........”

“No.......!”

Kenapa Walid perlu berteka teki pulak dengan aku tentang Nayla? Adik aku? Hehehehehe PEREMPUAN adik aku..... cun tak? Ada macam Ummi tak? Umur berapa, Walid tak cakap pulak... sudah 10 tahun aku ke luar negara. Logiknya adik aku mesti baru umur lingkungan itu. Hahahaha aku dah 27 tahun. Ada adik umur 10 tahun, yerk... jalan-jalan KLCC bawa adik. Hahahaha tak leh nak bayangkan.
 
Emier cuba membayangkan dan mencari jawapan kepada persoalan “adik kamu Nayla”... dia tersenyum sendiri nak tergelak besar pun ada sambil menikmati keindahan panorama sepanjang perjalanan ke rumah.

“Ok, alhamdulillah. Kita dah pun sampai Emier.”

“Alhamdulillah.”

Kenderaan Datuk Zaheed memasuki parking porch. Bonet kereta dibuka. Tiga buah beg Emier dikeluarkan dan mereka berdua bersama-sama menarik masuk ke ruang tamu rumah. Tampak persis orang luar dan asing. Emier melihat sekeliling. Mengimbau kenangan yang lalu. Saat manis, suka dan dukanya.

“Assalammu’alaikum.....” bahunya disapa dan disentuh lembut. Suara yang dirinduinya. Emier berpaling, “Wa’alaikumsalam, Ummi.....”

Mereka berpelukan dan mengalir air mata mereka berdua. 

“Ampunkan Emier, Ummi”

“Ampunkan Emier, Ummi”

Berderai air mata seorang lelaki. Tewas oleh suara dan pelukan seorang ibu. Pelukan erat itu sukar dilepaskan. Keterlanjuran ketika usia remajanya telah menghukum dirinya. Bergenang air mata menahan sebak dan sayunya sebuah pertemuan.

“Dah lah tu... umminya. Syukur dia dah balik. Kita ke dapur dulu, Emier. Walid dah lapar. Kamu tak lapar? Kamu tak rindu masakan air tangan Ummi? Jom... jom... jom...  Nayla dan Bik dah siapkan makan dah, nanti sejuk tak sedap.”

“Jom Emier...” Datin Queysha memimpin tangan Emier. Rindu pada anak bujangnya. Emosi Emier sebentar tadi bertukar kembali. Sambil berjalan ke dapur dia masih berteka-teki tengtang “ADIK KAMU, NAYLA”......

Kesemua mereka mengambil tempat di ruang makan. Nayla tidak kelihatan, hanya Bibik Jannah.

“Nayla mana Bik?

“Tadi ada Datin... oh dia ke belakang mengangkat asam pedas Datin, sebentar”

“Tepi... tepi... tepi Bibik.......!!! Panas... Panas... Panas...”

Sambil memegang semangkuk besar Asam Pedas, dia keluar dari ruang dapur menuju ke ruang makan. 






Ini adik aku ke? Ini bukan 10 tahun!! Biar betul...!!!! Bila pulak aku ada adik macam minah Arab nih...!!! Segalanya terbongkar. Jauh dari tekaan Emier. Gadis 10 tahun itu rupanya gadis remaja 17 tahun..... so sweet!!! Bahaya ni kalau bawa jalan KLCC, mahu orang tak percaya kalau kata adik ni. Adik macam aweks!!! Tak sabar aku nak dengar story morry Walid ngan Ummi ni...

Wednesday, May 2, 2012

Jangan Buka Hijabku - 2


 2


Berderu laju kereta mewah Datuk Zaheed, dipandu sendiri. Hari ini diarahkan Pak Mahat untuk berehat sahaja di rumah. Katanya hari ini hari istimewa buat mereka sekeluarga setelah sepuluh tahun. Bila ditanya oleh pak Mahat, apa yang gembira sehingga khidmatnya tidak diperlukan; Datuk Zaheed hanya tersenyum. Kenderaan mewahnya memasuki Highway Elite menuju KLIA. Datin Queysha juga tidak diajak bersama sebaliknya diminta untuk terus pulang ke rumah membuat persiapan menyambut tetamu istimewa.


"Walid malu dengan apa yang kamu dah lakukan, Emier. Sanggup kamu lakukan perkara terkutuk ini...."
"Dia hanya budak, Emier......" sambung Datin Queysha dalam nada sebuah penyesalan. Menyejuk api kemarahan Datuk Zaheed ketika itu. Namun Emier hanya mampu menunduk di hadapan kedua ibu bapanya. Dia seperti hilang arah. Menyesal juga di atas keterlanjuran itu.
"Maafkan Emier, walid"
“Tak guna kamu minta maaf pada Walid dan Ummi. Esok kita jumpa ibu dan ayah Zaireen_____”
“Emier malu......”
“Setelah apa yang kamu lakukan pada Zaireen. Kenapa tak berfikir sebelum buat sesuatu yang buruk pada dia...?”

Emier Zarief. Ketika itu dia berumur 17 tahun. Usia remajanya mengusai segalanya. Dia keliru. Keliru dengan apa yang dilihat, diketahui dan yang dipercayainya. Seorang diri di rumah dan dimanjakan dengan kemewahan. Anak tunggal. Datuk dan Datin sentiasa sibuk. Tiada masa yang khusus untuknya kecuali rutin ketika cuti sekolah dimanjakan dengan bercuti keluar negara. Di usia 17 tahun, Emier boleh berbangga dengan remaja seusianya kerana telah mengelilingi hampir serata dunia. Namakan sahaja Wonderland dan Theme Park yang ada di dunia ini, semua telah dijejaknya dan hampir berkali-kali. Tapi ada satu yang dicari dan diidaminya tidak pernah dipenuhi; kasih sayang yang sejati. Walaupun ketika di luar negara walid dan umminya ada bersama tetapi mereka tidak pernah lekang dengan business call, business appointment dan juga business client walaupun bercuti. Hanya jasad sahaja menemani Emier ke sana dan ke mari tetapi minda walid dan umminya masih berlegar di sekitar empayar perniagaannya.

Emier adalah Pengerusi kepada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Dia terpilih kerana kecemerlangannya di dalam bidang akademik dan sukan. Dua tahun berturut-turut dia diamanahkan untuk memikul tanggungjawab itu. Dia juga seorang Ketua Pelajar. Dia digilai oleh ramai pelajar-pelajar perempuan sekolahnya. Bagi pelajar-pelajar junior pula berebut untuk mengambilnya sebagai abang angkat.

Zaireen. Peneman di kala duka. Pendengar yang setia. Zaireen diambil sebagai adik angkatnya beberapa bulan selepas minggu orientasi pelajar baru. Berumur 15 tahun. 

Zaireen berlatar belakangkan keluarga yang sederhana dan mempunyai masalah kesan daripada penceraian kedua ibu bapanya. Zaireen mendapat perhatian khusus daripada pihak sekolah ekoran cubaan membunuh diri di sekolah lamanya. Pihak sekolah kemudiannya telah merujuk kes tersebut kepada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah dan juga Kelab Kaunseling Sekolah.  Emier dipertanggungjawabkan sebagai mentor kepada Zaireen berdasarkan rekod dan disiplin Emier yang baik serta berjaya membimbing pelajar-pelajar yang bermasalah keluar daripada belenggu kemurungan.

Entah di mana silapnya. Tembok kepercayaan yang disemai di antara Emier dan Zaireen runtuh... runtuh tatkala Zaireen selesai menduduki peperiksaan PMR dan beberapa hari selepas tamatnya peperiksaan SPM. Dia telah menghancurkan dan memalukan perasaan banyak pihak...




“Maaf? Setelah apa yang dia buat pada anak saya? Cuba Tuan fikir kalau perkara ini berlaku pada anak tuan dan puan. Adakah puan akan biarkan?
“saya faham perasaan Encik Zainol. Tapi benda ini dah berlaku. Kalau saya ada di situ tentu saya boleh menghalang dari berlaku. Kita semua pun tak mahukan ia berlaku. Tapi._____”
“Tapi dah berlaku! Itu yang Tuan maksudkan?”
Semua senyap seketika. Emier hanya menunduk. Menyesal atas segalanya.
“Zaireen mana? Boleh saya jumpa dia? Saya nak minta maaf sendiri pada dia atas apa yang Emier telah lakukan.”
“Dah terlambat, puan________” ibu tiri Zaireen berdiri sambil mengeluarkan sepucuk surat dan menyerahkan kepada Datin Queysha. Isi surat dibacanya sambil menitiskan air mata. Kemudian menyerahkan kepada Datuk Zaheed dan akhirnya kepada Emier.


Terpaku.


“Puas hati kamu semua? Kami pun tak tahu dia ke mana! Dia pergi tanpa pengetahuan kami.”


Zaaapppppp!!!!


“Saya tahu ini tidak bernilai dan tidak sama nilai yang telah diambil oleh Emier daripada Zaireen. Cuma saya harap ini dapat membantu keluarga Encik Zainol.”

Sekeping cek diserahkan oleh Datuk Zaheed kepada ayah Zaireen. Perasaan malu masih menebal di mukanya. Malu akan perbuatan Emier. Tapi di dalam hati dia menyalahkan dirinya dan perniagaannya yang menyebabkan Emier jadi begitu. Dia percaya Emier bukanlah anak yang jahat. Sejak itu dia berjanji untuk berubah demi isteri, anak dan keluarganya.


Kini setelah sepuluh tahun.


Wajah itu berada di hadapannya. Bagaikan melihat cermin yang membalikkan kenangan di waktu mudanya. Saling tak tumpah. Wajah yang dirinduinya. Wajah itu memadam segala kekusutan dan peristiwa yang bermain di fikirannya sebentar tadi. Mereka berbalas senyuman dan berpelukan di ruang ketibaan antarabangsa, KLIA.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Wednesday, April 18, 2012

Jangan Buka Hijabku.......


1



Sabuah Banglo mewah tersergam indah di puncak Bukit Jalil. Dikawal rapi dengan beberapa CCTV. Tembok batu keliling setinggi 8 kaki. Rumah atau penjara? Melangkah masuk cukup sekadar di halaman hati boleh meneka apa isinya. Tapi itu peribahasa lama “jangan pernah menilai sesuatu melalui luarannya”. Seni rias landskapnya cukup menawan, pasti mahal upahnya. Tapi itu sekadar luaran.....

            “Nayla..... Nayla..... mari turun makan. Bibik sudah siapkan semuanya.”
            “Saya, Bik. Nanti Nayla turun.....”
            “Jangan lewat turunnya, nanti kok Puan pulang... Nayla masih di atas, takut dimarahinnya..!!!”
            “Iya, Bik...”

Terdengar derap kaki Nayla menuruni anak-anak tangga menggambarkan keriangan. Muncul sahaja dengan sebuah senyuman manis terukir. Tingkah gadis manis yang meningkat remaja ini bersahaja sambil membetulkan lilitan hijabnya. Kemas. Terletak. Memiliki sepasang mata yang galak, hidung yang mancung dan bibir yang munggil persis gadis Arab.

            “Ummi dan Walid tak balik makan tengahari ke Bik?”
            “Ngak tahu. Tapi gayanya seperti ada mesyuarat penting. Mungkin makan di ofis sahaja”
            “Oh.... Bibik dah makan? Mari makan sekali dengan saya. Mari duduk sini”
            “Tidak mengapa, Nayla. Bibik sudah makan di dapur tadi.”
            “Bo’ong..........!!!”
            “Iya. Benar. Bibik sudah makan. Bibik lagi mahu bersihkan kamar yang di atas.”
            “Kamar di atas?”
            “Iya.....”
            “Kamar siapa? Siapa nak datang? Bik? Siapa nak datang........?????”


Berdebu! Habuk! Labah-labah! Huh...!! Bertahun tak kemas. Bertahun tak dihuni. Tapi mengapa dibiar kosong? Mengapa dibiar tidak berhuni? Siapa penghuninya? Ke mana penghuninya menghilang diri....? Tapi semua itu dibiar tidak berisi jawapan. Bibik Jannah setia di sisi keluarga Datuk Zaheed dan Datin Queysha. Banglo ini terlalu besar tapi meriah dengan gurau senda dan kasih sayang tiga beranak ini. Bibik Jannah telah lama berkhidmat tak pernah dia merajuk hati dengan keluarga ini. Kontraknya sentiasa bersambung dan dia tidak pernah sedih tidak pulang ke Indonesia. Bukannya Datuk dan Datin tidak membenarkan dia pulang tapi baginya Indonesia tiada lagi erti buatnya. Sudah tiada siapa-siapa untuk didampingi. Seluruh ahli keluarganya telah tenggelam bersama Tsunami yang melanda Padang, Jawa pada tahun 2006. Kini semua tinggal kenangan. Ah lupakan sahaja.....hidup matiku kini di tanah air Malaysia. Baktiku kini pada Datuk dan Datin serta ahli keluarganya....
To be continue.......