2
Berderu laju kereta mewah
Datuk Zaheed, dipandu sendiri. Hari ini diarahkan Pak Mahat untuk berehat
sahaja di rumah. Katanya hari ini hari istimewa buat mereka sekeluarga setelah
sepuluh tahun. Bila ditanya oleh pak Mahat, apa yang gembira sehingga khidmatnya
tidak diperlukan; Datuk Zaheed hanya tersenyum. Kenderaan mewahnya memasuki
Highway Elite menuju KLIA. Datin Queysha juga tidak diajak bersama sebaliknya diminta
untuk terus pulang ke rumah membuat persiapan menyambut tetamu istimewa.
"Walid malu dengan apa yang kamu dah lakukan, Emier. Sanggup kamu lakukan perkara terkutuk ini...."
"Dia hanya budak, Emier......" sambung Datin Queysha dalam nada sebuah penyesalan. Menyejuk api kemarahan Datuk Zaheed ketika itu. Namun Emier hanya mampu menunduk di hadapan kedua ibu bapanya. Dia seperti hilang arah. Menyesal juga di atas keterlanjuran itu.
"Maafkan Emier, walid"
"Walid malu dengan apa yang kamu dah lakukan, Emier. Sanggup kamu lakukan perkara terkutuk ini...."
"Dia hanya budak, Emier......" sambung Datin Queysha dalam nada sebuah penyesalan. Menyejuk api kemarahan Datuk Zaheed ketika itu. Namun Emier hanya mampu menunduk di hadapan kedua ibu bapanya. Dia seperti hilang arah. Menyesal juga di atas keterlanjuran itu.
"Maafkan Emier, walid"
“Tak guna kamu minta maaf
pada Walid dan Ummi. Esok kita jumpa ibu dan ayah Zaireen_____”
“Emier malu......”
“Setelah apa yang kamu
lakukan pada Zaireen. Kenapa tak berfikir sebelum buat sesuatu yang buruk pada
dia...?”
Emier Zarief. Ketika itu dia
berumur 17 tahun. Usia remajanya mengusai segalanya. Dia keliru. Keliru dengan
apa yang dilihat, diketahui dan yang dipercayainya. Seorang diri di rumah dan
dimanjakan dengan kemewahan. Anak tunggal. Datuk dan Datin sentiasa sibuk.
Tiada masa yang khusus untuknya kecuali rutin ketika cuti sekolah dimanjakan
dengan bercuti keluar negara. Di usia 17 tahun, Emier boleh berbangga dengan
remaja seusianya kerana telah mengelilingi hampir serata dunia. Namakan sahaja Wonderland dan Theme Park yang ada di dunia ini, semua telah dijejaknya dan hampir
berkali-kali. Tapi ada satu yang dicari dan diidaminya tidak pernah dipenuhi;
kasih sayang yang sejati. Walaupun ketika di luar negara walid dan umminya ada
bersama tetapi mereka tidak pernah lekang dengan business call, business
appointment dan juga business client walaupun bercuti. Hanya jasad sahaja
menemani Emier ke sana dan ke mari tetapi minda walid dan umminya masih berlegar
di sekitar empayar perniagaannya.
Emier adalah Pengerusi
kepada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Dia terpilih kerana kecemerlangannya di
dalam bidang akademik dan sukan. Dua tahun berturut-turut dia diamanahkan untuk
memikul tanggungjawab itu. Dia juga seorang Ketua Pelajar. Dia digilai oleh
ramai pelajar-pelajar perempuan sekolahnya. Bagi pelajar-pelajar junior pula berebut untuk mengambilnya
sebagai abang angkat.
Zaireen. Peneman di kala
duka. Pendengar yang setia. Zaireen diambil sebagai adik angkatnya beberapa
bulan selepas minggu orientasi pelajar baru. Berumur 15 tahun.
Zaireen berlatar
belakangkan keluarga yang sederhana dan mempunyai masalah kesan daripada penceraian
kedua ibu bapanya. Zaireen mendapat perhatian khusus daripada pihak sekolah
ekoran cubaan membunuh diri di sekolah lamanya. Pihak sekolah kemudiannya telah
merujuk kes tersebut kepada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah dan juga
Kelab Kaunseling Sekolah. Emier dipertanggungjawabkan
sebagai mentor kepada Zaireen berdasarkan rekod dan disiplin Emier yang baik
serta berjaya membimbing pelajar-pelajar yang bermasalah keluar daripada
belenggu kemurungan.
Entah di mana silapnya. Tembok
kepercayaan yang disemai di antara Emier dan Zaireen runtuh... runtuh tatkala
Zaireen selesai menduduki peperiksaan PMR dan beberapa hari selepas tamatnya
peperiksaan SPM. Dia telah menghancurkan dan memalukan perasaan banyak pihak...
“Maaf? Setelah apa yang dia
buat pada anak saya? Cuba Tuan fikir kalau perkara ini berlaku pada anak tuan
dan puan. Adakah puan akan biarkan?
“saya faham perasaan Encik
Zainol. Tapi benda ini dah berlaku. Kalau saya ada di situ tentu saya boleh
menghalang dari berlaku. Kita semua pun tak mahukan ia berlaku. Tapi._____”
“Tapi dah berlaku! Itu yang
Tuan maksudkan?”
Semua senyap seketika. Emier
hanya menunduk. Menyesal atas segalanya.
“Zaireen mana? Boleh saya
jumpa dia? Saya nak minta maaf sendiri pada dia atas apa yang Emier telah
lakukan.”
“Dah terlambat, puan________”
ibu tiri Zaireen berdiri sambil mengeluarkan sepucuk surat dan menyerahkan
kepada Datin Queysha. Isi surat dibacanya sambil menitiskan air mata. Kemudian
menyerahkan kepada Datuk Zaheed dan akhirnya kepada Emier.
Terpaku.
“Puas hati kamu semua? Kami
pun tak tahu dia ke mana! Dia pergi tanpa pengetahuan kami.”
Zaaapppppp!!!!
“Saya tahu ini tidak
bernilai dan tidak sama nilai yang telah diambil oleh Emier daripada Zaireen.
Cuma saya harap ini dapat membantu keluarga Encik Zainol.”
Sekeping cek diserahkan oleh
Datuk Zaheed kepada ayah Zaireen. Perasaan malu masih menebal di mukanya. Malu
akan perbuatan Emier. Tapi di dalam hati dia menyalahkan dirinya dan perniagaannya
yang menyebabkan Emier jadi begitu. Dia percaya Emier bukanlah anak yang jahat.
Sejak itu dia berjanji untuk berubah demi isteri, anak dan keluarganya.
Kini setelah sepuluh tahun.
Wajah itu berada di
hadapannya. Bagaikan melihat cermin yang membalikkan kenangan di waktu mudanya.
Saling tak tumpah. Wajah yang dirinduinya. Wajah itu memadam segala kekusutan
dan peristiwa yang bermain di fikirannya sebentar tadi. Mereka berbalas
senyuman dan berpelukan di ruang ketibaan antarabangsa, KLIA.
Alhamdulillah, syukur Ya
Allah.
No comments:
Post a Comment