(Agama) Taat Suami..Taat Ibu..
Sebuah
kisah pengajaran yang diceritakan oleh seorang rakan online kita.
Cerita berkisar tentang ketaatan yang sebenarnya menurut Islam. Ikuti
kisah ini:
Setiap kali menjelang Ramadhan
tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun
telah berlaku berbelas tahun. Di antara tazkirah ibu yang amat saya
ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu
Solat Subuh ibu akan memanggil kami semua
(3 orang anak perempuannya –
ibu mempunyai 4orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua
orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum
hakam dalam Islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami
walaupun ketika tu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah
pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.
Ibu: Apa yang nak ibu
cakap ni….dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no.3) dan
Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.
Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan
berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama.
Betul tak?
Ateh & Acik: Betul, mestilah rumah ibu dulu..
Ibu: Dengar dulu,
contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan
rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?
Ateh & Acik : Rumah ibulah sebab dekat
Ibu: Tidak, ibu tidak
izinkan kamu balik ke sini. Baliklah ke rumah mentua kamu dan jika
mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu. Ibu tak kisah
hari raya yang keberapa sekalipun.
Ateh: Mengangguk..(tanda
faham… dia ni banyak ikut perwatakan ibu: penyabar, bertolak ansur dan
mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai
mengurut….diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam
pengetahuannya dalam Islam seperti ibu juga).
Acik: Mana boleh macam
tu tak aci lah, kena gilir-gilirlah baru adil. (dia ni memang kaki
bangkang pun…..outspoken skit kalau dia tak puas hati)
Ibu: Ingatlah…….jika
anak-anak perempuan tu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu
bapa nya di akhirat nanti…taatlah pada suami dan mentua
Acik : Macam kaum h****lak. Dah kahwin tak boleh gi rumah emakbapak.
Ibu: Bukan macam
tu……Islam tu indah..setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di
samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas
ketaatannya itu….. dan seperkara lagi…..untuk menjaga suami tidak
sesusah mana… hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu
mengikut ISLAM……JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaALlah dia
tak akan ke mana…..kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu
juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam
kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.
Ditakdirkan ALlah Ateh bernikah dengan
abang ipar yang yatim piatu……jadi setiap tahun beraya bersama ibu
manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun
pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di
Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik
di Kedah).
Dengan takdir ALlah ketika saya berada
di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga
tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa……terkejut campur gembira
agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk
berbual dengan abang ipar…
Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia ni memang malu sakan dgn ibu).
Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?
Abang ipar : Tidak bu…….saya izinkan keluarga saya beraya di sini.
Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
Abang ipar : Mereka tiada halangan.. (dalam hati saya rasa terkilan apalah ibu ni biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)
Ibu : Izinkan ibu
bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial
no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu….lama
gak ibu bergayut dengan besannya).
Emak kamu tak ada masalah kamu
sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima
kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini. Apabila habis
bulan Syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah.
Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo
ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat
membimbing anak-anak perempuannya kearah Islam tapi ibu amat kecewa
dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung
menjadi pak turut kepada isteri mereka.Bayangkanlah menantu perempuan
ibu yang sulung tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas
makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang
lain…(tak boleh cerita panjang dah masuk bab mengumpat.)
Semasa saya di tingkat 6 atas ibu
kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak
lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga……masalah
pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis
cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah
seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya
sendiri……sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku
sebagai seorang isteri yang solehah?……….berjayakah aku menjadi ibu
sepertimana ibu ku dulu? Ya ALlah,.berilah aku petunjuk dan pimpinlah
aku ke jalan yang engkau redhai…..Amin!
Moral: Jangan gaduh pasal
balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki, tanggungjawab kat ibu
sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. Buat para
isteri, jangan sampai jadikan suami anak derhaka…
1 comment:
aku dah tak ada mak; senang cerita. Ikut ajer... kikiki tapi pengalaman aku masa menyaksikan arwah mak aku dihina oleh adik beradik kerana TAK BALIK KE KAMPUNG menziarahi atuk dan nenek.
Moral: Waktu kita kecil, kita hanya mampu memerhati TANPA memahami. TAPI bila dewasa dan punyai rumah dan tangga kita mampu memahami dan baru menyedari... semoga arwah diampunkan dosa dan ditempatkan di dalam syurga Allah. Amin...
Post a Comment