Showing posts with label Blackhead. Show all posts
Showing posts with label Blackhead. Show all posts

Friday, August 14, 2015

Blackhead Tolong Pergi Jauh Jauh


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera readers...

Kali ni saya nak up post tentang black head/white head nih... memang banyak post bloggers tentang apa itu WH/BH nih... tapi still saya nak upload jugak post pasal nih sebab... saya mengalaminya dan dah banyak ubat ubatan herba dan kaedah kuguna yang dikatakan mujarab... tapi tak menjadi ngan kulit muka daku. Dan tetiba terjumpa.. terguna... terjatuh hati dengan kesan penggunaan produk nih..

Ok kita cerita dulu.. apa itu BLACKHEAD

APA ITU BLACKHEAD
  • Blackhead - nama dalam keperubatan adalah Open Comedo.
  • Ia adalah kandungan yang menyumbatkan 'pores' pada kulit.
  • Selalunya berlaku pada hidung, pipi, kawasan tepi bibir dan dagu.
  • Ia berwarna kekuningan atau hitam. 



APA PENYEBAB BLACKHEAD

  • Blackhead bukan berpunca dari kotoran di alam sekitar kita.
  • Blackhead terjadi apabila lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar 'Sebaceous'
  • Apabila lebihan minyak ini terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut betukar menjadi hitam. 
  • Sebab itulah jika kita picit keluar blackhead ni, warna hitam hanyalah pada bahagian atas sahaja.



Sekiranya pori-pori kita adalah kecil, maka pendedahan pada udara adalah kurang.
Maka tidaklah terbentuk blackhead tetapi whitehead.
Blackhead akan menjadi teruk jika terdapat kotoran dan serangan bakteria tersumbat sekali dalam pori-pori.
Ini mungkin akan menghasilkan pembentukan jerawat.

APAKAH CARA NAK MENGATASI MASALAH BLACKHEAD?

Hormon
Salah satu punca tubuh badan menghasilkan lebihan minyak pada muka adalah kerana hormon tidak stabil. Ini selalunya berlaku masa alam remaja dimana kita mengalami perubahan akil baligh. Hormon akan bercelaruan dan ini antara kesannya. Begitu juga pada beberapa wanita yang mana jerawat akan naik bila period nak datang. Nak stabilkan hormon? teruskan membaca...

 
Rajin-rajinlah mencuci muka
Perlulah kita mencuci muka agar kekotoran dan minyak lebihan yang tersembat dapat dikeluarkan. Ini mungkin memerlukan skincare yang bersesuaian dengan kulit anda. Jika anda ingin memicit keluar blackhead, gunalah cara yang betul agar kulit tidak luka dan seterusnya terjadi serangan bakteria.
Bagi saya, saya suka buat facial untuk tujuan ini. Atau gunakan skincare seperti 'srcub'.. Namun apa2 pun biarlah sesuai dengan muka anda ya...

Makan makanan yang membantu dalam mencantikkan kulit
Makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran, bijirin penuh dan ikan. Ini akan membantu mengurangkan pengeluaran minyak dan membantu hormon menjadi stabil. Makanan bergoreng, bergula dan berkafein menyumbang kepada penghasilan jerawat. Pengurangan makanan ini daripada diet anda akan mengurangkan kecacatan kulit. Jika anda merokok, Berhentilah. Rokok menghalang fungsi hormon yang stabil.  Satu lagi yang paling penting, minum air banyak....

Tidur secukupnya
Dapatkan tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada waktu malam. Ini untuk memastikan tubuh badan betul-betul berehat dan kulit boleh membuat proses pemulihannya. Tidur akan membantu menenangkan segala tekanan yang dialami oleh kulit anda.

Bersenam
Bersenamlah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu kerana ini membantu hormon kita berfungsi dengan lebih stabil. Jika tidak dapat melakukan senaman penuh, amalkan senaman berjalan kaki.

CREDIT TO: this article





So saya syorkan korang cuba product SKINCARE SHILLS dari Taiwan nih. Mengguna kan CHARCOAL based...memang natural... diorang kata SHILLS nih kat Malaysia dah ada retail shop sendiri and kat Mall pun dah ada... tapi macam kat Sarawak that time.. saya dapatkan dari Watson sahaja.. tempat lain tak jumpa.. Kalau korang busy macam saya nih.. saya syorkan korang beli jer kat online... klik kat link nih terus ke catalog blackhead. Moh kita tengok product skincare nih..


Guaranteed REFRESH.. REJUVENATE.. face skin kita

Alhamdulillah guna toner after cleansing memang tutup semula pori-pori muka... saya nih sebelum ni toner tak pernah habis la kalau guna... tapi sejak guna SHILLS meme superb la.. kesan toner pun kita dapat lihat

Yang ini memang ada perubahan la pada saya especially tang hidung and pipi... kalau pergi facial memang tak sah tak nangish la kalau kena picit ngan beautician tuh.. guna product nih tak der air mata pun nak kua.. cuma kena kerap guna.. alhamdulillah nampak perubahan and licinkuit hidung saya

Facial Scrub pun sangat BEST.... licin and non-cloging pores

Yang ini facial Cleansing Moouse (Berkesan massage brush dia)