Showing posts with label Quotes; 1Hari 1Buku; Kongsi; Wisdom; Damrong Pinkoon;. Show all posts
Showing posts with label Quotes; 1Hari 1Buku; Kongsi; Wisdom; Damrong Pinkoon;. Show all posts
Monday, August 26, 2019
Thursday, August 15, 2019
Absolute Power Corrupts Absolutely
Kadang-kadang dah terbiasa... bila baca buku je ada yang menarik atau nak diingati mesti nak share kat Blog. So hari ini saya kongsikan pada semua tentang Absolute Power ni...
Having power corrupts a man, or lessens his morality, and the morepower a man has, the more corrupted he will become. This idiom means that those in power often do not have the people's best interests in mind.
Tapi dalam masa yang sama ada yang berpendapat bahawa, bukan power yang menjadikan seseorang itu Korupsi tapi takut kehilangan kuasa yang menjadikan seseorang itu berlaku atau bertindak Korupsi. Apa pandangan anda?
Ada juga yang kata kalau kita nak tahu karakter seseorang pemimpin sama ada dalam organisasi, beri dia kuasa dan lihat bagaimana dia membawa karakter seorang pemimpin yang berkuasa. Jika baik dan manfaat yang dibawa... alhamdulillah tapi jika buruk dan banyak berlaku penindasan kuasa.... maka ubahlah dan yang penting BERHATI-HATI berhadapan dengan leader seperti ini.
Friday, August 9, 2019
Make Your Bed By William H. McRaven
"Little things that can change your life..... and maybe the world."
Hari ini saya nak kongsikan sebuah buku English Version bertajuk "Make Your Bed" ditulis oleh William H. McRaven. Seperti kebiasaan buku ini saya beli daripada Popular Bookstore BDC, Kuching Sarawak. Buku ini adalah di antara The Number One New York Times Bestseller. Keseluruhan punyai 130 muka surat. Penyampaian yang mudah difahami berdasarkan kepada kisah benar seorang Tentera Laut (B) di Amerika, Admiral William H. McRaven [U.S. Navy Retired].
Kalau baca dari tajuk itu sahaja, kita mungkin tidak faham dan mungkin tersalah intepretasi. Seperti kebiasaannya saya akan belek-belek beberapa helaian buku antaranya: Book Review (di belakang), Preface (helaian di hadapan) dan kemudiannya saya akan secara random memilih tajuk-tajuk kecil berdasarkan isi kandungan and READ IT. Daripada itu saya telah jatuh hati... mungkin kerana penceritaannya sama seperti perjalanan saya sewaktu bergelar PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) / ROTU (Reserve Officer Training Unit) di UiTM Arau sewaktu dahulu.
On May 17, 2014, Admiral William H. McRaven addressed the graduating class of the University of Texas at Austin on their Commencement day. Tracking inspiration from the University's slogan 'What starts here changes the world', he shared the ten principles he learned during Navy Seal training that helped him overcome challenges not only his training and long naval career, but also throughout his life; and he explained how anyone can use these basic lessons to change themselves - and the world - for the better.
Told with great humility and optimism, this timeless book provides simple and universal wisdom, practical advice and words of encouragement that will inspire readers to achieve more, even in life's darkest moments.
Over the past three years, I have been stopped on the street by great folks telling me their own stories:
(i) How they didn'tback down from the sharks;
(ii) How they didn't ring the bell; and
(iii) How making their bed every morning helped them through tough times.
They all wanted to know more about how the ten lessons shaped my life and about the people who inspired me during my career. This small book is an attempt to do so. Each chapter gives a little more context to the individual lessons and also adds a short story about some of the people who inspired me with their discipline, their perseverance, their honor and their courage. i hope you enjoy the book!!!
Di bawah adalah petikan di muka surat 72. Saya amat tertarik dengan sharing beliau. So saya kongsikan seperti di bawah:
Bullies are all the same; whether they are in the school yard, in the workplace or ruling a country through terror. They thrive on fear and intimidation. Bullies gain their strength through the timid and faint of heart. They are like sharks that sense fear in the water. They will circle to see if their victim is weak.
If you dont find the courage to stand your ground, they will strike. In life, to achieve your goals, to complete the night swim, you will have to be men and women of great courage. That courage is within all of us.
Dig Deep and you will find it in abundance.
Tuesday, August 6, 2019
Kun Anta - Cantik Dari Hati Cantik Menjadi Diri Sendiri
Assalammualaikum wbt, apa khabar? Saya mendoakan kita semua sentiasa dalam Rahmatan Lil Alamin.. dipermudahkan segala urusan. Hari ni saya nak kongsikan buku yang baru dibeli dari POPULAR Book Store Giant Nilai, Negeri Sembilan. Tajuk buku ini adalah Kun Anta Cantik Dari Hati Cantik Cantik Menjadi Diri Sendiri. Buku ini asalnya adalah dari penerbitan Indonesia dan telah terjual lebih 100,000 naskah di Indonesia sendiri. Kemudiannya dipilih , disemak dan diterjemahkan oleh Panel Editor Al-Hidayah.
Apa yang menarik tentang buku ini? BE YOURSELF! Itu yang sangat sangat menarik diri saya untuk memiliki buku ini sebagai salah sebuah koleksi perpustakaan peribadi saya.
"Wanita yang sentiasa memelihara ketakwaan akan dapat mengalahkan kecantikan yang hanya dimiliki lahiriah." - Teh Ninih Muthmainah
Tahukah anda tentang lagu Kun Anta? Saya tahu lagu ini daripada anak-anak saya yang sering melagukan lagu ini. Tapi bagi saya sendiri saya tertanya-tanya apakah maksud Kun Anta. Di dalam buku ini terdapat lirik penuh lagu tersebut dan terdapat juga terjemahan lagu tersebut di dalam Bahasa Melayu. Lihat di bawah:
Yang di atas adalah hasil carian GOOGLE tapi di dalam buku Kun Anta sendiri ada lirik penuh. Jadi tak rugi mendapatkan sebuah buku ini.
Dalam buku ini juga beberapa siri kartun bertajuk: RANIA. Kisah seorang gadis yang bekerja di Industri Penerbitan. Yang mencari cinta lelaki kacak dan kerana itu Dia meninggalkan Allah. Cerita lebih lanjut? Dalam buku Kun Anta m/s:227.
Ana: Kurus dengan puasa Isnin Khamis. Kerana terlalu obses dengan hasrat menjadi cantik seperti orang lain, Ana telah mencuba pelbagai cara sehingga ada yang memudaratkannya. Nak tahu lebih lanjut? Dalam buku Kun Anta m/s:72.
Amira: Cantik dengan menjaga wuduk. Kisah anak gadis yang fobia pada Jerawat kerana obses akan wajah yang cantik. Cerita penuh di m/s:122. Dan banyak lagi....
Antara highlight di dalam buku ini adalah berkaitan Fakta Muslimah. Jika kita lupa, sama sama kita mengingatinya. Kita adalah wanita yang cantik. Cantik di sisi Khalik, bukannya cantik di mata makhluk!!
1. "Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya Rasulullah SAW akan perkara tersebut, jawab baginda SAW: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." [Al-Hadith]
2. "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah menunaikan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya dan mentaati perintah suaminya, maka diundang di akhirat agar masuk syurga mengikut pintu mana yang dia suka." [H.R. Ahmad, Ibnu Hibban dan Tabrani]
Be Yourself!! Kun Anta!! Jadilah Diri Sendiri!!
Buku ini sesuai dibaca oleh semua wanita termasuk anak gadis. Sangat sesuai dijadikan hadiah. Contohnya seperti saya: walaupun boleh dibeli dengan duit sendiri tapi saya tunjukkan buku ini pada suami lantas dibeli dan dihadiahkan kepada saya. Lalu kongsikan review buku ini untuk perkongsian bersama.
#JomBacaBuku #Iqra'
Subscribe to:
Posts (Atom)