Assalammualaikum wbt, apa khabar? Saya mendoakan kita semua sentiasa dalam Rahmatan Lil Alamin.. dipermudahkan segala urusan. Hari ni saya nak kongsikan buku yang baru dibeli dari POPULAR Book Store Giant Nilai, Negeri Sembilan. Tajuk buku ini adalah Kun Anta Cantik Dari Hati Cantik Cantik Menjadi Diri Sendiri. Buku ini asalnya adalah dari penerbitan Indonesia dan telah terjual lebih 100,000 naskah di Indonesia sendiri. Kemudiannya dipilih , disemak dan diterjemahkan oleh Panel Editor Al-Hidayah.
Apa yang menarik tentang buku ini? BE YOURSELF! Itu yang sangat sangat menarik diri saya untuk memiliki buku ini sebagai salah sebuah koleksi perpustakaan peribadi saya.
"Wanita yang sentiasa memelihara ketakwaan akan dapat mengalahkan kecantikan yang hanya dimiliki lahiriah." - Teh Ninih Muthmainah
Tahukah anda tentang lagu Kun Anta? Saya tahu lagu ini daripada anak-anak saya yang sering melagukan lagu ini. Tapi bagi saya sendiri saya tertanya-tanya apakah maksud Kun Anta. Di dalam buku ini terdapat lirik penuh lagu tersebut dan terdapat juga terjemahan lagu tersebut di dalam Bahasa Melayu. Lihat di bawah:
Yang di atas adalah hasil carian GOOGLE tapi di dalam buku Kun Anta sendiri ada lirik penuh. Jadi tak rugi mendapatkan sebuah buku ini.
Dalam buku ini juga beberapa siri kartun bertajuk: RANIA. Kisah seorang gadis yang bekerja di Industri Penerbitan. Yang mencari cinta lelaki kacak dan kerana itu Dia meninggalkan Allah. Cerita lebih lanjut? Dalam buku Kun Anta m/s:227.
Ana: Kurus dengan puasa Isnin Khamis. Kerana terlalu obses dengan hasrat menjadi cantik seperti orang lain, Ana telah mencuba pelbagai cara sehingga ada yang memudaratkannya. Nak tahu lebih lanjut? Dalam buku Kun Anta m/s:72.
Amira: Cantik dengan menjaga wuduk. Kisah anak gadis yang fobia pada Jerawat kerana obses akan wajah yang cantik. Cerita penuh di m/s:122. Dan banyak lagi....
Antara highlight di dalam buku ini adalah berkaitan Fakta Muslimah. Jika kita lupa, sama sama kita mengingatinya. Kita adalah wanita yang cantik. Cantik di sisi Khalik, bukannya cantik di mata makhluk!!
1. "Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya Rasulullah SAW akan perkara tersebut, jawab baginda SAW: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." [Al-Hadith]
2. "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah menunaikan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya dan mentaati perintah suaminya, maka diundang di akhirat agar masuk syurga mengikut pintu mana yang dia suka." [H.R. Ahmad, Ibnu Hibban dan Tabrani]
Be Yourself!! Kun Anta!! Jadilah Diri Sendiri!!
Buku ini sesuai dibaca oleh semua wanita termasuk anak gadis. Sangat sesuai dijadikan hadiah. Contohnya seperti saya: walaupun boleh dibeli dengan duit sendiri tapi saya tunjukkan buku ini pada suami lantas dibeli dan dihadiahkan kepada saya. Lalu kongsikan review buku ini untuk perkongsian bersama.
#JomBacaBuku #Iqra'
No comments:
Post a Comment