Showing posts with label Sabar dalam Mendidik. Show all posts
Showing posts with label Sabar dalam Mendidik. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Dilema Menghantui Ibu Bapa Dalam Berhadapan Dengan Anak Usia 0 - 6 Tahun

Mengawal Kemarahan Terhadap Anak Kecil

Anak adalah anugerah daripada Allah buat setiap ibubapa. Setiap apa pendidikan yang kita berikan kepada anak kita, itulah cerminan buat diri kita.
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun (prasekolah memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran kekecewaan kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya ibu bapa sekalian. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tips yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa bagi berusaha mengatasi masalah ini :

Peluklah anak sekerap mungkin 

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak ? Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja anda pulang dari bekerja dan mengambil anak dari taska, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dan sebagainya. Berikan perhatian pertama anda  kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di taska/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkan abang. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dan sebagainya. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan kita tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak contohnya. Layanilah dia sebaik sahaja ada kesempatan.

Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya kita sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan kita sekiranya kita pula yang memanggilnya.

The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh harapkan anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

Kenali personaliti anak anda 

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personaliti Sanguine.

Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kita boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, kita boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai lain beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, kita suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti sendiri lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula misalanya) jika kita dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa atau mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa atau mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan hati. Tumpukan perhatian kita terhadap kelebihan tersebut, jangan ingat kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai solat agar Allah memudahkan kita mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap kali kita berinteraksi dengan anak. Boleh juga tukita berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan kita kepadanya

Misalnya ‘papa dan mama sayang kakak, papa dan mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang kita mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa dan mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa dan mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali.

berdoalah agar anak kita menjadi anak yang soleh 

Ibubapa sekalian juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Sebagai ingatan, sesungguhnya mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga semua ibu bapa lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada ibu bapa. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

Monday, September 24, 2012

Sharing is caring

Tamat sudah bacaan dan sessi perkongsian buku Begini Sayang dan kini ada dua buah buku yang akan saya kongsikan bersama ibu bapa di luar sana.

Kedua-duanya buku baru yang masih FRESH di Library Perbendaharaan. Pengisian kedua-dua buah buku ini menarik minat saya sebagai bacaan sampingan dan panduan dalam membesarkan anak-anak saya yang tiga orang itu.

Walaupun perempuan kesemuanya tapi bagi saya zaman sekarang ini tidak kira perempuan mahupun lelaki.... kenakalan mereka sama sahaja. Semua pun ingin mencari dan mencuri perhatian ibu dan bapa demi sebuah KASIH SAYANG...

Jom serba ringkas saya kongsikan sedikit....


 "Adakalanya aku buta dalam cahaya
Adakalanya aku kabur dalam sinar
Adakalanya aku lalai dalam senang
Lalu, ajarkan aku wahai ibu 
Kerana... redhamu adalah syurga buatku"

Ajarkan aku wahai ibu membawa kita menyelami hati seorang ummi yang membawa mutiara nasihat tidak ternilai buat anakanda tercinta. Selamilah apa yang diucap. Hayatilah setiap bait yang tercatat. Pasti akan ketemu sesuatu yang bererti buat bekalan di kemudian hari. Percayalah.... redha Rabbul Jalil terletak pada redhanya. Lalu, terimalah ia sebagai hadiah daripada seorang ummi yang menyayangi kita....




Buku ke-2 ni memang menarik minat saya nak nak pulak bila terbuka ke helaian kedua terakhir yang menyingkap tentang "Kanak-kanak suka berkepit"..... hihihihi saya minat untuk membaca dan mengeksplorasi helaian ini disebabkan anak kedua saya "Nur Ain Afeeqah" yang sangat suka berkepit dan kadang kala merimaskan sehingga mengganggu tugas harian saya. Walau bagaimanapun tidak dinafikan hati seorang ibu.... yang meragam, yang nakal, yang mengganggu.... bila berjauhan dialah yang saya rindu!!! (Kantoi...)

Antara topik yang akan dikongsi ialah:
  1. pendekatan pengurusan dan pemikiran
  2. sebab di sebalik perlakuan kanak-kanak
  3. strategi praktikal yang efektif serta cara mengembang, mengamal dan menerapkannya
PERINGATAN:

apa yg berkesan utk seorang kanak-kanak tidak semestinya berkesan dan berjaya untuk yg lain. Ini menjadikan pengurusan tingkah laku kanak-kanak bertambah menarik dan mengecewakan..... Jadi bersabarlah wahai ibu bapa bila berhadapan dengan anak-anak!!!!

 

Thursday, September 20, 2012

Si Kecil Anda Suka Bertanya?

Si Kecil Anda Suka Bertanya? Kata ramai orang di luar sana termasuk yang bijak dan pandai.... anak-anak yang banyak bertanya itu dan ini, begitu dan begini, kenapa, mengapa, bagaimana, di mana dan mengapa adalah kanak-kanak yang BIJAK!!! jadi anda tidak perlu risau, berikan sahaja jawapan TAPI kalau anda tidak tahu jawapannya berlaku JUJURlah pada mereka... jangan malu untuk MENGAKU TIDAK BIJAK di hdapan si kecil.
Ini pengalaman saya sendiri berhadapan dengan soalan yang keluar dari mulut anak sulung saya Nur 'Ain 'Aqeelah yang berumur lima tahun pada saya. Mungkin persoalan itu hadir kerana saya sering memarahi dia kalau dia takutkan gelap sewaktu hendak mengambil sesuatu di tingkat atas ataupun bila mahu ke tandas di waktu malam. Saya selalu kata tak perlu takut kerana ALLAH ada menjaga dia tak kira gelap atau terang; siang atau malam.... kerana ALLAH itu Maha PELINDUNG..



 Satu hari dia bertanya, 



"Mummykan selalu kata Allah itu ada, Allah itu ada... ha, ha, ha....!!! Mana? Mana Allah? Tunjuk dekat kakak, mana Allah?"



Jujur saya kata, waktu itu otak saya jammed!!!! Bluuuurrrr..... macam mana nak terangkan dia tentang hakikat kewujudan Allah Azzawajalla. Saya pun perlahan-lahan menyusun ayat, menunggu reaksi dia pada jawapan saya.
"Allah itu ada di mana-mana sahaja... kakak tak nampak Allah, tapi Allah nampak kakak. Dekat dengan kakak. Kakak main kat mana pun Allah ada jaga kakak. Jangan bagi syaitan kacau kakak. Kalau kakak menyorok pun Allah nampak, tutup dengan blanket pun Allah nampak sebab Allah tu kan Maha........"
"Maha Melihat........." sambung 'Aqeelah.
"Allah yang jadikan kita. Jadikan Mummy, jadikan Daddy, jadikan kakak, Afeeqah, Aleesya, pokok, sun, moon, awan, angin, hujan.... semua pun Allah yang jadikan. Sebab Allah itu Maha........"
"Maha Menciptakan......." sambung 'Aqeelah lagi.
"Ha pandai pun. Allah tu kan Maha Besar. Allah tu memiliki semua yang ada dekat langit dan bumi. Allah tu Maha Kuasa. Ok?"
"Ok..."
  'Aqeelah pun berlalu... kembali main bersama adik-adik dia. Fuuuhhhh!!! Lega.. harapan saya dia boleh faham dan terima. Itulah, soalan yang paling mencabar bagi saya sepanjang menjadi ibu pada anak-anak..... mencabar tak? mencabar tak? hehehehe


Ayat 186 surah Al-Baqarah yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."     

Wednesday, September 19, 2012

Setiap Anak Itu UNIK

Saya sering mendengar keluhan seperti ini apabila ada perjumpaan ibu-ibu dan anak-anak. rsanya semua dialog pun samakan cuma beza dari segi lontaran suara dan telo (loghat.....) namun kita 1Malaysia.

" Aishah, pandai dan cepat membaca. Anak saya Damia, susah dan lambat. Apa masalah dan yang tak kena dengan Damia.... Nak kata tak beli buku, BELI......"

"Eh, Laila dah baca Iqra' 4? Cepatnyer.... baru enam tahun. Anak saya, Zaquan Iqra' satu pun tak lepas lagi....."

"Wah, beruntungnya uols.... Anak semua pandai-pandai. UPSR 5A, PMR 10A, SPM 12A+... Anak saya? Hmmmmm.... entah apa nak jadi"

Ketahuilah wahai ibu dan bapa, setiap insan itu UNIK dengan dilahirkan dengan keistimewaan yang berBEZA oleh Penciptanya. Amat sukar untuk mencari dua orang anak yang mempunyai kesamaan yang sama dari segala segi walau pun KEMBAR mereka tetap berBEZA.

Ibu bapa perlu belajar untuk menghargai setiap perbezaan yang dimilik oleh anak-anak BUKAN MEMBANDINGKAN sesama mereka. Ibu bapa perlu sabar dalam berhadapan dan berurusan dengan perbezaan itu. Sedar atau tidak ANDA sendiri berbeza dengan pasangan anda. Betul atau tidak? Kenapa dijadikan seperti itu? Tidak lain dan tidak bukan atas konsep LENGKAP-MELENGKAPI antara satu sama lain. Begitu juga anak-anak..... untuk mereka menyayangi dan melengkapi kekurangan di antara mereka adik beradik. Dari situ akan wujudnya KASIH & SAYANG......

Berbalik kepada topik perbincangan.

Ada anak-anak yang cepat membaca, lambat pula mengira. Ada yang bijak matematik tetapi lambat pula membaca. Ada yang pandai menulis tapi kurang pandai menghafal. Ada yang suka menghafal tapi kurang mengenal.  Ibu dan bapa sekarang hanya suka membandingkan anak mereka dan anak-anak saudara atau kawan yang lain. Ketahuilah ada anak-anak yang mempunyai IQ yang tinggi dan sebaliknya. Jangan cepat rasa tertekan dan tercabar jika anak kita lambat dari anak-anak yang lain. Jika kita memaksa anak untuk menjadi seperti anak-anak yang lain, mereka akan tertekan dan akan jadi semakin lambat......

Memukul anak supaya anak lebih rajin adalah tindakan yang SALAH. Saya tidak fikir anak itu akan jadi lebih pandai belajar sebaliknya akan menjadi semakin lembab kerana takut dipukul oleh ibu dan bapa. Ingatlah! Jika anda hendak anak anda menjadi seperti anak orang lain, maka anda perlu jadi orang lain terlebih dahulu. Adakah itu yang anda mahukan?

KURANG DARI SETAHUN TETAPI TELAH BIJAK DENGAN PERSEKITARAN KERANA DIDEDAHKAN DGN BUKU-BUKU DI PERINGKAT AWAL

OTAK KIMIA / SAINS SEPERTI PROFESOR

BIJAK MATEMATIK DAN KIRA-KIRA

RAJIN & BIJAK MEMBACA KERANA SELALU DITEMANI OLEH IBU DAN BAPA

SUKAR MEMBACA....
ANAK-ANAK DILAHIRKAN DENGAN KEUNIKAN TERSENDIRI. JIKA ANAK-ANAK LEMAH DI SATU SUDUT, PASTI DIA MEMPUNYAI KELEBIHAN PADA SUDUT YANG LAIN. BAGI KITA SEBAGAI IBU DAN BAPA, USAH DIPERBESAR-BESARKAN APA YANG ANAK-ANAK TIDAK ADA. TETAPI KEMBANGKANLAH KELEBIHAN YANG WUJUD DI DALAM DIRI MEREKA. JIKA MEREKA TIDAK EXCEL DI DALAM AKADEMIK, MUNGKIN MEREKA EXCEL DI DALAM SENI DAN SEBAGAINYA....