Tamat sudah bacaan dan sessi perkongsian buku Begini Sayang dan kini ada dua buah buku yang akan saya kongsikan bersama ibu bapa di luar sana.
Kedua-duanya buku baru yang masih FRESH di Library Perbendaharaan. Pengisian kedua-dua buah buku ini menarik minat saya sebagai bacaan sampingan dan panduan dalam membesarkan anak-anak saya yang tiga orang itu.
Walaupun perempuan kesemuanya tapi bagi saya zaman sekarang ini tidak kira perempuan mahupun lelaki.... kenakalan mereka sama sahaja. Semua pun ingin mencari dan mencuri perhatian ibu dan bapa demi sebuah KASIH SAYANG...
Jom serba ringkas saya kongsikan sedikit....
"Adakalanya aku buta dalam cahaya
Adakalanya aku kabur dalam sinar
Adakalanya aku lalai dalam senang
Lalu, ajarkan aku wahai ibu
Kerana... redhamu adalah syurga buatku"
Ajarkan aku wahai ibu membawa kita menyelami hati seorang ummi yang membawa mutiara nasihat tidak ternilai buat anakanda tercinta. Selamilah apa yang diucap. Hayatilah setiap bait yang tercatat. Pasti akan ketemu sesuatu yang bererti buat bekalan di kemudian hari. Percayalah.... redha Rabbul Jalil terletak pada redhanya. Lalu, terimalah ia sebagai hadiah daripada seorang ummi yang menyayangi kita....
Buku ke-2 ni memang menarik minat saya nak nak pulak bila terbuka ke helaian kedua terakhir yang menyingkap tentang "Kanak-kanak suka berkepit"..... hihihihi saya minat untuk membaca dan mengeksplorasi helaian ini disebabkan anak kedua saya "Nur Ain Afeeqah" yang sangat suka berkepit dan kadang kala merimaskan sehingga mengganggu tugas harian saya. Walau bagaimanapun tidak dinafikan hati seorang ibu.... yang meragam, yang nakal, yang mengganggu.... bila berjauhan dialah yang saya rindu!!! (Kantoi...)
Antara topik yang akan dikongsi ialah:
- pendekatan pengurusan dan pemikiran
- sebab di sebalik perlakuan kanak-kanak
- strategi praktikal yang efektif serta cara mengembang, mengamal dan menerapkannya
apa yg berkesan utk seorang kanak-kanak tidak semestinya berkesan dan berjaya untuk yg lain. Ini menjadikan pengurusan tingkah laku kanak-kanak bertambah menarik dan mengecewakan..... Jadi bersabarlah wahai ibu bapa bila berhadapan dengan anak-anak!!!!
No comments:
Post a Comment