Monday, September 24, 2012

Bait-Bait Puisi : Jidar Bicara





Kat sini saya kongsikan bait-bait puisi hasil nukilan Dr. Malina Osman dalam bukunya berjudul "Ajarkan Aku Wahai Ibu". Hayatilah setiap bait luahan hati seorang ibu untuk anaknya.







JidarBicara
Jidar-jidar bicara yang lurus
Lahir dari hati yang tulus
Bersih datang membekas
 Jadi ingatan, jadi kenangan

Bicara-bicara itu jika dengan lisan
Atau dari seka tulisan
Ada taklif, ada tujuan

Jika lidah itu tahu,
Atas kelancangan bertitah
Sekian banyak insan yang terseret atas wajah
Dihina dan diterjah
Disita menyembam ke neraka hutamah
Dan dihidang danur dan minuman bernanah



Jika pena itu tahu
Derita dosa yang digandanya
Atas ilham bicara yang penuh noda
Pekungnya menyeksa hati dan rasa

Jika tinta itu tahu
Pada ceritanya yang tiada jidar dan garis
Menjurus insan ke kelekaan buras yang tiris
Hingga terkepam minda insan kerana bait yang ditulis

Bicara lidah, pena dan tinta
Menjadi asbab insan berdosa dan ke neraka
Jadi benteng yang diharamkan Allah untuk ke syurga

Lidah dan tulisan
Menyusun patah-patah bicara insan
Isilah hidupnya dengan kalimah indah Al-Quran.
 

No comments: