Showing posts with label Asam Garam Rumah Tangga. Show all posts
Showing posts with label Asam Garam Rumah Tangga. Show all posts

Monday, March 25, 2013

RATU : Kerana Lelaki Itu @ TV9 Isnin & Selasa @ 8.30pm

 Tonton Kerana Lelaki Itu

 Sinopsis, drama Kerana Lelaki Itu penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini bermula dengan perkahwinan Dr. Hanafi bersama pasangannya Diana, seorang peguam dan Syukri bersama Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat. Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana.

Sementara itu, Syukri yang bercita-cita untuk menjadi pengarah, akhirnya berjaya menggapai impiannya untuk menerbit dramanya sendiri dengan bantuan isterinya Munirah. Sebagai isteri, dia tahu Syukri tidak dapat mencapai cita-citanya kerana kekurangan modal. Oleh itu, Munirah telah mencagarkan geran tanah peninggalan bapanya untuk dibuat sebagai modal. Namun, sebagai pengarah muda yang berjaya, Syukri mula digoda oleh Camelia, seorang pelakon baru dan juga adik kepada Dr. Hanafi. Walaupun Syukri cuba menepis godaan Camelia, namun, sebagai seorang lelaki, dia akhirnya mengalah. Hubungan mereka menjadi semakin intim sehinggalah menjadi kecurigaan kepada para media. Apakah kesudahan kepada kedua rumahtangga ini? Adakah peluang kedua bagi Dr. Hanafi dan Syukri untuk memujuk hati isteri mereka yang lara? - info Budiey.com

 

Lakonan Zarina Zainoordin, Fikhree Bakar, Riz Amin, Siti Elizad, Ana Dahlia, Tunku Anis dan Noryanti Taib. Terbitan Radius One Sdn Bhd.

Drama Kerana Lelaki Itu penuh


ROMAN-Tentang Dirimu (Ost Kerana Lelaki Itu tv9)

Diriku bagi dirimu seperti asing
Tak berguna tak membahagia
Padamu hanyalah beban

Tuhan tahu apa yang terjadi
Antara kau dan aku

Kau takkan tahu apa hatiku
Yang selalu derita kernamu
Dan kau takkan rasa apa yang ku rasa
Semenjak kau hadir
Hidupku
Sering saja untukmu tentang dirimu
Tak pernah untukku

Mereka lihat masih lagi aku
Menantikan mu
Yang aku tak tersedar lagi dengan sikapmu terhadapku
Namun aku sebenarnya aku tak seperti yang kau tahu


Tak pernah untukku
 

Lagu tema, Tentang Dirimu - Roman, 
 Separuh Aku - Noah, 
Karena Ku Sanggup - Agnes Monica.

Monday, November 12, 2012

IGLOO CINTA - Bab 7






“IGLOO CINTA” berada di luar ruang lingkup mu…. Aku kesejukan! Ruang untuk aku berfikir terbatas! Aku seolah-olah tidak berdaya untuk terus hidup dalam kesejukan ini.
Kau dirikan aku sebuah Igloo Cinta – penuh dengan kasih sayang yang menghangatkan sebuah perjalanan

TAPI, Aku tahu Igloo Cinta ini hanya satu pinjaman… 





BAB 7

            “ I miss u a lot, my Dear......” sebuah kucupan hinggap di pipi Puan Malika pada malam itu. Malam di mana sudah lama sangat dinantikan. Malam di mana suaminya akan terus berada di sampingnya dan anak-anak. Malam di mana dirasakan beban yang ditanggung selama ini akan berkurangan dengan kehadiran En. Harith sebagai ketua keluarga. Segala-galanya kembali ke asal. Dibalas mesra kucupan suami tersayang. Dan dia lena di sisi dan di dalam pelukan suami yang dirinduinya.....

                                    _________________________________

            Puan Malika terasa tidurnya begitu lena sehingga ketiadaan En. Harith di sampingnya tidak disedari. Dia mengerling jam di sisi kecil di sisi katil. Sambil matanya digosok-gosok. Baru jam empat setengah pagi, belum masuk waktu Subuh. Dia menarik selimut comforter dan menyarung selipar. Baru sahaja hendak mengatur langkah, pintu ditolak perlahan dan ternampak En. Harith.

            “Ke mana sayang?”
            “Turun bawah sekejap. Suddenly I felt dry. Abang pergi minum air tadi.... malas abang nak kejutkan sayang. Nampak penat saja.... tidurlah.”
            “Errrmmmm.......”

            Puan Malika kembali menyambung tidurnya. Begitu juga dengan En. Harith. Kepalanya tiba-tiba dirasakan berat. Tetapi nampak riaknya cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Puan Malika.

            “Sayang, belum tiba masa yang sesuai untuk abang ceritakan segalanya.... ya Allah Engkau Lebih Mengetahui!” En. Harith melelapkan mata sambil merenung redup wajah isteri tersayang. Renungan itu melenakan tidurnya.

                                    ___________________________________


Walaupun mereka jarang bersama, tapi gerak hati dan tingkah laku suaminya agak menjengkelkan pada pandangan Puan Malika. Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh suaminya. Namun dia tidak mahu bertanya bukan tidak mahu mengambil berat akan suaminya tapi dirasakan biarlah suaminya yang sendiri membuka perbualan. Apa yang mampu dilakukan hanya terus menadah tangan pada Allah untuk terus melimpahkan rahmat dan barakah ke dalam rumahtangga yang dibina hampir 25 tahun itu. Sejujurnya mereka berdua boleh membaca isi hati masing-masing melalui gerak geri masing-masing. Dan Puan Malika terus menjalankan rutin hariannya seperti tidak mengesyaki apa-apa. Dia juga percaya akan suaminya. Pagi itu dia tidak ke mana-mana memandangkan cuti sekolah di International School telah pun bermula dan tiada ujian SPM atau STPM seperti sekolah-sekolah Kebangsaan yang lain.

Marlia pula tak habis-habis keluar dengan Bieha. Katanya Bieha akan berpindah ke Pulau Pinang hujung tahun ini.

Marlisa ke Ekspo Jom Pergi U!! Yang diadakan di PWTC.

En. Harith masih di hadapan kolam ikannya. Duduk sambil memerhatikan ikan-ikan Kap berlegar-legar di ruang kolamnya yang luas. Sekejap-kejap dia mengerling ke i-Padnya. Tidak lekang dia dan i-Padnya.

“Abang.....”
“Ya, sayang”

Lamunan En. Harith terhenti dengan panggilan Puan Malika. Dia menyahut sambil mengerling, kelihatan Puan Malika manis sekali berjalan ke arahnya sambil membawa dulang. En. Harith menyambut dulang yang dibawa Puan Malika.

“macam tahu-tahu aje perut abang lapar....”
“Hai abang, just had your fried rice this morning for breakfast takkan lapar lagi... Anyway I just bring for you light refreshment sahaja.  Karang kita lunch sama-sama yang berat-berat ok? “

“So, where you want me to bring you this noon?”

“Tak payahlah abang, My masak aje untuk abang. Kita makan di rumah sahaja. My malas lah nak keluar. Abang pun penat tak hilang lagi balik dari Doha. Abang pening kepala mungkin sebab jack let tak hilang lagikan.....”

“Mungkinlah.......”

“Abang, hujung minggu ini kita ke rumah Bonda nak? Boleh bawa Marlia dan Marlisa sekali....”

“My...”

“Iyer, abang. Kenapa?”

“Abang rasa janji abang nak bawa My dan anak-anak ke oversea for holiday kita batalkan ajelah”

“My tak kisah. Tapi abang dah janjikan dengan anak-anak. Janji kena kotakan. Tapi kalau alasan kukuh dan abang jujur dengan anak-anak, mungkin mereka boleh faham. Anak-anak kita dah besar dan meningkat dewasa, abang. Trust me, treat them as an adult.... they will listen to you.”

“Thanks sayang. You did a great job dalam membesarkan anak-anak. Abang jauh selalu tiada di samping sayang. Abang hampir tidak mengenali anak-anak abang. Tahu-tahu sahaja mereka dah besar. Dalam sekelip mata juga mereka akan tinggalkan abang. Punya keluarga sendiri. Kalaulah masa itu boleh diundur.... really miss that moment. If I can turn back time, get along on the right track....... uhhhhhh it was my fault!”

“Apa yang abang cuba bagitahu My ni.... it’s ok. I know abang bukannya pergi jauh-jauh tu untuk sesuatu yang salah Tapi abang ke sana pun mencari rezeki untuk My dan anak-anak. Kesenangan hari ini juga adalah atas titik usaha abang. We all thank you, abang for this.... even though you are far in Doha, our prayer always with you. Nothing to regret abang..... I’m happy now you are here!!” Puan Malika memeluk suaminya, memberi sebuah kekuatan dan menunjukkan kepercayaannya. En. Harith membalas pelukan itu.

“Thanks sayang, for believing me..... always”

                                                ______________________________

Thursday, October 25, 2012

Cerpen : Mama Bencikan Saya?




20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.

Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah…


 


Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya.

Hinggalah pada satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.
Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata,

“Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!” Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, “Tunggu…, saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?”
“Nama saya Yusri, makcik.”
“Yusri…? Yusri… Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???”

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya, saya patut mati…, mati…, mati…

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!…

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya,

“Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?”
“Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas aku menceritakan hal yang aku lakukan dulu,”

Saya terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak… Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Yusri.. Yusri… Di manakah kamu?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu… Gelap sekali… Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul… Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari…

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, saya pun keluar dari ruangan itu… Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

“Heii…! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!”
Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya,
“Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?”
Ia menjawab,
“Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, ‘Mama…, mama!’ Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu…”

Saya pun membaca tulisan di kertas itu…

“Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi…? Mama marah pada Yusri, ya? Mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri.”

Saya menjerit histeria membaca surat itu. “Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap…!!!” Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

“Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana… Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini… Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!”

Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.




Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

 Moral – sayangi orang di sekitar anda. Kita tidak tahu siapa yang benar benar menyayangi kita…





Dipetik dari nota Facebook Kak Norzulita Baharuddin

Thursday, October 18, 2012

SINOPSIS - 2 : Drama JULIA di Slot Akasia TV3




Menyaksikan cerita ini JULIA di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7mlm - 8 mlm telah menarik dan memainkan emosi seperti perjalanan drama itu. THUMBS UP to Nabila Huda, Fizo Omar, Fauziah Ghaus, Izreen Azminda dan Azlee Khairi yang telah membawa watak-watak yang diberikan dengan penuh berkesan dan terkesan. Especially kepada saya yang ratu kalau bab-bab cerita melayu nih...Jom saya sempat copy sinopsis ini dari pautan BUDIEY.COM untuk korang yang follow drama nih setiap petang.....

Drama 28 episod ini mengisahkan cinta tragis di antara Julia dan Amir yag bermula semenjak di alam universiti. Kisah bermula apabila Amir (Fizo Omar) telah dikecewakan oleh gadis bernama Sofia (Izreen Azminda) dan suratan itu telah menemukan hati Amir kepada Julia (Nabila Huda). 


Amir dan Julia bagaikan melengkapi antara satu sama lain. Selepas tamat pengajian, mereka berdua kembali ke Malaysia dan Amir mula bekerja di Kuala Lumpur manakala Julia bekerja di Teluk Intan. Walaupun masing-masing telah bekerjaya namun Amir masih tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana mahu membalas jasa kedua orang tuanya dahulu dan memenuhi impiannya.


Hubungan jarak jauh memberi tekanan kepada Julia tambahan pula kini Sofia muncul kembali dalam hidup Amir sebagai rakan sekerja. Setiap kali Julia mengajukan soalan perkahwinan kepada Amir pasti kekasihnya itu akan memberi pelbagai alasan. Bagi Julia, Sofia merupakan punca Amir menangguh perkahwinan mereka. Julia menganggap hubungannya dengan Amir tiada jodoh lantas dia mengkhianati hubungan 8 tahun bersama Amir dengan menerima Azwan (Azlee Khairi) sebagai suaminya. 

Amir sangat kecewa dengan keputusan Julia dan semenjak dari itu dia semakin menumpu kepada kerjayanya sahaja. Dalam pada yang sama, Sofia memulakan langkah untuk menawan semula hati Amir. Kehidupan Amir mula berubah. Dia sering menghabiskan masa di kelab eksekutif dan mula membayar cinta seorang demi seorang untuk menjadi temannya. 

Amir sering mendapat nota yang mempunyai kata-kata semangat dari seorang yang tidak dikenali. Tetapi lama-kelamaan Amir mendapati bahawa Nurain (Fouziah Gous) seorang pembekal bunga di syarikatnya yang menghantar nota-nota itu. Amir mula berkawan dengan Nurain. Sementara itu, Julia telah bercerai dengan Azwan. Mengapa Julia diceraikan? Adakah selepas bercerai, Julia akan kembali semula kepada Amir? Di antara Sofia, Julia dan Nurain, siapakah yang bakal menjadi penyeri hidup Amir? Untuk mengetahui kesudahannya, saksikan drama bersiri JULIA di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 petang hanya di TV3! 

Jangan Ketinggalan Bagi peminat TEGAR Slot Akasia Julia at TV3, yang tertinggal episod tuh boleh la register kat www.tonton.com.my untuk episod-episod yang terLEPAS tuuu.... enjoy TONTON yacht!!!





Tuesday, May 15, 2012

Kos Perkahwinan Punca Kpada Ramai Yang Terus Hidup Membujang

Di Malaysia, trend majlis perkahwinan di hotel atau dewan telah mengganti majlis yang biasanya diadakan di rumah. Orang kampung pun sudah pandai kenduri dengan menempah makanan. Jika dulu tuan rumah menghantar tepak menjemput tetapi hari ini ada kad, ada yang pakai emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk jemput ke majlis perkahwinan. Ke mana pergi adat budaya kita?

Dulu orang bagi bunga telur tanda terima kasih tuan rumah kepada tetamu, hari ini ada yang bagi gula-gula, coklat, buah, kek dan berbagai hiasan termasuk rantai kunci dan sapu tangan. Semua perubahan majlis perkahwinan bermula daripada persedian hingga ke majlisnya menunjukkan masyarakat Melayu Islam Malaysia yang melalui proses perubahan dan yang pasti kelihatan semakin mewah. Namun berapa ramaikah yang benar-benar tahu tentang hukum pernikahan dan hukum mengadakan kenduri atau walimatulurus?

Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab mengadakan majlis dan siapa yang perlu mengeluarkan belanja? Yang pasti, ramai pasangan yang mahu berkahwin, digamit rasa khuatir kerana perkahwinan memakan belanja yang tinggi. Akhirnya, tunda majlis kerana tidak cukup wang.

Adakah perkahwinan itu majlis kenduri atau majlis akad nikahnya? Adakah kenduri itu wajib diadakan?

Pernikahan adalah akad yang ditetapkan oleh syarak bagi membolehkan seorang lelaki menikmati hubungan kelamin dengan seorang perempuan dan sebaliknya. Perkahwinan adalah satu ibadah dalam Islam sebagaimana dalam surah ar-Rum ayat 21. Demikian juga sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Nikah adalah sunnahku dan barang siapa yang tidak suka sunnahku, maka dia bukanlah dari umatku”. (riwayat Ibnu Majah)
Perkahwinan menjadi fardu jika seseorang itu yakin bahawa jika dia tidak berkahwin maka dia akan tercebur ke lembah perzinaan. Selain itu, dia juga mampu melunaskan mahar atau mas kahwin, mampu memberi nafkah isteri zahir dan batin. Perkahwinan adalah sunat bagi seorang lelaki normal yang jika tidak berkahwin tidak akan melakukan zina dan dia juga tidak akan menganiaya isterinya jika berkahwin.

Pernikahan adalah makruh bagi sesaorang yang takut atau bimbang jika dia berkahwin dia akan menganiaya isterinya kerana tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi atau perangai yang kasar atau tidak berminat kepada wanita. Perkahwinan adalah haram jika dia yakin dengan perkahwinannya dia akan menzalimi isterinya seperti tidak mampu menanggung nafkahnya atau tidak mampu mengadakan hubungan seks.

Perkahwinan juga bukan sekadar kendurinya saja. Hari ini, orang tidak tanya berapa mahar atau mas kahwin pengantin perempuan kerana ia telah ditetapkan (ikut ketetapan negeri) dan orang mampu mengadakannya. Sebaliknya, tetamu menjeling-jeling wang hantaran dan mengira jumlah dulang yang dihantar. Bukan itu saja, ada yang sanggup membelek-belek barangan yang dihantar hendak menentukan kualiti; tulen atau tiruan.

Ibu bapa sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit malah ada pasangan muda yang sanggup berhutang untuk memastikan kenduri perkahwinan menjadi paling meriah dan paling mahal. Memanglah, pasangan mempelai mahu majlis perkahwinan mereka paling istimewa dan unik sebagai tanda cinta mereka. Namun berapa ramai yang tahu bahawa dalam satu majlis perkahwinan, akad nikah itu wajib dilaksanakan kerana ia berlandaskan syarak.

Tanpa akad nikah maka tiadalah majlis perkahwinan. Orang dah kenyang makan dan balik tetapi pengantin belum lagi sah suami isteri kecuali pasangan telah selamat diakad nikahkan. Apa yang berlaku hari ini, pasangan mendahulukan semua yang adat seperti membelanja wang untuk hantaran, membeli barang hantaran, membeli bunga telur atau apa-apa buah tangan untuk tetamu, menempah mak andam beserta pelamin, baju dan hiasan perkahwinan.

    
 Gambar Sekadar Hiasan
       
          
Pasangan hanya berbelanja RM300 sebagai mas kahwin atau mahar berbanding RM50,000 untuk yang lain-lain sedangkan ia hanya adat, bukannya wajib. Malah ia boleh menimbulkan riak kerana rasa ingin menunjuk-nunjuk dan pembaziran.

Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 mas kahwin adalah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak, dapat dinilai dengan wang.

Bagi memastikan suatu perkahwinan itu sah berlaku dan memenuhi kehendak hukum syarak, pasangan hendaklah diakadnikahkan oleh wali atau oleh pendaftar dengan kebenaran wali dan disaksikan oleh dua saksi. Pasangan mestilah seorang lelaki dan seorang perempuan dan pengantin lelaki hendaklah membayar mas kahwin kepada pengantin perempuan.

Alangkah mudahnya majlis pernikahan tersebut dan hari ini pasangan telah boleh bernikah dengan mempunyai minimum RM500 kerana jika maharnya RM300, upah nikah dan sedikit yang lain, pasangan boleh diakadnikah dengan selamat. Tentunya ramai yang berkata “tidak mungkin” kerana hari ini hantaran mencecah RM20,000 (bagi seorang anak gadis yang berkelulusan ijazah pertama tidak termasuk artis, orang kenamaan dan sebagainya).

Itu tidak termasuk harga barang hantaran seperti cincin pertunangan dan cincin perkahwinan (ada juga yang memberi rantai dan gelang emas) kasut, baju, bag tangan, minyak wangi dan lain-lain barangan sokongan sebagai hantaran. Ada pasangan berbelanja RM5,000 ke 10,000 untuk hantaran sahaja. Majlis kenduri jika berlangsung di hotel, kosnya kepada berapa jemputan dan jenis makanan yang dihidangkan dan tidak kurang daripada RM50,000.

Barang-barang lain yang sangat mahal adalah pelamin, baju pengantin dan bunga telur dan hadiah kepada tetamu. Jika dijumlahkan dari bertunang hingga s akad nikah, ada pasangan membelanjakan RM100,000. Ada yang membelanjakan wang simpanan, ada yang membelanjakan duit ibu bapa yang bergadai bergolok untuk majlis anaknya kerana takut malu dan mahu menjaga air muka dan nama. Lebih malang, pengantin lelaki yang terpaksa meminjam wang bank, koperasi atau kawan kerana wang simpanan tidak mencukupi.

Ramai yang terpaksa bertunang lama kerana perlu mengumpul wang. Lebih malang, bayaran pinjaman belum habis dibayar, isteri dah minta cerai. (Utusan Malaysia melaporkan statistik perceraian yang meningkat dan dan 20peratus yang bercerai baru berkahwin lima tahun.)

Menurut kajian, lelaki berkahwin pada usia 28 tahun dan wanita 26 tahun dan adakah ini bermakna pasangan lambat berkahwin kerana faktor kos perkahwinan yang sangat mahal. Perkahwinan adalah isu jodoh dan kita perlu sentiasa ingat bahawa jodoh pertemuan adalah hak Allah. Memang ramai wanita berkahwin lambat kerana kebanyakan wanita berpendidikan tinggi.

Umur minimum tamat ijazah pertama universiti adalah 23-24 tahun dan bagi yang membuat diploma adalah 21 tahun. Bagi yang wanita perkahwinan bergantung kepada jika ada orang masuk meminang tetapi bagi lelaki sama ada dia mampu untuk meminang. Jika tamat belajar mereka berumur 24 tahun dan dengan gaji RM3,000 ke 4,000 sebulan, dengan membayar PTPTN, pinjaman kereta dan perbelanjaan harian, mereka mungkin dapat menabung RM1,000 sebulan. Jika perbelanjaan perkahwinan (hantaran sahaja RM15,000) mereka perlu menabung 15 bulan. Jika anggaran perbelanjaan perkahwinan itu RM50,000 maka mereka hanya boleh berkahwin selepas 50 bulan bekerja (iaitu empat tahun) dan tentulah usia perkahwinan menjadi 28 tahun.

Alangkah baiknya simpanan RM50,000 itu dijadikan wang muka membeli rumah dan pasangan boleh terus tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin. Memang kos perkahwinan telah naik tetapi itu bukan alasan melewatkan perkahwinan. Ibu bapa perlu ada transformasi pemikiran daripada mahu mengadakan majlis besar-besaran kepada melihat anak berumahtangga tanpa hutang dan memulakan kehidupan rumahtangganya tanpa riba. Tepuk dada tanya selera.

Monday, May 14, 2012

Raya nak balik mana yer? Rumah Mertua atau Rumah Mak Kita?


kasih-sayang-ibu

(Agama) Taat Suami..Taat Ibu..

| 20/10/2009 | 

Sebuah kisah pengajaran yang diceritakan oleh seorang rakan online kita. Cerita berkisar tentang ketaatan yang sebenarnya menurut Islam. Ikuti kisah ini:

Setiap kali menjelang Ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Di antara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu Solat Subuh ibu akan memanggil kami semua 
(3 orang anak perempuannya – ibu mempunyai 4orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam Islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika tu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.


Ibu: Apa yang nak ibu cakap ni….dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no.3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama. Betul tak?


Ateh & Acik: Betul, mestilah rumah ibu dulu..


Ibu: Dengar dulu, contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?


Ateh & Acik : Rumah ibulah sebab dekat


Ibu: Tidak, ibu tidak izinkan kamu balik ke sini. Baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu. Ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.


Ateh: Mengangguk..(tanda faham… dia ni banyak ikut perwatakan ibu: penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut….diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam Islam seperti ibu juga).


Acik: Mana boleh macam tu tak aci lah, kena gilir-gilirlah baru adil. (dia ni memang kaki bangkang pun…..outspoken skit kalau dia tak puas hati)


Ibu: Ingatlah…….jika anak-anak perempuan tu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti…taatlah pada suami dan mentua


Acik : Macam kaum h****lak. Dah kahwin tak boleh gi rumah emakbapak.


Ibu: Bukan macam tu……Islam tu indah..setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu….. dan seperkara lagi…..untuk menjaga suami tidak sesusah mana… hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM……JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaALlah dia tak akan ke mana…..kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.


Ditakdirkan ALlah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu……jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).


Dengan takdir ALlah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa……terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar…


Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?


Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia ni memang malu sakan dgn ibu).


Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?


Abang ipar : Tidak bu…….saya izinkan keluarga saya beraya di sini.


Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?


Abang ipar : Mereka tiada halangan.. (dalam hati saya rasa terkilan apalah ibu ni biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)


Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu….lama gak ibu bergayut dengan besannya).


Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini. Apabila habis bulan Syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuannya kearah Islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulung tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain…(tak boleh cerita panjang dah masuk bab mengumpat.)


Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga……masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri……sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?……….berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu? Ya ALlah,.berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai…..Amin!


Moral: Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki, tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anak derhaka…