Monday, August 5, 2019

Think Positive & Achieve Your Dreams By Damrong Pinkoon

Think Positive & Achieve Your Dreams

Hari ni saya nak kongsikan sebuah buku dari koleksi saya sendiri iaitu THINK POSITIVE & ACHIEVE YOUR DREAMS. Buku ni saya beli di POPULAR Book Store BDC, Kuching Sarawak. Saya memang gemar baca buku di waktu kelapangan. Kadang-kadang membaca adalah cara saya mengurangkan stress dalam bekerja... 

Menariknya buku ini adalah:


  • Paparan grafik berwarna warni;
  • Penyampaian dengan gaya bahasa yang mudah dan ringan;
  • Edisi istimewa 2 dalam 1;
  • Terdapat 40 idea positif;
  • Juga 30 cara mencapai matlamat dan impian; dan
  • Kaedah bagaimana mengalihkan kreativiti dan kemampuan diri kita dalam memastikan sesuatu itu menjadi bagaimana yang kita mahukan.

WORK: Satukan Rasa


Apa sahaja kerja yang kita lakukan, perlu sentiasa ingat ia adalah amanah. Tak kira apa sahaja kerja. Niat itu penting, kerna dengan niat insyaAllah akan memandu hati untuk ikhlas melaksanakan sebuah pekerjaan. Ambil contoh Pegawai yang sentiasa ditukar ke berlainan organisasi dan berlainan bidang kerja. Kita perlu sentiasa mendidik hati kita untuk sentiasa bersedia di atas setiap kemungkinan. Kadangkala ada kerja yang tidak mengikut minat atau jurusan kita. Namun terima dengan terbuka dan laksanakan yang terbaik. Bersama-sama pasukan mencapai kejayaan. Kalau tidak tahu, sentiasalah bertanya. Tak rugi bertanya, ingat tu..???

 Image result for think positive and achieve your dreams book Image result for think positive and achieve your dreams book


SMILES: Kepentingan sebuah senyuman

Dalam Islam, senyum juga disebut sebagai suatu sedekah. Dengan senyuman, orang sekeliling yang berurusan dengan kita akan rasa dipercayai, disenangi dan dekat. Dalam buku ini juga ada dikongsi berkaitan senyum.

A child never needs a lesson on how to smile BUT many adults need one. (Fikir-fikirkan).

SMILE

Smile everyday.
Children smile and laugh easily,
but
after they have grown up
Why is it so hard for them to smile??

 Image result for smile



PERBEZAAN vs. PERSAMAAN

Sedarkah kita, bahawa kita semua adalah sama. Dijadikan daripada tanah. Seharusnya kita boleh berkerjasama dalam sebuah organisasi atau kumpulan untuk mencapai objektif, visi dan misi yang sama. GOALS yang sama. Cuma ada EGO yang menjadikan kita tidak boleh bekerjasama. Kadang-kadang kita lebih selesa di satu fasa... kita tak mahu berganjak daripada fasa tersebut. Fasa itu dinamakan zon selesa atau dalam english Comfort Zone.

Image result for comfort zone


Semua orang ada pandangan dan halangan dalam mencapai impian dan cita-cita NAMUN penerimaan dan pandangan kita terhadap sesuatu halangan itu berbeza-beza yang menjadikan impian tidak dapat direalisasikan. Oleh itu, ayuh bangun cermin-cerminkan diri kita. Mari kita muhasabah. Sesungguhnya masih belum terlambat. Keluarlah dari zon selesa untuk beri peluang diri kita berada di zon yang pelbagai.


The difference between the two men 
was
The courage to face new obstacles
and
The fear of facing difficult obstacles.



COURAGE

Courage is to be able to face anything in life.
The more obstacles you can pass,
the better, stronger and
more experienced you become.

Image result for comfort zone

No comments: