1
Sabuah Banglo mewah
tersergam indah di puncak Bukit Jalil. Dikawal rapi dengan beberapa CCTV.
Tembok batu keliling setinggi 8 kaki. Rumah atau penjara? Melangkah masuk cukup
sekadar di halaman hati boleh meneka apa isinya. Tapi itu peribahasa lama “jangan
pernah menilai sesuatu melalui luarannya”. Seni rias landskapnya cukup menawan,
pasti mahal upahnya. Tapi itu sekadar luaran.....
“Nayla..... Nayla..... mari turun
makan. Bibik sudah siapkan semuanya.”
“Saya, Bik. Nanti Nayla turun.....”
“Jangan lewat turunnya, nanti kok
Puan pulang... Nayla masih di atas, takut dimarahinnya..!!!”
“Iya, Bik...”
Terdengar derap kaki
Nayla menuruni anak-anak tangga menggambarkan keriangan. Muncul sahaja dengan
sebuah senyuman manis terukir. Tingkah gadis manis yang meningkat remaja ini
bersahaja sambil membetulkan lilitan hijabnya. Kemas. Terletak. Memiliki
sepasang mata yang galak, hidung yang mancung dan bibir yang munggil persis
gadis Arab.
“Ummi dan Walid tak balik makan
tengahari ke Bik?”
“Ngak tahu. Tapi gayanya seperti ada
mesyuarat penting. Mungkin makan di ofis sahaja”
“Oh.... Bibik dah makan? Mari makan
sekali dengan saya. Mari duduk sini”
“Tidak mengapa, Nayla. Bibik sudah
makan di dapur tadi.”
“Bo’ong..........!!!”
“Iya. Benar. Bibik sudah makan.
Bibik lagi mahu bersihkan kamar yang di atas.”
“Kamar di atas?”
“Iya.....”
“Kamar siapa? Siapa nak datang? Bik?
Siapa nak datang........?????”
Berdebu! Habuk!
Labah-labah! Huh...!! Bertahun tak kemas. Bertahun tak dihuni. Tapi mengapa
dibiar kosong? Mengapa dibiar tidak berhuni? Siapa penghuninya? Ke mana
penghuninya menghilang diri....? Tapi semua itu dibiar tidak berisi jawapan.
Bibik Jannah setia di sisi keluarga Datuk Zaheed dan Datin Queysha. Banglo ini
terlalu besar tapi meriah dengan gurau senda dan kasih sayang tiga beranak ini.
Bibik Jannah telah lama berkhidmat tak pernah dia merajuk hati dengan keluarga
ini. Kontraknya sentiasa bersambung dan dia tidak pernah sedih tidak pulang ke
Indonesia. Bukannya Datuk dan Datin tidak membenarkan dia pulang tapi baginya Indonesia
tiada lagi erti buatnya. Sudah tiada siapa-siapa untuk didampingi. Seluruh ahli
keluarganya telah tenggelam bersama Tsunami yang melanda Padang, Jawa pada
tahun 2006. Kini semua tinggal kenangan. Ah lupakan sahaja.....hidup matiku kini di tanah air Malaysia. Baktiku kini pada Datuk dan Datin serta ahli keluarganya....
To be continue.......
No comments:
Post a Comment