Assalammualaikum Salam Jumaat Penghulu Hari kepada semua pembaca blog ini sama ada secara langsung mengikuti perkembangan blog ini atau secara tidak sengaja terklik ke bolg ini. Semoga kita dapat berkongsi yang baik baik untuk kebaikan kita bersama. InsyaAllah....
Tengahari di waktu rehat yang panjang ini... sementara menunggu khutbah jumaat di Radio IKIM... terdetik nak kongsi tentang Buku yang saya nak baca ini... BEST SELLER Terjemahan Mukashafah Al Qulub.
Saya suka baca buku ini... buku inipun saya beli sewaktu fikiran saya agak terganggu... stress... tekanan kerja... tekanan sekeliling yang membuat saya down... jumpa sahaja buku ini saya terus beli untuk dihadiahkan kepada diri saya sendiri. Saya kongsikan dahulu sinopsis buku ini:
Manusia akan hanya beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.
Oleh itu kita hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Allah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.
Dia Maha Mengetahui akan segala rahsia-rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milik-Nya jua. Berserahlah kepada Nya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.
Untuk tenang jiwa antaranya kita perlu; Jauhilah mengumpat (GHIBAH) dan memfitnah kerana:
(i) Allah SWT mencela orang ghibah bagaikan memakan bangkai.
"Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?" - AL-Hujurat:12
(ii) Baginda Rasulullah SAW bersabda;
"Takutlah ghibah. Ia lebih teruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat memaafkannya"
(iii) Baginda juga bersabda:
"Ghibah itu menuturkan keburukan kepda saudaramu samada badan, nasab, perbuatan, ucapan, agama, dunia, bahkan baju, selendang atau tunggangannya".
Astagfirullah Hal 'Azim
Astagfirullah Hal 'Azim
Astagfirullah Hal 'Azim
Alhamdulillah.. semoga hidup kita sentiasa tenang. Insya Allah Aminnnnnn....
Amalkan baca surah Al Insyirah bagi memperoleh ketenangan jiwa dan kelapangan hati.
ingatlah...
No comments:
Post a Comment