Bismillah...
Segala sesuatu itu didatangi kepada kita atas beberapa sebab yang tertentu, Hanya dia Maha Mengetahui...
So pagi ini aku nak kongsikan tentang sakit meroyan.. memang kita biasa dengar perkataan ini.. lagi lagi kaum wanita. Tapi benda itu akan jadi luar biasa dan terkejut pada kita bila dan saat mengetahui rupanya kita adalah salah seorang daripada statistik menghidap ROYAN. Benda ni terjadi bila aku pergi berurut.. dan alhamdulillah rezeki Allah ketemukan aku dengan orang yang benar2 mengurut dan mengetahui masalah pada badan aku yang aku sendiri tak tahu dan hanya menganggap penat bekerja sahaja ATAU salah angkat barang...
Angin di dalam badan yang aku sangka biasa rupanya adalah angin yang masuk saat aku berpantang anak ke tiga... (Nur Ain Aleesya). Yang kini dah 4 tahun.. al maklumlah aku i berpantang sendiri.. masa Aleesya.. dua minggu jer hubby jaga aku.. then dia kerja ke Sarawak dah.. Aleesya pun lahir awal.. kecik jer.. (1.98kg) tapi lepas 2 minggu aku uruskan sendiri anak anak di Putrajaya (3 org). Ke pasar di Precint 8.. ke klinik atau hospital.. ke Tadika hantar anak-anak.. DAN AKU DRIVING MANUAL CAR sendiri..
Selepas ada Aleesya jugaklah aku tumpah darah.. (2012). Selepas pada tu memang badan aku mudah sakit-sakit (sejuk).. So korang korang wanita di luar sana.. jangan pandang remeh kepada perkara ROYAN nih.. aku dah terkena nih baru aku rasa rugi.. Pening kepala.. stress.. dingin.. sakit pinggang.. pucat.. lesu.. muram.. suka bersendirian juga adalah tanda tanda ROYAN.. akulah tuuuu!!
Sedih jugak bila baru tahu yang rupa rupanya kita jadi macam tu adalah kesan daripada tanggungjawab yang dipikul kita sebagai seorang ibu dan isteri.. sedih kan.. AKU MEMANG SEDIH sebab kita cuba untuk jadi kuat dan terbaik demi keluarga. Biar anak-anak sakit kita ibu boleh jaga TAPI jangan kita sakit sebab kesian kat anak anak tak de orang nak jaga... istilah tu lah yang aku gunakan semasa aku bersendirian dengan anak anak..
Jom kita tengok jenis jenis ROYAN nih..
GILA MEROYAN
Sekiranya darah bantal tidak keluar dengan sempurna, bahagian sulit akan berbau busuk. Bau itu tidak dapat diatasi walaupun dicuci dengan apa cara sekalipun. Ini kerana darah busuk yang berbau seperti bangkai masih tertinggal dan melekat atau tersangkut seperti ketulan kecil atau besar di dalam lapisan tisu rahim (endometrium).
Keadaan tersebut mungkin menjadi punca pengeluaran haid yang tidak teratur atau tidak lawas. Bahkan, sekiranya berlarutan sepanjang tempoh pantang bersalin, darah busuk itu akan menjadi punca sakit kepala, kemurungan dan seterusnya membawa kepada sakit angin meroyan, angin kotor dari rahim atau disebut juga sebagai mother's blues. Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenalpasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu.
MEROYAN API... (Dah macam Street Fighter pulak dah)Dinamakan meroyan api kerana semasa dalam pantang, ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh sampai ke tahap menjerit2 dan lupa. Kemarahan adalah melampau, adakalanya menyebabkan ibu tersebut menghempas atau membaling anak kecilnya (yang selalu menangis) - kesian baby yang tak berdosa dan tak bersalah tu jadi mangsa... takuttttnyaaaa...
MEROYAN KENTUNG (KERTUNG)
Ibu akan menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh sehingga apabila berlarutan tidak dapat membezakan antara anak dengan bantal.
MEROYAN URAT
Ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot atau disebut oleh masyarakat di utara Semenanjung sebagai "kediang badan".
MEROYAN LENDIR
Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar dan keguguran rambut serta badan menjadi susut.
MEROYAN TINGGAL
Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang untuk lari dari rumah. Ibu yang mengalami masalah ini mungkin tidak mahukan bayinya sendiri. Dia sering tertawa, mengilai seperti dirasuk atau dalam kes yang teruk tidak mengenali suaminya sendiri.
MEROYAN BULU
Ibu sentiasa berasa seram sejuk, bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeletar kesejukan sehingga menyebabkan kancing gigi. Adakalanya, mereka akan kelihatan seperti terkena sampuk.
MEROYAN KULIT
Ibu berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru2 seperti kelakuan kera. Akibat sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami penyakit kulit.
Kaedah Rawatan ROYAN:
Doa elak STRESS
Adalah TERBAIK untuk ibu ibu mengamalkan mandi tikar ATAU bertangas.. bertangas cukup lengkap dengan bahan akar kayu, tradisional rempah ratus, herba... yang akan menyuci secara dalaman..
Meroyan , penyakit angin, dan juga ketegangan urat boleh di kawal secara natural. Bagi rawatan tradisional, penggunaan herba juga dikatakan dpat membantu mengurangkan masalah ini, Misalnya, dari pengalaman saya selepas melahirkan Sobirin 2 tahun lepas. Bidan yang mengurut saya menggunakan campuran beberapa jenis rempah untuk mengelakkan diri dari terkena penyakit meroyan. Sempat juga la saya bertanyakan itu da ini semasa bertungku. Antara herba yang digunakan adalah herba cekur, halia, kunyit dan lada hitam dikatakan bagun suntuk membuang angin dan berfungsi sebagai antioksidan serta antibengkak.
kepelbagaian herba untuk atasi masalah angin dan bengkak urat selepas besalin
Kini saya menggunakan perubatan tradisional untuk mengubati ROYAN saya ini (yang baru saya ketahui).. antara kaedah rawatan:
(i) Berurut seluruh badan
(ii) Berurut angkat peranakan
(iii) Berurut seluruh badan (kali ke-2)
(iv) Mandi Tikar (Bertangas)
(v) Pengambilan maajun (herba panas badan)
(vi) Pengambilan ubat periuk
(vii) Penggunaan pencuci vagina (perapat/mengeluarkan lendir terbuku)
kepelbagaian herba untuk atasi masalah angin dan bengkak urat selepas besalin
Kini saya menggunakan perubatan tradisional untuk mengubati ROYAN saya ini (yang baru saya ketahui).. antara kaedah rawatan:
(i) Berurut seluruh badan
(ii) Berurut angkat peranakan
(iii) Berurut seluruh badan (kali ke-2)
(iv) Mandi Tikar (Bertangas)
(v) Pengambilan maajun (herba panas badan)
(vi) Pengambilan ubat periuk
(vii) Penggunaan pencuci vagina (perapat/mengeluarkan lendir terbuku)
InsyaAllah..
Para ibu disyorkan
mengamalkan perubatan herba dan rempah ratus khusus bagi rawatan semasa
dalam pantang. Satu kajian yang dijalankan mendapati kandungan cekur
dalam ubat herba bersalin mempunyai potensi untuk menghindari penyakit
murung. Manakala satu kajian lagi tentang kunyit, mendapati herba
tersebut mempunyai ciri antioksidan dan antibengkak. Secara tradisional
halia, serai, jerangau dan rempah ratus diyakini mampu mengeluarkan sisa
racun akibat pemakanan agar darah kembali bersih. Sesungguhnya gabungan
bahan-bahan tersebut dapat membantu ibu-ibu mengelak daripada
dihinggapi penyakit meroyan. Selain itu, ramuan ini dapat membantu
membersihkan rahim daripada pengumpulan angin, lendir dan darah beracun
daripada darah bantal yang tertinggal sekali gus dapat mempercepatkan
pengecutan rahim, mengimbangi hormon, melegakan sakit urat saraf dan
membantu melangsingkan badan.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
No comments:
Post a Comment