BAB 3
“Pergi
dulu, Ibu... nanti petang Lisa balik lambat. Lisa ada kelas tambahan
dengan Cikgu Nomi. Ibu tak payah tunggu, Lisa balik sendiri.” Beritahu
Marlisa pada ibunya.
“Ok. Tapi jangan pulang lewat sangat.”
“Baik, bu” mencium tangan ibunya dan berlalu.
“Lisa.... , jangan buat sesuatu yang Ibu tak suka.”
Lisa hanya mengangguk dari jauh.
Berat
rasanya kaki hendak turun dari kereta. Marlia rasa malas hendak ke
sekolah apabila mengenang kembali saat-saat dimalukan di hadapan seluruh
murid sekolah dan guru. Malasnya rasa.......Maluuuu.......!!
“Lia,
kuatkan semangat. Kalau Lia mengalah pada situasi bermakna Lia memang
salah dan memang menyimpan perasaan pada dia. Ingat, pelajaran itu
penting. SPM tidak lama sahaja lagi. Come on....just a small things. Hurry up. If not I’ll be late for schoolI” pesan Puan Malika pada anaknya, Marlia.
“Ibuu.......”
Marlia mencium Puan Malika dan memeluknya, cuba mencari kekuatan untuk
berhadapan dengan kawan-kawan di sekolah nanti.
Pelukan dilepaskan. “Ibu, lepas kelas Lia pergi Library dengan Bieha then Lia balik dengan dia. Ibu tak perlu ambil” Puan Malika mengangguk faham.
_________________________
Mitsubishi
Grandis berwarna Putih milik Puan Malika menyusur laju membelah jalan
dan hilang di pandangan. Yang kelihatan kini semakin ramai pelajar mula
membanjiri kawasan sekolah. Marlia mengatur langkah ke blok C. Dia hanya
menunduk, takut kalau-kalau ada orang yang perasan akannya.
“Bismillahhirrahmanirrahim......” berkali-kali dibacanya di dalam hati.
“Lambat pulak nak sampai ke kelas” getusnya di dalam hati.
Blok
C mula kelihatan. Lega rasanya. Bibirnya kini mampu mengukir senyum.
Puas rasanya. Tak terserempak dengan Marlisa, Nad, Erin, Shela, Kak
Ziela mahupun Si Abg Senior....hatinya berlagu riang. Anak-anak tangga
ke tingkat dua didaki. Akhirnya..... kelihatan bilik 5 Khadijah. Kakinya
membelok masuk ke kelas. Dicari tempat duduknya. Beg diletakkan. Air
liur ditelan. Duduk melepaskan lelah sebentar sebelum kelas bermula.
______________________________
“Lia, tadi aku terserempak dengan Abg Senior yang dalam surat cinta kau tu...”
“Kau jangan percaya la, Bieha. Kakak aku saja kenakan aku....”
“Kau betul minat kat dia kan?”
“Tak adalah.... “
“Alah, dengan aku pun nak malu. Aku kenal kau la Lia...”
Marlia tersenyum. Malu dengan Nabieha. Malu dengan diri sendiri.
“Salah
ker kalau aku simpan perasaan kat dia, Bieha? Aku percaya bukan aku
sorang kat sekolah ni yang ada perasaan kat dia. Kau pun suka kat dia
kan....kan...kan....” Mereka berdua ketawa bersama-sama. Mengatur langkah ke perpustakaan. Rutin mereka berdua sebelum pulang ke sekolah.
Bedepap!!!
Dup..Dap..Dup...Dap.... laju jantung Marlia berdenyut. “Macam mana
pulak boleh terjumpa kat sini pulak?” Marlia membisik perlahan pada
Nabieha. “Jalan je terus, Lia. Kalau kita pusing, segala isi surat tu
BETUL..TAPI kalau jalan terus menandakan semua itu TIDAK BETUL...”
“Tapi
semuanya betul.... aku memang suka kat dia. Sejak sekolah rendah lagi.
Sejak dia tak sengaja terlanggar aku. Sejak dia terpegang tangan aku.
Sejak dia tertukar buku dengan aku di perpustakaan. Sejak dia terpijak
kain aku.” Marlia berbicara di dalam hati dan bermain dengan
perasaannya.
Langkah
kakinya semakin laju. Tersusun kemas. Mengarah ke perpustakaan. Wajah
lelaki tampan itu semakin jelas. Pelajar Senior yang menjadi gilaan
ramai pelajar perempuan. Semakin dekat dia dengan wajah itu; semakin
berdebar. Jalannya seperti di atas awangan. Sunyi dan senyap seketika di
sekelilingnya. Lelaki itu menghadiahkannya sebuah senyuman.
Tindakan luar kawal.
Dia membalas senyuman itu.
Dan berlalu...........
“Bieha....”
“Huh...”
“Dia senyum kat aku...”
“Iya, aku nampak. Yang kau dah macam orang mabuk aku tengok. Melelong jalan. Apasal?”
“Yelah. Dia senyum kat aku.”
“Iyalah. Berapa kali nak bagitahu? Kawanku Marlia, aku nampak mamat tu senyum kat kau. So, what?”
“Dulu form three last dia senyum kat aku. Aku ingat lagi. Dah dua tahun Bieha. Dah dua tahun sekarang baru dia nampak aku.”
“So, terima kasih banyak kat kakak kau! Kalau tak kerana surat tu.... mesti sampai berkulat pun dia tak pandang kau!”
“Ye ker?”
“Dah..dah... sekarang concentrate! Aku tak nak dengar dah fasal mamat tu TAPI lepas keluar je dari Library kau boleh sambung cerita Fairytale kau tu. Karang tak dengar, merajuk! Muncung sampai ke rumah... Aku tahu aku ni kan BIRO PENGADUAN AWAM...”
“Thank you..................... ni yang aku sayang banyak kat kau ni.....”
____________________________
No comments:
Post a Comment