Masa untuk berkarya
Episod Pengenalan
“Engkaulah yang kurang ajar!” tempik Marlia pada kakaknya.
Papp!!
“Aduh!”
Marlia memegang pipinya, tamparan yang hinggap di pipinya benar-benar
berbisa. Terasa bahangnya. Berkaca mata Marlia. “Apa salah Lia?” getus
hati kecil Marlia. Tidak berani dia memandang ibunya yang berdiri di
hadapannya.
“Mulut
tu kalau nak bercakap, jaga sikit. Kalau Lia kata kakak kurang ajar,
maknanya Lia menghina ibu, Apa yang ibu kurang didik dan kurang ajarkan
pada kakak? Rasanya ibu dah ajar anak-anak ibu cukup dah. Tapi ibu tak
ajar kamu semua untuk kurang ajar sesama ahli keluarga. Ingat tu, Lia.
Ibu tak nak perkara ni berulang. Faham?”
“Faham, bu.” Jawab Marlia perlahan sambil menahan sakit yang masih bersisa.
Ibu
terus melangkah ke dapur. Marlisa dengan rasa puas yang amat sangat
melihat Marlia ditampar Ibu terus melarikan diri ke ruang tamu; menonton
TV.
Marlia
ke jendela bilik, merenung burung-burung yang berterbangan bebas. Ada
beberapa ekor anak kucing yang sedang bermain sambil diperhatikan Si Ibu
kucing. Bergaul mesra anak-anak kucing itu, tidak diketahui yang mana
sulung, tengah dan bongsu. Mereka tiada bercakaran sebaliknya bergaul,
makan dan minum bersama. TAPI jauh sekali Marlia dan kakaknya, Marlisa.
Peristiwa Marlisa curi-curi membaca Diarynya
memang membuatkan hati Marlia membara. Apa taknya, surat cinta palsu
Marlia yang ditulis oleh Marlisa telah dirampas oleh guru disiplin.
Surat itu juga telah dibacakan di dalam perhimpunan mingguan di hadapan
650 orang pelajar. Marlia malu!!!! Tak tahu nak sorok muka di mana. Yang
paling malu takut kalau-kalau berhadapan dengan pelajar lelaki yang
dimaksudkan di dalam surat itu. Huh!!! Maluuuu......... Pelajar Junior
menyimpan rasa cinta pada pelajar Senior. Dah tu pelajar Senior itu
adalah Hot Student di sekolah. Dia tahu kakaknya juga berperasaan yang
sama. Sebab Marlisa sekelas dengan pelajar lelaki itu. Tapi apa salahnya
hanya menyimpan perasaan. Tak boleh ker? Sekadar di dalam coretan Diary sejak di bangku sekolah rendah. Tersimpan kemas rahsia Marlia sehinggalah Marlisa membuat kecoh!
“Ada-ada saja kakak ni. ... tak henti-henti dengkikan aku” getus Marlia di dalam hati.
Marlisa
sejak dari kecil sangat cemburukan adiknya Marlia, Apa sahaja yang
dibelikan oleh En. Harith dan Puan Malika pada Marlia, dia pun mahu.
Kalau tidak dapat apa yang dia mahu, dirampas sahaja barang-barang
adiknya Marlia.
Marlia
hatinya lembut, kata-kata dan tingkah lakunya penuh sopan. Menjadi
kebanggaan En. Harith dan Puan Malika. Marlia sentiasa mendengar kata
dan melakukan apa yang disuruh oleh ibu dan ayahnya.
Harith Hamdan. Seorang
ayah yang penyayang. Tidak pernah dia membezakan anak-anak
perempuannya. Tapi dia tahu perbezaan yang ada pada kedua-duanya. Cuma
dia tidak mahu membezakan kerana dia tahu Marlisa sentiasa mahu menang.
Kalau dia tak menang atau dia tak dapat yang lebih dia akan merajuk.
Tetapi Marlia sentiasa beralah dengan kakaknya. Itu yang membuatkan En.
Harith sayang pada anaknya, Marlia. Tetapi tidak pernah diucapkan di
hadapan kedua-duanya agar mereka tahu kasih sayangnya tidak pernah
berbelah bahagi. Tiga bulan sekali En. Harith akan pulang ke Malaysia.
Dia bekerja di sebuah syarikat minyak di Doha. Kejauhan itu tidak pernah memutuskan kasih sayang dan ingatannya pada isteri dan anak-anaknya di Malaysia.
Sharifah Malika Datuk Dr. Hj. S.M. Malik. Siapa yang tak kenal dengan keluarga ini. Tokoh korporat dan pakar ekonomi dan datuknya Tan Sri S.M Azzudin adalah
bekas Peguam Negara. Tetapi Puan Malika penuh dengan sifat rendah diri,
lembut, penyayang dan berjiwa pendidik. Dia berkhidmat sebagai seorang
guru di sebuah sekolah Antarabangsa di Kuala Lumpur. Tetapi anak-anaknya
dihantar ke sekolah kebangsaan sahaja. Tidak mahu dibiasakan dengan
cara dan gaya hidup mewah dan elit. Dia tahu mana yang terbaik untuk
anak-anaknya. Tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu digalas
dengan penuh dedikasi.
No comments:
Post a Comment