BAB 4
“Mr. Harith, I call just to remind you that tomorrow is your turn to lead the group with Safety Class.”
“Ok. Thank you for the reminder.”
“Another
thing Sir, the group will wait for you at the P3 and they will take the
same Helli with you at 7 o’clock in the morning.”
“ Thanks a lot Balqish.”
“You are welcome, Sir”
Huh! Mendengus En. Harith seketika. Esok giliran dia mengetuai kumpulan staff baru dalam kelas Safety. Dah lebih 15 tahun dia bekerja offshore. Tahun ini mungkin tahun yang terakhir baginya. Tak perlu mohon untuk di renew kontrak
kerjanya. Terlalu lama rasanya ditinggalkan anak-anak dan isteri......
mengejar cita-cita dan kepuasan hidup. Tapi dia tahu kepuasan hidup
bekeluarga adalah yang diimpikan. Kini dia bercita-cita pula untuk
membuka sebuah stesen minyak. Poket pun dah penuh apa yang dicari lagi?
Semuanya pun dah cash. Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Semua atas usaha-usaha yang dilakukan bersama isteri tersayang, Puan
Malika. Tanggung jawab sebagai seorang suami digalas dengan penuh
dedikasi. Kini tiba untuk dia berada di samping keluarga.
Anak-anak
pun esok lusa tak lama nak berkahwin. Aku dan Malika ditinggalkan.
Itulah anak-anak perempuan. Dah kahwin semua ikut suami. Tak boleh nak
halang sebab Malika pun begitu. Ikut aku. Setia di sisi aku, membesarkan
anak-anak aku dengan penuh tanggung jawab. Cukup asuhannya. Mulia
sungguh Malika. Dialah suri di hati aku. Walaupun jauh di Doha.... tiada
yang setanding kau, Malika. Tak perlu kau gusar akan kasih sayang ku.
Tak pernah terlintas di hati ini untuk mencari bandingan kasihmu,
cintamu, serimu, manismu atau sayangmu. Telah ku kunci hatiku untuk kau
seorang, Malika.
Entah
kenapa dua tiga hari ini hatinya cukup mudah tersentuh. Ingatannya
kepada isteri tidak pernah berhenti menerjah kotak ingatan dan
fikirannya. Rimas pulak rasanya. Nanti bila dah berada di laut, nak tanya khabar pun susah. Cell phone pun tak berguna. Internet pun asyik buffer.
Dia
akan pulang sebaik sahaja anak-anaknya selesai menduduki peperiksaan
SPM dan STPM. Kebetulan pula Puan Malika sedang bercuti panjang ketika
itu. International School sedang bercuti sehingga tengah bulan Januari meraikan Christmas dan New Year.
Akan
aku bawa mereka bercuti ke tempat yang mereka inginkan. Memang menjadi
kebiasaan setiap kali pulang, Puan Malika dan anak-anak akan dibawa
bercuti ke luar negara. Tak kira lah Singapura, Bandung, Thailand,
Vietnam mahupun Australia. Namakan sahaja. Pasti En. Harith akan adakan
untuk mereka. Kerana dia tahu hanya ketika itu mereka dapat menghabiskan
masa-masa berkualiti bersama-sama. Ah, tak sabar rasanya hendak menemui Malika, Marlisa dan Marlia.............. Tiga perempuan yang telah menghiasi hidupnya menggantikan kasih arwah ibunya yang telah pergi ketika dia berada di Amsterdam. Sejak peristiwa itu juga dia tekad untuk bekerja sepenuhnya di dalam bidang Oil and Gas.
Bila
dikenang kembali peristiwa itu, membuatkan dia tidak mahu jauh dengan
keluarganya. Insan yang dia sayang. Dia takut perkara yang sedemikian
akan berlaku lagi kepada dirinya. Ketika berita kemalangan nahas jalan
raya yang mengorbankan Ayah, Ibu dan adik lelakinya...... Pihak MARA dan
Ketua Perwakilan Pelajar Malaysia di Universiti tidak dapat
menjejakinya. Kerana ketika itu dia berada di luar kawasan tinggal
bersama keluarga angkatnya untuk menghabiskan cuti yang terluang. Boring pula ketika itu berada di kampus. Pemergiannya ke sana tidak dimaklumkan kepada rakan sebilik.
Dia
hanya dimaklumkan tentang kejadian itu tiga hari selepas kesemua
jenazah selamat dikebumikan. Menyesal tidak sudah dia ketika itu.
Ah,
perkara dah lepas. Tak perlu dikenang. Realitinya sekarang ini yang
harus ditempuh! Aku perlu kuat demi keluarga!! Aku dah hilang
orang-orang yang aku sayang dahulu. Dan aku tak mahu hilang sekali lagi
orang-orang yang aku sayang kini!.... Bersabarlah untuk seketika.
Kegembiraan berkumpul dengan kalian di Kuala Lumpur pasti akan tiba.....
Tak lama sahaja lagi Disember. Disember yang penuh bermakna. Itu sudah
pasti. Malika, jangan pernah berhenti menunggu abang pulang. Anak-anakku
Marlisa dan Marlia.... tunggu SURPRISE dari ayah!
___________________________
.
“Assalammua’laikum....”
“Wa’alaikumsalam bang.... sekejap yer My (mai) panggilkan anak-anak”
Puan
Malika bergegas ke ruang tamu memanggil anak-anaknya. Panggilan telefon
yang selalu diterima tidak puas melainkan kalau menerima Skype.....
puas melihat keadaan suami, wajah yang dirindunya. Begitu juga dengan
anak-anak, tak pernah puas dengan panggilan telefon kerana tidak dapat
melihat ayah mereka.
“Ayahhhhhh........................” jerit keduanya.
“Iya.......... ayah rindukan kamu semua!”
“A’ah...... Lia pun...”
“Lisa pun rindukan ayah..... nanti balik jangan lupa ole-ole ok untuk Lisa!”
“Insya’allah....preparation untuk exam kamu macam mana?”
“Alhamdulillah.... trial hari tu dapat 7A1.. hehehehe 1A2” beritahu Marlia pada ayahnya yang membuatkan En. Harith tersenyum.
“Lisa macam mana?”
“Lisa, oklah ayah......”
“What do you mean ok?”
“Hehehehe 5A”
“Wow! Congratulation.....credit to your hard work”
“Thank You.”
“Ok lah.... ayah tak boleh lama. Or else I’ll missed my Helli”
“Ok ayah......we all love you. Can’t wait to see you in December holiday!” serentak Marlisa dan Marlia. Gembira dapat bercakap dan melihat ayahnya di screen Desktop.
Sebelum mengakhiri Video Call itu, En. Harith sempat memanggil isterinya. “My, abang miss u a lot! Take care.... jangan tinggal solat. Didik anak-anak. Make sure keperluan untuk exam anak-anak cukup. Abang di sini sentiasa doakan untuk My dan anak-anak di Malaysia. Abang nak ke off shore
dah ni. Abang jauh tapi ingatan dan kasih sayang abang tetap bersama
kamu semua. Doakan abang selamat dan mudah kerja-kerja abang di sini.
Insya’allah Disember nanti kita pasti bertemu dengan izin-Nya.”
“Insya’allah
abang. My sentiasa doakan abang. My tahu niat abang ke sana untuk
mencari rezeki. Tuhan dah aturkan rezeki abang di sana. Oklah abang, Nanti tertinggal pulak Helli! Take care..... ingat tau Safety first!!”
“Ok......Assalammu’alaikum”
“Wa’alaikumsalam”
________________________________
From: Harith.Hamdan@deltadohacorp.com Sent Date: 24 Nov, 2010 09:12 AM
Subject : I’ll Be Coming Home
Salam,
SURPRISE!!!!!!!
I’ve tender up my work over here in Doha. And luckily they accept my
resignation with respect. They’ve arrange BIG FAREWELL PARTY. I received
a GOLD BAR as my recognition over my long
service with Delta Doha Corporation. On the bar written “This Gold Bar
is presented to Mr. Harith Hamdan for his 15 years services @ Delta Doha
Corporation” and under the Gold Bar............. ayah dah engraved
something special. RAHSIA! Pegang, lihat dan baca on your own. Wait for
me.
I’m busy packing all my things. A part of it ayah guna cargo. Safely to Malaysia.
Insya’allah I’ll reach KLIA on 1st Dec. At 10.45PM.
Ayah miss and love u all.
HarithHamdan
“Ya
Allah Tuhan Yang Maha Kuasa. Kau lindungi suami ku walau di mana dia
berada, walau dengan siapa dia berada dan walau apa jua yang sedang
dilakukannya. Lindungilah dia dari sesuatu yang melalaikan, lindungilah
dia dari nafsunya, lindungilah dia dari maksiat dan perkara yang boleh merosakkan. Permudahkanlah baginya segala urusannya, Selamatkanlah
dia dari mara bahaya. Semoga dia selamat dalam perjalanan pulang ke
Malaysia untuk bersama-sama aku dan anak-anak. Sesungguhnya Engkau Maha
Besar. Amin.”
Berbunga
hati Puan Malika apabila menerima email daripada suaminya, En. Harith.
Tak sabar pula rasanya menunggu hari 1 Disember 2010. Sambil
mengetuk-ngetuk jarinya di keyboard, kotak fikirannya melayang-layang
mencari idea apa perlu dilakukan lagi untuk menghangatkan suasana di
malam itu. Anak-anak sudah tentu tidak sabar menanti ole-ole dari Doha.
Nak makan di luar, rasanya sudah tentu suaminya tidak bersetuju kerana
badannya masih penat. Lalu apa yang perlu aku lakukan? Semakin ligat dia
berfikir.
“Jauh Ibu termenung. Fikir apa tu? Rindu dekat ayah yer....? Tegur Marlisa bersahaja membuatkan Puan Malika merah muka.
“Tak adalah. Lisa, nak tahu tak berita gembira yang Ibu dapat hari ni?”
“Nak... berita apa Ibu?”
“Berita ayah lah. Disember ni ayah Lisa balik untuk selamanya...... Back for good!” ceria wajah Puan Malika menyampaikan berita gembira itu pada Marlisa.
“True, Ibu? Ayah dah tak ke offshore?”
“Yup!
Ayah akan tinggal dengan kita di rumah ni untuk selama-lamanya. Ke mana
sahaja kita pergi ayah akan sentiasa berada bersama kita. Keluarga kita
akan lengkap kembali. FULL STRENGTH!”
“Seronoknya......
oh, now I know, Ibu. Yang tadi ibu dok termenung panjang tu fasal ni
lah yer....... now Ibu dah tak keseorangan! So kalau dapat result
cemerlang, Lisa atau Lia nak further abroad pun boleh lah! Ibu dah ada
orang jaga.....”
“Lisa dah tak sayang ibu ke? Lisa dah tak sabar nak duduk jauh dari Ibu?”
“Bukanlah macam tu Ibu........”
“
Habis tu macam mana? Kat sini bukan tak ada Universiti yang
bagus-bagus. UIA ada, UKM ada, UM ada, KUIM ada, KUIS ada, USM ada...
semua ada. Cuba bagitahu Ibu, Lisa nak ambil jurusan apa kalau ke
oversea tu?” serius pula bunyi Puan Malika kali ini. Susah untuk
diterimanya berjauhan dengan anak perempuan sulungnya ini. Belum puas
dia melihat Marlisa membesar di depan matanya.
“Tak adalah, Ibu. Lisa nak ambil course Chemical Engineering. Boleh
jadi macam ayah, round the world! Seronoknya.... gaji pun besar! Boleh
belikan ibu rumah besar, kereta mewah..... senang tak payah Ibu kerja
dah. Ibu goyang kaki je. Lisa carikan ibu maid.. tak payah Ibu
penat-penat buat kerja. Ibu tengok pokok-pokok bunga Ibu aje. Bagi
ikan-ikan makan. Ibu suka tak?”
“Ibu
suka. Amin, Ya Allah. Tapi Ibu tengok, baru pergi camping 3 hari 2
malam dekat Taman Negara dulu pun.... dah nangis tiap-tiap malam. Ni nak
duduk jauh dari Ibu? Boleh ke? Bukan sehari dua tau....
bertahun-tahun!”
“Alah
Ibu ni, itu lain. Duduk dekat dalam hutan. Takut kena makan dengan
harimau ke, Gajah ke, Buaya dalam Sungai Pahang tu ke... memanglah
nangis! Insya’allah anak ibu ni boleh survive la macam Ayah. Ibu tahu
tak?”
“Tahu apa?”
“Dalam
diri Lisa ni, mengalir semangat Ayah tau! Semangat Ibu! Semuanya
berjiwa kental! Semangat tidak mudah mengaku kalah. Berjuang hingga ke
titisan akhir.....”
“Pandailah kamu tu. Ni dari tadi Ibu tak nampak adik kamu Marlia. Dia pergi mana? Kamu ada jumpa dia di bawah?”
“Tak boleh lah hilang sekejap Lia, mesti Ibu cari. Kalau Lisa.....”
“Mulalah dia tu...... saja je kan cari point! Dua-dua anak , Ibu sayang. Dua-dua anak, Ibu kisah! Mana adik kamu ni?”
“Dah habis exam ni dia rasa boring. So dia keluar dengan Bieha. Ke Wangsa Walk katanya.... tak tahulah kalau dia melencong!”
“Dah....dah..dah...”
“Bye..bye.. Bu. Lisa nak ke bilik. Tak nak kacau Ibu melayan perasaan dengan Prince Charming Ibu tu.....Lisa jealous tau!”
Ada-ada sahaja Marlisa menyakat ibunya.
From: malika.malik@yahoo.com Sent Date: 24 Nov, 2010 05:45 PM
Subject : We’ll Be Waiting in passion
Salam.
Abang, we are very happy with the news. I’m glad at last you’ll be here beside me with anak-anak. Soon, I’m not alone.... I’ll wait for you. May Allah bless you in everything you do, Abang.
Lots of love from Malaysia to Doha.
Malika Malik
No comments:
Post a Comment