MUTIARA HADITH
Kategori : MUAMALAT Kewangan Islam
Tajuk : Islam Dan Pekerjaan
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya”
Hadith Riwayat Ibn Majah
Huraian :
1. Bekerja
merupakan keharusan mutlak yang harus dilakukan oleh seorang muslim
untuk mendapat rezeki yang telah disediakan oleh Allah S.W.T, bahkan
kalau perlu, seseorang itu digalakkan merantau ke pelbagai pelusuk dunia
untuk meraih rezeki yang halal. Hal ini juga termasuk dalam kontek
jihad.
2. Bekerja
adalah senjata utama untuk memerangi kemiskinan, modal dalam mencapai
kekayaan dan faktor dominan dalam mencipta kemakmuran hidup.
3. Seseorang
itu dituntut supaya redha dengan pekerjaannya dan menjalankan
kerja-kerja yang telah diamanahkan dengan tekun untuk menjamin
kebersihan upah yang diterima daripada pekerjaan tersebut. Oleh itu,
sesuatu pekerjaan yang dibuat hendaklah diniatkan kerana Allah.
4. Terdapat sekurang-kurangnya 3 jenis balasan bagi mereka yang kerjanya menjadi ibadah iaitu:
i) mendapat balasan dalam bentuk material (gaji).
ii) mendapat balasan dalam bentuk kepuasan kerana dapat menyiapkan atau menyelesaikan kerjanya.
iii) mendapat pahala untuk bekalan di hari akhirat.
5. Dalam
konteks hubungan majikan-pekerja pula Islam melihat bahawa pekerja itu
bukanlah sebagai hamba kepada manusia lain untuk menghasilkan sesuatu
pengeluaran kerana penghambaan hanya dikhususkan untuk Allah S.W.T. Oleh
itu hendaklah ada keadilan antara majikan dan pekerja di mana gaji yang
diberi hendaklah setimpal dengan kerja serta tanggungjawab yang dipikul
oleh pekerja tersebut bahkan kalau perlu sebelum keringatnya kering
kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Alangkah besar
dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) orang yang
menjadi tanggungjawabnya.” .
"semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya, insya'allah"
No comments:
Post a Comment