Walaupun penyataan topik ini agak tidak relevan difikirkan tetapi
hakikatnya itulah yang sering berlaku di kalangan ibubapa secara tidak
sedar.
Apa yang dimaksudkan sabotaj ?
Ianya adalah perbuatan untuk merosakkan, menganggu dan mengkhianati sebarang peralatan mahupun orang perseorangan.
Mana mungkin seorang ibu yang kasihkan anaknya sanggup mensabotaj
atau dalam erti kata lain mengkhianati anak sendiri. Tak masuk akal !
Begini kisahnya…
Mengajar anak-anak kecil seawal usia 2 tahun merupakan antara ‘passion’ saya.
Sebagai seorang guru setiap apa yang diajar di dalam kelas adalah hasil
daripada kajian dan pembacaan yang teliti sebelum dipraktikkan bersama
mereka.
Namun, cabaran yang besar yang kebanyakkan guru-guru pendidikan awal
kanak-kanak ini hadapi ialah daripada penerimaan ibubapa anak itu
sendiri terhadap pembelajaran di dalam kelas dalam sesi menajamkan
kemahiran motor anak-anak mereka.
Senarionya ialah…
” Teacher Ayu, anak saya tidak pandai pegang gunting ini dan saya tidak pernah berikan dia pun dirumah sebab bahaya ”
” Anak saya geli untuk memegang gam dan warna air itu, bolehkah saya tukar dengan crayon sahaja, Teacher ? ”
Itulah antara contoh-contohnya yang terjadi apabila ibubapa meletakkan ‘over protection’ terhadap si manja mereka dengan mengiyakan setiap penolakkan anak.
Sedangkan itu juga salah satu cara anak dalam memanipulasi kita untuk
terlepas melakukan hal-hal yang mereka tidak suka. yang saya katakan,
kita umpama mensabotaj anak-anak kita dalam diam.
Setiap penolakkan itu memerlukan masa untuk memberi gambaran aktiviti
itu menyeronokkan buat anak-anak ini. Setiap proses menanganinya atau ‘counter-back’ perlu dilakukan berulang kali sehingga mereka berada di tahap selesa kembali.
Anak-anak kecil pada tahap ini belajar melalui pemerhatian dan
perulangan. Dan setiap satunya itu perlu dipamerkan dengan seronok
sekali bagi menarik minat mereka ke dalam zon belajar. Apabila sudah
dilakukan secara kerap barulah kemahiran otot mereka terbentuk. Benar
kata pepatah inggeris ini, “Repetition is the mother of skills”.
Pepatah ada mengatakan, ” jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya “.
Begitulah persamaan bagi senario di atas. Saya faham dan tidak
menyalahkan ibubapa dalam hal yang kita terlepas pandang ini kerana
besarnya rasa kasih dan sayang terhadap anak yang dikandung itu. Susah
payah melahirkan mereka takkan dibiar apa-apa pun mencederakan mereka.
Namun bagi sudut kami barisan guru-guru pendidikan awal kanak-kanak,
perbuatan tersebut bakal melumpuhkan sesetengah deria rangsangan mereka
seperti deria sentuhan.
Deria ini secara fitrahnya semuanya mempunyai kapasiti yang sama
setiap anak hanya penajaman dan konsentrasi yang berlainan terhasil jika
diberi rangsangan yang cukup sejak kecil.
Almaklumlah anak-anak moden yang dilahirkan sekarang semuanya telah
tersedia ada. Kadangkala untuk menyuruh mereka menyapu lantai sekalipun
diperhatikan amat kekok sekali. Itulah sebahagian kekurangan rangsangan
motor halus dan kasar dalam diri mereka.
Sejak usia berapa perlu ditekankan kemahiran ini ?
Di sekolah kebangsaan dan menengah mahupun universiti apa yang di
ajar hanya bermatlamatkan untuk mempunyai keputusan yang cemerlang
sebagai tiket ke alam pekerjaan yang cemerlang.
Tetapi, kemahiran motor halus dan kasar ini atau dalam istilah lainnya disebut kemahiran kognitif adalah merupakan kemahiran seumur hidup buat anak-anak.
Cuba perhatikan kerja asas di rumah yang kita lakukan semuanya kita
timba hasil didikan ibu kita sendiri dari rumah. Hari ini, tugasan
tersebut diserahkan kepada pembantu rumah, langsung tanpa penglibatan
anak-anak. Sedangkan hakikatnya, anak-anak sangat suka melakukan
kerja-kerja praktikal ini di rumah.
Bila kita ke dapur, mereka akan datang seolah-olah untuk menolong
memasak bersama. Kita akan lihat pelbagai bahan diletakkan di dalam
‘kuali’ mereka umpama ibu yang sedang memasak. Jangan tidak tahu,
disitulah imaginasi dan kreativiti mereka mula subur berkembang. Jangan hentikan !
Pesan saya, bagi memastikan anak-anak kita juga menjadi hebat seperti
kita hari ini, pastikan apa yang kita perolehi masa dahulu turut
dirasai buat anak-anak kita pada masa kini.
No comments:
Post a Comment