Wednesday, March 27, 2013

Awas Racun dalam Kosmetik!!!



Salam persaudaraan buat semua pembaca...

Tidak dinafikan setiap wanita inginkan kulit wajah yang cantik dan kebiasaannya cantik ini sinonim dengan kulit yang PUTIH. Semua orang beranggapan yang putih itulah yang cantik dan molek. Yang gelap dan kusam walaupun mempunyai paras yang manis tetap akan dipandang sekali lalu sahaja. Tak percaya? Lihat contoh bergambar di bawah....
 
                               

Entri ini akan membincangkan tentang jenis-jenis bahan pemutih dalam kosmetik yang berbahaya dan akan menjadi racun tersembunyi di sebalik penawar.

Untuk mendapatkan kulit putih atau tepatnya lebih cerah, bukanlah dengan cara atau teknik ‘segera’.

Sebagai wanita anda sepatutnya berasa curiga sekiranya sesuatu produk itu mampu memberi kecerahan kulit dalam waktu yang singkat.

Pada asasnya, krim pemutih adalah campuran bahan kimia bertujuan memberi wajah lebih pucat pada kulit. 

Dalam jangka waktu lama krim itu dapat menghilangkan atau mengurangi hiperpigmentasi pada kulit. 

Namun penggunaan secara berterusan akan menimbulkan pigmentasi dengan kesan secara kekal. 

Secara umumnya terdapat pelbagai jenis krim pemutih di pasaran dan kandungan yang dibenarkan untuk memutihkan kulit adalah terdiri daripada pati soya, vitamin C , vitamin E , albutin , asid kojic , liquorice dan mulberry. 

Manakala 3 bahan beracun yang TIDAK DIBENARKAN digunakan dalam kosmetik yang bukan di bawah seliaan pakar estetik atau pakar kulit ialah hidrokuinon, merkuri dan juga tretinoin.

KESAN HIDROKUINON

Penggunaan produk kosmetik yang mengandungi hidrokuinon secara berlebihan sehingga lima peratus dilaporkan memberi kesan sampingan seperti radang dan rasa panas pada kulit. 

Hidrokuinon adalah zat reduktor yang mudah larut dalam air dan lazim digunakan dalam proses mencuci foto cetak. Bahan ini sangat berbahaya walaupun ia berfungsi menjadikan kulit cerah dalam tempoh yang singkat. Namun lama-kelamaan, ia akan mendap di bawah kulit sehingga bertahun-tahun dan akhirnya kulit bertukar biru kehitaman, lebih buruk akan menyebabkan kanser kulit. 

Di Amerika Syarikat pada 2006, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) melarang semua produk kosmetik mengandung hidrokuinon kerana dianggap ubat-ubatan dan hanya boleh dibeli di bawah pengawasan doktor saja manakala di Indonesia, larangan itu mula berkuat kuasa pada 2008. 
Sementara itu di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak mendaftarkan kosmetik mengandungi hidrokuinon dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk tidak berdaftar. 

KESAN TRETINOIN 

Pada kulit normal, tretinoin yang dioleskan akan menimbulkan keradangan pada kulit. Gejala yang sering muncul adalah rasa agak panas, menyengat, kemerahan, eritema sampai pengerasan kulit. Gejala tersebut akan pulih bergantung kepada tahap iritasi. Selain itu, Hipopigmentasi maupun hiperpigmentasi, akantosis (hiperplasia dan penebalan abnormal lapisan tanduk) dan parakeratosis (persistensi nuklei keratinoasit pada lapisan tanduk) Pada dos yang lebih tinggi dari dos rawatan, efek rawatannya tidak akan meningkat dan dalam jangka waktu yang lama dapat menyebabkan megurangkan keanjalan dan penghasilan sebum sehingga kulit semakin kering dan nipis.
Telah dilaporkan bahawa bayi yang lahir dari seorang wanita yang mengoleskan tretinoin 0.05%  sebanyak dua kali sehari untuk wajah berjerawat, sebelum dan sepanjang kehamilan, mengalami kecacatan (kecacatan pada janin). Selain daripada itu, ibu yang hamil juga mengalami risiko keguguran jika menggunakan kosmetik mengandungi tretinoin selama sebulan sebelum haid terakhir dan selama ia hamil.
KESAN MERKURI (AIR RAKSA)
Kandungan merkuri dalam kosmetik adalah sangat berbahaya terutama kepada wanita yang hamil. Antaranya ialah:
  • merencatkan pertumbuhan janin, bahkan menyababkan anak mengalami Autisme. .
  • Mengakibatkan keguguran (Kematian janin dan mandul)
  • Flek hitam pada kulit akan memucat (seakan pudar) dan apabila pemakaian dihentikan, flek itu kembali lagi & bertambah parah (melebar).
  • Efek REBOUND iaitu memberikan respon berlawanan (kulit akan menjadi gelap atau kusam apabila pemakaian kosmetik dihentikan).
  • Bagi wajah yang asalnya bersih lambat laun akan timbul noda hitam yang sangat parah (lebar).
  • Dapat mengakibatkan kanser kulit.
  • Kerosakan pada ginjal yang dapat menyebabkan kematian akibat kegagalan fungsi ginjal. Biasanya bau  urin setelah penggunaan krim merkuri, bau urin akan menjadi tajam. 
    Inginkah anda kulit menggelupas sebegini dan menjadi semakin nipis?

No comments: