Tinta
Kasih Buat Mama Di Hari Ibu 2013
Mama,
Telah
14 tahun lamanya kau tinggalkan aku
Lelah
dan sunyi tanpa mu Mama
Ya,
Memang
benar kata mereka aku anak kesayangan papa
Aku
jantung hati papa
Tapi
itu dulu…
Kini
aku bukan lagi seperti yang diperkatakan..
Namun
aku tahu bahawa
Aku
akan sentiasa menjadi little girl of mama..
Kini
kerana sebuah tragedi
Aku
umpama black sheep of our family
Aku
pasrah & aku redha
Mereka
menjauhi dan mencemuh aku hanya kerana
Mulut
seseorang
Dan
kerana seseorang itu juga aku menjauhi keluarga
Mendekatkan
diri dengan Yang Maha Pencipta
Mencari
sebuah kekuatan
Aku
sering menitiskan air mata di kala membaca al-quran
Jiwa
aku mudah tersentuh terlalu terusik dengan apa yang berlaku
Anak-anak
penguat hidupku
Dan
kini aku tahu
Mama pernah
melalui saat saat begini
Yang
kini aku lalui
Dan
kini aku tahu betapa anak-anak adalah pelengkap kasih seorang ibu
Mama,
Jauh sekali
perbezaan kita
Kau
begitu tabah dan kuat jiwamu melalui segala keperitan hidup
Di
dunia ini berjauhan dengan papa suatu ketika dulu
Membesarkan
anak-anak
Tapi
aku,
Kadang
kala kalah dengan ujian jiwa ini..
Kadang
kala kalah dengan karenah anak-anak..
Lantas,
Aku
Menjadi seorang Mummy yang pemarah!
Namun Mama,
Jauh
sekali untuk aku melihat api kemarahan mu
Melainkan
bebelan yang keluar dari mulutmu, meleteri kami anak-anak mu
Dan
kini betapa aku sedar bebelan itu perlu..
Mama,
Andai
kau masih ada saat ini
Pasti
kau menjadi tempat rujuk ku
Mencari
panduan arah dalam melayari bahtera hidup berkeluarga
Mencari
dan mempelajari ilmu keibubapaan..
Tapi
mama,
Telah
14 tahun kau pergi..
Aku
mohon kepada Yang Maha Esa agar kau ditempatkan di kalangan mereka yang
mendapat rahmat-Nya selalu… in sya Allah.
No comments:
Post a Comment