Azli memegang surah Yassin,namun
fikirannya melayang ke arah lain,titisan air matanya tidak henti-henti
mengalir,semua ini berlaku tanpa di duga,dalam hatinya bekata,”Ibu adik
minta maaf bu,ibu bangun la bu…”.Tapi jasad ibunya kaku dan sia-sia
sahaja kerana mengalir air mata darah sekalipun,azli tetap tidak mampu
membangunkan ibunya…
Tiga puluh tahun lalu,Jamariah dan
suaminya telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.Mereka sangat
menyayangi anak mereka yang diberi nama Puteri Adriana.
Mereka menjaga Puteri dengan baik dan
begitu manja dengannya,ibarat menatang minyakyang penuh.Biasa le anak
sulung memang semua ibubapa akan membuat perkara yang sama.Segala apa
sahaja kehendak Puteri pasti akan dituruti,pantang dengar tangisan
Puteri pasti ibunya akan melayan karenahnya,pernah satu ketika ,Puteri
hilang di shopping komplek,habis kecoh satu komplek gara-gara ibunya
mencari Puteri,semua orang yang ada disitu turut mencari
Puteri,rupa-rupanya dia asyik melihat permainan di kawasan berdekatan di
situ. “Syukur alhmdulillah anak ibu ada sini rupanya”.Kata Jamariah
sambil menarik nafas lega.
Empat tahun kemudian,Jamariah
dikurniakan cahaya mata yang kedua,kali ini alhamdulillah anak lelaki.
“Abang tengokle anak kite ni comel kan?”,muke macam saya,hidung macam
saya,mulut macam saya,cume dagunye saja macam abang kn,heheh..sambil
bergurau dengan suaminya.Mereka menjaga Azli dengan baik.
Hari silih berganti,Puteri dan Azli
sudah bersekolah rendah,beza umur mereka cuma empat tahun sahaja.Setiap
kali mereka ke sekolah pasti ayah mereka yang menghantarnya.
“Kakak,adik,ni bekal jangan lupa bawak,nanti tetinggal pulak”. “Baik
ibu!”,kata puteri,salam bu. “Ala ibu, adik tak nak bawak bekal,adik nak
makan kat kantin dengan kawan-kawan,tak bestle nanti kawan-kawan beli
adik cume makan dalam bekal je,nak duit bu?”.Yela2,nah ambil 2 ringgit
ni,ckup?. “ok”kata,Azli. ”Nah duit kakak”,Eh,tak pela mak,kakak makan
bekalan yang ibu bagi ni je ye,tak pe kakak tak kisah pun,lagipun
masakkan ibu ni lagi sedap dari makan kat kantin. “okla ibu kami pergi
dulu yee”..
Di sekaloh Azli ni nakal cikit,pernah
satu hari kakaknye menegur perbuatan Azli,disebabkan kawan sekelas Azli
mengadu kepada kakaknya.Kakaknya cume memberi nasihat, “adik tak baik
buat macam tu,kenapa adik selalu kacau budak-budak? Kenapa sealalu tak
dengar cakap cikgu?” Ibu kan tak pernah ajar cmcni kan. “ala,akak ni
cikit-cikit ibu,tahu le ibu lebih sayang akak,apa-apa pun mesti ibu
dengar cakap akak,apa yang akak nak semua ibu bagi,Azli ni apa? “Adik
janganle cakap macam tu,ibu sayang kita sama je,takde beza pn,cume Adik
je yang selalu buat perangai sebab tu ibu selalu marahkan Adik,lagipun
ibu bukannya marah benci tapi ibu marah sayang tau.” “sudahlah kak,Adik
tahu le nak jaga diri,kak jaga diri kak sudah”.
Begitulah sikap Azli pantang ditegur
pasti akaknya yang dimarahinya pula.Begitulah sikap kakaknya selalu
mengalah kepada adiknya,jika ada kawan-kawan yang mengganggu
adikknya,pasti kakaknya akan membela dan memerahi mereka,kalau Azli mahu
barang-barang kepunyaan kakaknya,pasti kakaknya akan mengalah dan
memeberi kapada Azli,begitu kasih Puteri pada Azli.
“Adik,kakak,dah masuk maghrib ni,cepat
masuk,pas tu mandi,solat ye”. Selesai solat,ibu mereka,tidak pernah
abaikan tanggungjawabnya untuk mendidik dengan didikan agama,setiap hari
ibunya mengajar mengaji dan didikan agama. “Ha,Adik cepat baca,semalam
ibu suruh kamu mengulang kan,hari ini ibu nak dengar”.
“Alhamdulillahi…ra…ra..” Ala ibu susahle, lalu,pap! Apa nak jadi dengan
kamu ni Adik,suruh baca Al-Fatihah pun merangkak2 lagi,kamu nak jadi apa
ni? Ibu kan dah selalu ajar,tak tak boleh-boleh lagi,esok ni dah besar
mengaji tinggi-tinggi tapi Al-quran tak boleh baca! pas tu solat pun
entah ke mana,masa kecik ni le ibu kena lentur kamu elok-elok,nnti dah
besar,susah dah nak lentur,masa tu baru nak menyesal,lalu pap!
Sekali lagi rotan singgah di badan
Azli,Aduh! Sakitle bu,Azli menangis teresak-esak,ibu ni cikit-ckit nak
rotan,kak tak selalu pun kena rotan,ibu memang tak adil,selalu lebihkan
kak,apa yang kak cakap ibu dengar,apa yang kak minta ibu bagi,Azli ni
siapa?” Sambil merungut tak puasa hati. “tengok cikit-cikit melawan
cakap ibu ye?” Ibu tak kisah,biar kamu menangis sekarang,jangan dh kena
soal dengan Malaikat nanti baru nak menangis menyesal,kak kamu salalu
dengar cakap ibu,ibu tak pilih kasih pun,cume kamu ni selalu buat
perangai,ibu tak nak anak ibu nanti jadi anak yang derhaka pada Allah
dan ibubapa”. “Adik dengar lah nasihat ibu ni,tak guna kita berjaya di
dunia sedangkan akhirat kita abaikan,tak guna jugak kalau kita mendapat
kemewah tetapi derhaka pada ibubapa,kamu tak takut dosa ke??ibu takut
sangat anak-anak ibu jadi macam tu.
Sudah seminggu suami Jamariah tak pulang
dari outstation,risau jugak hatinya,tiba-tiba telefon rumah berdering.
“Hello,siapa ni?” Abang ni, abang minta maaf ye sebab tak bgitahu abg
nak balik hari ni,abang sibuk sangat,ni abang ada atas flight,nak blik
rumah,tak sabar sangat nak jumpa sayang dan anak-anak,abang rindu
sangat,abang beli banyak hadiah tau untuk sayang dan anak-anak,macamna
anak-anak kita,sihat ke? nakal-nakal tak?” Tanya suaminya. “Biasa la
bang macam biasa la nakal budak-budak,cuma Azli tu
je…lalu,tutt..tutt..tutt..Hello bang?? Hello??.
Tiba-tiba telefon berdering,
“Hello?”Jamariah mengangkat telefon, “awak ni isteri Khalid ke?”.
“Ye,saya isterinya,kenapa?”. “Harap bersabar ye Puan.flight yang suami
Puan naik terhempas masa perjalan ke sini,suami Puan memang tak dapat
diselamatkan”.Ya..Allahh..!!Astgahfirullahalazim..!!,ganggang telefon
terlepas dari tangan Jamariah,terjelepuk tubuhnya ke lantai,dunia rasa
bagaikan hitam dan kelam,a,,banggg…a..banggg..!!huk…huk..huuk.. kenapa
abang tinggalkan Jamariah,macamana Jamariah nak teruskan hidup tanpa
abang disisi dengan anak-anak kita bang..
Jamariah terus menangis,air mata
bercucuran tak henti-henti..Jamariah tidak menyangka dalam sekelip mata
sahaja suaminya sudah tiak ada lagi,tetapi Jamariah terima dan redha
jugak,kerana semua ini adalah takdir dari Allah. “Semoga roh abang
ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin,betul kata abang,cintakan
manusia,manusia akan pergi,tapi cintakan Allah,kekal buat
selama-lamanya”. “Jamariah akan jga anak-anak kita baik-baik ye”.maafkan
dosa-dosa Jamariah ye”..
Azli kini sudah melanjutkan pelajaran di
Universiti luar negara,kakaknya hanya membantu ibunya di rumah untuk
menampung perbelanjaan mereka sekeluarga dan perbelanjaan pengajiaan
Azli,cukuplah duit peninggalan arwah suaminya dan sebuah warung kecil
yang di buka di kampung. “Puteri ,adik kamu ada menelefon?”.tanya
ibunya. “Belum lagi la ibu,cuma last hari tu masa dia suruh masukkan
duit”.Jawab Puteri.
Genap 5 tahun,Azli tamat pengajian dalam
bidang kedoktoran.Kepulangannya sangat dinantikan oleh ibu dan
kakaknya,ring.. ring.. “Hello ibu! Azli nak balik hari ni”,
“Oh,yeke,anak ibu nak balik ye,nanti ibu masakkan masakan yang
sedap-sedap ye..,nanti ibu pergi jemput dengan kakak di stesyen bas
ye..”.Balas ibunya..”Eh,tak payah ibu,nanti Ali boleh suruh kawan
hantarkan ye”..
Sudah sebulan Azli duduk di rumah,namun
masih belum di tawarkan apa-apa tawaran lagi,Azli buntu,puas memikir dan
meminta kerja,tapi belum ada rezeki lagi. “Azli,buat sementara waktu
ni,kamu kerja apa-apa je ye,yang penting kerja tu halal dan tak
melalaikan kita dari mengingati Allah”.Cadang ibunya. “Ish! ibu ni mana
boleh,Azli kan keluaran Universiti bidang kedoktoran,mana standard kerja
lain kan”. “Ibu bukan apa Azli,ibu tengok kamu sekarang tak nampak pun
kamu sentuh tikar sejadah dan tak baca Al-Quran pun,kamu dah tak solat
ke Azli?”.
“Ala ibu ni,cikit-ckit nak membebel,dari
kecik sampai ke besar membebel je kerje nya,bosan le cmni,masa kat
Universiti dulu,tak de siapa pun nak mebebel-bebel macamni tau,bosan le
kalau macamni,ni yang susah duduk dengan ibu,Azli tahu le jaga diri
Azli,dosa pahala Azli yang tanggung,ibu tak tak payah la nak
bising-bising,ibu jaga la anak kesayangan ibu tu elok-elok!! “ Begitu
tersentap sekali Jamariah mendengar jawapan dari anak lelakinya
itu,inikah balasan yang aku terima selama aku membesarkan dia? bagi duit
tiap-tiap bulan sehingga berjaya sekarang.
“Ibu Azli nak pinjam duit la,nak buka
klinik sendiri,susah la macamni,sekurang-kurangnya ada klinik
sendiri,boleh jugak beli kereta dan rumah besar”. “Ibu mana ada banyak
duit Azli,ni pun cukup untuk perbelanjaan kita sekeluarga je,” Ahh!! Ibu
ni suka nak tipu Azli! Ayah kan ada tinggalkan kita tanah,ibu jual la
tanah tu duit tu bagi le Azli pinjam,nanti Azli bayar lah blik,bukannya
Azli tak bayar!” “Ibu tahu Azli,ibu memang nak sangat tolong tapi duit
tu…”Belum sempat Ibunya habis bercakap lalu di tolak ibunya jatuh ke
lantai..”
Aahhh!!..Azli terus mengherdik dan
meninggikan suara sudahlah bu! ibu memang berkira dengan Azli,dengan
kakak semua ibu bagi,dengan Azli semua tak boleh,Azli tahu ibu nak bagi
semua tu kat kak kan?’ sudahlah pergi berambus lah korang berdua
ni,lebih baik aku keluar dari rumah ni,menyusahkan aku je”, Azli jangan
pergi nak! ibu sayangkan kau nak,ibu tak nak kehilangan kau nak,kau lah
satu-satunya anak lelaki ibu,ibu tak ambil hati pun apa yang kau buat
kat ibu,cuma ibu minta sangat kamu jangan tinggalkan ibu nak”.jangan
nak..jangan pergi!!..
”Azli jangan buat ibu macam ni,kasihan
la kat ibu kita dik! kalau kau benci kak sekali pn janganlah buat ibu
mcamni,ibu dah ckup derita tunggu kau,rindukan kau,janganle tinggalkan
ibu ,kak tau kak banyak silap,kak minta maaf,kak mengalah”..”Ahh!!
sudahlah,kak dengan ibu sama saja..” Azli terus mengambil beg dan keluar
dari rumah tanpa menghirauakn rayuan ibunya..”Azli….”
Kini,Azli sudah bergelar seorang doktor
pakar di sebuah kota metropolitan,dan Azli juga sudah ada isteri dan
kekeyaan sendiri. “Abang,bila kita nak jmpa mak abang?selama kita
kahwin,tak pernah mah jumpa mak abang,teringin jugak nak jumpa”, “mah,
mak abang kan dah tak de,dahle janganle kita cakap pasal ni lgi ye,nanti
kita pergi bercuti di London ye”.
Satu hari,Azli menerima surat dari
posmen,alamatnya dari kampungnya,dalam surat tu ada tulis wasiat,Azli
tanpa memikir panjang terus bergegas mahu pulang ke kampung,dalam benak
hatinya memikirkan mungkin ibunya dah meninggal,mungkin dia ada
tinggalkan wasiat untuknya.
Sesampai di rumah,orang ramai berkumpul
di halam rumahnya,Tapi Azli sepeti tak kisah apa yang berlaku,lalu dia
di sapa oleh jirannya, “Balik jugak kau ye Ali! sabar ye Azli,Ibu kau
dah tak de”,Azli hanya terdiam,timbul sedikit serba salah di hatinya.
“Nah! ni ada surat ibu kau bagi masa dia sakit dulu,kau baca la isi
surat tu”.Azli pun membuka lembaran surat yang di beri oleh ibunya…
….Ke hadapan anakandaku Azli,yang ibu
sayangi,yang ibu cintai,diharap surat ini dapat dibaca oleh kamu
nak.Untuk pengetahuan Azli,masa kamu di lahirkan,Kamu susah sangat nak
dilahirkan,smpai ibu terpaksa bertarung nyawa 12 jam baru dapat lahirkan
kamu.Ibu fikir mungkin kamu ni seorang yang istimewa dan bakal menjadi
seorang anak yang soleh,hilang segala kesakitan ibu apabila melihat kamu
dilahirkan.Masa tu ibu banyak kehilangan darah.Doktor,cakap ibu
perlukan darah sebab keadaan ibu kritikal,kalau anak ibu ni ada mesti
dah jadi doktor ibu kan??
Kakak kamu nak dermakan darah untuk
ibu,tapi doktor cakap tak boleh,sebab dia masih kecil,alhamdulillah,ada
orang yang sudi dermakan darah.Bile ayah melihat kamu,ayah terus
melaungkan azan ke telinga kamu,mudah-mudahan kamu menjadi seorang anak
yang soleh.Ibu sangat gembira dengan kelahiran kamu,hilang sakit ibu
melihat kamu,dan ibu bersyukur sangat-sangat pada Allah dikurniakan
kamu.
Kamu terus membesar di hadapan ibu,ibu
masih ingat lagi,satu hari tu kamu demam panas sangat,ayah kamu tak ada
pergi outstasion,masa tu hujan lebat sangat,ibu tinggalkan kamu bersama
kakak kamu di rumah,ibu terpaksa meredah hujan lebat,dalam hati ibu,ibu
hanya hanya fikirkan pasal anak-anak ibu je,ibu tak sanggup melihat kamu
sakit atau menderita,yang penting nyawa anak-anak ibu selamat.Masa
perjalanan pulang dari klinik tu,ada sebuah motor terlanggar ibu,lalu
ibu tersunggkur dalam longkong,masa tu tak ada sesiapa yang nak tolong
ibu,sebab hujan lebat sangat,tapi ibu tak ada apa-apa,cume luka-luka di
tangan dan di kepala je,tapi ibu kuatkan diri juga sebab memikirkan kamu
berdua di rumah.
Ibu selalu marahkan kamu,bile ibu marah
je,kamu selalu kata yang ibu ni pilih kasih dan lebihkan kakak
kamu.Sebenarnya ibu bukan macam tu,ibu sayang kedua-duanya.Ibu marah
sebab nak didik anak-anak ibu,ibu takut sangat anak-anak ibu ni leka dan
tersesat jauh,mana ada seorang ibu yang sanggup melihat anaknya nanti
di humban ke neraka di hadapannya,sedangkan kamu baru sakit sikit je ibu
dah tak boleh tengok,sebab ibu sayang sangat-sangat anak ibu.Sebab anak
ibu adalah harta ibu yang paling berharga dalam dunia ni.Ibu tak nak
apa-apa harta dari anak ibu,cume kasih sayang je yang ibu mahukan.Biar
lah anak ibu ni tak sehebat mana pun dipandangan orang,yang penting ibu
nak anak ibu seorang yang baik dan soleh.
Untuk pengetahuan kamu jugak,kakak kamu
selalu mengalah pasal kamu,sebenarnya ibu bukan nak lebihkan kakak
kamu,tapi ada satu rahsia yang ibu tak bagitahu pada kamu,ibu takut kamu
risau nanti. Sebenarnya,ibu nak selalu bagi perhatian pada kakak kamu
sebab kakak kamu menghidapi penyakit paru-paru berlubang, sebab tu ibu
tak nak bagi dia susah,dan ibu nak sentiasa gembirakan dia,lagi pun ibu
tak risaukan kamu sebab anak ibu ni kuat,kakak tak kuat sangat,doktor
cakap,kakak kamu mungkin tak dapat hidup lama bile meninggkat dewasa
nanti,tapi ibu terharu sangat melihat ketabahan kakak kamu,biar pun dia
sakit macam tu, tapi dia boleh menghadapinya dengan kuat dan menjaga
kamu.sebenarnya kakak kamu tak pernah merungut langsung pasal kamu,sebab
tu dia sentiasa mengalah pada kamu,sebab kamua adiknya.Tapi ibu tahu
kamu selalu tak nak mengalah dengan kakak kan?
Sampai lah kamu dapat tawaran sambung
belajar ke luar negara.Sebelum tu kakak kamu pun memang dapat tawaran
untuk sambung belajar jugak,tapi bile memikirkan masa depan kamu,kakak
korbankan pengajian dia,tak pe lah,sekurang-kurangnye kakak dapat bantu
ibu di rumah kan.Masa kamu belajar, ibu selalu suruh kakak masukkan duit
dalam bank,ibu selalu tanya kakak samaada kamu ada telefon ke tidak,Ibu
tahu kadang-kadang kakak saja nak jaga hati ibu dan tak nak bagi ibu
risau,kakak cakap kamu ada telefon,tapi tak pe,ibu faham kamu sibuk
belajar kan…Ibu tak nak pelajaran anak ibu terganggu..
Saat yang di nanti oleh ibu dan kakak
tibe,berita tentang kepulangan kamu memang sentiasa di nantikan,perasaan
rindu ibu ni Allah sahaja yang tahu,ibu lah orang pertama yang paling
gembira.Macam-macam ibu masakan untuk kamu nak,ibu masih ingat lagi,masa
kecik-kecik dulu kamu suke sangat makan sup ayam dengan ikan keli masak
lemak,berebut-rebut kamu dengan kakak nak ibu suapkan,yela orang cakap
air tangan ibu ni manis..Tapi
bile kamu dah balik,kamu jamah cikit je makanan kegemaran kamu,ibu
fikir mungkin kamu tak biasa lagi nak makan makanan kampung kan,ibu
tersenyum je..
Sampailah satu masa,kamu tiba-tiba je
marahkan ibu dan kakak pada malam tu,mungkin kamu masih ingat kan,Azli
nak minta duit dari ibu,tapi belum sempat ibu habis ckap Azli mengamuk
kan.Sebenarnya memang ibu nak jual tanah ayah kamu,tapi duit tu ibu nak
gunakan untuk pembedahan kakak kamu,kosnya agak tinggi sikit,ibu bukan
tak nak bagi,tapi ibu kesiankan kat kakak,tapi kakak lagsung tak tahu
yang ibu nak guna kan duit tu untuk pembedahannnya.
Semenjak Azli keluar dari rumah ibu
langsung tak dapat khabar dari kamu,Azli merajuk dengan ibu ye? Ibu
tahu,tapi ibu tak ambil hati pun,sebab ibu sayang anak ibu.Sampailah
satu hari tu,kakak tiba-tiba sakit tenat,ibu cepat-cepat nak hnatar
kakak pergi hospital,tapi kakak cakap tak payah,kakak ckap kita tak ada
duit,msa tu baru ibu cerita yang duit tanah tu untuk pembedahan
kakak.Kakak terdiam,kakak cakap.”tak pe lah ibu,kakak rasa kakak dah tak
tahan lagi,kakak nak bagi je semua duit tu pada adik,sebab adik adalah
harta kakak,kakak halalkan segala-galanya dan kakak maafkan segala silap
dan salah adik,kakak minta maaf banyak-banyak ye ibu,halalkan susu ibu
dan segalanya,doakan kakak ye ibu,semoga kakak dapat berjumpa ibu
nanti”.Itulah kata-kata terakhir dari kakak…
Masa tu ibu sedih sangat,kakak dah
tinggalkan ibu,ibu hidup keseorangan,masa kakak ada dulu dia selalu
bantu ibu,sedikit pun tak pernah bantah,kakak memang seorang anak yang
baik.,tanpa ibu sedari air mata ibu menitis semasa menulis surat
ini..Ibu hanya ada kamu je,ibu selalu tunggu di pintu,kadang-kadang
diseberang jalan,tapi adik tak balik-balik jugak..ibu rindu sangat kat
adik!
Di suatu petang tu,tiba-tiba badan panas
sangat,ibu dah tak dapat lagi nak tnggu azli macam biasa,ibu hanya
berserah dan berdoa kepada Allah je,Ibu selalu doakan kesihatan dan
kebahgiaan Azli,rupanya Allah sayangkn Azli,dia berikan
segala-galanya..dan ibu berdoa supaya suatu hari nanti Azli dapat pulang
sini..
Akhir sekali dari ibu,ibu dah wasiatkan
segala-galanya pada mu nak,ibu tak ambil sedikit pun,begitu jugak
kakak,semuanya untuk adik ,dan hadiah yang paling istimewa yang ibu nak
bagi,dan tiada ternilai dengan harta dunia adalah.. keredhaan dan
keampuanan dari seorang ibu,Azli dah banyak buat silap pada ibu dan adik
belum sempat meminta ampun dari ibu,tapi ibu dah bagi hadiah ni pada
adik,ingat adik, “Syurga tu di bawah tapak kaki ibu”.Itulah harga yang
tak ternilai yang ibu nak bagi..Ibu dah halalkan susu ibu,penat lelah
ibu pada Azli,Azli didiklah anak Azli baik-baik ye nanti,dan wasiat ibu
yang terkahir,ibu tak nak minta apa-apa,cuma ibu nak Azli sentiasa
hadiahkan bacaan Al-Quran dan sentiasa mendoakan untuk ibu ye,itu lah
hadiah yang ibu nak minta dari Azli…Mudah-mudahan selepas ini Azli akan
berubah dan menjadi seorang yang soleh…
Sekian dari ibumu yang
Mengasihi dan merindui kamu
Azli terjelepuk jatuh ke tanah, air
matanya begitu deras mengalir, dunia ini kelam ibarat sudah tidak
berharga lagi baginya,dia begitu menyesal,dia meraung seperti
kanak-kanak.. ”ibuuuuu…….ibuu……ibuuuuu……kakak….”maafkan adik,adik
menyesal bu….”tapi nasi sudah menjadi bubur,segala memori dulu bermain
di fikirannya,hanya linangan air mata yang bercucuran .Yang mampu hanya
mendoakan dan mensedekahkan bacaan Al-Quran buat ibunya…..
sekian,wassalam…