MyHeritage: Family trees - Genealogy - Celebrities - Collage - Morph
Wednesday, May 16, 2012
Tuesday, May 15, 2012
Jangan Buka Hijabku - 3
3
“Ummi masih marahkan Emier, Walid?”
“Already ten years, Emier. Past is
past, everything move forward. Nothing to be afraid of”
“Tapi, Ummi tak ada di sini”
“Walid minta Ummi tunggu di rumah,
pastikan bilik Emier siap, semua orang pun siap menerima kehadirandan
kemunculan Emier”
“Semua? Macam ramai sahaja bunyinya”
“Tak adalah ramai. Ummi, adik kamu
Nayla dan Bibik sahaja. Nanti lepas maghrib ada sedikit majlis doa selamat kami
buat sempena kepulangan kamu. Ajak jiran-jiran sekeliling dan kariah surau
Al-Hidayah.”
“Walid kata tadi, adik Emier? Setahu
Emier, 10 tahun dulu Emier seorang sahaja. Selama ini Walid dan Ummi tak pernah
pun cerita tentang adik. Siapa Nayla, Walid?”
“Sampai di rumah nanti, Emier tengok
sendiri.”
“Walid........”
“No.......!”
Kenapa Walid perlu berteka teki pulak dengan aku tentang Nayla? Adik aku?
Hehehehehe PEREMPUAN adik aku..... cun tak? Ada macam Ummi tak? Umur berapa,
Walid tak cakap pulak... sudah 10 tahun aku ke luar negara. Logiknya adik aku
mesti baru umur lingkungan itu. Hahahaha aku dah 27 tahun. Ada adik umur 10
tahun, yerk... jalan-jalan KLCC bawa adik. Hahahaha tak leh nak bayangkan.
Emier cuba membayangkan dan mencari
jawapan kepada persoalan “adik kamu Nayla”... dia tersenyum sendiri nak
tergelak besar pun ada sambil menikmati keindahan panorama sepanjang perjalanan
ke rumah.
“Ok, alhamdulillah. Kita dah pun sampai
Emier.”
“Alhamdulillah.”
Kenderaan Datuk Zaheed memasuki parking
porch. Bonet kereta dibuka. Tiga buah beg Emier dikeluarkan dan mereka berdua
bersama-sama menarik masuk ke ruang tamu rumah. Tampak persis orang luar dan
asing. Emier melihat sekeliling. Mengimbau kenangan yang lalu. Saat manis, suka
dan dukanya.
“Assalammu’alaikum.....” bahunya disapa
dan disentuh lembut. Suara yang dirinduinya. Emier berpaling, “Wa’alaikumsalam,
Ummi.....”
Mereka berpelukan dan mengalir air mata
mereka berdua.
“Ampunkan Emier, Ummi”
“Ampunkan Emier, Ummi”
Berderai air mata seorang lelaki. Tewas
oleh suara dan pelukan seorang ibu. Pelukan erat itu sukar dilepaskan.
Keterlanjuran ketika usia remajanya telah menghukum dirinya. Bergenang air mata
menahan sebak dan sayunya sebuah pertemuan.
“Dah lah tu... umminya. Syukur dia dah
balik. Kita ke dapur dulu, Emier. Walid dah lapar. Kamu tak lapar? Kamu tak
rindu masakan air tangan Ummi? Jom... jom... jom... Nayla dan Bik dah siapkan makan dah, nanti
sejuk tak sedap.”
“Jom Emier...” Datin Queysha memimpin
tangan Emier. Rindu pada anak bujangnya. Emosi Emier sebentar tadi bertukar
kembali. Sambil berjalan ke dapur dia masih berteka-teki tengtang “ADIK KAMU,
NAYLA”......
Kesemua mereka mengambil tempat di
ruang makan. Nayla tidak kelihatan, hanya Bibik Jannah.
“Nayla mana Bik?
“Tadi ada Datin... oh dia ke belakang
mengangkat asam pedas Datin, sebentar”
“Tepi... tepi... tepi Bibik.......!!!
Panas... Panas... Panas...”
Sambil memegang semangkuk besar Asam
Pedas, dia keluar dari ruang dapur menuju ke ruang makan.
Ini adik aku ke? Ini bukan 10 tahun!! Biar betul...!!!! Bila pulak aku
ada adik macam minah Arab nih...!!! Segalanya terbongkar. Jauh dari tekaan
Emier. Gadis 10 tahun itu rupanya gadis remaja 17 tahun..... so sweet!!! Bahaya
ni kalau bawa jalan KLCC, mahu orang tak percaya kalau kata adik ni. Adik macam
aweks!!! Tak sabar aku nak dengar story morry Walid ngan Ummi ni...
Kos Perkahwinan Punca Kpada Ramai Yang Terus Hidup Membujang
Di Malaysia, trend majlis perkahwinan di
hotel atau dewan telah mengganti majlis yang biasanya diadakan di
rumah. Orang kampung pun sudah pandai kenduri dengan menempah makanan.
Jika dulu tuan rumah menghantar tepak menjemput tetapi hari ini ada kad,
ada yang pakai emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk jemput ke
majlis perkahwinan. Ke mana pergi adat budaya kita?
Dulu orang bagi bunga telur tanda terima
kasih tuan rumah kepada tetamu, hari ini ada yang bagi gula-gula,
coklat, buah, kek dan berbagai hiasan termasuk rantai kunci dan sapu
tangan. Semua perubahan majlis perkahwinan bermula daripada persedian
hingga ke majlisnya menunjukkan masyarakat Melayu Islam Malaysia yang
melalui proses perubahan dan yang pasti kelihatan semakin mewah. Namun
berapa ramaikah yang benar-benar tahu tentang hukum pernikahan dan hukum
mengadakan kenduri atau walimatulurus?
Siapakah yang sepatutnya
bertanggungjawab mengadakan majlis dan siapa yang perlu mengeluarkan
belanja? Yang pasti, ramai pasangan yang mahu berkahwin, digamit rasa
khuatir kerana perkahwinan memakan belanja yang tinggi. Akhirnya, tunda
majlis kerana tidak cukup wang.
Adakah perkahwinan itu majlis kenduri atau majlis akad nikahnya? Adakah kenduri itu wajib diadakan?
Pernikahan adalah akad yang ditetapkan
oleh syarak bagi membolehkan seorang lelaki menikmati hubungan kelamin
dengan seorang perempuan dan sebaliknya. Perkahwinan adalah satu ibadah
dalam Islam sebagaimana dalam surah ar-Rum ayat 21. Demikian juga sabda
Nabi SAW yang bermaksud:
“Nikah adalah sunnahku dan barang siapa yang tidak suka sunnahku, maka dia bukanlah dari umatku”. (riwayat Ibnu Majah)
Perkahwinan menjadi fardu jika seseorang
itu yakin bahawa jika dia tidak berkahwin maka dia akan tercebur ke
lembah perzinaan. Selain itu, dia juga mampu melunaskan mahar atau mas
kahwin, mampu memberi nafkah isteri zahir dan batin. Perkahwinan adalah
sunat bagi seorang lelaki normal yang jika tidak berkahwin tidak akan
melakukan zina dan dia juga tidak akan menganiaya isterinya jika
berkahwin.
Pernikahan adalah makruh bagi sesaorang
yang takut atau bimbang jika dia berkahwin dia akan menganiaya isterinya
kerana tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi atau perangai yang
kasar atau tidak berminat kepada wanita. Perkahwinan adalah haram jika
dia yakin dengan perkahwinannya dia akan menzalimi isterinya seperti
tidak mampu menanggung nafkahnya atau tidak mampu mengadakan hubungan
seks.
Perkahwinan juga bukan sekadar
kendurinya saja. Hari ini, orang tidak tanya berapa mahar atau mas
kahwin pengantin perempuan kerana ia telah ditetapkan (ikut ketetapan
negeri) dan orang mampu mengadakannya. Sebaliknya, tetamu
menjeling-jeling wang hantaran dan mengira jumlah dulang yang dihantar.
Bukan itu saja, ada yang sanggup membelek-belek barangan yang dihantar
hendak menentukan kualiti; tulen atau tiruan.
Ibu bapa sanggup berbelanja ratusan ribu
ringgit malah ada pasangan muda yang sanggup berhutang untuk memastikan
kenduri perkahwinan menjadi paling meriah dan paling mahal. Memanglah,
pasangan mempelai mahu majlis perkahwinan mereka paling istimewa dan
unik sebagai tanda cinta mereka. Namun berapa ramai yang tahu bahawa
dalam satu majlis perkahwinan, akad nikah itu wajib dilaksanakan kerana
ia berlandaskan syarak.
Tanpa akad nikah maka tiadalah majlis
perkahwinan. Orang dah kenyang makan dan balik tetapi pengantin belum
lagi sah suami isteri kecuali pasangan telah selamat diakad
nikahkan. Apa yang berlaku hari ini, pasangan mendahulukan semua yang
adat seperti membelanja wang untuk hantaran, membeli barang hantaran,
membeli bunga telur atau apa-apa buah tangan untuk tetamu, menempah mak
andam beserta pelamin, baju dan hiasan perkahwinan.
Gambar Sekadar Hiasan
Pasangan hanya berbelanja RM300 sebagai
mas kahwin atau mahar berbanding RM50,000 untuk yang lain-lain sedangkan
ia hanya adat, bukannya wajib. Malah ia boleh menimbulkan riak kerana
rasa ingin menunjuk-nunjuk dan pembaziran.
Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam Negeri Melaka 2002 mas kahwin adalah pembayaran kahwin yang wajib
dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa
perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar
atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa
sesuatu yang menurut Hukum Syarak, dapat dinilai dengan wang.
Bagi memastikan suatu perkahwinan itu
sah berlaku dan memenuhi kehendak hukum syarak, pasangan hendaklah
diakadnikahkan oleh wali atau oleh pendaftar dengan kebenaran wali dan
disaksikan oleh dua saksi. Pasangan mestilah seorang lelaki dan seorang
perempuan dan pengantin lelaki hendaklah membayar mas kahwin kepada
pengantin perempuan.
Alangkah mudahnya majlis pernikahan
tersebut dan hari ini pasangan telah boleh bernikah dengan mempunyai
minimum RM500 kerana jika maharnya RM300, upah nikah dan sedikit yang
lain, pasangan boleh diakadnikah dengan selamat. Tentunya ramai yang
berkata “tidak mungkin” kerana hari ini hantaran mencecah RM20,000 (bagi
seorang anak gadis yang berkelulusan ijazah pertama tidak termasuk
artis, orang kenamaan dan sebagainya).
Itu tidak termasuk harga barang hantaran
seperti cincin pertunangan dan cincin perkahwinan (ada juga yang
memberi rantai dan gelang emas) kasut, baju, bag tangan, minyak wangi
dan lain-lain barangan sokongan sebagai hantaran. Ada pasangan
berbelanja RM5,000 ke 10,000 untuk hantaran sahaja. Majlis kenduri jika
berlangsung di hotel, kosnya kepada berapa jemputan dan jenis makanan
yang dihidangkan dan tidak kurang daripada RM50,000.
Barang-barang lain yang sangat mahal
adalah pelamin, baju pengantin dan bunga telur dan hadiah kepada tetamu.
Jika dijumlahkan dari bertunang hingga s akad nikah, ada pasangan
membelanjakan RM100,000. Ada yang membelanjakan wang simpanan, ada yang
membelanjakan duit ibu bapa yang bergadai bergolok untuk majlis anaknya
kerana takut malu dan mahu menjaga air muka dan nama. Lebih malang,
pengantin lelaki yang terpaksa meminjam wang bank, koperasi atau kawan
kerana wang simpanan tidak mencukupi.
Ramai yang terpaksa bertunang lama
kerana perlu mengumpul wang. Lebih malang, bayaran pinjaman belum habis
dibayar, isteri dah minta cerai. (Utusan Malaysia melaporkan statistik
perceraian yang meningkat dan dan 20peratus yang bercerai baru berkahwin
lima tahun.)
Menurut kajian, lelaki berkahwin pada
usia 28 tahun dan wanita 26 tahun dan adakah ini bermakna pasangan
lambat berkahwin kerana faktor kos perkahwinan yang sangat
mahal. Perkahwinan adalah isu jodoh dan kita perlu sentiasa ingat bahawa
jodoh pertemuan adalah hak Allah. Memang ramai wanita berkahwin lambat
kerana kebanyakan wanita berpendidikan tinggi.
Umur minimum tamat ijazah pertama
universiti adalah 23-24 tahun dan bagi yang membuat diploma adalah 21
tahun. Bagi yang wanita perkahwinan bergantung kepada jika ada orang
masuk meminang tetapi bagi lelaki sama ada dia mampu untuk
meminang. Jika tamat belajar mereka berumur 24 tahun dan dengan gaji
RM3,000 ke 4,000 sebulan, dengan membayar PTPTN, pinjaman kereta dan
perbelanjaan harian, mereka mungkin dapat menabung RM1,000 sebulan. Jika
perbelanjaan perkahwinan (hantaran sahaja RM15,000) mereka perlu
menabung 15 bulan. Jika anggaran perbelanjaan perkahwinan itu RM50,000
maka mereka hanya boleh berkahwin selepas 50 bulan bekerja (iaitu empat
tahun) dan tentulah usia perkahwinan menjadi 28 tahun.
Alangkah baiknya simpanan RM50,000 itu
dijadikan wang muka membeli rumah dan pasangan boleh terus tinggal di
rumah sendiri selepas berkahwin. Memang kos perkahwinan telah naik
tetapi itu bukan alasan melewatkan perkahwinan. Ibu bapa perlu ada
transformasi pemikiran daripada mahu mengadakan majlis besar-besaran
kepada melihat anak berumahtangga tanpa hutang dan memulakan kehidupan
rumahtangganya tanpa riba. Tepuk dada tanya selera.
Monday, May 14, 2012
Credit to Rai for the cake
Credit to Rai at http://raifanabakery.blogspot.com for the muchy muchy rainbow cake... will repeat again for next birthday (Mommy's birthday gonna celebrate with my gals again in July)..
Yang Wajib Ialah Menutup Aurat, Bukan Bertudung (Sesi Perkongsian Ilmu)
Kalau dilihat pada nilaian dunia,
barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan
disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga wanita.
Kerana wanita bermaruahlah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan
yang tertantu; dengan batas-batas tertentu. Dia mesti bergelanggang
dalam gelanggang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah
ditentukan garis-garisnya oleh syariat. Wanita tidak selayaknya
mengorbankan maruah dandirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat,
nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita,
alhamdulillah sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya,
sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kita dapat
saksikan para wanita kita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat
sudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat
pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerjadi pejabat-pejabat.
Namun begitu, pelbagai gaya tudung
dipakai. Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapi
masih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang
sama pakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan
pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan
songkok didalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik.
Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya
lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu semua bukannya untuk mengelakkan fitnah tetapi menambahkan
fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang
wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya malah sekaligus
menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang
tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang
manaakan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Dan
pakaian yang boleh melindungi wanita dari jadi bahan gangguan lelaki
yang tidak bertanggungjawab.
Bila wanita bertudung tetapi masih
berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun
bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.
Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang
paling cantik,up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas.Bertudung
tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai
tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak rasa diri ini hina, masih
banyak dosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa
bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang
kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan
berbangga bila boleh pakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau
tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung yang masih cari boy
friend. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.
Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan
muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang
bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh
orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak
orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang
mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama
sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa
lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati
untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan
hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan
orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam
dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung
untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen
bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti
pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita tutup aurat tetapi tidak
terus memperbaiki diri lahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah
punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain.
Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum
boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi
baikilah diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam
(hati). Buang perangai suka mengumpat, suka berdengki, suka berbangga,
ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Kalau sudah mula menutup aurat
elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak
ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan.
Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan boy friend. Serahkan pada
Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.
Yakinlah pada pengaturan Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita
tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama
bila dalam waktu bekerja. Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut. Buang
sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap
suka mengumpat, suka mengkeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib
sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.
Barulah nampak Islam ini indah dan cantik kerana indah dan cantiknya
akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk amalkan
Islam. Baru orang bukan Islam hormat dan mengakui “Islam is really
beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekelian, anda mesti mengorak langkah
sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
aku copy dari : sini
Raya nak balik mana yer? Rumah Mertua atau Rumah Mak Kita?
(Agama) Taat Suami..Taat Ibu..
Wan Muhd Ali | 20/10/2009 |
Sebuah
kisah pengajaran yang diceritakan oleh seorang rakan online kita.
Cerita berkisar tentang ketaatan yang sebenarnya menurut Islam. Ikuti
kisah ini:
Setiap kali menjelang Ramadhan
tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun
telah berlaku berbelas tahun. Di antara tazkirah ibu yang amat saya
ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu
Solat Subuh ibu akan memanggil kami semua
(3 orang anak perempuannya –
ibu mempunyai 4orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua
orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum
hakam dalam Islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami
walaupun ketika tu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah
pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.
Ibu: Apa yang nak ibu
cakap ni….dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no.3) dan
Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.
Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan
berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama.
Betul tak?
Ateh & Acik: Betul, mestilah rumah ibu dulu..
Ibu: Dengar dulu,
contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan
rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?
Ateh & Acik : Rumah ibulah sebab dekat
Ibu: Tidak, ibu tidak
izinkan kamu balik ke sini. Baliklah ke rumah mentua kamu dan jika
mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu. Ibu tak kisah
hari raya yang keberapa sekalipun.
Ateh: Mengangguk..(tanda
faham… dia ni banyak ikut perwatakan ibu: penyabar, bertolak ansur dan
mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai
mengurut….diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam
pengetahuannya dalam Islam seperti ibu juga).
Acik: Mana boleh macam
tu tak aci lah, kena gilir-gilirlah baru adil. (dia ni memang kaki
bangkang pun…..outspoken skit kalau dia tak puas hati)
Ibu: Ingatlah…….jika
anak-anak perempuan tu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu
bapa nya di akhirat nanti…taatlah pada suami dan mentua
Acik : Macam kaum h****lak. Dah kahwin tak boleh gi rumah emakbapak.
Ibu: Bukan macam
tu……Islam tu indah..setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di
samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas
ketaatannya itu….. dan seperkara lagi…..untuk menjaga suami tidak
sesusah mana… hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu
mengikut ISLAM……JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaALlah dia
tak akan ke mana…..kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu
juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam
kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.
Ditakdirkan ALlah Ateh bernikah dengan
abang ipar yang yatim piatu……jadi setiap tahun beraya bersama ibu
manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun
pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di
Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik
di Kedah).
Dengan takdir ALlah ketika saya berada
di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga
tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa……terkejut campur gembira
agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk
berbual dengan abang ipar…
Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia ni memang malu sakan dgn ibu).
Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?
Abang ipar : Tidak bu…….saya izinkan keluarga saya beraya di sini.
Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
Abang ipar : Mereka tiada halangan.. (dalam hati saya rasa terkilan apalah ibu ni biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)
Ibu : Izinkan ibu
bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial
no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu….lama
gak ibu bergayut dengan besannya).
Emak kamu tak ada masalah kamu
sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima
kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini. Apabila habis
bulan Syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah.
Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo
ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat
membimbing anak-anak perempuannya kearah Islam tapi ibu amat kecewa
dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung
menjadi pak turut kepada isteri mereka.Bayangkanlah menantu perempuan
ibu yang sulung tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas
makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang
lain…(tak boleh cerita panjang dah masuk bab mengumpat.)
Semasa saya di tingkat 6 atas ibu
kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak
lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga……masalah
pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis
cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah
seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya
sendiri……sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku
sebagai seorang isteri yang solehah?……….berjayakah aku menjadi ibu
sepertimana ibu ku dulu? Ya ALlah,.berilah aku petunjuk dan pimpinlah
aku ke jalan yang engkau redhai…..Amin!
Moral: Jangan gaduh pasal
balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki, tanggungjawab kat ibu
sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. Buat para
isteri, jangan sampai jadikan suami anak derhaka…
Perkara yg Ibu Bapa Perlu Lakukan kpd Anak Perempuan pd Usia Enam Tahun & sebelumnya
Ustaz Munir al-Ghadbaan memiliki suatu catatan yang baik dan bermanfaat bagi setiap ibu bapa yang sedang mendidik anak perempuan yang mula memasuki fasa usia ini. Beliau berkata Hubaib, hamba sahaya Urwah bin Zubair melaporkan Nabi Muhammad sedih apabila Khadijah meninggal dunia.
Oleh sebab itu Allah mengutus malaikat Jibrail menemui Nabi sambil membawa Aisyah yang masih berada dalam buaian. Jibrail berkata kepada Nabi Muhammad, "Wahai Rasulullah, bayi perempuan ini dapat menghilangkan sebahagian kesediahanmu. Dia dapat menjadi pengganti Khadijah."
Nabi pernah menceritakan hal itu kepada Aisyah seperti yang Aisyah ceritakan sendiri. Aisyah berkata, Nabi berkata kepadanya, "Aku bermimpi melihatmu dua kali. Dalam mimpi pertama, aku melihatmu tertutup dengan kain sutera. Aku mendengar suara memerintahkan aku membukanya. Apabila aku membuka kain itu, aku melihatmu. Aku terdengar satu suara berkata, "Ini adalah bakal isterimu". Aku pun berkata, "Sekiranya hal ini adalah ketentuan Allah, aku menerimanya".
(Hadis Laporan Bukhari)
Akhirnya Allah melaksanakan itu dan Nabi menikahi Aisyah. Sebelum Nabi menikahi Aisyah, beliau memberikan perhatian dan penjagaan khusus kepada Aisyah yang masih kecil.
Daripada kisah Nabi dan Aisyah itu, kita dapat menyimpulkan pengajaran-pengajaran berikut yang wajar dijadikan panduan oleh ibu bapa dan penjaga:
- Ibu bapa perlu memperhatikan dan memahami perasaan anak, apa yang dialaminya serta turut merasakan kesedihan yang dia rasakan;
- Ibu bapa perlu berusaha menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi oleh anak-anak;
- Nabi tidak menghukum anak perempuan yang masih kecil walaupun dia melakukan kesalahan.
- Ibu bapa perlu mendahulukan kaedah pendidikan at-targhhib berbanding at-tarhiib iaitu mendahulukan kasih sayang dan kelembutan sewaktu mendidik anak, terutamanya pada anak yang masih kecil.
Friday, May 11, 2012
Jemputan : Ke Majlis Ulang Tahun Pertama NUR ‘AIN ‘ALEESYA binti MOHD AZHAR
Jemputan : Ke Majlis Ulang Tahun Pertama
NUR
‘AIN ‘ALEESYA binti MOHD AZHAR
(8
MEI 2012)
Tarikh
: 12 Mei 2012 (Sabtu)
Jam
: 3.30 petang – 6.30 petang
Acara
Potong Kek : 5 petang
Tempat
:
No.
7 Jalan P11 K/6
Presint
11
Ibu
Bapa dan Anak-anak TASKA KHAZANAH dijemput hadir memeriahkan majlis.
Dirancang
untuk kegembiraan si kecil ini bersama kakak-kakaknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)