Tuesday, April 30, 2013

Etika PRU13

Ingat tau kawan2.... 5 Mei 2013 semakin menghampiri. Ada apa dengan 5 Mei? Tahun ini tarikh tersebut adalah tarikh keramat dalam menentukan masa hadapan dan corak kepimpinan negara kita Malaysia. Jangan ambil enteng perkara mengundi ini. Kalau anda berdaftar jangan sia2kan pendaftaran anda itu.... ingat UNDI anda adalah masa hadapan anda. Kerana satu undi ROSAK boleh buatkan Parti yang anda mahu sebagai pemerintah bertukar tangan. So jangan tak datang & jangan tak undi...!!!




 "Demi masa depan negara kita Malaysia, beratur panjang & tunggu lama pun tak pe, jangan MARAH2!!"
 Gambar Sekitar Proses Mengundi





"Jangan jadikan UNDI anda UNDI ROSAK...!!! No no no.... tak mau tak mau...!!"

gambar di bawah .. undi




Tapi ada etika dan cara yang digariskan oleh pihak SPR dalam pada kita gigih dan teruja untuk mengundi. So di sini saya tempekkan garis-garis melintang dan menegak tersebut sebagai panduan kita bersama.

 

Tujuan buku “Tataetika Pilihan Raya” ini diterbitkan adalah untukmenyemaikan semangat dan sikap serta tatalaku yang terbaik dalamkalangan semua mereka yang terlibat semasa pilihan raya. Dalam usahaSPR untuk mewujudkan pilihan raya yang berintegriti, buku seperti iniamat perlu disediakan untuk rujukan umum khususnya pihak-pihak yangterlibat dalam urusan pilihan raya. Ini adalah bagi memastikan sebarangtatalaku atau perbuatan yang tidak beretika, sama ada oleh calon danpekerjanya serta penyokongnya, ejen pilihan raya, parti politik dan pekerja serta penyokongnya tidak berlaku semasa pilihan raya.

Melalui Tataetika ini, beberapa aspek tatalaku atau perbuatan yangdibenarkan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan rayadigariskan secara ringkas. Secara kasar, buku ini menyenaraikanbeberapa aspek tatalaku yang perlu diamalkan dan dihormati semasapilihan raya iaitu pada hari Penamaan Calon, dalam tempoh berkempen,pada Hari Mengundi, semasa pengiraan dan penjumlahan rasmi undi dansemasa keputusan pilihan raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Oleh sebab garis panduan ini berlandaskan beberapa norma tatalakuyang boleh diterima umum, maka Tataetika ini sewajarnya perlu dipatuhioleh semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya baik individu ataupunkumpulan, di samping mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan yang diguna pakai di negara ini semasa pilihan raya.

Adalah menjadi harapan saya agar “Tataetika Pilihan Raya” ini dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak yang terlibat dalam pilihan rayasemoga dengan ini suasana aman dan tenteram serta terkawal dapatdiwujudkan sepanjang masa pilihan raya dan tiada apa-apa masalah berbangkit selepas itu.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas perhatian dan kerjasama semua pihak.

TAN SRI DATO’ SERI HAJI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


 .

Semua pihak dan penyokong calon hendaklah:
(a)Tidak membina dan menggunakan “barung panas” untuk merayu undi atau menyemak nama pemilih di sekitar kawasan Pusat Mengundi;

(b)Bekerjasama dengan pihak Polis, Pegawai Pengurus,Ketua Tempat Mengundi dan mana-mana pegawai lain daripada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam memastikan proses pengundian dijalankan dengan aman, teratur dan
mengikut undang-undang;

(c)Patuh kepada peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Pengurus, Ketua Tempat Mengundi dan mana-mana pegawai lain daripada Suruhanjaya Pilihan Raya;

(d)Patuh kepada prosedur dan arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak polis;

(e)Tidak melakukan apa-apa perkara yang boleh dianggap sebagai merasuah atau membeli undi;

(f)Tidak dengan apa cara jua pun menghalang,menggalang, mengugut atau menakut-nakutkan pemilih daripada datang untuk mengundi;


(g)Tidak dengan apa cara jua pun menghalang, menggalang,mengugut atau menakut-nakutkan pekerja mana-mana calon atau parti politik daripada menjalankan tugasnya;

(h)Tidak memasuki sempadan 50 meter atau di dalam jarak kawasan tertentu dari Pusat Mengundi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, kecuali bagi tujuan untuk mengundi atau petugas-petugas pilihan raya dan ejen-ejen parti yang dibenarkan bagi maksud yang ditetapkan di bawah undang-undang, atau individu lain yang diberi kebenaran bertulis oleh Suruhanjaya Pilihan Raya;

(i)Tidak merayu (meraih undi) sama ada bertujuan untuk menyokong atau menentang calon yang bertanding;

(j)Tidak boleh memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, topi atau tudung, barang hiasan, roset, botol air atau payung dan seumpamanya yang padanya tercetak atau tertera nama calon, lambang atau simbol mana-mana parti politik di dalam jarak kawasan 50 meter atau di dalam jarak kawasan tertentu dari sempadan mana-mana Pusat Mengundi yang ditetapkan oleh SPR;

(k)Tidak mengibarkan sebarang bentuk bendera yang mempunyai simbol parti pada mana-mana kenderaan;

(l)Tidak boleh mengganggu Ketua Tempat Mengundi atau Kerani Pengundian seperti meminta kad pengenalan pengundi;

(m)Tidak boleh diadakan sebarang sidang media atau ditemu ramah di dalam kawasan jarak 50 meter atau di dalam jarak kawasan tertentu dari Pusat Mengundi yangditetapkan oleh SPR.

Monday, April 29, 2013

Kanser Endometrium(Rahim)

Luangkan masa 2 minit anda baca info ini! mmg perlu kita tahu.. Especially WANITA!. Jom kongsi kongsi...

Gambar yang mengelikan tetapi sebagai wanita kita harus amik tahu!!

Kanser Endometrium(Rahim)- Ini adalah rahim wanita yang telah dibelah oleh doktor, Ianya sangat busuk mungkin disebabkan oleh bahagian yang berwarna kuning itu.

Mengikut teori saintifik, tisu endometrium yang mengalir ke dalam abdomen bersama darah haid akan melekat di organ keliling rahim dan tumbuh di situ. Seterusnya, setiap kali pendarahan haid berlaku, tisu ini akan tumbuh dan berdarah. Tisu ini selalunya terdapat di

1.Ovari
2.Belakang rahim
3.Dinding rahim atau otot rahim
4.Saluran fallopian
5.Parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak
6.Parut bekas pembedahan laparoscopy atau laparotomy
7.Pundi kencing

Tanda-tanda endometriosis:

- Senggugut atau sakit pada bawah perut dan pinggang.
-Berlaku sebelum datang haid dan berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian pelvic dan juga ke bahagian pinggang
-Ketidaksuburan dan kemandulan
-Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
-Ketumbuhan

Diagnosa endometriosis. Endometriosis hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan:
• V.E ( vagina examinatination ). Pemeriksaan vagina di lakukan di mana perasaan sakit timbul apabila disentuh
• T.V.S ( vaginal ultrasound scan). Ultrasound yang dilakukan melalui faraj boleh mengesan cyst pada ovari
• Laparoskopi Hanya pemeriksaan ini yang dilakukan melalui pembedahan kecil di abdomen yang dapat memastikan diagnosa endometriosis

KAITAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS DENGAN KANSER:

Wanita yang mengidapi penyakit endometriosis lebih cenderung mengalami beberapa jenis kanser. Satu kajian terkini yang dijalankan di Sweden sejak 20 tahun kebelakangan ini, dan melibatkan seramai 20000 orang wanita pesakit endometriosis, mendapati peningkatan beberapa jenis kanser di kalangan wanita tersebut

1. Kajian ini yang dilaksanakan selama 11 tahun menjumpai peningkatan risiko kanser-kanser saperti kanser ovari (90%), kanser darah (40%) dan kanser payudara (30%), pada wanita yang mengalami penyakit endometriosis berbanding dengan mereka yang tidak. Selain dari itu, satu penemuan penting ialah wanita yang mengalami penyakit endometriosis khususnya di ovari mempunyai risiko tinggi mengalami kanser ovari. Jenis kanser ovari yang paling biasa ialah kanser endometrioid dan kanser clear cell carcinoma

2.Penemuan-penemuan ini susah dipertikai kerana faktor-faktor lain (confounding factors) diambilkira sebelum keputusan dibuat, dan jumlah pesakit yang dikaji yang besar. Malahan, satu lagi kajian yang lebih besar di Sweden mendapat keputusan yang sama dengan kajian ini

3. Kajian spesimen lepas bedah kanser ovari juga mendapati kebanyakan kes mempunyai endometriosis atau sista endometriosis

4.Penyakit endometriosis melibatkan antara 7% hingga 15% wanita dalam golongan subur.Wanita yang mengalami perasaan sakit senggugut, pendarahan haid tidak teratur dan ketumbuhan di pelvis mungkin mengidapi penyakit endometriosis. Mengikut Persatuan Kanser Amerika, risiko seseorang wanita mengidapi penyakit kanser ovari ialah 1.4% sepanjang hayatnya

5. Oleh itu, para pesakit dan doktor perlu peka terhadap kemungkinan berlakunya penyakit kanser dikalangan wanita saperti ini. Pemeriksaan ultrasound dan pengeluaran sista adalah tindakan-tindakan penting yang disyorkan...


Sharing is Caring..:)

Persiapan Ke Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)

 

 Semuanya perlu di siap siagakan... list punya lah panjang... makin panjang list... makin riso dibuatnyer..

Trolley Bag
Hiking Bag
Back Pack

Lounge Suite
Court Shoes
Sport/Running Shoes
Hiking Shoes

Track Suit
Black Colar Shirt
White Socks
Skin Socks

Lap Top / Note Book
Broadband
Printer 3 in 1
Smart Phones
etc.... 
(kecik2 yg tak sangka bila dikumpulkan jadi berRM RM RM..... huhuhu)

Dalam pada kekalutan menyiapkan semua itu ada lagi yang penting nak kena siapkan... tu dia!!! Medical Check Up... huhuhu dah penuh appointment di Klinik Kesihatan Putrajaya...!!! Gilerrr....

so terpaksa la aku meng GOOGLE mencari yang pinggir2 Putrajaya janji KERAJAAN.

Looorrrr Klinik Kesihatan area Kuala Langat sumer tak ada X-Ray so kena la gi Hospital Banting...

 hbtg

Tel - 03-3187-1333
   Fax - 03-3181-8834
     Hospital Banting,
Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor
 email E-Mail - hbanting@moh.gov.my
 twitter  Twitter - @Hbanting


call punyer call... sib baik tak kena buat appointment

TAPI

kena datang waktu opis hour...
 
kalau keputusan urine dan blood dapat keluar same day... so tak yah la return Hosp Banting lagi. So aku decide untuk datang sana buat Medical Check Up on Friday.... sebelum

 

MENGUNDI......!!

JUDIKA & Cinta Jangan Pergi


Semua pun tengah demam... demam pilihanraya PRU-13, demam GWIYOMI, demam IRON MAN-3, demam SELESEMA BURUNG, demam UAI ke PUTRAJAYA, demam TGNA ke PUTRAJAYA, demam JUDIKA ke MALAYSIA, demam ST-12 ke Malaysia....

TAPI,

 
Aku demam dengan drama bersiri CINTA JANGAN PERGI di TV9 yang dilakonkan oleh  Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Nadia Nissa, Esma Daniel, Ramona Zamzam dan Faradhiya. 

SYNOPSIS:

 Lea Soraya merupakan seorang gadis yang sangat merancang perjalanan hidupnya. Lea yang sememangnya sedang menuntut di luar negara mengambil keputusan bercuti di Eropah ketika cuti musim panas. Sewaktu percutian tersebut Lea bertemu dengan Khalil, dan keduanya saling tertarik lantas terjalinlah ikatan cinta. Selepas tamat pengajian Lea dan khalil pulang ke Malaysia. Namun berlaku satu peristiwa yang menyebabkan hubungan mereka terputus selama setahun. Sewaktu Khalil baru pulang ke Malaysia, dia berhasrat ingin membuat kejutan kepada Lea, namun mengalami kecelakaan. Bermulalah konflik percintaan antara Khalil dan Lea Soraya. Saksikan ketabahan Khalil mendapatkan cintanya semula dan saksikan juga ketabahan Lea Soraya menjalani hidup tanpa insan yang dicintainya di sisi.

 SOUNDTRACK 1: 



Mengapa waktu 
Tak pernah berpihak kepadaku 
Apakah aku terlalu 
Terlalu banyak berkelana
 
Mengapa kitamasih saja tak pernah bersatu 
Selalu saja bertemu bertemu saat 
Kau milik yang lain
 
Mungkin kau bukanlah jodohku 
Bukan takdirku 
Terus terang
 
Reff:Aku merindukanmu 
Setengah mati merindu 
Tiada henti merindukanmu 
Masih hatiku untukmu 
Aku tetap menunggumu
 
Mengapa waktu 
Tak pernah berpihak kepadaku
 Apakah aku terlalu 
Terlalu banyak berkelana
 
Mungkin kau bukanlah jodohku
 Atau bahkan bukan takdirku
 Terus terang
 
Back to Reff:
 
Aku merindukanmu 
Setengah mati merindu
Aku merindukanmu 
Aku tetap menunggumu
Menuggumu 
Menunggumu 
Aku tetap menunggumu

Pastikan korang melekat di depan TV di Channel 109 (TV9) jam 8.30 malam setiap hari Sabtu & Ahad...