Ingat tau kawan2.... 5 Mei 2013 semakin menghampiri. Ada apa dengan 5 Mei? Tahun ini tarikh tersebut adalah tarikh keramat dalam menentukan masa hadapan dan corak kepimpinan negara kita Malaysia. Jangan ambil enteng perkara mengundi ini. Kalau anda berdaftar jangan sia2kan pendaftaran anda itu.... ingat UNDI anda adalah masa hadapan anda. Kerana satu undi ROSAK boleh buatkan Parti yang anda mahu sebagai pemerintah bertukar tangan. So jangan tak datang & jangan tak undi...!!!
"Demi masa depan negara kita Malaysia, beratur panjang & tunggu lama pun tak pe, jangan MARAH2!!"
"Jangan jadikan UNDI anda UNDI ROSAK...!!! No no no.... tak mau tak mau...!!"
Tapi ada etika dan cara yang digariskan oleh pihak SPR dalam pada kita gigih dan teruja untuk mengundi. So di sini saya tempekkan garis-garis melintang dan menegak tersebut sebagai panduan kita bersama.
Tujuan buku “Tataetika Pilihan Raya” ini diterbitkan adalah untukmenyemaikan semangat dan sikap serta tatalaku yang terbaik dalamkalangan semua mereka yang terlibat semasa pilihan raya. Dalam usahaSPR untuk mewujudkan pilihan raya yang berintegriti, buku seperti iniamat perlu disediakan untuk rujukan umum khususnya pihak-pihak yangterlibat dalam urusan pilihan raya. Ini adalah bagi memastikan sebarangtatalaku atau perbuatan yang tidak beretika, sama ada oleh calon danpekerjanya serta penyokongnya, ejen pilihan raya, parti politik dan pekerja serta penyokongnya tidak berlaku semasa pilihan raya.
Melalui Tataetika ini, beberapa aspek tatalaku atau perbuatan yangdibenarkan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan rayadigariskan secara ringkas. Secara kasar, buku ini menyenaraikanbeberapa aspek tatalaku yang perlu diamalkan dan dihormati semasapilihan raya iaitu pada hari Penamaan Calon, dalam tempoh berkempen,pada Hari Mengundi, semasa pengiraan dan penjumlahan rasmi undi dansemasa keputusan pilihan raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.
Oleh sebab garis panduan ini berlandaskan beberapa norma tatalakuyang boleh diterima umum, maka Tataetika ini sewajarnya perlu dipatuhioleh semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya baik individu ataupunkumpulan, di samping mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan yang diguna pakai di negara ini semasa pilihan raya.
Adalah menjadi harapan saya agar “Tataetika Pilihan Raya” ini dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak yang terlibat dalam pilihan rayasemoga dengan ini suasana aman dan tenteram serta terkawal dapatdiwujudkan sepanjang masa pilihan raya dan tiada apa-apa masalah berbangkit selepas itu.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas perhatian dan kerjasama semua pihak.
TAN SRI DATO’ SERI HAJI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOFPengerusiSuruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
.
Semua pihak dan penyokong calon hendaklah:(a)Tidak membina dan menggunakan “barung panas” untuk merayu undi atau menyemak nama pemilih di sekitar kawasan Pusat Mengundi;
(b)Bekerjasama dengan pihak Polis, Pegawai Pengurus,Ketua Tempat Mengundi dan mana-mana pegawai lain daripada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam memastikan proses pengundian dijalankan dengan aman, teratur danmengikut undang-undang;
(c)Patuh kepada peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Pengurus, Ketua Tempat Mengundi dan mana-mana pegawai lain daripada Suruhanjaya Pilihan Raya;
(d)Patuh kepada prosedur dan arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak polis;
(e)Tidak melakukan apa-apa perkara yang boleh dianggap sebagai merasuah atau membeli undi;
(f)Tidak dengan apa cara jua pun menghalang,menggalang, mengugut atau menakut-nakutkan pemilih daripada datang untuk mengundi;
(g)Tidak dengan apa cara jua pun menghalang, menggalang,mengugut atau menakut-nakutkan pekerja mana-mana calon atau parti politik daripada menjalankan tugasnya;
(h)Tidak memasuki sempadan 50 meter atau di dalam jarak kawasan tertentu dari Pusat Mengundi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, kecuali bagi tujuan untuk mengundi atau petugas-petugas pilihan raya dan ejen-ejen parti yang dibenarkan bagi maksud yang ditetapkan di bawah undang-undang, atau individu lain yang diberi kebenaran bertulis oleh Suruhanjaya Pilihan Raya;
(i)Tidak merayu (meraih undi) sama ada bertujuan untuk menyokong atau menentang calon yang bertanding;
(j)Tidak boleh memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, topi atau tudung, barang hiasan, roset, botol air atau payung dan seumpamanya yang padanya tercetak atau tertera nama calon, lambang atau simbol mana-mana parti politik di dalam jarak kawasan 50 meter atau di dalam jarak kawasan tertentu dari sempadan mana-mana Pusat Mengundi yang ditetapkan oleh SPR;
(k)Tidak mengibarkan sebarang bentuk bendera yang mempunyai simbol parti pada mana-mana kenderaan;
(l)Tidak boleh mengganggu Ketua Tempat Mengundi atau Kerani Pengundian seperti meminta kad pengenalan pengundi;
(m)Tidak boleh diadakan sebarang sidang media atau ditemu ramah di dalam kawasan jarak 50 meter atau di dalam jarak kawasan tertentu dari Pusat Mengundi yangditetapkan oleh SPR.
No comments:
Post a Comment