Ok.. kali ini saya kongsikan pulak isu tentang kebaikan buah DELIMA (Promegranate). As u all know and aware, buah delima ni memang banyak khasiatnya. Minum dan makan tanpa meraguinya.... hehehehe
At this moment, saya ambil jus delima ni bersama COLLAGEN PMC.. (buat ala-ala nata de coco gitew...) so kurang la rasa loya atau hanyir bila ambil collagen.
Bismillahirahmanirahim....
Tahukah anda bahawa buah delima mempunyai
khasiat yang jarang diketahui oleh kebanyakan orang? Ia adalah buah
syurga dan diberitakan di dalam Al-Quran sebanyak 3 kali. Khasiat
perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat
Parsi Purba (Iran).
MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap
kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol
yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran
darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada
penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru,
kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan
lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel
yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang
tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan
kanser.
MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang
dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia
juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali
sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara
semulajadi.
MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik
bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna.
Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan
sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal
untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk
pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian
terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3
bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan
pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum
kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini
sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan
kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam
badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan
serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus
delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat.
Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana
penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian
daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal
tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago
menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat
membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati
bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang
dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah
yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk
mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya
mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung
dan strok.
MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan
pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari
menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat
mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan
Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus
delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus
pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum
kurang daripada satu sajian setiap minggu.
MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang
tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan
mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang
tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi,
dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema,
dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru
pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima
menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,
dan juga menguatkan jantung.
DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
menunjang kepekaan saraf dan otot agar
berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat
sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik
MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus
delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran.
Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang
sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan
asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti
kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk
bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan
supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid
folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik
seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi.
Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di
mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh
ibu mengandung pada waktu malam.
Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi
perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian,
buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal
serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain
daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu
simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan
masa depan yang diberkati.
Namun, dalam Islam, buah delima merupakan
salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah
sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan
tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di
dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.
Mengikut sejarah, buah delima secara
tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima telah ditanam di
Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di lembah Indus pada
zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk delima.
Antara Khasiat Buah Delima ialah:
Jika kita lihat pada khasiat buah delima banyak penyakit yang boleh dirawat melaluinya. Amalan minum pati delima setiap hari insyaallah akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.
Jika anda ingin mendapatkan pati buah delima yang diambil dari 100% perahan buah delima tulen . Ia adalah pati delima CAESAR.
- Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
- Melawan penyakit gout
- Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
- Merawat ‘sinus’
- Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
- Meningkatkan tenaga
- Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
- Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
- Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
- Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
- Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
- Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
- Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
- Menormalkan fungsi hati
- Menstabilkan peredaran darah
- Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
- Mencuci darah kotor
- Antioksida yang tinggi
- Menstabilkan paras kolesterol
- Mencegah penyakit jantung
- Mencegah penyakit barah
- Merangsang tenaga batin
Jika kita lihat pada khasiat buah delima banyak penyakit yang boleh dirawat melaluinya. Amalan minum pati delima setiap hari insyaallah akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.
Jika anda ingin mendapatkan pati buah delima yang diambil dari 100% perahan buah delima tulen . Ia adalah pati delima CAESAR.
TESTIMONI PENGGUNA
KULIT CERAH
Saya baru minum 1/2botol pati delima, tiba-tiba malam tadi hubby tegur, dia kata nape muka saya nampak lebih cerah...hehe penangan pati delima kot.. - Ani, Pasir gudang
LAWAS BUANG AIR
akak, sejak minum pati delima ni, sy buang air besar mmg lawas, tak perlu lagi nk minum yogurt setiap hari untuk kasi lawas..seronok sgt.. - Suria, Seremban
BADAN BERTENAGA
Akak rasa sekarang ni badan bertenaga, kalau tak..bila petang aje mata asyik rasa ngantuk nk tidur..memang boleh jadikan amalan..buang air besar pun lawas - Haliza, Kota tinggi
PERUT KEMPIS
kak shaini, saya sejak bersalin, badan naik..ni saya amalkan pati delima, rasanya perut saya makin kempis..badan rasa ringan - nurul, singapore
KESUBURAN
Saya amalkan Pati Delima ni 2 bulan, alhamdulillah rezeki saya menyusul (setelah cuba berusaha hampir setahun, sampailah ade kawan syorkan ambik pati delima) sebab ia menguat dan menyuburkan rahim. Murah pun murah. Boleh teruskan minum samada tgh period, mengandung. Sebab kalau mengandung bagus untuk kulit and perkembangan baby.- nieta shairi, Kuching
RAWAT KEPUTIHAN
saya mkn pati delima ni untuk rawat
keputihan, lps seminggu mkn, keputihan keluar banyak..naik risau juga tp
lepas seminggu kemudian, keputihan yang keluar dah semakin
kurang..mungkin ni cara ia merawat..sekarang dah tak perlu pakai
pantiliner..alhamdulillah..- nilda, pasir gudang
RAWAT RESDUNG
saya ada masalah resdung yang agak
serius, pagi2 mesti bersin-bersin..hidung selalu gatal..saya try minum
pati delima+sapu minyak jerslin kat hidung 3-4x sehari..lps 2 hari muka
saya rasa gatal-gatal..tapi saya teruskan aje minum pati delima n sapu
jerslin..2hari kemudian dah takde rasa gatal..tiap pagi juga dah tak
bersin..alhamdulillah syukur..- masni, muar.
BADAN BERTENAGA DAN ELAK SELSEMA
Ibu sya berumur 56tahun..katanya bila dia
amal pati delima, badan rasa bertenaga, dulu kerap kena selsema ni dah
lama xkena selsema..kiranya mmg sesuailah untuk dihadiahkan kat ibu
tersayang, biar ibu sentiasa sihat..alhamdulillah - sha, kelantan.
RAWAT DENGKUR
suami mengalami masalah dengkur yang
serius sampai anak-anak pun tegur..jadi kak shaini mencadangkan sy kasi
suami PATI DELIMA ni..saya siap suapkan suami 1 sudu setiap pagi n malam
sebelum tidur..kalau tak,mau dia nk minum sndiri..dan alhamdulillah
baru kasi 4hari, dengkurnya tu dah semakin kurang..syukur sesangat..-
Aini, Kuala Krai.
PERUT KEMPIS DAN STABILKAN HAID
Kak Ya baru minum 3hari pati delima ni
dah nampak perut kempis..rasa kenyang..minum pati delima ni perut rasa
selesa..period pun lawas tak macam dulu..- Nik Suria, Guchil Kelantan.
KULIT BERSERI
Mantap kak...tq.suami aza puji2,dia kata
muka aza berseri.skrg aza bg dia cuba minum jg sb dia kuat
berdengkur.kak aza ada suggest kt kwn aza dia tgl brunei gak - Aza,
Brunei
KULIT LEMBUT DAN LICIN
Pati delima baru minum setengah botol..tapi kulit rasa lain..rasa lembut,licin.. - Rose, Kuala Krai.
TAMBAH ANTIBODI BADAN
Saya dah amal pati delima dah 1 botol
dah..memang sejak awal lagi dah rasa khasiatnya..kulit cerah, haid
lawas, keputihan pun dah takde dah..dan yang saya baru perasan, saya tak
mudah dijangkit selesama/batuk. sebelum ni kalau anak-anak tak sihat,
lepas diaorg baik, sure saya pulak yang kena..rasanya pasti PATI DELIMA
ni dah tambah ANTIBODI dalam bdan saya..hehe..alhamdulillah..- kak sa,
Pasir Gudang.
Cara paling mudah dan murah untuk menjaga kesihatan/kecantikan sekaligus
hanya tuang & minum...itu saje
rasanya pun SEDAP !
Cubalah sebotol / sekotak (1 liter) dan rasai sendiri khasiat PATI DELIMA ini
UNTUK PERINGATAN BAGI UMAT ISLAM.... SESUNGGUHNYA YANG MENYEMBUHKAN PENYAKIT HANYA LAH ALLAH S.W.T
Tiadalah memberi bekas(kesan) barang sesuatu tanpa keizinanNya, usaha,ihktiar dan doa Insyallah!!
1 comment:
ade jual lagi x?? berapa 1??
Post a Comment