Doa yang dikenali sebagai DOA PEMBUKA 12 PINTU ini saya dapat daripada ceramah motivasi oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah di TV. Sebelum ini pun doa ini pernah diketengahkan oleh Ustaz2 dan Ustazah2 yang berbicara soal motivasi di TV.
Walau bagaimanapun, macam mana korang berdoa pun CUBA untuk menghayati dan menghormati doa itu. Contohnya dalam pada korang korang berdoa perkara-perkara seperti solat, aurat, pergaulan antara lelaki & perempuan, pemakanan yang halal dan toiyiban puncanya/sumbernya pun mesti dikaji dan diambil berat. in sya allah kalau ini semua dijaga... apa saja yang kita minta/doa pada Allah... dimakbulkan.
Korang jangan hot dengan aku... sebab peringatan dalam post ni diutamakan untuk diri penulis nyer dahulu barulah korang readers di luar sana. Ingat tau.. segala post dalam blog aku ni yang berkaitan agama DITUJUKAN dan DIBERI PERINGATAN KERAS untuk diri aku sendiri.... anak-anak aku sendiri... suami aku sendiri & ahli keluarga aku sendiri...
Kadang2 bila sesuatu perkara kita baca banyak kali MAMPU MELEKAT di dalam hati... sebagai ingatan di kemudian hari!
Berbalik kepada doa tadi. Kalau hayati makna doa tu memang jelas... cuba korang kira ada berapa pintu yang dipohon dalam doa tu? 12 pintu kannn....
Doa ni umpama pengharapan kita so jangan putus asa dalam berdoa... tak semestinya doa dalam waktu solat zohor; karang petang Asar dah dapat... sabar itu separuh daripada iman. Tak dapat sekarang in sya allah akan termakbul juga nanti.
Ada orang Allah cepatkan doanya dan ada pula yang
lambat dan mungkin ada juga yang Allah beri di akhirat. Semua ini
kerja Allah, hanya Dia yang tahu apa yang baik untuk kita.
Bila berdoa tu, bersungguh-sungguhlah dan mesti yakin dengan Allah. Bersangka baik dengan Allah.
Lagi satu kalau kita memenuhi hajat orang, insyaallah Allah pun akan memenuhi hajat kita.
Jom, bersihkan hati kita dan beribadahlah secara ikhlas kerana Allah.
Aku pernah terbaca dekat white board member opis aku.. which is TERSENTAP jugaklah aku!! There aku tak kata orang lain... aku kata diri aku and pada member aku tu pun aku katakan "Aduh, terasa sangat dengan ayat itu..."
Ayat dia lebih kurang macam ini:
Kalau kita lambat 3 minit dari waktu punch card yang sepatutnya; kita dah menggelabah. Takut Bos cari & Bos marah pasal apa punch card MERAH. Gara-gara tak nak kena marah dengan Bos and takut merosakkan reputasi kita pada Bos... kita keluar rumah cepat.. kalau anak meragam; anak kena marah... kita drive laju2; mengamuk dengan other driver yg mengganggu jalan kita... kelam kabut cari parking; macam nak bergaduh dengan warga OFIS... semuanya gara-gara nak PUNCH-IN sebelum 8.30pg TAPI
Kalau 3 jam depan komputer tengah buat kerja yang taklah URGENT sangat TAPI kalau URGENT pun sama jer... AZAN berkumandang tanda dah masuk waktu... hanya mampu buat dek ajer... kalau tengah bersembang tu... lagi rancak bersembang, kalau tengah berFB lagi rancak post status yang tak lah berapa sangat... ala-ala suam kuku aje (aku lah tuuu...) kalau tengah buat apa-apa analisis tu tak mampu nak stop untuk beberapa minit sahaja untuk BERSOLAT... langsung tak takut Allah marah ker.. langsung tak takut kepanasan api neraka... langsung tak takut seksa kubur... langsung tak takut kelewatan beberapa minit itu memberi reputasi yang buruk tentang kita sebagai hamba kepada ALLAH...
Mudah-mudahan amalan aku diterima-Nya... dan aku semakin menjaga amalan fardhu ku.. sesungguhnya aku hamba yang lemah... sentiasa mengharapkan keredhaanMu...
No comments:
Post a Comment