Friday, October 2, 2015

Novel IGLOO CINTA Kembali Aktif






Asalammualaikum... 





Kau dirikan aku sebuah Igloo Cinta – penuh dengan kasih sayang yang menghangatkan sebuah kehidupan
TAPI,
Aku tahu Igloo Cinta ini hanya satu pinjaman.... 






syukur kepada Allah diberikan kesihatan dan ingatan semula kepada projek novel suatu ketika dahulu yang terhenti.... Novel Bersiri Igloo Cinta terhenti di Bab 7.. InsyaAllah saya akan kembali di penulisan2u.my..... jenguk jenguklah dan ikuti penulisan saya di situ... dengan berkarya kadang-kadang membantu kita mengawal dan menghilangkan stress kerana ia adalah hobi saya yang sebenarnya...

 

Surah Kahfi..




Salam Jumaat Penghulu Hari...

Jom kita alunkan di hati kita Surah Kahfi... semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah Maha Esa dari hari Jumaat ini sehingga ke Jumaat minggu hadapan. InsyaAllah....


Thursday, October 1, 2015

Surat Maryam dan Terjemahan










Tengahari ini semasa waktu rehat di dalam bilik saya sambil menjamu bekalan yang dibawa.... saya mendengar radio IKIM.FM yang ketika itu sedang melagukan surah Maryam. 

Ustaz itu membaca sambil menangis di beberapa ayat yang menyentuh hati saya ketika itu.... "Betapa indahnya dan beruntungnya mereka yang mempelajari Bahasa Arab; Bahasa Al Quran".... apa yang tersimpan dan istimewanya di dalam Surah Maryam?
 



Sudah menjadi lumrah alam, manusia mudah terkesan dengan perkara-perkara ajaib. Kalau mereka lihat benda-benda yang pelik, mereka mulalah terkesan dan mula fikir macam-macam. Kadang-kadang oleh kerana terkesan, mereka memuja makhluk-makhluk yang nampak macam ada kuasa ghaib. Seperti wali-wali dan malaikat-malaikat. Termasuk juga kalau mereka lihat benda-benda yang pelik seperti busut besar, pokok yang pelik rupanya dan sebagainya. Ada yang mereka jadikan sebagai tempat minta nombor ekor lah, minta tolong di situ lah dan sebagainya lagi. Itu tidak boleh kerana mereka juga adalah makhluk, bukan Tuhan. Mereka juga bukan perantaraan bagi Tuhan. Sebab ada juga yang bagi hujah, mereka bukan minta kepada entiti-entiti itu, tapi mereka minta kepada Allah, tapi melalui benda-benda itu atau makhluk-makhluk itu. Ini adalah perkara tauhid, jadi kena faham betul-betul. Selepas ini, hanya minta kepada Allah sahaja secara terus sahaja. Jangan nak guna perantaraan-perantaraan lagi dah.

Salah satu perkara ajaib yang Allah ceritakan dalam Quran adalah tentang kisah Nabi Zakaria. Surah ini ada menceritakan tentang kekeliruan manusia tentang Nabi Zakaria. Agama sebelum Islam datang ada mengatakan Nabi Zakaria boleh ikhtiar untuk dapat anak, padahal Nabi Zakaria dapat anak kerana doa baginda kepada Allah. Bukannya kerana baginda ada kuasa lain dari manusia lain yang boleh menyebabkan baginda dapat anak. Kita akan belajar tentang bagaimana cara Nabi Zakaria berdoa kepada dalam surah ini nanti. Dan doa itu adalah sebagai satu tips kepada kita untuk berdoa kepada Allah.

Ramai dari kita berusaha untuk dapatkan anak. Ada yang senang dapat anak dan ada yang dah bertahun-tahun kahwin, masih tidak dikurniakan anak oleh Allah. Ada pula yang kata untuk dapat anak, kena baca surah Maryam. Padahal, Maryam tidak berdoa untuk dapat anak pun – anak itu diberi oleh Allah. Itu adalah satu kekeliruan dalam masyarakat kita dan yang sedihnya, ianya diajar oleh guru-guru agama di Malaysia. Mereka mengajar manusia yang jahil untuk hanya menjadikan ayat-ayat Quran sebagai ‘azimat’ sahaja. Baca berkali-kali tanpa memahami apakah maksud dan pengajaran dalamnya. Kalau kita setakat membaca sahaja, kita tidak ada bezanya dengan Kaum Yahudi yang kita pun tahu mereka sesat. Mereka itu membaca dan menghafal kitab Taurat, tapi mereka tidak mengambil pengajaran dari kitab Taurat itu. Sama sahaja dengan kebanyakan masyarakat kita. Ramai orang Islam dalam masyarakat kita yang baca Quran hari-hari pun, hafal pun ada, tapi mereka tak faham apa yang mereka baca itu. Yang sebenarnya, dalam surah Maryam ini ada doa Nabi Zakaria untuk mendapatkan anak. Ianya adalah kisah tentang Nabi Zakaria tapi diletakkan dalam surah Maryam.

Surah ini diturunkan hampir dengan masa sebelum Hijrah pertama yang dijalankan ke Habsyah. Dari sirah, kita dapat tahu bahawa pada tahun 4 kenabian, Nabi telah diarahkan untuk berdakwah secara terbuka. Apabila Nabi berdakwah secara terbuka, musyrikun Mekah tidak suka, maka para sahabat yang telah masuk Islam telah ditindas dengan teruk sekali. Orang-orang Muslim waktu itu adalah terdiri dari orang-orang yang lemah dan kelas bawahan pada mata orang kafir. Mereka tidak ada perlindungan seperti orang-orang yang lain. Dalam adat waktu itu, selalunya perlindungan diberikan oleh kabilah masing-masing tapi mereka adalah orang yang miskin dan lemah. Mereka tidak ada ‘payung’ yang dapat menyelamatkan mereka. Mereka terasa amat tertekan dengan penindasan yang mereka terima. Mereka tidak tahan sampaikan mereka datang bertemu dengan Nabi menceritakan keadaan mereka. Mereka mengadu tentang penindasan yang mereka terima. Pada mulanya, Nabi menyuruh mereka bersabar dengan nasib mereka kerana umat yang terdahulu ada yang lagi teruk terima azab dari orang kafir.

Kemudian Nabi telah mendapat wahyu untuk menyuruh mereka untuk berhijrah ke Habshah. Kerana raja Habasyah waktu itu adalah raja yang adil. Raja itu adalah raja yang beragama Kristian yang alim. Dalam riwayat, ada yang mengatakan bahawa yang pergi berhijrah itu adalah seramai 8 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Apabila Musyrikin Mekah mendapat tahu tentang penghijrahan itu, mereka tidak puas hati dan mereka telah cuba untuk kejar orang Islam itu tapi tak dapat. Walaupun begitu, mereka telah menghantar satu delegasi untuk pergi ke Habsyah. Tujuan delegasi itu adalah untuk membawa kembali mereka yang telah pergi ke Habsyah itu.

Delegasi itu diketuai oleh Amru al As. Waktu itu Amru al As belum lagi masuk Islam. Mereka akhirnya telah berjaya untuk bertemu dengan raja selepas mereka berbaik-baik dengan para pendita di Habsyah dengan memberi hadiah. Mereka mengatakan bahawa orang Islam yang sedang bermastautin di Habsyah itu adalah pelarian dari Mekah dan mereka mahu supaya mereka itu dikembalikan. Raja kata beliau tidak boleh beri mereka yang mencari perlindungan kepada orang Mekah begitu sahaja. Maka, Raja telah bertanya kepada orang Islam tentang keadaan sebenarnya. Dan para sahabat telah menjelaskan bahawa mereka itu mencari perlindungan di Habsyah dan mereka hanya mahu mengamalkan ugama mereka dengan aman.

Maka, Raja telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mereka dipulangkan. Tapi delegasi Mekah telah pergi berjumpa dengan Raja sekali lagi pada esoknya dan mereka mengatakan bahawa mereka yang lari itu telah meninggalkan agama asal mereka. Dan mereka sedang mengamalkan agama yang baru yang sesat, kata delegasi itu. Mereka juga menentang agama yang lain dari mereka, sambungnya lagi. Dan mungkin mereka pun tidak menerima ajaran Kristian dan mengata tidak baik tentang Nabi Isa. Mereka telah cuba meracuni Raja Habsyah. Raja terasa sedikit kerana dia adalah orang Kristian yang taat. Maka Raja telah memanggil orang Islam dan bertanyakan mereka tentang pegangan mereka tentang Nabi Isa. Jaafar Abu Talib sebagai ketua orang Islam waktu itu telah menjawap bagi pihak sahabat yang lain. Mereka telah bermesyuarat sebelum itu dan mereka sepakat bahawa jikalau Raja bertanyakan tentang Nabi Isa, mereka akan bercakap dengan benar dan tidak akan menyembunyikan apa-apa.

Maka Jaafar mula membacakan surah Maryam. Selepas beberapa ayat, Raja suruh mereka berhenti membaca kerana dia tidak tahan kerana terkesan dengan apa yang disebut dalam Quran dan beliau menangis dan mengatakan ianya adalah cerita yang menyayatkan hati dan benar belaka. Maka raja telah menyuruh musyrikin Mekah pulang dan membenarkan orang Islam tinggal di Habsyah.

Kejadian itu berlaku dalam lebih kurang tahun kelima Kenabian. Maka surah Maryam mungkin diturunkan pada hujung tahun keempat Kenabian. Surah ini diberikan sebagai ‘buah tangan’ kepada mereka yang akan berhijrah ke Habsyah kerana mereka akan berhadapan dengan orang Kristian. Allah menurunkan surah ini pada masa yang diperlukan oleh mereka untuk mereka berhadapan dengan orang Kristian.

Surah ini adalah kesinambungan dari surah sebelum ini, Surah Kahf, yang sudah menyentuh tentang salahfaham Kristian. Maka, surah Maryam ini menceritakan dengan lebih panjang lagi tentang salah faham mereka. Salah faham mereka adalah kedudukan Nabi Isa yang mereka anggap sebagai anak Tuhan.

Surah ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.

1. Tentang Nabi Zakaria dan kelahiran anaknya Nabi Yahya. 

Umur Nabi Zakaria dan isterinya sudah sangat tua waktu itu. Isterinya pula tidak pernah melahirkan anak. Maka kelahiran Yahya adalah kelahiran yang ajaib.

Kemudian disambung dengan kelahiran Nabi Isa pula yang juga ajaib.

2. Tentang Nabi Ibrahim dan Nabi-Nabi yang lain. 

Permulaan surah adalah untuk menghadapi orang Kristian dan akhirnya menghadapi orang musyrik. Walaupun mereka musyrik, mereka masih memandang tinggi kepada Nabi Ibrahim. Begitu juga, orang Kristian menghormati Nabi Ibrahim kerana baginda adalah salah seorang dari Nabi mereka. Maka kisah Nabi Ibrahim diletakkan di tengah-tengah.

Kisah Nabi-nabi lain itu dimasukkan untuk menunjukkan bahawa apa yang Nabi Muhammad bawa bukanlah perkara baru sangat. Ianya memang telah ada dibawa oleh Nabi-nabi yang lain.

3. Tentang musyrikin Mekah.

Surah ini juga menceritakan tentang kepentingan menyampaikan ajaran agama kepada anak-anak kita. Ini untuk memastikan agama itu berterusan. Dan kita memang mahukan kebaikan kepada anak-anak kita. Jangan hanya fikirkan tentang kelangsungan hidup keduniaan mereka sahaja. Banyak diceritakan tentang perkara ini dalam kisah-kisah yang akan disampaikan. Dalam kisah Nabi Zakaria dan Yahya, Maryam dan Isa dan juga Nabi Ibrahim.

Kita dalam dunia sekarang menghadapi masalah penjagaan anak. Kita bising tentang akhlak dan pengetahuan agama anak-anak sekarang. Tapi kenapa jadi begitu? Kerana ibubapa tidak mengajar agama kepada anaknya. Mereka sendiri tidak tahu agama. Maka bagaimana mereka hendak mengajar keluarga mereka?

Surah ini juga menempelak mereka yang menjadikan kejadian Nabi Isa itu berlebihan sampai menaikkan taraf baginda terlalu tinggi melebihi taraf manusia.
Dari kisah Nabi Ibrahim, diberikan contoh bagaimana seorang anak itu kadang-kadang lebih beragama dan lebih berpengetahuan dari bapanya.

Surah ini juga memujuk para sahabat yang sedang ditindas. Mereka diberikan dengan janji bahawa mereka akan mendapat kebaikan yang berkekalan.







Tweet Dr. Zahazan Mohamed






Di saat diri rasa hina dan tertindas oleh perlakuan manusia di bumi Allah yang sementara ini... apa yang penting untuk kembali berdiri adalah doa yang berterusan kepada Allah Az Za Wajalla.. mengamalkan doa-doa yang menaikkan semngat.. memperbaiki diri seiring jalan yang diredhai Allah.. berzikir dan memperbanyakkan Al Quran walau sepotong ayat. Tambahan kepada ini adalah banyak membaca buku-buku yang memotivasikan diri termasuk memperbanyakkan membaca positive quotes daripada mereka yang lebih baik daripada kita agar dapat terus berdiri menjalankan amanah Allah dengan penuh tanggung jawab HANYA KERANA ALLAH bukan kerana manusia.

Jom saya kongsikan tweet tweet tweet dari Ustaz Zahazan Mohamed (I am one of the follower dari tahun 2008)..


Image result for dr zahazan mohamed

Tak perlu jadi kaya utk bahagia..bahagia itu terletak pada hati yang sedar bahawa Dia memberimu berbagai nikmat yang belum disyukuri ..

Jika kekayaan jadi ukuran kasih sayangNya,tentu Firaun & Qarun menduduki list teratas,oleh itu janganlah tertipu.

Setiap kali kita rasa diri hebat, bayangkanlah bahawa kita merupakan satu makhluk yg pernah keluar dari saluran najis sebanyak dua kali..

Jadikanlah celaan org sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya,jangan jadikan ia sebab memendam dendammu kepada simiskin adab sptnya.

Patut kita istiqomah pada benda yg orang puji seperti Abu Hanifah mengekalkan qiyamullail selepas mendengar orang memujinya rajin qiyam.

Bila hati memberontak melihat kelebihan yang dinikmati orang banyakkanlah istighfar padaNya, kerna ia satu helah syaitan utk menakluki diri.

Antara benih taqwa yg tumbuh dalam diri ialah kesannya seseorang itu merasakan bahawa orang lain sentiasa lebih baik daripada dirinya..

Pernah tak kita sedar bahawa segala pencapaian kita adalah pinjaman daripadaNya, sekejap lagi anugerah itu mungkin bukan milik kita lagi.

Berhati-hatilah dengan wanita & harta, betapa banyak fitnah berpunca dari keduanya, la haw la wa la quwwata illa bilLah..

Tanda hidup kita dlm keredhaanNya ialah kita sibuk mmenuhi kehendakNya & mmenuhi hajat sesama muslim..

Selalu kita takut ditolak orang, mengapa tak pernah rasa takut ditolak oleh Allah swt amalan kita ?

Sorang kata gemuk,sorang kata kurus...aaa peduli apa ! asalkan kau hambaNya, patuh pdNya tak buat laranganNya.Jangan amik hati sangat..

Tanda Allah swt redha dengan kita ialah kita sibuk dengan mengerjakan amal soleh dan menjalani hidup penuh berkat.

Apalah yg disibukkan sangat pandangan manusia, sepatutnya kita sibuk dengan apa yg Allah swt kata, barulah kita akan berjaya

kata Ibn Rajab al Hanbali Tanda hamba itu dihina oleh Allah ialah hatinya bergelumang melakukan maksiat sedangkan zahir menampakkan taqwa.

Bercakaplah pada mereka kerana kau diminta menyampaikan tapi jika tiada perubahan maka itu bukan kerjamu kerana mengubah itu tugas Dia.

Buatlah kebaikan pada siapa saja walau sekecil mana, kerana kita tak tahu boleh jadi kebaikan itu akan berguna utk menyelamatkan kita kelak.

Tanda sombong & jahil ialah susah dengar nasihat,baginya dirinya 'perfect' tak wajar ditegur sedangkan tiada satu pun yg sempurna selainNya.

Si jahil suka menunjukkan pandangan peribadi walaupun ia bertentangan dengan pandangan si alim agar menjadi publisiti untuk dirinya.

Dunia diberikan pada yg minta dan yg tak memintanya,tapi akhirat hanyalah khas diberikan pada yg memintanya,maka bersungguhlah utk akhirat.

Orang Cemerlang adalah mereka yg melihat masalah sebagai ruang baru untuk membetulkan atau mengubah gaya berfikir dan bertindaknya.

Mengingati mati bukan untuk mematahkan semangat sebaliknya ia membakar semangat agar berdaya maju menghasilkan yang terbaik dalam hidup ini.

Perhatikanlah orang yg menjadi temanmu.Sesiapa yang tidak membantumu dpt ilmu,tak membawamu mengenali Allah lebih dekat maka tinggalkan !

Betapa banyak kata2 yang keluar,tanpa fikir panjang akhirnya menjadi penyebab kepada penyesalan yang tiada berkesudahan.Justeru fikir dulu.

Salah satu sifat dunia ialah ia berpusing & berubah. Mungkin orang yg dipandang mulia boleh jatuh menjadi hina satu masa yg lain.

Bukanlah perpisahan yg sebenar kematian sebab kita akan bertemu semula.Perpisahan sebenar ialah bila seorang terpisah di akhirat.

Taqwa ialah kamu tidak merasakan dirimu lebih baik dari orang lain (Ibn Umar ra)  

Jangan biarkan sehari pun berlalu dlm hidupmu tanpa engkau mendampingi kalamulLah... 

Sebahagian manusia memasuki syurga bukan kerana banyaknya ibadah persendirian mereka,tp kerana banyaknya khidmat yg diberikan pd orang.

Bagaimana nak jadi hamba Allah swt pabila keseronokan kita dlm urusan makhluk mengatasi keutamaan kita memenuhi urusan Allah swt .

Sebahagian ditipu dgn penampilan luar,harapkan hati bersatu sebab sedondonnya pakaian,lupa sebab kesodondonan hati adalah ikut perintahNya.

Ketahuilah olehmu saudara,walau panjangnya episod kesedihan ia tetap berakhir bagai keretapi berhenti juga di sebuah stesyen kebahagiaan.


Monday, September 28, 2015

Meroyankah Aku?





Bismillah...

Segala sesuatu itu didatangi kepada kita atas beberapa sebab yang tertentu, Hanya dia Maha Mengetahui...





So pagi ini aku nak kongsikan tentang sakit meroyan.. memang kita biasa dengar perkataan ini.. lagi lagi kaum wanita. Tapi benda itu akan jadi luar biasa dan terkejut pada kita bila dan saat mengetahui rupanya kita adalah salah seorang daripada statistik menghidap ROYAN. Benda ni terjadi bila aku pergi berurut.. dan alhamdulillah rezeki Allah ketemukan aku dengan orang yang benar2 mengurut dan mengetahui masalah pada badan aku yang aku sendiri tak tahu dan hanya menganggap penat bekerja sahaja ATAU salah angkat barang...

Angin di dalam badan yang aku sangka biasa rupanya adalah angin yang masuk saat aku berpantang anak ke tiga... (Nur Ain Aleesya). Yang kini dah 4 tahun.. al maklumlah aku i berpantang sendiri.. masa Aleesya.. dua minggu jer hubby jaga aku.. then dia kerja ke Sarawak dah.. Aleesya pun lahir awal.. kecik jer.. (1.98kg) tapi lepas 2 minggu aku uruskan sendiri anak anak di Putrajaya (3 org). Ke pasar di Precint 8.. ke klinik atau hospital.. ke Tadika hantar anak-anak.. DAN AKU DRIVING MANUAL CAR sendiri..

Selepas ada Aleesya jugaklah aku tumpah darah.. (2012). Selepas pada tu memang badan aku mudah sakit-sakit (sejuk).. So korang korang wanita di luar sana.. jangan pandang remeh kepada perkara ROYAN nih.. aku dah terkena nih baru aku rasa rugi.. Pening kepala.. stress.. dingin.. sakit pinggang.. pucat.. lesu.. muram.. suka bersendirian juga adalah tanda tanda ROYAN.. akulah tuuuu!!

Sedih jugak bila baru tahu yang rupa rupanya kita jadi macam tu adalah kesan daripada tanggungjawab yang dipikul kita sebagai seorang ibu dan isteri.. sedih kan.. AKU MEMANG SEDIH sebab kita cuba untuk jadi kuat dan terbaik demi keluarga. Biar anak-anak sakit kita ibu boleh jaga TAPI jangan kita sakit sebab kesian kat anak anak tak de orang nak jaga... istilah tu lah yang aku gunakan semasa aku bersendirian dengan anak anak..


Jom kita tengok jenis jenis ROYAN nih..




GILA MEROYAN
Sekiranya darah bantal tidak keluar dengan sempurna, bahagian sulit akan berbau busuk. Bau itu tidak dapat diatasi walaupun dicuci dengan apa cara sekalipun. Ini kerana darah busuk yang berbau seperti bangkai masih tertinggal dan melekat atau tersangkut seperti ketulan kecil atau besar di dalam lapisan tisu rahim (endometrium).


Keadaan tersebut mungkin menjadi punca pengeluaran haid yang tidak teratur atau tidak lawas. Bahkan, sekiranya berlarutan sepanjang tempoh pantang bersalin, darah busuk itu akan menjadi punca sakit kepala, kemurungan dan seterusnya membawa kepada sakit angin meroyan, angin kotor dari rahim atau disebut juga sebagai mother's blues. Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenalpasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu. 

MEROYAN API... (Dah macam Street Fighter pulak dah)
Dinamakan meroyan api kerana semasa dalam pantang, ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh sampai ke tahap menjerit2 dan lupa. Kemarahan adalah melampau, adakalanya menyebabkan ibu tersebut menghempas atau membaling anak kecilnya (yang selalu menangis) - kesian baby yang tak berdosa dan tak bersalah tu jadi mangsa... takuttttnyaaaa...

MEROYAN KENTUNG (KERTUNG) 

Ibu akan menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh sehingga apabila berlarutan tidak dapat membezakan antara anak dengan bantal. 

MEROYAN URAT

Ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot atau disebut oleh masyarakat di utara Semenanjung sebagai "kediang badan".




MEROYAN LENDIR
Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar dan keguguran rambut serta badan menjadi susut.




MEROYAN TINGGAL
Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang untuk lari dari rumah. Ibu yang mengalami masalah ini mungkin tidak mahukan bayinya sendiri. Dia sering tertawa, mengilai seperti dirasuk atau dalam kes yang teruk tidak mengenali suaminya sendiri.


MEROYAN BULU

Ibu sentiasa berasa seram sejuk, bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeletar kesejukan sehingga menyebabkan kancing gigi. Adakalanya, mereka akan kelihatan seperti terkena sampuk.




MEROYAN KULIT

Ibu berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru2 seperti kelakuan kera. Akibat sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami penyakit kulit.
 


 Kaedah Rawatan ROYAN:


Doa elak STRESS


Adalah TERBAIK untuk ibu ibu mengamalkan mandi tikar ATAU bertangas.. bertangas cukup lengkap dengan bahan akar kayu, tradisional rempah ratus, herba... yang akan menyuci secara dalaman..



Meroyan , penyakit angin, dan juga ketegangan urat boleh di kawal secara natural. Bagi rawatan tradisional, penggunaan herba juga dikatakan dpat membantu mengurangkan masalah ini, Misalnya, dari pengalaman saya selepas melahirkan Sobirin 2 tahun lepas. Bidan yang mengurut saya menggunakan campuran beberapa jenis rempah untuk mengelakkan diri dari terkena penyakit meroyan. Sempat juga la saya bertanyakan itu da ini semasa bertungku. Antara herba yang digunakan adalah herba cekur, halia, kunyit dan lada hitam dikatakan bagun suntuk membuang angin dan berfungsi sebagai antioksidan serta antibengkak.






kepelbagaian herba untuk atasi masalah angin dan bengkak urat selepas besalin

Kini saya menggunakan perubatan tradisional untuk mengubati ROYAN saya ini (yang baru saya ketahui).. antara kaedah rawatan:

(i) Berurut seluruh badan

(ii) Berurut angkat peranakan

(iii) Berurut seluruh badan (kali ke-2)

(iv) Mandi Tikar (Bertangas)

(v) Pengambilan maajun (herba panas badan)

(vi) Pengambilan ubat periuk

(vii) Penggunaan pencuci vagina (perapat/mengeluarkan lendir terbuku)


InsyaAllah..













Para ibu disyorkan mengamalkan perubatan herba dan rempah ratus khusus bagi rawatan semasa dalam pantang. Satu kajian yang dijalankan mendapati kandungan cekur dalam ubat herba bersalin mempunyai potensi untuk menghindari penyakit murung. Manakala satu kajian lagi tentang kunyit, mendapati herba tersebut mempunyai ciri antioksidan dan antibengkak. Secara tradisional halia, serai, jerangau dan rempah ratus diyakini mampu mengeluarkan sisa racun akibat pemakanan agar darah kembali bersih. Sesungguhnya gabungan bahan-bahan tersebut dapat membantu ibu-ibu mengelak daripada dihinggapi penyakit meroyan. Selain itu, ramuan ini dapat membantu membersihkan rahim daripada pengumpulan angin, lendir dan darah beracun daripada darah bantal yang tertinggal sekali gus dapat mempercepatkan pengecutan rahim, mengimbangi hormon, melegakan sakit urat saraf dan membantu melangsingkan badan.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Friday, September 25, 2015

Dahsyatnya Doa Ibu







Terdetik pulak kat hati kecil ni lepas tonton satu kisah di Slot Tanah Kubur ASTRO OASIS tentang seorang anak yang jadi gila selepas mengguris hati ibunya... sesungguhnya tiada hijab dalam doa seorang ibu... Lantas saya capai buku yang ada di dalam koleksi saya iaitu "DAHSYATNYA DOA IBU" hasil tulisan SYAMSUDDIN NOOR yang telah terjual melebihi 80,000 naskah... 

Ibu,
Doanya adalah penawar;
Juga racun berbisa...

Doa Ibu adalah setanding dengan doa nabi untuk umatnya. Membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu  hidayah sepanjang zaman.Maka, setiap anak wajib mentaati, menghormati, dan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa; tanpa mengeluarkan kata-kata kasar yang mampu mengundang rasa marah insan mulia yang tinggi martabatnya di sisi Tuhan.

Di dalam buku ini terdapat 10 Bab yang telah dikupas dengan sangat baik oleh penulis. Contoh-contoh yang diketengahkan juga sangat dekat dengan jiwa dan kehidupan sehari hari kita... Penulis juga menyelitkan kisah kisah sinonim yang telah dijadikan contoh. Antaranya di dalam Bab 9; Akibat Buruk Menderhaka Kepada Ibu:

(i) Alqomah tidak boleh Mengucap Dua Kalimah Syahadah
(ii) Salmah Susah Melahirkan Anak

Image result for dahsyatnya doa ibu


Bukti Ibu itu sangat penting dalam kehidupan mu...

Penenang Jiwa - Pengubatan dan Rawatan IMAM AL GHAZALI

 



Assalammualaikum Salam Jumaat Penghulu Hari kepada semua pembaca blog ini sama ada secara langsung mengikuti perkembangan blog ini atau secara tidak sengaja terklik ke bolg ini. Semoga kita dapat berkongsi yang baik baik untuk kebaikan kita bersama. InsyaAllah....

Tengahari di waktu rehat yang panjang ini... sementara menunggu khutbah jumaat di Radio IKIM... terdetik nak kongsi tentang Buku yang saya nak baca ini... BEST SELLER Terjemahan Mukashafah Al Qulub.



Saya suka baca buku ini... buku inipun saya beli sewaktu fikiran saya agak terganggu... stress... tekanan kerja... tekanan sekeliling yang membuat saya down... jumpa sahaja buku ini saya terus beli untuk dihadiahkan kepada diri saya sendiri. Saya kongsikan dahulu sinopsis buku ini:


Manusia akan hanya beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.

Oleh itu kita hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Allah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.

Dia Maha Mengetahui akan segala rahsia-rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milik-Nya jua. Berserahlah kepada Nya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.


Untuk tenang jiwa antaranya kita perlu; Jauhilah mengumpat (GHIBAH) dan memfitnah kerana: 



(i) Allah SWT mencela orang ghibah bagaikan memakan bangkai.

"Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?" - AL-Hujurat:12

(ii) Baginda Rasulullah SAW bersabda;

"Takutlah ghibah. Ia lebih teruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat memaafkannya"

(iii) Baginda juga bersabda:

"Ghibah itu menuturkan keburukan kepda saudaramu samada badan, nasab, perbuatan, ucapan, agama, dunia, bahkan baju, selendang atau tunggangannya".


Astagfirullah Hal 'Azim

Astagfirullah Hal 'Azim

Astagfirullah Hal 'Azim



Alhamdulillah.. semoga hidup kita sentiasa tenang. Insya Allah Aminnnnnn....

Amalkan baca surah Al Insyirah bagi memperoleh ketenangan jiwa dan kelapangan hati.





ingatlah...