“IGLOO
CINTA” berada di luar
ruang lingkup mu…. Aku kesejukan! Ruang untuk aku berfikir terbatas! Aku
seolah-olah tidak berdaya untuk terus hidup dalam kesejukan ini.
Kau
dirikan aku sebuah Igloo Cinta – penuh dengan kasih sayang yang menghangatkan
sebuah perjalanan
TAPI,
Aku tahu Igloo Cinta ini
hanya satu pinjaman…
BAB 7
“
I miss u a lot, my Dear......” sebuah kucupan hinggap di pipi Puan Malika
pada malam itu. Malam di mana sudah lama sangat dinantikan. Malam di mana
suaminya akan terus berada di sampingnya dan anak-anak. Malam di mana dirasakan
beban yang ditanggung selama ini akan berkurangan dengan kehadiran En. Harith sebagai
ketua keluarga. Segala-galanya kembali ke asal. Dibalas mesra kucupan suami
tersayang. Dan dia lena di sisi dan di dalam pelukan suami yang
dirinduinya.....
_________________________________
Puan Malika terasa tidurnya begitu
lena sehingga ketiadaan En. Harith di sampingnya tidak disedari. Dia mengerling
jam di sisi kecil di sisi katil. Sambil matanya digosok-gosok. Baru jam empat
setengah pagi, belum masuk waktu Subuh. Dia menarik selimut comforter dan menyarung selipar. Baru
sahaja hendak mengatur langkah, pintu ditolak perlahan dan ternampak En.
Harith.
“Ke mana sayang?”
“Turun bawah sekejap. Suddenly I felt dry. Abang pergi minum
air tadi.... malas abang nak kejutkan sayang. Nampak penat saja.... tidurlah.”
“Errrmmmm.......”
Puan Malika kembali menyambung
tidurnya. Begitu juga dengan En. Harith. Kepalanya tiba-tiba dirasakan berat.
Tetapi nampak riaknya cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Puan Malika.
“Sayang, belum tiba masa yang sesuai
untuk abang ceritakan segalanya.... ya Allah Engkau Lebih Mengetahui!” En.
Harith melelapkan mata sambil merenung redup wajah isteri tersayang. Renungan
itu melenakan tidurnya.
___________________________________
Walaupun
mereka jarang bersama, tapi gerak hati dan tingkah laku suaminya agak
menjengkelkan pada pandangan Puan Malika. Seperti ada sesuatu yang cuba
disembunyikan oleh suaminya. Namun dia tidak mahu bertanya bukan tidak mahu
mengambil berat akan suaminya tapi dirasakan biarlah suaminya yang sendiri
membuka perbualan. Apa yang mampu dilakukan hanya terus menadah tangan pada
Allah untuk terus melimpahkan rahmat dan barakah ke dalam rumahtangga yang
dibina hampir 25 tahun itu. Sejujurnya mereka berdua boleh membaca isi hati
masing-masing melalui gerak geri masing-masing. Dan Puan Malika terus
menjalankan rutin hariannya seperti tidak mengesyaki apa-apa. Dia juga percaya
akan suaminya. Pagi itu dia tidak ke mana-mana memandangkan cuti sekolah di
International School telah pun bermula dan tiada ujian SPM atau STPM seperti
sekolah-sekolah Kebangsaan yang lain.
Marlia
pula tak habis-habis keluar dengan Bieha. Katanya Bieha akan berpindah ke Pulau
Pinang hujung tahun ini.
Marlisa
ke Ekspo Jom Pergi U!! Yang diadakan
di PWTC.
En.
Harith masih di hadapan kolam ikannya. Duduk sambil memerhatikan ikan-ikan Kap
berlegar-legar di ruang kolamnya yang luas. Sekejap-kejap dia mengerling ke
i-Padnya. Tidak lekang dia dan i-Padnya.
“Abang.....”
“Ya,
sayang”
Lamunan En.
Harith terhenti dengan panggilan Puan Malika. Dia menyahut sambil mengerling,
kelihatan Puan Malika manis sekali berjalan ke arahnya sambil membawa dulang.
En. Harith menyambut dulang yang dibawa Puan Malika.
“macam
tahu-tahu aje perut abang lapar....”
“Hai
abang, just had your fried rice this morning for breakfast takkan lapar lagi...
Anyway I just bring for you light refreshment sahaja. Karang kita lunch sama-sama yang berat-berat
ok? “
“So,
where you want me to bring you this noon?”
“Tak
payahlah abang, My masak aje untuk abang. Kita makan di rumah sahaja. My malas
lah nak keluar. Abang pun penat tak hilang lagi balik dari Doha. Abang pening
kepala mungkin sebab jack let tak hilang lagikan.....”
“Mungkinlah.......”
“Abang,
hujung minggu ini kita ke rumah Bonda nak? Boleh bawa Marlia dan Marlisa
sekali....”
“My...”
“Iyer,
abang. Kenapa?”
“Abang
rasa janji abang nak bawa My dan anak-anak ke oversea for holiday kita batalkan
ajelah”
“My tak
kisah. Tapi abang dah janjikan dengan anak-anak. Janji kena kotakan. Tapi kalau
alasan kukuh dan abang jujur dengan anak-anak, mungkin mereka boleh faham.
Anak-anak kita dah besar dan meningkat dewasa, abang. Trust me, treat them as
an adult.... they will listen to you.”
“Thanks
sayang. You did a great job dalam membesarkan anak-anak. Abang jauh selalu
tiada di samping sayang. Abang hampir tidak mengenali anak-anak abang.
Tahu-tahu sahaja mereka dah besar. Dalam sekelip mata juga mereka akan
tinggalkan abang. Punya keluarga sendiri. Kalaulah masa itu boleh diundur....
really miss that moment. If I can turn back time, get along on the right
track....... uhhhhhh it was my fault!”
“Apa yang
abang cuba bagitahu My ni.... it’s ok. I know abang bukannya pergi jauh-jauh tu
untuk sesuatu yang salah Tapi abang ke sana pun mencari rezeki untuk My dan
anak-anak. Kesenangan hari ini juga adalah atas titik usaha abang. We all thank
you, abang for this.... even though you are far in Doha, our prayer always with
you. Nothing to regret abang..... I’m happy now you are here!!” Puan Malika
memeluk suaminya, memberi sebuah kekuatan dan menunjukkan kepercayaannya. En.
Harith membalas pelukan itu.
“Thanks
sayang, for believing me..... always”
______________________________