Alhamdulillah... selamat dan selesai sudah majlis Ijab & Qabul adik bongsu sePAPA & seMAMA saya; Mohd Feiza Bin Mohd Shariff pada 2 & 3 November yang lalu di rumah Pengantin Perempuan; Siti Aishah Binti Hj. Abdul Rajap. Mereka sah bergelar suami & isteri dengan sekali lafaz. Terima kasih dan syukur kepada Yang Maha Esa kerana dipermudahkan segala urusan.
my Dear, uncle Zin, papa, PENGANTIN, mak, along, bro in law
aqeelah, afeeqah, ME, ateh (pink), anyah (blue), Cik Na with Affan, Cik Ati
bangah with lil Qaisara, sis in law Nurul, cousin Shahira, cousin Mawaddah, Khalis
Adam & Zikri
(they are all my late mom's sibling)
Saya sangat happy kerana proses jemputan di saat-saat akhir dipermudahkan. Walau pun tidak ramai saudara mara yang hadir dr keluarga sebelah lelaki namun MAJLIS SANGAT BERMAKNA dengan kehadiran ibu saudara dan bapa saudara sebelah arwah MAMA saya. Walaupun tidak cukup sepuluh orang namun kehadiran Anyah, Anjang sekeluarga, Ateh, Cik Ati sekeluarga dan Cik Na sekeluarga sangat-sangat dihargai dan tak dapat saya balas. Kehadiran mereka seolah-olah membawa bersama semangat2 arwah Atuk Jamari, Arwah Opah Safiah dan Arwah Mama (Noraani Jamari). Hanya kata-kata dan ucapan "terima kasih kerana datang" yang dapat diucapkan sambil tangan dihulur dan berpelukan. Namun jauh di sudut hati sangat-sangat berterima kasih (sukar digambar dengan kata-kata) kerana berkongsi kegembiraan kami sekeluarga.
Kepada pengantin perempuan a.k.a my sister in law; be good, be understood, be strong & be matured in everything u do!! Remember ALLAH will always there for u to hear your up & down... good & bad..
Kepada pengantin lelaki a.k.a. my lil bro; be fair, be good, be a man, be a leader, be a friend, give & take always.... be a good son in law / bro in law.... REMEMBER what u give; u will get back!!! Always give the good thing & tolerate in everything u do.... my pray always for u!!!
Our new family member; siti aishah hj. abdul rajap, papa, mak, adeq
Me & lil aleesya, bangah, my Dear, my bro. in law, along
my sis in law & lil qaisara, my gals aqeelah & afeeqah, and last but not least family member mohd khalis my lil bro sePAPA.
ucapan terima kasih juga kepada kawan-kawan adik saya seperti Picit, Pramu, Aizad dan yang lain-lain. Yang nyata ikhlas membantu dan menyerikan majlis ijab & Qabul adik saya. Dari hari nikah sehinggalah hari bertandang; menyiapkan pakaian raja sehari agar tampil segak serta membawa dulang2 hantaran. kawan-kawan adik saya yang mendahului dan mengiringi rombongan pengantin lelaki mengalunkan selawat..... walaupun majlis tiada berkompang; tiada muzik iringan namun alunan selawat ke atas nabi junjungan itu cukup menyentuh hati saya... saat mendengar mereka mengalunkan sambil mengiringi adik saya; berlinang dan berguguran sedikit air mata saya... walaupun majlis agak sederhana namun meninggalkan 1001 kenangan manis yang pasti saya ingat.
Terima kasih Allah di atas segala kelancaran dan kemudahan yang Engkau berikan. Semoga adik & shasha sentiasa dalam lindungan Mu. Amin.
Terima kasih Allah di atas segala kelancaran dan kemudahan yang Engkau berikan. Semoga adik & shasha sentiasa dalam lindungan Mu. Amin.
No comments:
Post a Comment