Friday, October 2, 2015

Novel IGLOO CINTA Kembali Aktif






Asalammualaikum... 





Kau dirikan aku sebuah Igloo Cinta – penuh dengan kasih sayang yang menghangatkan sebuah kehidupan
TAPI,
Aku tahu Igloo Cinta ini hanya satu pinjaman.... 






syukur kepada Allah diberikan kesihatan dan ingatan semula kepada projek novel suatu ketika dahulu yang terhenti.... Novel Bersiri Igloo Cinta terhenti di Bab 7.. InsyaAllah saya akan kembali di penulisan2u.my..... jenguk jenguklah dan ikuti penulisan saya di situ... dengan berkarya kadang-kadang membantu kita mengawal dan menghilangkan stress kerana ia adalah hobi saya yang sebenarnya...

 

Surah Kahfi..




Salam Jumaat Penghulu Hari...

Jom kita alunkan di hati kita Surah Kahfi... semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah Maha Esa dari hari Jumaat ini sehingga ke Jumaat minggu hadapan. InsyaAllah....


Thursday, October 1, 2015

Surat Maryam dan Terjemahan










Tengahari ini semasa waktu rehat di dalam bilik saya sambil menjamu bekalan yang dibawa.... saya mendengar radio IKIM.FM yang ketika itu sedang melagukan surah Maryam. 

Ustaz itu membaca sambil menangis di beberapa ayat yang menyentuh hati saya ketika itu.... "Betapa indahnya dan beruntungnya mereka yang mempelajari Bahasa Arab; Bahasa Al Quran".... apa yang tersimpan dan istimewanya di dalam Surah Maryam?
 



Sudah menjadi lumrah alam, manusia mudah terkesan dengan perkara-perkara ajaib. Kalau mereka lihat benda-benda yang pelik, mereka mulalah terkesan dan mula fikir macam-macam. Kadang-kadang oleh kerana terkesan, mereka memuja makhluk-makhluk yang nampak macam ada kuasa ghaib. Seperti wali-wali dan malaikat-malaikat. Termasuk juga kalau mereka lihat benda-benda yang pelik seperti busut besar, pokok yang pelik rupanya dan sebagainya. Ada yang mereka jadikan sebagai tempat minta nombor ekor lah, minta tolong di situ lah dan sebagainya lagi. Itu tidak boleh kerana mereka juga adalah makhluk, bukan Tuhan. Mereka juga bukan perantaraan bagi Tuhan. Sebab ada juga yang bagi hujah, mereka bukan minta kepada entiti-entiti itu, tapi mereka minta kepada Allah, tapi melalui benda-benda itu atau makhluk-makhluk itu. Ini adalah perkara tauhid, jadi kena faham betul-betul. Selepas ini, hanya minta kepada Allah sahaja secara terus sahaja. Jangan nak guna perantaraan-perantaraan lagi dah.

Salah satu perkara ajaib yang Allah ceritakan dalam Quran adalah tentang kisah Nabi Zakaria. Surah ini ada menceritakan tentang kekeliruan manusia tentang Nabi Zakaria. Agama sebelum Islam datang ada mengatakan Nabi Zakaria boleh ikhtiar untuk dapat anak, padahal Nabi Zakaria dapat anak kerana doa baginda kepada Allah. Bukannya kerana baginda ada kuasa lain dari manusia lain yang boleh menyebabkan baginda dapat anak. Kita akan belajar tentang bagaimana cara Nabi Zakaria berdoa kepada dalam surah ini nanti. Dan doa itu adalah sebagai satu tips kepada kita untuk berdoa kepada Allah.

Ramai dari kita berusaha untuk dapatkan anak. Ada yang senang dapat anak dan ada yang dah bertahun-tahun kahwin, masih tidak dikurniakan anak oleh Allah. Ada pula yang kata untuk dapat anak, kena baca surah Maryam. Padahal, Maryam tidak berdoa untuk dapat anak pun – anak itu diberi oleh Allah. Itu adalah satu kekeliruan dalam masyarakat kita dan yang sedihnya, ianya diajar oleh guru-guru agama di Malaysia. Mereka mengajar manusia yang jahil untuk hanya menjadikan ayat-ayat Quran sebagai ‘azimat’ sahaja. Baca berkali-kali tanpa memahami apakah maksud dan pengajaran dalamnya. Kalau kita setakat membaca sahaja, kita tidak ada bezanya dengan Kaum Yahudi yang kita pun tahu mereka sesat. Mereka itu membaca dan menghafal kitab Taurat, tapi mereka tidak mengambil pengajaran dari kitab Taurat itu. Sama sahaja dengan kebanyakan masyarakat kita. Ramai orang Islam dalam masyarakat kita yang baca Quran hari-hari pun, hafal pun ada, tapi mereka tak faham apa yang mereka baca itu. Yang sebenarnya, dalam surah Maryam ini ada doa Nabi Zakaria untuk mendapatkan anak. Ianya adalah kisah tentang Nabi Zakaria tapi diletakkan dalam surah Maryam.

Surah ini diturunkan hampir dengan masa sebelum Hijrah pertama yang dijalankan ke Habsyah. Dari sirah, kita dapat tahu bahawa pada tahun 4 kenabian, Nabi telah diarahkan untuk berdakwah secara terbuka. Apabila Nabi berdakwah secara terbuka, musyrikun Mekah tidak suka, maka para sahabat yang telah masuk Islam telah ditindas dengan teruk sekali. Orang-orang Muslim waktu itu adalah terdiri dari orang-orang yang lemah dan kelas bawahan pada mata orang kafir. Mereka tidak ada perlindungan seperti orang-orang yang lain. Dalam adat waktu itu, selalunya perlindungan diberikan oleh kabilah masing-masing tapi mereka adalah orang yang miskin dan lemah. Mereka tidak ada ‘payung’ yang dapat menyelamatkan mereka. Mereka terasa amat tertekan dengan penindasan yang mereka terima. Mereka tidak tahan sampaikan mereka datang bertemu dengan Nabi menceritakan keadaan mereka. Mereka mengadu tentang penindasan yang mereka terima. Pada mulanya, Nabi menyuruh mereka bersabar dengan nasib mereka kerana umat yang terdahulu ada yang lagi teruk terima azab dari orang kafir.

Kemudian Nabi telah mendapat wahyu untuk menyuruh mereka untuk berhijrah ke Habshah. Kerana raja Habasyah waktu itu adalah raja yang adil. Raja itu adalah raja yang beragama Kristian yang alim. Dalam riwayat, ada yang mengatakan bahawa yang pergi berhijrah itu adalah seramai 8 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Apabila Musyrikin Mekah mendapat tahu tentang penghijrahan itu, mereka tidak puas hati dan mereka telah cuba untuk kejar orang Islam itu tapi tak dapat. Walaupun begitu, mereka telah menghantar satu delegasi untuk pergi ke Habsyah. Tujuan delegasi itu adalah untuk membawa kembali mereka yang telah pergi ke Habsyah itu.

Delegasi itu diketuai oleh Amru al As. Waktu itu Amru al As belum lagi masuk Islam. Mereka akhirnya telah berjaya untuk bertemu dengan raja selepas mereka berbaik-baik dengan para pendita di Habsyah dengan memberi hadiah. Mereka mengatakan bahawa orang Islam yang sedang bermastautin di Habsyah itu adalah pelarian dari Mekah dan mereka mahu supaya mereka itu dikembalikan. Raja kata beliau tidak boleh beri mereka yang mencari perlindungan kepada orang Mekah begitu sahaja. Maka, Raja telah bertanya kepada orang Islam tentang keadaan sebenarnya. Dan para sahabat telah menjelaskan bahawa mereka itu mencari perlindungan di Habsyah dan mereka hanya mahu mengamalkan ugama mereka dengan aman.

Maka, Raja telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mereka dipulangkan. Tapi delegasi Mekah telah pergi berjumpa dengan Raja sekali lagi pada esoknya dan mereka mengatakan bahawa mereka yang lari itu telah meninggalkan agama asal mereka. Dan mereka sedang mengamalkan agama yang baru yang sesat, kata delegasi itu. Mereka juga menentang agama yang lain dari mereka, sambungnya lagi. Dan mungkin mereka pun tidak menerima ajaran Kristian dan mengata tidak baik tentang Nabi Isa. Mereka telah cuba meracuni Raja Habsyah. Raja terasa sedikit kerana dia adalah orang Kristian yang taat. Maka Raja telah memanggil orang Islam dan bertanyakan mereka tentang pegangan mereka tentang Nabi Isa. Jaafar Abu Talib sebagai ketua orang Islam waktu itu telah menjawap bagi pihak sahabat yang lain. Mereka telah bermesyuarat sebelum itu dan mereka sepakat bahawa jikalau Raja bertanyakan tentang Nabi Isa, mereka akan bercakap dengan benar dan tidak akan menyembunyikan apa-apa.

Maka Jaafar mula membacakan surah Maryam. Selepas beberapa ayat, Raja suruh mereka berhenti membaca kerana dia tidak tahan kerana terkesan dengan apa yang disebut dalam Quran dan beliau menangis dan mengatakan ianya adalah cerita yang menyayatkan hati dan benar belaka. Maka raja telah menyuruh musyrikin Mekah pulang dan membenarkan orang Islam tinggal di Habsyah.

Kejadian itu berlaku dalam lebih kurang tahun kelima Kenabian. Maka surah Maryam mungkin diturunkan pada hujung tahun keempat Kenabian. Surah ini diberikan sebagai ‘buah tangan’ kepada mereka yang akan berhijrah ke Habsyah kerana mereka akan berhadapan dengan orang Kristian. Allah menurunkan surah ini pada masa yang diperlukan oleh mereka untuk mereka berhadapan dengan orang Kristian.

Surah ini adalah kesinambungan dari surah sebelum ini, Surah Kahf, yang sudah menyentuh tentang salahfaham Kristian. Maka, surah Maryam ini menceritakan dengan lebih panjang lagi tentang salah faham mereka. Salah faham mereka adalah kedudukan Nabi Isa yang mereka anggap sebagai anak Tuhan.

Surah ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.

1. Tentang Nabi Zakaria dan kelahiran anaknya Nabi Yahya. 

Umur Nabi Zakaria dan isterinya sudah sangat tua waktu itu. Isterinya pula tidak pernah melahirkan anak. Maka kelahiran Yahya adalah kelahiran yang ajaib.

Kemudian disambung dengan kelahiran Nabi Isa pula yang juga ajaib.

2. Tentang Nabi Ibrahim dan Nabi-Nabi yang lain. 

Permulaan surah adalah untuk menghadapi orang Kristian dan akhirnya menghadapi orang musyrik. Walaupun mereka musyrik, mereka masih memandang tinggi kepada Nabi Ibrahim. Begitu juga, orang Kristian menghormati Nabi Ibrahim kerana baginda adalah salah seorang dari Nabi mereka. Maka kisah Nabi Ibrahim diletakkan di tengah-tengah.

Kisah Nabi-nabi lain itu dimasukkan untuk menunjukkan bahawa apa yang Nabi Muhammad bawa bukanlah perkara baru sangat. Ianya memang telah ada dibawa oleh Nabi-nabi yang lain.

3. Tentang musyrikin Mekah.

Surah ini juga menceritakan tentang kepentingan menyampaikan ajaran agama kepada anak-anak kita. Ini untuk memastikan agama itu berterusan. Dan kita memang mahukan kebaikan kepada anak-anak kita. Jangan hanya fikirkan tentang kelangsungan hidup keduniaan mereka sahaja. Banyak diceritakan tentang perkara ini dalam kisah-kisah yang akan disampaikan. Dalam kisah Nabi Zakaria dan Yahya, Maryam dan Isa dan juga Nabi Ibrahim.

Kita dalam dunia sekarang menghadapi masalah penjagaan anak. Kita bising tentang akhlak dan pengetahuan agama anak-anak sekarang. Tapi kenapa jadi begitu? Kerana ibubapa tidak mengajar agama kepada anaknya. Mereka sendiri tidak tahu agama. Maka bagaimana mereka hendak mengajar keluarga mereka?

Surah ini juga menempelak mereka yang menjadikan kejadian Nabi Isa itu berlebihan sampai menaikkan taraf baginda terlalu tinggi melebihi taraf manusia.
Dari kisah Nabi Ibrahim, diberikan contoh bagaimana seorang anak itu kadang-kadang lebih beragama dan lebih berpengetahuan dari bapanya.

Surah ini juga memujuk para sahabat yang sedang ditindas. Mereka diberikan dengan janji bahawa mereka akan mendapat kebaikan yang berkekalan.







Tweet Dr. Zahazan Mohamed






Di saat diri rasa hina dan tertindas oleh perlakuan manusia di bumi Allah yang sementara ini... apa yang penting untuk kembali berdiri adalah doa yang berterusan kepada Allah Az Za Wajalla.. mengamalkan doa-doa yang menaikkan semngat.. memperbaiki diri seiring jalan yang diredhai Allah.. berzikir dan memperbanyakkan Al Quran walau sepotong ayat. Tambahan kepada ini adalah banyak membaca buku-buku yang memotivasikan diri termasuk memperbanyakkan membaca positive quotes daripada mereka yang lebih baik daripada kita agar dapat terus berdiri menjalankan amanah Allah dengan penuh tanggung jawab HANYA KERANA ALLAH bukan kerana manusia.

Jom saya kongsikan tweet tweet tweet dari Ustaz Zahazan Mohamed (I am one of the follower dari tahun 2008)..


Image result for dr zahazan mohamed

Tak perlu jadi kaya utk bahagia..bahagia itu terletak pada hati yang sedar bahawa Dia memberimu berbagai nikmat yang belum disyukuri ..

Jika kekayaan jadi ukuran kasih sayangNya,tentu Firaun & Qarun menduduki list teratas,oleh itu janganlah tertipu.

Setiap kali kita rasa diri hebat, bayangkanlah bahawa kita merupakan satu makhluk yg pernah keluar dari saluran najis sebanyak dua kali..

Jadikanlah celaan org sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya,jangan jadikan ia sebab memendam dendammu kepada simiskin adab sptnya.

Patut kita istiqomah pada benda yg orang puji seperti Abu Hanifah mengekalkan qiyamullail selepas mendengar orang memujinya rajin qiyam.

Bila hati memberontak melihat kelebihan yang dinikmati orang banyakkanlah istighfar padaNya, kerna ia satu helah syaitan utk menakluki diri.

Antara benih taqwa yg tumbuh dalam diri ialah kesannya seseorang itu merasakan bahawa orang lain sentiasa lebih baik daripada dirinya..

Pernah tak kita sedar bahawa segala pencapaian kita adalah pinjaman daripadaNya, sekejap lagi anugerah itu mungkin bukan milik kita lagi.

Berhati-hatilah dengan wanita & harta, betapa banyak fitnah berpunca dari keduanya, la haw la wa la quwwata illa bilLah..

Tanda hidup kita dlm keredhaanNya ialah kita sibuk mmenuhi kehendakNya & mmenuhi hajat sesama muslim..

Selalu kita takut ditolak orang, mengapa tak pernah rasa takut ditolak oleh Allah swt amalan kita ?

Sorang kata gemuk,sorang kata kurus...aaa peduli apa ! asalkan kau hambaNya, patuh pdNya tak buat laranganNya.Jangan amik hati sangat..

Tanda Allah swt redha dengan kita ialah kita sibuk dengan mengerjakan amal soleh dan menjalani hidup penuh berkat.

Apalah yg disibukkan sangat pandangan manusia, sepatutnya kita sibuk dengan apa yg Allah swt kata, barulah kita akan berjaya

kata Ibn Rajab al Hanbali Tanda hamba itu dihina oleh Allah ialah hatinya bergelumang melakukan maksiat sedangkan zahir menampakkan taqwa.

Bercakaplah pada mereka kerana kau diminta menyampaikan tapi jika tiada perubahan maka itu bukan kerjamu kerana mengubah itu tugas Dia.

Buatlah kebaikan pada siapa saja walau sekecil mana, kerana kita tak tahu boleh jadi kebaikan itu akan berguna utk menyelamatkan kita kelak.

Tanda sombong & jahil ialah susah dengar nasihat,baginya dirinya 'perfect' tak wajar ditegur sedangkan tiada satu pun yg sempurna selainNya.

Si jahil suka menunjukkan pandangan peribadi walaupun ia bertentangan dengan pandangan si alim agar menjadi publisiti untuk dirinya.

Dunia diberikan pada yg minta dan yg tak memintanya,tapi akhirat hanyalah khas diberikan pada yg memintanya,maka bersungguhlah utk akhirat.

Orang Cemerlang adalah mereka yg melihat masalah sebagai ruang baru untuk membetulkan atau mengubah gaya berfikir dan bertindaknya.

Mengingati mati bukan untuk mematahkan semangat sebaliknya ia membakar semangat agar berdaya maju menghasilkan yang terbaik dalam hidup ini.

Perhatikanlah orang yg menjadi temanmu.Sesiapa yang tidak membantumu dpt ilmu,tak membawamu mengenali Allah lebih dekat maka tinggalkan !

Betapa banyak kata2 yang keluar,tanpa fikir panjang akhirnya menjadi penyebab kepada penyesalan yang tiada berkesudahan.Justeru fikir dulu.

Salah satu sifat dunia ialah ia berpusing & berubah. Mungkin orang yg dipandang mulia boleh jatuh menjadi hina satu masa yg lain.

Bukanlah perpisahan yg sebenar kematian sebab kita akan bertemu semula.Perpisahan sebenar ialah bila seorang terpisah di akhirat.

Taqwa ialah kamu tidak merasakan dirimu lebih baik dari orang lain (Ibn Umar ra)  

Jangan biarkan sehari pun berlalu dlm hidupmu tanpa engkau mendampingi kalamulLah... 

Sebahagian manusia memasuki syurga bukan kerana banyaknya ibadah persendirian mereka,tp kerana banyaknya khidmat yg diberikan pd orang.

Bagaimana nak jadi hamba Allah swt pabila keseronokan kita dlm urusan makhluk mengatasi keutamaan kita memenuhi urusan Allah swt .

Sebahagian ditipu dgn penampilan luar,harapkan hati bersatu sebab sedondonnya pakaian,lupa sebab kesodondonan hati adalah ikut perintahNya.

Ketahuilah olehmu saudara,walau panjangnya episod kesedihan ia tetap berakhir bagai keretapi berhenti juga di sebuah stesyen kebahagiaan.