Monday, September 28, 2015

Meroyankah Aku?





Bismillah...

Segala sesuatu itu didatangi kepada kita atas beberapa sebab yang tertentu, Hanya dia Maha Mengetahui...





So pagi ini aku nak kongsikan tentang sakit meroyan.. memang kita biasa dengar perkataan ini.. lagi lagi kaum wanita. Tapi benda itu akan jadi luar biasa dan terkejut pada kita bila dan saat mengetahui rupanya kita adalah salah seorang daripada statistik menghidap ROYAN. Benda ni terjadi bila aku pergi berurut.. dan alhamdulillah rezeki Allah ketemukan aku dengan orang yang benar2 mengurut dan mengetahui masalah pada badan aku yang aku sendiri tak tahu dan hanya menganggap penat bekerja sahaja ATAU salah angkat barang...

Angin di dalam badan yang aku sangka biasa rupanya adalah angin yang masuk saat aku berpantang anak ke tiga... (Nur Ain Aleesya). Yang kini dah 4 tahun.. al maklumlah aku i berpantang sendiri.. masa Aleesya.. dua minggu jer hubby jaga aku.. then dia kerja ke Sarawak dah.. Aleesya pun lahir awal.. kecik jer.. (1.98kg) tapi lepas 2 minggu aku uruskan sendiri anak anak di Putrajaya (3 org). Ke pasar di Precint 8.. ke klinik atau hospital.. ke Tadika hantar anak-anak.. DAN AKU DRIVING MANUAL CAR sendiri..

Selepas ada Aleesya jugaklah aku tumpah darah.. (2012). Selepas pada tu memang badan aku mudah sakit-sakit (sejuk).. So korang korang wanita di luar sana.. jangan pandang remeh kepada perkara ROYAN nih.. aku dah terkena nih baru aku rasa rugi.. Pening kepala.. stress.. dingin.. sakit pinggang.. pucat.. lesu.. muram.. suka bersendirian juga adalah tanda tanda ROYAN.. akulah tuuuu!!

Sedih jugak bila baru tahu yang rupa rupanya kita jadi macam tu adalah kesan daripada tanggungjawab yang dipikul kita sebagai seorang ibu dan isteri.. sedih kan.. AKU MEMANG SEDIH sebab kita cuba untuk jadi kuat dan terbaik demi keluarga. Biar anak-anak sakit kita ibu boleh jaga TAPI jangan kita sakit sebab kesian kat anak anak tak de orang nak jaga... istilah tu lah yang aku gunakan semasa aku bersendirian dengan anak anak..


Jom kita tengok jenis jenis ROYAN nih..




GILA MEROYAN
Sekiranya darah bantal tidak keluar dengan sempurna, bahagian sulit akan berbau busuk. Bau itu tidak dapat diatasi walaupun dicuci dengan apa cara sekalipun. Ini kerana darah busuk yang berbau seperti bangkai masih tertinggal dan melekat atau tersangkut seperti ketulan kecil atau besar di dalam lapisan tisu rahim (endometrium).


Keadaan tersebut mungkin menjadi punca pengeluaran haid yang tidak teratur atau tidak lawas. Bahkan, sekiranya berlarutan sepanjang tempoh pantang bersalin, darah busuk itu akan menjadi punca sakit kepala, kemurungan dan seterusnya membawa kepada sakit angin meroyan, angin kotor dari rahim atau disebut juga sebagai mother's blues. Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenalpasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu. 

MEROYAN API... (Dah macam Street Fighter pulak dah)
Dinamakan meroyan api kerana semasa dalam pantang, ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh sampai ke tahap menjerit2 dan lupa. Kemarahan adalah melampau, adakalanya menyebabkan ibu tersebut menghempas atau membaling anak kecilnya (yang selalu menangis) - kesian baby yang tak berdosa dan tak bersalah tu jadi mangsa... takuttttnyaaaa...

MEROYAN KENTUNG (KERTUNG) 

Ibu akan menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh sehingga apabila berlarutan tidak dapat membezakan antara anak dengan bantal. 

MEROYAN URAT

Ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot atau disebut oleh masyarakat di utara Semenanjung sebagai "kediang badan".




MEROYAN LENDIR
Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar dan keguguran rambut serta badan menjadi susut.




MEROYAN TINGGAL
Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang untuk lari dari rumah. Ibu yang mengalami masalah ini mungkin tidak mahukan bayinya sendiri. Dia sering tertawa, mengilai seperti dirasuk atau dalam kes yang teruk tidak mengenali suaminya sendiri.


MEROYAN BULU

Ibu sentiasa berasa seram sejuk, bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeletar kesejukan sehingga menyebabkan kancing gigi. Adakalanya, mereka akan kelihatan seperti terkena sampuk.




MEROYAN KULIT

Ibu berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru2 seperti kelakuan kera. Akibat sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami penyakit kulit.
 


 Kaedah Rawatan ROYAN:


Doa elak STRESS


Adalah TERBAIK untuk ibu ibu mengamalkan mandi tikar ATAU bertangas.. bertangas cukup lengkap dengan bahan akar kayu, tradisional rempah ratus, herba... yang akan menyuci secara dalaman..



Meroyan , penyakit angin, dan juga ketegangan urat boleh di kawal secara natural. Bagi rawatan tradisional, penggunaan herba juga dikatakan dpat membantu mengurangkan masalah ini, Misalnya, dari pengalaman saya selepas melahirkan Sobirin 2 tahun lepas. Bidan yang mengurut saya menggunakan campuran beberapa jenis rempah untuk mengelakkan diri dari terkena penyakit meroyan. Sempat juga la saya bertanyakan itu da ini semasa bertungku. Antara herba yang digunakan adalah herba cekur, halia, kunyit dan lada hitam dikatakan bagun suntuk membuang angin dan berfungsi sebagai antioksidan serta antibengkak.






kepelbagaian herba untuk atasi masalah angin dan bengkak urat selepas besalin

Kini saya menggunakan perubatan tradisional untuk mengubati ROYAN saya ini (yang baru saya ketahui).. antara kaedah rawatan:

(i) Berurut seluruh badan

(ii) Berurut angkat peranakan

(iii) Berurut seluruh badan (kali ke-2)

(iv) Mandi Tikar (Bertangas)

(v) Pengambilan maajun (herba panas badan)

(vi) Pengambilan ubat periuk

(vii) Penggunaan pencuci vagina (perapat/mengeluarkan lendir terbuku)


InsyaAllah..













Para ibu disyorkan mengamalkan perubatan herba dan rempah ratus khusus bagi rawatan semasa dalam pantang. Satu kajian yang dijalankan mendapati kandungan cekur dalam ubat herba bersalin mempunyai potensi untuk menghindari penyakit murung. Manakala satu kajian lagi tentang kunyit, mendapati herba tersebut mempunyai ciri antioksidan dan antibengkak. Secara tradisional halia, serai, jerangau dan rempah ratus diyakini mampu mengeluarkan sisa racun akibat pemakanan agar darah kembali bersih. Sesungguhnya gabungan bahan-bahan tersebut dapat membantu ibu-ibu mengelak daripada dihinggapi penyakit meroyan. Selain itu, ramuan ini dapat membantu membersihkan rahim daripada pengumpulan angin, lendir dan darah beracun daripada darah bantal yang tertinggal sekali gus dapat mempercepatkan pengecutan rahim, mengimbangi hormon, melegakan sakit urat saraf dan membantu melangsingkan badan.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Friday, September 25, 2015

Dahsyatnya Doa Ibu







Terdetik pulak kat hati kecil ni lepas tonton satu kisah di Slot Tanah Kubur ASTRO OASIS tentang seorang anak yang jadi gila selepas mengguris hati ibunya... sesungguhnya tiada hijab dalam doa seorang ibu... Lantas saya capai buku yang ada di dalam koleksi saya iaitu "DAHSYATNYA DOA IBU" hasil tulisan SYAMSUDDIN NOOR yang telah terjual melebihi 80,000 naskah... 

Ibu,
Doanya adalah penawar;
Juga racun berbisa...

Doa Ibu adalah setanding dengan doa nabi untuk umatnya. Membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu  hidayah sepanjang zaman.Maka, setiap anak wajib mentaati, menghormati, dan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa; tanpa mengeluarkan kata-kata kasar yang mampu mengundang rasa marah insan mulia yang tinggi martabatnya di sisi Tuhan.

Di dalam buku ini terdapat 10 Bab yang telah dikupas dengan sangat baik oleh penulis. Contoh-contoh yang diketengahkan juga sangat dekat dengan jiwa dan kehidupan sehari hari kita... Penulis juga menyelitkan kisah kisah sinonim yang telah dijadikan contoh. Antaranya di dalam Bab 9; Akibat Buruk Menderhaka Kepada Ibu:

(i) Alqomah tidak boleh Mengucap Dua Kalimah Syahadah
(ii) Salmah Susah Melahirkan Anak

Image result for dahsyatnya doa ibu


Bukti Ibu itu sangat penting dalam kehidupan mu...

Penenang Jiwa - Pengubatan dan Rawatan IMAM AL GHAZALI

 



Assalammualaikum Salam Jumaat Penghulu Hari kepada semua pembaca blog ini sama ada secara langsung mengikuti perkembangan blog ini atau secara tidak sengaja terklik ke bolg ini. Semoga kita dapat berkongsi yang baik baik untuk kebaikan kita bersama. InsyaAllah....

Tengahari di waktu rehat yang panjang ini... sementara menunggu khutbah jumaat di Radio IKIM... terdetik nak kongsi tentang Buku yang saya nak baca ini... BEST SELLER Terjemahan Mukashafah Al Qulub.



Saya suka baca buku ini... buku inipun saya beli sewaktu fikiran saya agak terganggu... stress... tekanan kerja... tekanan sekeliling yang membuat saya down... jumpa sahaja buku ini saya terus beli untuk dihadiahkan kepada diri saya sendiri. Saya kongsikan dahulu sinopsis buku ini:


Manusia akan hanya beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.

Oleh itu kita hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Allah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.

Dia Maha Mengetahui akan segala rahsia-rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milik-Nya jua. Berserahlah kepada Nya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.


Untuk tenang jiwa antaranya kita perlu; Jauhilah mengumpat (GHIBAH) dan memfitnah kerana: 



(i) Allah SWT mencela orang ghibah bagaikan memakan bangkai.

"Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?" - AL-Hujurat:12

(ii) Baginda Rasulullah SAW bersabda;

"Takutlah ghibah. Ia lebih teruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat memaafkannya"

(iii) Baginda juga bersabda:

"Ghibah itu menuturkan keburukan kepda saudaramu samada badan, nasab, perbuatan, ucapan, agama, dunia, bahkan baju, selendang atau tunggangannya".


Astagfirullah Hal 'Azim

Astagfirullah Hal 'Azim

Astagfirullah Hal 'Azim



Alhamdulillah.. semoga hidup kita sentiasa tenang. Insya Allah Aminnnnnn....

Amalkan baca surah Al Insyirah bagi memperoleh ketenangan jiwa dan kelapangan hati.





ingatlah...



Innalillah Hi Wainna IlaiHirojiun










Dari Allah kita datang; kepada Allah kita kembali dan mati itu semeangnya adalah pasti. Sesungguhnya banyak dugaan bagi jemaah haji tahun ini... apapun semuanya hanya Allah yang Maha Mengetahui... di pihak kita manusia... kita nampak simpati dan sedih 

TAPI hakikatnya 

syurga milik mereka dan dikebumikan di tempat yang kita tidak pernah sangka... semoga diampunkan dosa mereka dan kita semua... dihimpunkan di kalangan mereka yang beriman. InsyaAllah....... amiiiiiinnn

 Mereka pergi menemui Tuhan... memenuhi panggilan Tuhan... Subhanallah.. MasyaAllah..



 Jom kita sedekahkan Al Fatihah kepada jemaah yang telah pergi menyahut panggilan Illahi. Al Fatihah...

 Amiiiinn...

Wednesday, September 23, 2015

Jom Puasa Hari Arafah




  




Alhamdulillah sepanjang umur 35 tahun... syukur diberi kelapangan dan kesihatan untuk berpuasa sunat Hari Arafah... mak mertua selalu berpesan dan mengajak ngajak dalam melakukan kebaikan.... untuk berpuasa di Hari Arafah... kenapa orang beriya iya? Jom kita tengok apa kelebihannya.... semoga yang baik itu dapat disebar luas dan dikongsi untuk kebaikan bersama.... insyaAllah




Patutlah mak ajak dan beriya iya tiupkan pada aku untuk berpuasa.... subhanallah... alhamdulillah... allahuakbar... puasa sehari dan betul betul puasa kerana Allah... insyaAllah diampunkan dosa kita setahun lalu dan setahun akan datang... sesungguhnya Dia Maha Pengampun Pengasih lagi Penyayang..
 


 So kita banyakkan lah amalan di bulan Zulhijjah yang baik sebagaimana di atas nih... rebut peluang ini... Hanya Allah Mengetahui apa niat kita... wallahuAlam




Ha... inilah dia niat puasa Arafah kalau korang nak puasa... aku pagi tadi tak sempat nak google. Tapi aku niat la "Sahaja aku berpuasa sunat Wukuf Arafah hanya kerana Allah Taala" semoga Allah menerima puasa dan amalan aku... InsyaAllah.

Jom Kawan Dengan Quran





Assalammualaikum & Salam Sejahtera ke ats semua pengunjung dan pembaca blog ini..

Apa kebaikan yang kita dapat dengan berkawan dengan Al Quran?

 
Image result for al quran
gambar hiasan


1.  Jiwa tenang dan iman bertambah

2.  Akaun pahala bertambah secara tidak langsung.... (kita kan nak jadi kaya!!! Jom kaya akhirat)

3.  Di akhirat kelak... Al-Quran akan datang sebagai syafaat kepada para pembacanya..

4. Nabi SAW memberi pengiktirafan; sebaik baik golongan adalah golongan yang membaca Al Quran

-credit motivasi pagi IKIM.FM 23/9/2015-


Jom baca doa ini..

"Ya Allah masukkanlah aku ke syurga Mu kerana aku membaca Al Quran Mu...." amiiiiin

Wednesday, September 2, 2015

Terlajak Laris Untuk Melawan Resdung - Leesa Formula

Korang malu bila berhadapan dengan orang ramai?
Tak yah orang ramai la.... dengan kawan-kawan di pejabat je...
Ada yang tak selesa berdampingan... berkawan dengan korang gara-gara wajah korang?
Berjerawat, merah membengkak je muka tu... bernanah di certain jerawat...
MALUUUUUUU..... kan!!!
Aku bercakap sebab aku mengalaminya... nak pulak aku kena bagi talk pada public... camner nak build repo dengan public kalau public pun rasa tak selesa dengan kita kan... ialah orang kata bila bercakap; pandang muka.... lalu ker nak hadap muka jerawat aku nih....  dlm post sebelum nih aku dah kongsikan tentang resdung.. So di sini aku nak kongsikan 2 produk yang secara traditional, natural dan insyaAllah dijamin korang akan rasa selesa...

Set Perawatan Resdung & Hidung Tersumbat

Set Sinose adalah formula eksklusif Leesa Formula untuk rawatan lengkap luar dan dalam. Selamat serta mudah dilakukan sendiri di rumah
TABLET RESDUNG
K.K.L.I.U 0179/2011/ABC
Tablet resdung telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dirumus dari beberapa jenis herba semulajadi bagi digunakan secara tradisional untuk MELEGAKAN RESDUNG. Cubalah Tablet Resdung bagi membantu melegakan resdung.
BIO-HEALTH NOSECLEAR
K.K.L.I.U 0181/2011/ABC
Hidung tersumbat adalah salah satu masalah yang kerap mengganggu orang ramai. Kapsul Noseclear yang dirumus dari herba semulajadi ini didaftarkan
dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi digunakan secara tradisional untuk melegekan hidung tersumbat
CORONG BEKAM ASAP
Mengurangi masalah tidak selesa dikawasan hidung serta alahan di bahagian wajah.
FACE TREATMENT POWDER
Membantu mengurangi alahan dikawasan hidung, mengeringkan jerawat, menghilangkan bintik-bintik hitam, jeragat dan parut, mencerah dan menegangkan kulit muka.
HERBAL FACE SOAP
Sebagai pembersih muka harian untuk semua jenis kulit yang mengalami gangguan alahan hidung dan muk
Kebaikan:
  • Berkesan dan selamat
  • Ramuan herba tradisional 
  • Didaftarkan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita 
  • Rawatan lengkap luar & dalam
  • Mudah dilakukan sendiri dirumah atau di salun
- See more at: http://www.leesaformula.com.my/index.php?route=product/product&product_id=311#sthash.Yc041U0J.dpuf


SET LENGKAP RAWATAN RESDUNG & SINUSITIS- RM170.00 

Mengandungi : Tablet Resdung, NoseClear, Corong Bekam Asap, Herbal Face Soap,Face Treatment Powder

JUGA DIJUAL SECARA BERASINGAN :

 

 

 



corong resdung bekam asap leesa formula

CORONG BEKAM ASAP- RM22.00/1 KOTAK ( 4 BATANG )

FUNGSI
-Membantu untuk mengurangi atau membunuh kuman atau hama yang menyebabkan terjadinya alahan resdung -Merawati jerawat -Memudarkan parut -Menjadikan wajah lebih cerah dan bersih.





bedak resdung leesa formula
Mok Cuuuuuunnnnn!!! Ha nak cun korang pakaila bedak sejuk nih. Aku once basuh muka akan cover dgn bedak nih. Jangan takut dia color light brown.. tak nampak seperti pakai bedak sejuk. Believe it or not... aku pakai bedak nih gi opis dan sepanjang di opis... korang akan nampak kesannya seawal sekali pemakaian. AWESOME is guarantee... insyaAllah.

FACE TREATMENT POWDER-RM25.00/60ml

FUNGSI
-Mengurangi dan membunuh kuman resdung -Mengeringkan jerawat -Menghilangkan bintik-bintik hitam jeragat -Memudarkan parut -Menegangkan kulit muka.







sabun anti resdung leesa formula
Yang sabun ni aku guna... alhamdulillah 1st guna dah boleh rasa perbezaan kulit muka kita dan tindak balas terhadap jerawat di muka memang AWESOME..... Aku sangat sangat SYORKAN pada korang.

HERBAL FACE SOAP -RM25.00/50g

Sebagai pembersih muka harian untuk semua jenis kulit yang mengalami gangguan alahan resdung seperti berjerawat, bengkak muka dan kemerahan, hidung tersumbat, sering gatal muka dan kerap bersin.
Mengandungi campuran herba semulajadi yang secara tradisional dan saintifik dikatakan dapat membantu mengurangi masalah yang berkaitan dengan alahan resdung, terutama masalah kulit berjerawat.
Kandungan herba di dalamnya apabila digosokkan ketika mencuci wajah akan meresap ke dalam lapisan kulit bagi membantu membunuh atau mengurangi kuman dan fungus yang menyebabkan terjadinya resdung.





tablet resdung leesa formula
Tablet nih aku ambil setiap malam. Dia berkesan melawan apa yang kita makan di siang hari.. di samping itu kita sendiri perlu mengawal pemakanan kita.

TABLET RESDUNG – RM 55.00/ 60 TABLET

Ia adalah tablet bulat berwarna perang keputihan yang diperbuat dari 100% persediaan herba dengan indikasi yang digunakan secara tradisional untuk melegakan resdung.
Ramuan herba di dalamnya yang telah digunakan secara turun temurun untuk membantu masalah resdung menjadikan Tablet Resdung sangat berkesan untuk membantu mereka yang menderita simptom resdung. Walaupun begitu adakalanya terdapat reaksi awal yang menunjukkan simptom yang lebih teruk, namun ianya hanyalah pada peringkat permulaan sahaja. Teruskan pengambilannya sehingga sembuh dengan menggunakan dos yang biasa.
Herba-herba di dalam Tablet Resdung juga berkemungkinan bersifat panas, jadi pada sesetengah orang yang alah dengan herba, mulakan dengan pengambilan dos yang rendah (1 tablet) selama beberapa hari kemudian barulah mengambil dos biasa 2 tablet.





noseclear leesa formula

NOSECLEAR- RM55.00/60 KAPSUL

Ia adalah kapsul yang dibuat dari 100% persediaan herba dengan indikasi digunakan secara tradisional untuk melegakan simptom hidung tersumbat.
Hidung tersumbat adalah salah satu tanda gangguan resdung yang juga melibatkan masalah seperti hidung gatal, hingus tak berhenti, merah dan bengkak di pangkal hidung, kurang deria bau dan kerap bersin.
Noseclear dengan 2 herba terpilih di dalamnya sangat berkesan untuk mengatasi masalah hidung tersumbat dan simptom yang berkaitan.

Set Perawatan Resdung & Hidung Tersumbat

Set Sinose adalah formula eksklusif Leesa Formula untuk rawatan lengkap luar dan dalam. Selamat serta mudah dilakukan sendiri di rumah
TABLET RESDUNG
K.K.L.I.U 0179/2011/ABC
Tablet resdung telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dirumus dari beberapa jenis herba semulajadi bagi digunakan secara tradisional untuk MELEGAKAN RESDUNG. Cubalah Tablet Resdung bagi membantu melegakan resdung.
BIO-HEALTH NOSECLEAR
K.K.L.I.U 0181/2011/ABC
Hidung tersumbat adalah salah satu masalah yang kerap mengganggu orang ramai. Kapsul Noseclear yang dirumus dari herba semulajadi ini didaftarkan
dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi digunakan secara tradisional untuk melegekan hidung tersumbat
CORONG BEKAM ASAP
Mengurangi masalah tidak selesa dikawasan hidung serta alahan di bahagian wajah.
FACE TREATMENT POWDER
Membantu mengurangi alahan dikawasan hidung, mengeringkan jerawat, menghilangkan bintik-bintik hitam, jeragat dan parut, mencerah dan menegangkan kulit muka.
HERBAL FACE SOAP
Sebagai pembersih muka harian untuk semua jenis kulit yang mengalami gangguan alahan hidung dan muk
Kebaikan:
  • Berkesan dan selamat
  • Ramuan herba tradisional 
  • Didaftarkan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita 
  • Rawatan lengkap luar & dalam
  • Mudah dilakukan sendiri dirumah atau di salun
- See more at: http://www.leesaformula.com.my/index.php?route=product/product&product_id=311#sthash.Yc041U0J.dpuf