Monday, August 31, 2015

Resdung?








Apa itu RESDUNG?

Resdung atau sinusitis adalah masalah ketidak selesaan di kawasan hidung dan sekitar kawasan berhampiran hidung seperti mata, pipi sehingga ke telinga dan tekak.

Apa SYMPTOM atau tanda-tanda anda diserang Resdung?

  • HIDUNG sering tersumbat, berkahak, gatal, berhingus, berair, sakit dan merah di pangkal hidung, kurang deria bau, kerap bersin terutama waktu pagi dan selesema berpanjangan.
  • MUKA gatal, sakit & merah di pipi, kelihatan bengkak, sakit bahagian kening, sakit kepala dan jerawat terutama jerawat batu.
  • MATA gatal, bengkak, merah dan berair.
  • BADAN sering keletihan, lelah, rasa kurang sihat, batuk kronik, banyak kahak, ruam di belakang badan dan kuku hitam.
  • KEPALA sakit, rambut gugur, kebotakan dan berkelemumur.
  • MULUT nafas berbau, sakit gigi.

Antara penyakit lain yang berbahaya yang dikaitkan dengan masalah resdung adalah ketumbuhan dalam hidung seperti "nasal polyps" dan kanser.
 
Sekiranya resdung yang semakin teruk tidak dirawat dengan segera, radang pada ruang udara ini akan merebak ke bahagian-bahagian lain seperti ke bahagian mata yang boleh menyebabkan kelopak mata menjadi bengkak dan sakit, pandangan kabur dan buta.

Jika ia merebak ke bahagian tekak berhampiran selaput otak, kemungkinan besar penyakit meningitis akan terjadi dan boleh menyebabkan otak bernanah (intracnial abscess) apabila ia merebak ke bahagian otak.

Kenapa RESDUNG?

Masalah resdung sebenarnya ada pada hampir setiap orang Cuma tahap keseriusannya berbeza. Selalunya ia terjadi kerana:
  •  Image result for resdung
  • Alahan samada kepada persekitaran seperti habuk, debu, debunga, bijirin, tumbuh-tumbuhan, bulu binatang, asap, udara tercemar, makanan, minuman, ubat-ubatan, dan keadaan tertentu seperti suhu sejuk.
  • Hipersensitif atau kurang daya tahan badan menyebabkan spora fungus dapat membiak hingga terjadi resdung.
  • Ostium (lubang kecil dalam rongga hidung) tersumbat menyebabkan hingus berkumpul dan mengundang kehadiran kuman hingga terjadi resdung.
  • Jangktan kuman pada rongga hidung akibat selsema, demam, alahan (allergi), dan sistem pertahanan badan yang lemah.
  • Struktur hidung yang tidak normal akibat kemalangan dan sebagainya (seperti struktur hidung senget ("deviated nasal septum").
  • Jangkitan kuman akibat kerosakan gusi bahagian atas yang merebak ke rongga sinus.
  • Selalu menyelam di air kotor serta tercemar.

Macam mana nak atasi atau mengelak dari Resdung?

Setakat ini masih tiada ubat untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit resdung. Namun begitu terdapat beberapa rawatan untuk mengurangkannya seperti:

 
  • Jaga Pemakanan
    Kenal pasti dan elakkan makanan yang tidak sesuai dengan anda yang mungkin penyebab kepada resdung.
    Elakkan / kurangkan memakan sotong, ketam, ayam, udang, belacan, cencaluk, budu dan sebagainya menurut sensitivity setiap individu.
  • Jaga Kebersihan Sekeliling
    Hindari habuk dan puncanya, seperti karpet.
    Pakai penutup hidup jika terdedah kepada keadaan yang kotor dan berhabuk.
  • Rawatan Moden
    Beberapa kaedah rawatan moden boleh dicuba seperti ubat anti-biotik secara oral, anti-biotik secara nebulised (semburan), terapi IV, ubat-ubatan lain di farmasi, berbagai ubtan herba, pencuci bahagian hidung serta surgeri di bahagian hidung.
  • Penggunaan Produk & Rawatan Tradisional
    Amalan tradisi semenjak dahulu telah mengenalpasti beberapa jenis herba yang dapat membantu mengatasi atau mengurangi masalah resdung seperti Akar Mengkunyit, Stong Otak, Halban, Pinang, Kayu Manis dan sebagainya.
    Ambil produk yang terjamin selamat dan telah didaftarkan dengan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
 Klik di post berikutnya dan saya kongsikan dua produk yang saya jamin memberi kesan yang semulajadi...

Sunday, August 30, 2015

BB PLUS COLLAGEN







Assalammualaikum pembuka bicara...

Salam dihulur pembuka rezeki...

Salam dihulur mengikat ukhuwah..



Pagi ini saya nak share tentang BB PLUS COLLAGEN. Ikut kan since 2014 saya start ambil supplement ni... tapi tak continuos.. (biasalah hehehe). But now saya nak concentrate semula consume BB PLUS COLLAGEN ni setelah menyedari dan disedarkan semula oleh kawan kawan sekeliling akan kebaikan mengambil BB PLUS COLLAGEN ni sama ada untuk tujuan kecantikan atau pun untuk tujuan kesihatan. Jom saya share kan..



  
√ ianya bukannya ubat, tapi ia makanan tambahan tambahan, 100% herba, tiada kesan sampingan
√ Ada kelulusan KKM, Dijamin selamat,
HALAL, ada sijil halal JAKIM
√ perubahan dapat dirasai seawal 4 hari penggunaannya, ada Pengguna dah rasai perubahan dalam masa 24 jam.

ANTARA KEHEBATAN BB PLUS COLLAGEN

√ Pencerahan kulit yang berkesan antara seawal 4 hari
√ Menyelesaikan masalah Eczema
√ Membantu memulihkan kulit rosak, kusam, bermasalah
√ Memulihkan kulit yg tidak anjal, kendur dan kering
√ Menghilangkan kedutan kecil dan garis halus di tepi mata
√ Mengurangkan masalah jeragat atau jerawat di muka
√ Menghilangkan rekahan dan kedutan kulit selepas bersalin
√ Memberikan tenaga sebenar yg cergas sepanjang hari
√ Baik untuk ibu2 yg hamil atau menyusukan anak
√ Mengurangkan masalah selulit, parut atau kesan kehitaman
√ Mengurangkan kesakitan ketika haid / sengugut
√ Menghilangkan kegelupasan di bahagian muka
√ Memperbaiki struktur bahagian bibir yg kering dan merekah
√ Meningkatkan imunisasi badan / cegah penyakit
√ Mengurangkan kesan rekahan di bhgian tumit @ telapak kaki
√ Mengecilkan pori2 kulit kesan drp kerosakan kulit
√ Melambatkan proses penuaan sejajar dgn keanjalan kulit
√ Sesuai untuk lelaki mahupun wanita/remaja
√ Memberikan keyakinan diri apabila masalah kulit dapat diatasi

Siapa yang sesuai makan Bb Plus ni?

√ Remaja berusia 13 tahun ke atas
√ Lelaki dan Perempuan
√ Ibu Hamil & Ibu Menyusu

Ramuan terdiri daripada : Kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, Vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal, inulin

Tanpa Gula dan Kolesterol :
Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes.


CARA PENGAMBILAN BB PLUS COLLAGEN :

❋BB PLUS
Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur.

Sesuai untuk pesakit diabetes. Warna, rasa dan tekstur produk dalam setiap kelompok mungkin berlainan disebabkan oleh ramuan asli yang digunakan.
 


★Soalan yang biasa pelanggan tanya tentang produk Bb Plus.

Soalan yang selalu pelanggan Tanya

S» Mengapa memilih BB Plus Collagen?
J» BB Plus Collagen diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.

S» Bagaimana BB Plus Collagen Bertindak?
J» Mod tiga tindakan:
1. Memulih – Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui - Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

S» Adakah jika makan Bb Plus Collagen ada kesan sampingan?
J» Bb Plus tiada kesan sampingan kerana ianya bukannya ubat, tapi ia makanan tambahan tambahan

S» Dos apakah yang efektif?
J» Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap

S» Adakah Produk ini ada kelulusan Kementerian Kesihatan?
J» Bb Plus ada kelulusan KKM, Dijamin selamat,(rujuk pelakat hologram di kotaknya)

S» Adakah Bb Plus Halal?
J» HALAL, ada sijil halal jakim

S» Berapa lama untuk nampak kesan?
J» Perubahan dapat dirasai seawal 4 hari penggunaannya, ada pengguna dah rasai perubahan dalam masa 24 jam,

S» Bb Plus Sesuai pada umur berapa?
J» Remaja berusia 13 tahun ke atas, warga emas pun boleh.

S» Adakah Bb Plus Collagen sesuai pada lelaki?
J» Ya, Bb Plus Collagen sesuai pada Lelaki dan Perempuan.

S» Ibu Mengandung boleh tak makan Bb Plus Collagen?

J» Digalakkan pada Ibu Hamil & Ibu Menyusu, tiada kesan Sampingan

S» Perlu tak makan minum Bb Plus Collagen selepas kulit menjadi cantik?
J» Boleh berhenti minum Bb Plus, hanya jaga permakanan & kena banyak minum air untuk bagi kulit sentiasa Natural.

S» Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?

J» Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

S» Bagaimanakah BB Plus Collagen dapat meningkatkan kualiti kulit?

J» Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

S» Bagaimanakah BB Plus Collagen dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?

J» Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.

************************
BB PLUS COLLAGEN
************************

❋Keberkesanan

BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.
❋ 7 Hasil Kulit Cantik

1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari








 









 Anda berminat dengan khasiat dan kelebihan BB PLUS Collagen? Hubungi saya 014-9664007
Antara keistimewaan BB Plus Collagen ni ialah :
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.


7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru - See more at: http://www.zazalina.com/p/bb.html#sthash.QWJCPo0d.dpuf

Antara keistimewaan BB Plus Collagen ni ialah :
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.


7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru - See more at: http://www.zazalina.com/p/bb.html#sthash.QWJCPo0d.dpuf
Antara keistimewaan BB Plus Collagen ni ialah :
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.


7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru - See more at: http://www.zazalina.com/p/bb.html#sthash.QWJCPo0d.dpuf

Sunday, August 16, 2015

Program Mobile Community Transformation Centre @ Sg. Asap Bintulu









Berkhidmat kepada rakyat



Berkhidmat di negeri orang hampir satu tahun pada ketika itu... jom saya kongsikan pengalaman mengikuti Program Mobile Community Transformation Center (Mobile CTC) di Sg. Asap, Bintulu. Program ini merupakan program terakhir bagi tahun 2014..

After

Before


Bersama-sama program ini saya turut diamanahkan sebagai pemudah cara bagi Seksyen Pendaftaran Kontraktor dan juga diamanahkan untuk membantu rakyat pedalaman Sarawak di Sg Asap mengumpul Borang-Borang BR1M. Betul lah orang kata jauh perjalanan luas pandangan... berkesempatan beramah mesra dengan mereka di Sg Asap merupakan pelangi dalam perkhidmatan saya sebagai seorang pegawai Kerajaan.



Pelbagai warna masyarakat... dari pelbagai bangsa dan keturunan.. pelbagai masalah dan cerita yang saya kumpul dan dengar... ialah saya ini orang luar.. tapi saya bangga kerana belum tentu orang kelahiran Sarawak pernah sampai ke sini... Di Sg. Asap kebanyakkannya adalah keturunan Kenyah atau Orang Ulu Sarawak. Nama sahaja orang Ulu tapi kebanyakan perempuan Kenyah adalah putih dan cantik-cantik...



Orang tua bersama tongkatnyer.. first time aku tengok terus ingat GANDALF LOTR

Pengisian Borang BR1M


Berkesempatan juga tinggal di rumah panjang/long house yang dijadikan homestay.. sangat2 berharga.. maklumlah anak-anak rumah panjang kebanyakkannya berhijrah ke bandar mencari rezeki... Saya berkesempatan tinggal di Uma Belor. So siapa-siapa yang nak jalan jalan ke Empangan Bakun boleh lah menginap di Homestay Uma Belor ni... selesa tau..

Last task.. penyerahan Borang BR1M ke LHDN Cawangan Bintulu. I'm DONE. Alhamdulillah

Bas yang aku kerja ke hulu dan ke hilir...

Friday, August 14, 2015

PULUT MANGGA HABAK HANG......

Jom... Jom... Jom... 
Kita pakat-pakat jamu mata...
Pakat jamu tekak kita dengan...
Makanan all time favourite saya....
Ta daaaaaaa.........


Pulut Mangga On The Blog...







Image result for resipi pulut mangga thailand  Image result for resipi pulut mangga thailand   Image result for resipi pulut mangga thailand   Image result for resipi pulut mangga thailand   Image result for resipi pulut mangga thailand   Image result for resipi pulut mangga thailand


 Jom saya kongsi resipi yang tak rugi cuba nih.... jom pakat-pakat jamu selera time musim mangga mai.. tengok gambar pun dah telan air liur... apa kes...??? 
kredit to: empunya resipi


LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN PULUT MANGGA

  • Penyediaan pulut
  • Penyediaan santan yang akan dicampurkan ke dalam pulut
  • Penyediaan santan untuk makan bersama pulut yang sudah dikukus
  • Penyediaan buah manga

** Santan yang akan dicampurkan ke dalam pulut perlu dilakukan sebaik sahaja pulut masak.

Sekiranya susah untuk melakukan kedua-dua penyediaan ini serentak ( masak pulut dan santan serentak), boleh buat penyediaan santan dahulu.

 BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PULUT MANGGA

300 gm beras pulut siam
2 ½ cawan santan
3 sudu gula
½ sudu garam atau secukup rasa
1 sudu tepung beras
½ sudu tepung jagung

Sedikit air untuk melarutkan tepung
Buah mangga yang telah dipotong mengikut kreativiti sendiri.

1)CARA PENYEDIAAN SANTAN UNTUK DIGAUL BERSAMA PULUT MANGGA


Masukkan santan ke dalam periuk

Masukkan garam dan gula secukup rasa

Masak santan dengan api yang perlahan sehingga masak

( Apabila banyak wap dah terbebas di udara menunjukkan santan telah masak. Pastikan santan tidak pecah minyak)
Tuangkan santan 1 cawan dan ketepikan. Lebihan santan ikut cara penyediaan 2) di bawah.

**Anda boleh kurang atau tambahkan santan sekiranya dirasakan perlu.

2)CARA PENYEDIAAN SANTAN UNTUK DIMAKAN BERSAMA PULUT MANGGA


Biarkan lebihan santan di dalam periuk.

Larutkan tepung bersama sedikit air di dalam mangkuk kecil

Kemudian masukkan bancuhan ini ke dalam lebihan santan tadi.

Buka api dan kacau kesemua bahan ini perlahan-lahan sehingga benar-benar sebati dan pekat

Tutup api dan siap untuk dihidangkan bersama pulut nanti.

**Sekiranya santan anda terlalu pekat setelah dimasukkan tepung, boleh tambahkan 
sedikit air.

** Cara lain, anda boleh TIDAK MENGGUNAKAN tepung . Gantikan dengan susu pekat atau susu cair. Caranya masukkan sedikit susu pekat secukup rasa ke dalam lebihan santan tadi. Kacau perlahan sehingga susu dan santan sebati dan pekat. Siap untuk dimakan bersama pulut nanti.

3) CARA PENYEDIAAN PULUT MANGGA

pulut mangga yang di kukus
pulut mangga yang di kukus

Basuh pulut dan rendam semalaman ( kalau nak cepat boleh juga direndam dalam 2-3 jam-ikut jenis pulut)

Kemudian basuh pulut sehingga bersih dan masukkan ke dalam periuk pengukus

Kukus pulut selama 30 minit.

Keluarkan pulut tadi dan masukkan santan yang disimpan dan gaul sebati.

Masukkan kembali pulut yang telah digaul sebati  ini ke dalam pengukus selama 30 minit atau sehingga pulut benar-benar masak.

Keluarkan dan siap..

***Sekiranya anda menggunakan pulut biasa, anda boleh kukus selama 1 jam. Setelah dikeluarkan, gaul bersama santan sehingga sebati.Biar sebentar dan siap.
Selamat mencuba.. 
:)