Saturday, June 20, 2015

Pendaftaran Kontraktor di Kementerian Kewangan (Vol.1)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Ramadhan Al Mubarak... 

Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf la kalau through posting dan sharing saya di Blog http://darikertaskebuku.blogspot.com ni mungkin ada terkasar dan tak berlapik tanpa saya sedari. Sesungguhnya saya insan yang lemah yang eksited nak share apa yang saya rasa...

So, 10 jari disusun mohon ampun dan maaf jua..


Image result for minta maaf imej


Ok! Saya nak kongsi this time around tentang cara-cara berdaftar sebagai kontraktor di Kementerian Kewangan. Walaupun pengalaman cetek jer sejak dipindahkan ke Seksyen Pendaftaran Kontraktor di Sarawak.. tapi saya dapat lihat apa yang pengguna  sistem / kontraktor di luar sana hadapi.. tak tahulah mungkin anda tak faham dokumen apa yang diperlukan.. atau bukan anda yang buat permohonan tapi runner yang buat ehem.. ehem.. ehem..

Image result for runner image 
 
 ok kita pergi step by step.. JANGAN EXCITED terus ke permohonan status Bumiputera... kita gi apa dokumen diperlukan bagi permohonan BARU ENTERPRISE / SDN BHD dulu... ok?


Sediakan dokumen dulu baru kita gi ke permohonan online ok?
 
Image result for thumbs up image 



 PERMOHONAN BARU ENTERPRISE:

1. Lesen Perniagaan R.22 dan IRD No. 7
2. Petikan Pendaftaran Nama-nama Perniagaan
3. Penyata Akaun Semasa atas nama syarikat / Slip deposit bank 
4. Salinan kad pengenalan pemilik
5. Borang Isytihar





Now saya pergi in detail bagi setiap point di atas ok?


1. Lesen Perniagaan R.22 dan IRD No. 7
  • Kalau syarikat anda ditubuhkan di mana-mana sahaja di Malaysia TAPI nak berdaftar di Sarawak, anda perlu kemukakan Lesen Perniagaan R.22 DAN Lesen perdagangan IRD No. 7 jika tidak dikemukakan bersekali permohonan BARU anda boleh ditolak. Jangan kata tak bagitahu yer..
  • Make sure alamat yang didaftarkan sama pada Lesen Perdagangan R.22 dan juga IRD No. 7. Jika berbeza... saya kasi TOLAK juga..
  • Kemudiannya pada Lesen tersebut jangan sekali-kali daftar bidang perniagaan seperti di bawah:
  • General Contractor / General Supplier / Kontraktor Am / Pembekal Am / Kedai Serbaneka / Kedai runcit hahahhahaha memang REJECT la... sebab tooooooooooooooooo general / terlaluuuuuuuuuuu UMUM!
  •  Dan yang tak kurang penting.. ialah pastikan LESEN masih VALID / SAH untuk digunakan. 
 
 
2. Petikan Pendaftaran Nama-nama Perniagaan
  • Ha kalau pasal ni pastikan maklumat TERKINI dan tepat lah... kalau perniagaan tu mak/anak ATAU suami/isteri ATAU siapa sahaja yang berkongsi pastikan peratus perkongsian tu betul... 50/50 ke 20/80 ke 40/60 ke ATAU PUN 15/15/30/40.
  • kalau memang seorang pemilik 100% tak jadi masalah..
 


3. Penyata Akaun Semasa atas nama syarikat / Slip deposit bank 

Image result for penyata akaun semasa
CONTOH PENYATA AKAUN SEMASA
  •  Ingat alamat yang digunakan pada setiap dokumen hendaklah alamat syarikat seperti mana yang didaftarkan di dalam Lesen Perdagangan anda.
  • AKAUN SEMASA SAHAJA
  • Tidak diterima jika syarikat mengemukakan akaun simpanan/akaun amanah ASB ASM Tabung Haji dll..
  • untuk bidang biasa modal minima perlu ada (starting capital) adalah sebanyak RM2,500.00. Lain-lain bidang seperti BIDANG KHAS - Bengkel adalah RM50,000.00.
 
4. Salinan kad pengenalan pemilik
  • Yang ini simple sahaja.. kalau syarikat dimiliki oleh seorang maka 1 salinan kad pengenalan sahaja dikemukakan... TAPI kalau ada 5 pemilik... kena kemukakan 5 salinan setiap share partner la.... hihhihhi

5. Borang Isytihar
  • Yang ini saya letak point akhir kerana.. setelah lengkapkan permohonan secara online di web https://www.eperolehan.gov.my/ baru dapat nombor rujukan permohonan.
  • Boleh dapatkan di kaunter atau download atau setelah tekan button HANTAR/SUBMITT sistem akan terus cetak.
  • Pastikan di sign/di tandatangan oleh pemilik syarikat / dicop rasmi syarikat 
  • Isi lengkap yer... jangan ada tinggal column yang tak diisi..
  •  Sebelum hantar hardcopy pastikan SEMAK  nombor permohonan.. TERKINI atau tidak.. Betul atau Salah.. 
  • Borang ini juga boleh menjadi PUNCA kepada kenapa permohonan anda ditolak walaupun dokumen sokongan lain mencukupi...




ok harap dapat membantu usahawan di luar sana... kalau ada sebarang pertanyaan boleh tanya, jangan malu jangan segan... jadikan permohonan baru anda sebagai;


Image result for image for zero reject 
 
to be continued in Vol.2 which will covers on Documents Sdn Bhd pula.. 

Friday, June 19, 2015

Oh Tedah... 56 Hari Tanpa Gaji?

Bismillahhirrahmanirrahim.. Salam Ramadhan Al Mubarak semua..!!!



Ha sana sini kecoh.... mula-mula pasal MAPPA, Bantuan Khas Kewangan, Bonus, Puasa, Raya, Kapal Hilang, dan yang kini hampir berjuta-juta lemon orang bercerita dan jadi VIRAL di FB, Whatsapp... semua group pun dok copypaste... sharing sana sini... so aku pun tak nak ketinggalan nak share... 
 
 
yang penting PERINGATAN UNTUK DIRI INI SENDIRI... 
 
 
untuk bijak berbelanja dalam menyambut Syawal yang bakal tiba nih... maklumlah setahun sekali guna Waran Kerajaan nak balik Malaya kan... hahhahaha pegawai seperti saya adalah yang paling susah cuti rehat... bayangkanlah... CUTI RAYA 10 hari TAPI 8 hari cuti ganti 2015 yang masih terkumpul kuhabiskan semuanya... 2 hari je guna Cuti Rehat yang ada... 
 
 
itupun syukur sangat-sangat masih ada balnce cuti rehat 38 hari ok.... 7 tahun kerja kat Putrajaya tak pernah alami keadaan berlebih lebih cuti cam nih... nih baru setahun setengah berkhidmat kat Kuching Bumi Borneo nih.. 
 
 
 
 
Tulah semoga perkhidmatan ini mendapat berkat Illahi... 
 
 
 
#LillahiTaala
 
 
Jom saya share artikel di bawah:
 
Image result for gambar pening kepala penjawat awam

56 Hari Tanpa Gaji, Julai – Ogos Jadi Detik Terperit Penjawat Awam

Buat penjawat awam, saat menjelangnya Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan bulan hadapan akan menjadi waktu paling gembira kerana mengikut kalendar yang dikeluarkan RHS Media Resources, gaji bakal dilepaskan ke akaun masing-masing pada tanggal 9 Julai, kurang seminggu sebelum 1 Syawal.
Amboi, sampai ke telinga senyum, kan? Mana taknya, ruang antara pembayaran gaji pada 25 hari bulan Jun hingga tanggal 9 Julai cuma berbeza 14 hari!

PM Umum Bayaran Bantuan Khas RM500 Kepada Penjawat Awam

Sayang seribu kali sayang, jangan terlalu seronok dengan perkhabaran tersebut kerana yang pastinya, detik-detik yang perlu diharungi selepas tarikh tersebut amatlah perit lagi memedihkan.


Boleh tak anda bayangkan, kehidupan anda perlu bergantung kepada gaji tersebut selama 56 hari sebelum akaun anda kembali terisi dengan gaji bulan berikutnya iaitu pada penghujung Ogos?

Nah, telan air liur, kan? Tapi itulah realiti yang harus dihadam semua penjawat awam.
Mungkin bagi kebanyakan individu akan merasa lega kerana persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang dapat dibuat lebih lengkap; nak beli persalinan serba baru, pelbagai juadah dan duit raya untuk ahli keluarga.
Namun, dalam bergembira, anda seharusnya lebih mengutamakan cara berbelanja dengan bijak bagi mengelakkan kewangan anda terumbang-ambing selepas itu.

Nak tahu apa yang patut dilakukan? Mudah sahaja, mulai sekarang, penjawat awam boleh mula membuat simpanan dan menjimatkan perbelanjaan harian, sementelah tugas itu menjadi mudah kerana mulai esok, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan.

Apa yang penting, anda harus mengawal nafsu untuk membeli makanan ketika berada di bazar Ramadan mahupun ketika mahu memasak.

Gaji yang bakal masuk pada 25 Jun depan haruslah digunakan sebijaksana dan secermat mungkin manakala gaji pada 9 Julai pula bukan tiket untuk penjawat awam berjoli sakan.
Ingat, kalau anda tak mahu makan mi segera mahupun senario lebih teruk, anda terpaksa meminjam duit dari teman-teman, maka mulailah berjimat dalam berbelanja dari momen sekarang.

Percayalah, ruang hampir dua bulan tanpa gaji bukan perkara yang mudah untuk dihadapi, silap hari bulan, boleh jadi mental!

– MYNEWSHUB.CC
COPY PASTE : Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

 http://i2.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/06/IMG-20150617-WA0003-1.jpg

 
 

Dari Belia Kepada Belia

Alhamdulillah setinggi tinggi syukur ke hadrat Allah kerana memudahkan tugas aku kali ni dalam memberi, menyampai dan mengendalikan slot Jom Daftar @ FFO. Ternyata berbeza pada kali ini kerana mereka yang mendengar adalah para belia IKBN yang di semester akhir sebelum masuk untuk praktikal lapangan selama 3 bulan. Penyampaian juga lebih santai.... melayan soalan2 dan kemusykilan mereka... tentang bagaimana nak mulakan biznez dengan Govt. 


Kalau sebelum ni asyik kena balun ngan Kontraktor sebab diorang dah tahu bagaimana proses... yang ni lebih relax sebab orang muda yang dahagakan ilmu dan bimbingan. Kalau tanya apa itu ePerolehan memang zero... so aku berharap dapat peluang bagi talk kat belia yang macam ni, So aku bagi balik apa yang aku tahu kepada belia demi membangunkan belia. Takdelah kata belia banyak menganggur...

 Program Skillpreneurship 2015

Tapi belia kena kerja keras dan bijak baru boleh BERJAYA. Betul tak?