Saturday, June 20, 2015

Pendaftaran Kontraktor di Kementerian Kewangan (Vol.1)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Ramadhan Al Mubarak... 

Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf la kalau through posting dan sharing saya di Blog http://darikertaskebuku.blogspot.com ni mungkin ada terkasar dan tak berlapik tanpa saya sedari. Sesungguhnya saya insan yang lemah yang eksited nak share apa yang saya rasa...

So, 10 jari disusun mohon ampun dan maaf jua..


Image result for minta maaf imej


Ok! Saya nak kongsi this time around tentang cara-cara berdaftar sebagai kontraktor di Kementerian Kewangan. Walaupun pengalaman cetek jer sejak dipindahkan ke Seksyen Pendaftaran Kontraktor di Sarawak.. tapi saya dapat lihat apa yang pengguna  sistem / kontraktor di luar sana hadapi.. tak tahulah mungkin anda tak faham dokumen apa yang diperlukan.. atau bukan anda yang buat permohonan tapi runner yang buat ehem.. ehem.. ehem..

Image result for runner image 
 
 ok kita pergi step by step.. JANGAN EXCITED terus ke permohonan status Bumiputera... kita gi apa dokumen diperlukan bagi permohonan BARU ENTERPRISE / SDN BHD dulu... ok?


Sediakan dokumen dulu baru kita gi ke permohonan online ok?
 
Image result for thumbs up image 



 PERMOHONAN BARU ENTERPRISE:

1. Lesen Perniagaan R.22 dan IRD No. 7
2. Petikan Pendaftaran Nama-nama Perniagaan
3. Penyata Akaun Semasa atas nama syarikat / Slip deposit bank 
4. Salinan kad pengenalan pemilik
5. Borang Isytihar





Now saya pergi in detail bagi setiap point di atas ok?


1. Lesen Perniagaan R.22 dan IRD No. 7
  • Kalau syarikat anda ditubuhkan di mana-mana sahaja di Malaysia TAPI nak berdaftar di Sarawak, anda perlu kemukakan Lesen Perniagaan R.22 DAN Lesen perdagangan IRD No. 7 jika tidak dikemukakan bersekali permohonan BARU anda boleh ditolak. Jangan kata tak bagitahu yer..
  • Make sure alamat yang didaftarkan sama pada Lesen Perdagangan R.22 dan juga IRD No. 7. Jika berbeza... saya kasi TOLAK juga..
  • Kemudiannya pada Lesen tersebut jangan sekali-kali daftar bidang perniagaan seperti di bawah:
  • General Contractor / General Supplier / Kontraktor Am / Pembekal Am / Kedai Serbaneka / Kedai runcit hahahhahaha memang REJECT la... sebab tooooooooooooooooo general / terlaluuuuuuuuuuu UMUM!
  •  Dan yang tak kurang penting.. ialah pastikan LESEN masih VALID / SAH untuk digunakan. 
 
 
2. Petikan Pendaftaran Nama-nama Perniagaan
  • Ha kalau pasal ni pastikan maklumat TERKINI dan tepat lah... kalau perniagaan tu mak/anak ATAU suami/isteri ATAU siapa sahaja yang berkongsi pastikan peratus perkongsian tu betul... 50/50 ke 20/80 ke 40/60 ke ATAU PUN 15/15/30/40.
  • kalau memang seorang pemilik 100% tak jadi masalah..
 


3. Penyata Akaun Semasa atas nama syarikat / Slip deposit bank 

Image result for penyata akaun semasa
CONTOH PENYATA AKAUN SEMASA
  •  Ingat alamat yang digunakan pada setiap dokumen hendaklah alamat syarikat seperti mana yang didaftarkan di dalam Lesen Perdagangan anda.
  • AKAUN SEMASA SAHAJA
  • Tidak diterima jika syarikat mengemukakan akaun simpanan/akaun amanah ASB ASM Tabung Haji dll..
  • untuk bidang biasa modal minima perlu ada (starting capital) adalah sebanyak RM2,500.00. Lain-lain bidang seperti BIDANG KHAS - Bengkel adalah RM50,000.00.
 
4. Salinan kad pengenalan pemilik
  • Yang ini simple sahaja.. kalau syarikat dimiliki oleh seorang maka 1 salinan kad pengenalan sahaja dikemukakan... TAPI kalau ada 5 pemilik... kena kemukakan 5 salinan setiap share partner la.... hihhihhi

5. Borang Isytihar
  • Yang ini saya letak point akhir kerana.. setelah lengkapkan permohonan secara online di web https://www.eperolehan.gov.my/ baru dapat nombor rujukan permohonan.
  • Boleh dapatkan di kaunter atau download atau setelah tekan button HANTAR/SUBMITT sistem akan terus cetak.
  • Pastikan di sign/di tandatangan oleh pemilik syarikat / dicop rasmi syarikat 
  • Isi lengkap yer... jangan ada tinggal column yang tak diisi..
  •  Sebelum hantar hardcopy pastikan SEMAK  nombor permohonan.. TERKINI atau tidak.. Betul atau Salah.. 
  • Borang ini juga boleh menjadi PUNCA kepada kenapa permohonan anda ditolak walaupun dokumen sokongan lain mencukupi...




ok harap dapat membantu usahawan di luar sana... kalau ada sebarang pertanyaan boleh tanya, jangan malu jangan segan... jadikan permohonan baru anda sebagai;


Image result for image for zero reject 
 
to be continued in Vol.2 which will covers on Documents Sdn Bhd pula.. 

No comments: