Monday, October 22, 2012

Rindu seorang anak........

Kali ini saya nak sharing perasaan anak-anak saya bila Daddy diorang jauh. Selalu nyer saya tak kisah sangat seperti alah bisa tegal biasa jer.... maklumlah itu seperti suatu rutin pada saya dan anak-anak yang dah biasa berjauhan dengan suami dan Daddy diorang.

Saya baru sahaja selesai berkursus di Port Dickson selama 3 hari. Anak-anak terpaksa saya tinggalkan bersama mak dan ayah mertua. memandangkan tiada siapa yang dapat menjaga mereka kalau saya bawa mereka bersama ke Port Dickson.

Walau bagaimanapun saya tinggalkan mereka selama seminggu memandangkan saya ingin berehat seketika. Semalam mereka pulang ke Putrajaya bersama saya. Cuaca hujan yang sangat lebat di Jenjarom, Selangor. Terpaksa kami gerak agak lewat dari rumah mertua. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Kami tiba di Putrajaya jam 7.30 malam.
________________________________

Selesai saya solat Isyak jam 10.00 malam... saya panggil anak-anak seorang demi seorang. Saya bacakan surah Al-Fatihah dan Surah An-Nashr di ubun-ubun kepala mereka. Kemudian saya doakan mereka seorang demi seorang dengan menyebut nama mereka.

Telekung dan sejadah dilipat rapi. Saya masuk ke bilik anak-anak. Menyediakan dan memastikan tempat tidur mereka siap. Pampers si kecil ditukar. Kakak dan adik disuruh ke toilet untuk shishi dan gosok gigi. Sedang saya menyiapkan si kecil..... tiba-tiba si kakak bersuara:

"Mummy ambilkan kakak gambar Daddy tuuu....." Gambar kecil En. Suami yang diletakkan di dalam frame kecil di atas almari baju.
"Nak buat apa, gambar Daddy? Dah malam tidurlah....."
"Kakak rindu la dekat Daddy. Daddy dah lama tak balikkan.... Adik rindu tak dekat Daddy?" Si adik Afeeqah yang berbaring di atas katil menggangguk bersetuju. Saya pun ambil frame kecil itu dan berikan kepada mereka. Si kakak merenung gambar En. Suami sambil berbicara yang entah butir bicara tidak berapa jelas.
Selang 15 minit saya mohon frame itu dikembalikan, takut terhimpit sewaktu tidur. Jam pun sudah menunjukkan hampir 11 malam. Takut pagi nanti, susah pula hendak dikejutkan.
"Kakak, dah doa dah untuk Daddy. Kakak doa Allah selamatkan Daddy. Kakak sayang, Daddy."
"Ok, nanti mesti Allah sampaikan dekat Daddy. Allahkan Maha Mendengar.. Dah, tidur."

 _____________________________

Huhuhuhuhu anak-anak..... 


Lalu saya titipkan e-mail kepada En. Suami keesokkan harinya. Agar perasan kami dapat dikongsi bersama walaupun berjauhan.



> ________________________________
> From: "Effieza Binti Mohd Shariff" <effieza.shariff@txxxxxxxxxxxx>
> To: mohdazharxxxxxxxxxx@gmail.com
> Sent: Monday, October 22, 2012 12:25:19 PM
> Subject: Selamat Hari Raya Aidil Adha
>
> Assalammualaikum.
>
> Sayang xd call anak yer? Diorang rindu kat sayang. Malam tadi sebelum tido kakak tengok gambar sayang abnyak kali dengan adik. Lepas Mummy solat Isyak diorang kata "rindu dengan Daddy. Kakak doa untuk Daddy. Supaya Allah selamatkan Daddy...." hiba dan terharu pulak saya dengar... Malam tu tido saya selimutkan dia dengan kain pelikat sayang. Dia tanya "Kenapa Mummy selimut kakak pakai kain Daddy?"... Mummy kata "Tadi kakak kata rindu dekat Daddykan, tu Mummy selimut kakak pakai kain Daddy" "A'ah... kakak rindu dekat daddy tuuuu.....".. 


 Ok take care yer... lurve u

________________________________

From: "Azhar Ramli" <mohdazharxxxxxxxxxx@gmail.com>
To: "Effieza Binti Mohd Shariff" <
effieza.shariff@txxxxxxxxxxxx>
Sent: Tuesday, October 23, 2012 9:39:24 AM
Subject: Re: Fwd: Selamat Hari Raya Aidil Adha


  how i wish u all could be with me...hopefully berjalan lancar sumenya...hiba juga baca email syg..but what can i do...Allah Maha Mengetahui akan segala2 nya...take care n wish u all d best ..lurve u tooo

No comments: