Tubuh
wanita sentiasa mengalami perubahan sejak
dari kanak-kanak sehingga akil baligh kerana mereka akan melalui
proses-proses seperti mengandung, bersalin sehinggalah putus haid.
Terdapat banyak soalan berkaitan sakit puan, kesuburan dan
kesihatan
seksual.
Oleh itu, penting bagi seorang wanita untuk
mendapatkan khidmat nasihat dari seorang doktor pakar sakit puan seawal
yang
mungkin. Wanita yang pernah mengamalkan hubungan seks dan mereka
yang mempunyai masalah sakit puan dicadangkan menjalankan
pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setahun. Kebanyakan
masalah sekit puan yang dikenalpasti diperingkat awal boleh
dirawat
dan hasilnya amat memberansangkan.
Tujuan pemeriksaan awal adalah untuk mengesan penyakit
sebelum merebak. Ini kerana, setelah merebak proses rawatan menjadi
semakin rumit. Pemeriksaan
tahunan sakit puan termasuk:
1. |
Tekanan darah
|
2. |
Pemeriksaan payudara
|
3. |
Imbasan ultrabunyi bagi ovari, uterus dan pelvis
|
4. |
Ujian papanikalaou (pap smear0
|
5. |
Ujian air kencing untuk mengesan jangkitan diabetes
|
6. |
Lain-lain ujian darah termasuk penanda
kanser CA-125 (sejenis penanda kanser yang mempunyai kepekatan yang
lebih tinggi dalam tubuh yang mengandungi sel kanser)
|
Masalah sakit puan yang biasa dijumpai:
1. | Endometriosis |
Ianya bukan kanser. Ia
terjadi apabila selaput endometrium berada di luar uterus
seperti di ovari,tiub fallopio,pundi kencing dan usus besar.
Ianya menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa datang
haid. Endometriosis adalah punca utama ketidaksuburan.
|
|
2. | Fibroid |
Fibroid adalah ketumbuhan
biasa (bukan kanser) di dalam uterus dan ianya dibina oleh
gentian otot. Punca berlakunya fibroid biasanya dikaitkan
dengan kombinasi beberapa faktor termasuk genetik, hormon, dan
faktor persekitaran. Ia menyerang 20% wanita berusia 50 tahun
ke bawah (wanita di peringkat kesuburan) dan ianya merupakan
penyebab utama wanita perlu menjalani histerektomi (prosedur
untuk membuang rahim). Fibroid dikategorikan berdasarkan
lokasinya seperti di bawah;
Tanda-tanda fibroid adalah seperti
berikut:
Rawatan bagi fibroid bergantung kepada tanda yang dialami,
umur, saiz keluarga, saiz dan bilangan fibroid yang anda ada
dan keinginan untuk mengandung pada masa akan datang. Pilihan
rawatan termasuk;
|
|
3. | Kanser payudara |
Kanser payudara adalah kanser yang paling
kerap dijumpai dikalangan wanita di seluruh dunia. Di Malaysia
kanser payudara menyerang semua kaum seawal usia 20 tahun (Laporan
Jabatan Rekod Kebangsaan 2003) .
|
|
4. | Kanser sakit puan |
(a) Kanser serviks;
Ianya tidak terjadi secara mendadak; sel serviks yang normal
perlahan-lahan berubah menjadi separa kanser dan akhirnya
menjadi kanser. Perubahan sel separa kanser dan peringkat awal
kanser serviks boleh dikesan melalui pap smear. Kanser serviks
merupakan kanser kedua paling banyak menyerang wanita di
Malaysia (Laporan Jabatan Rekod Kebangsaan 2003)
(b) Kanser uterus;
Juga dikenali sebagai kanser rahim, biasanya terjadi selepas
putus haid. Antara tanda-tanda kanser uterus adalah pendarahan
vagina atau pendarahan selepas putus haid. Prosedur
(D&C) perlu dijalankan untuk menyokong
diagnosis.
(c) Kanser ovari;
Biasanya menyerang wanita 50 tahun ke atas. Imbasan ultrabunyi
boleh membantu untuk mengesan pada peringkat awal.
|
|
5. | Sista ovari |
Ianya adalah sejenis kantung mengandungi
cecair terletak di ovari. Biasanya ia akan hilang dengan
sendiri selepas beberapa minggu atau bulan. Walaubagaimanapun,
sekiranya ia semakin membesar melebihi 4 cm, ada
kemungkinan ia akan pecah dan berdarah atau mungkin boleh
membelit ovari menyebabkan kesakitan yang teruk. Pembedahan
perlu dijalankan bagi kes sista yang pecah, terbelit, berukuran lebih dari 5
cm dan kelihatan mencurigakan dalam imbasan ultrabunyi.
|
|
6. | Polip |
Polip adalah sejenis tisu
yang terbentuk akibat pertumbuhan selaput uterus atau serviks
yang terlalu pesat. Ianya kadang-kadang berhaya (kanser) dan
kadang-kadang tidak. D&C (dilation and curettage) dilakukan
untuk untuk membuang tisu polip dan seterusnya tisu tersebut
akan dianalisis untuk menentukan sama ada ianya adalah kanser
atau bukan.
|
|
7. | Penyakit bawaan seks (STD) |
STD adalah penyakit yang boleh dipindahkan
melalui persentuhan tubuh badan semasa hubungan seksual. Ianya
boleh dipindahkan kepada pasangan dan sesetengah STD juga
dipindahkan dari ibu kepada anak dalam kandungan. STD adalah disebabkan oleh virus, bakteria dan parasit.
Sekurang-kurangnya terdapat 25 mikroorganisma yang boleh
menyebabkan STD. Chlamydia, Herpes, HIV dan Gonorrhea
adalah antara mikroorganisma yang kerap menyebabkan STD. Kebanyakan STD boleh memberikan kesan jangkamasa
panjang dan ada juga yang kekal termasuk ketidaksuburan
sekiranya tidak dirawat.
STD selalunya berulang kerana pasangan
lelaki biasanya tidak menunjukkan tanda maka mereka
tidak dirawat. Mereka berpotensi akan menjangkitkan kembali pasangan wanita
yang telah dirawat dan ianya akan berulang. Antara tanda-tanda STDs adalah sakit di
bahagian bawah abdomen, cecair vagina yang berbau, berwarna
dan menyebabkan gatal. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda
ini sila berjumpa doktor dengan segera atau ia akan
menyebabkan tiub fallopio anda tersumbat dan boleh membawa
kepada masalah ketidaksuburan.
sumber boleh dipercayai ini di COPY PASTE dari :
|