Tuesday, April 17, 2012

IGLOO CINTA - 4

BAB 4

“Mr. Harith, I call just to remind you that tomorrow is your turn to lead the group with Safety Class.”
“Ok. Thank you for the reminder.”
“Another thing Sir, the group will wait for you at the P3 and they will take the same Helli with you at 7 o’clock in the morning.”
“ Thanks a lot Balqish.”
“You are welcome, Sir”

Huh! Mendengus En. Harith seketika. Esok giliran dia mengetuai kumpulan staff baru dalam kelas Safety. Dah lebih 15 tahun dia bekerja offshore. Tahun ini mungkin tahun yang terakhir baginya. Tak perlu mohon untuk di renew kontrak kerjanya. Terlalu lama rasanya ditinggalkan anak-anak dan isteri...... mengejar cita-cita dan kepuasan hidup. Tapi dia tahu kepuasan hidup bekeluarga adalah yang diimpikan. Kini dia bercita-cita pula untuk membuka sebuah stesen minyak. Poket pun dah penuh apa yang dicari lagi? Semuanya pun dah cash. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Semua atas usaha-usaha yang dilakukan bersama isteri tersayang, Puan Malika. Tanggung jawab sebagai seorang suami digalas dengan penuh dedikasi. Kini tiba untuk dia berada di samping keluarga. 

Anak-anak pun esok lusa tak lama nak berkahwin. Aku dan Malika ditinggalkan. Itulah anak-anak perempuan. Dah kahwin semua ikut suami. Tak boleh nak halang sebab Malika pun begitu. Ikut aku. Setia di sisi aku, membesarkan anak-anak aku dengan penuh tanggung jawab. Cukup asuhannya. Mulia sungguh Malika. Dialah suri di hati aku. Walaupun jauh di Doha.... tiada yang setanding kau, Malika. Tak perlu kau gusar akan kasih sayang ku. Tak pernah terlintas di hati ini untuk mencari bandingan kasihmu, cintamu, serimu, manismu atau sayangmu. Telah ku kunci hatiku untuk kau seorang, Malika.

Entah kenapa dua tiga hari ini hatinya cukup mudah tersentuh. Ingatannya kepada isteri tidak pernah berhenti menerjah kotak ingatan dan fikirannya. Rimas pulak rasanya. Nanti bila dah berada di laut, nak tanya khabar pun susah. Cell phone pun tak berguna. Internet pun asyik buffer

Dia akan pulang sebaik sahaja anak-anaknya selesai menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Kebetulan pula Puan Malika sedang bercuti panjang ketika itu. International School sedang bercuti sehingga tengah bulan Januari meraikan Christmas dan New Year.
Akan aku bawa mereka bercuti ke tempat yang mereka inginkan. Memang menjadi kebiasaan setiap kali pulang, Puan Malika dan anak-anak akan dibawa bercuti ke luar negara. Tak kira lah Singapura, Bandung, Thailand, Vietnam mahupun Australia. Namakan sahaja. Pasti En. Harith akan adakan untuk mereka. Kerana dia tahu hanya ketika itu mereka dapat menghabiskan masa-masa berkualiti bersama-sama. Ah, tak sabar rasanya hendak menemui Malika, Marlisa dan Marlia.............. Tiga perempuan yang telah menghiasi hidupnya menggantikan kasih arwah ibunya yang telah pergi ketika dia berada di Amsterdam. Sejak peristiwa itu juga dia tekad untuk bekerja sepenuhnya di dalam bidang Oil and Gas.
Bila dikenang kembali peristiwa itu, membuatkan dia tidak mahu jauh dengan keluarganya. Insan yang dia sayang. Dia takut perkara yang sedemikian akan berlaku lagi kepada dirinya. Ketika berita kemalangan nahas jalan raya yang mengorbankan Ayah, Ibu dan adik lelakinya...... Pihak MARA dan Ketua Perwakilan Pelajar Malaysia di Universiti tidak dapat menjejakinya. Kerana ketika itu dia berada di luar kawasan tinggal bersama keluarga angkatnya untuk menghabiskan cuti yang terluang. Boring pula ketika itu berada di kampus. Pemergiannya ke sana tidak dimaklumkan kepada rakan sebilik.

Dia hanya dimaklumkan tentang kejadian itu tiga hari selepas kesemua jenazah selamat dikebumikan. Menyesal tidak sudah dia ketika itu. 

Ah, perkara dah lepas. Tak perlu dikenang. Realitinya sekarang ini yang harus ditempuh! Aku perlu kuat demi keluarga!! Aku dah hilang orang-orang yang aku sayang dahulu. Dan aku tak mahu hilang sekali lagi orang-orang yang aku sayang kini!.... Bersabarlah untuk seketika. Kegembiraan berkumpul dengan kalian di Kuala Lumpur pasti akan tiba..... Tak lama sahaja lagi Disember. Disember yang penuh bermakna. Itu sudah pasti. Malika, jangan pernah berhenti menunggu abang pulang. Anak-anakku Marlisa dan Marlia.... tunggu SURPRISE dari ayah!

___________________________
.

“Assalammua’laikum....”
“Wa’alaikumsalam bang.... sekejap yer My (mai) panggilkan anak-anak”
Puan Malika bergegas ke ruang tamu memanggil anak-anaknya. Panggilan telefon yang selalu diterima tidak puas melainkan kalau menerima Skype..... puas melihat keadaan suami, wajah yang dirindunya. Begitu juga dengan anak-anak, tak pernah puas dengan panggilan telefon kerana tidak dapat melihat ayah mereka.

“Ayahhhhhh........................” jerit keduanya.
“Iya.......... ayah rindukan kamu semua!”
“A’ah...... Lia pun...”
“Lisa pun rindukan ayah..... nanti balik jangan lupa ole-ole ok untuk Lisa!”
“Insya’allah....preparation untuk exam kamu macam mana?”
“Alhamdulillah.... trial hari tu dapat 7A1.. hehehehe 1A2” beritahu Marlia pada ayahnya yang membuatkan En. Harith tersenyum.

“Lisa macam mana?”
“Lisa, oklah ayah......”
What do you mean ok?”
“Hehehehe 5A”
“Wow! Congratulation.....credit to your hard work”
“Thank You.”
“Ok lah.... ayah tak boleh lama. Or else I’ll missed my Helli”
“Ok ayah......we all love you. Can’t wait to see you in December holiday!” serentak Marlisa dan Marlia. Gembira dapat bercakap dan melihat ayahnya di screen Desktop.

Sebelum mengakhiri Video Call itu, En. Harith sempat memanggil isterinya. “My, abang miss u a lot! Take care.... jangan tinggal solat. Didik anak-anak. Make sure keperluan untuk exam anak-anak cukup. Abang di sini sentiasa doakan untuk My dan anak-anak di Malaysia. Abang nak ke off shore dah ni. Abang jauh tapi ingatan dan kasih sayang abang tetap bersama kamu semua. Doakan abang selamat dan mudah kerja-kerja abang di sini. Insya’allah Disember nanti kita pasti bertemu dengan izin-Nya.”

“Insya’allah abang. My sentiasa doakan abang. My tahu niat abang ke sana untuk mencari rezeki. Tuhan dah aturkan rezeki abang di sana. Oklah abang, Nanti tertinggal pulak Helli! Take care..... ingat tau Safety first!!”
“Ok......Assalammu’alaikum”
“Wa’alaikumsalam”
________________________________


From: Harith.Hamdan@deltadohacorp.com Sent Date: 24 Nov, 2010 09:12 AM
Subject : I’ll Be Coming Home
Salam,
SURPRISE!!!!!!! I’ve tender up my work over here in Doha. And luckily they accept my resignation with respect. They’ve arrange BIG FAREWELL PARTY. I received a GOLD BAR as my recognition over my long service with Delta Doha Corporation. On the bar written “This Gold Bar is presented to Mr. Harith Hamdan for his 15 years services @ Delta Doha Corporation” and under the Gold Bar............. ayah dah engraved something special. RAHSIA! Pegang, lihat dan baca on your own. Wait for me.
I’m busy packing all my things. A part of it ayah guna cargo. Safely to Malaysia.
Insya’allah I’ll reach KLIA on 1st Dec. At 10.45PM.
Ayah miss and love u all.

HarithHamdan



“Ya Allah Tuhan Yang Maha Kuasa. Kau lindungi suami ku walau di mana dia berada, walau dengan siapa dia berada dan walau apa jua yang sedang dilakukannya. Lindungilah dia dari sesuatu yang melalaikan, lindungilah dia dari nafsunya, lindungilah dia dari maksiat dan perkara yang boleh merosakkan. Permudahkanlah baginya segala urusannya, Selamatkanlah dia dari mara bahaya. Semoga dia selamat dalam perjalanan pulang ke Malaysia untuk bersama-sama aku dan anak-anak. Sesungguhnya Engkau Maha Besar. Amin.” 

Berbunga hati Puan Malika apabila menerima email daripada suaminya, En. Harith. Tak sabar pula rasanya menunggu hari 1 Disember 2010. Sambil mengetuk-ngetuk jarinya di keyboard, kotak fikirannya melayang-layang mencari idea apa perlu dilakukan lagi untuk menghangatkan suasana di malam itu. Anak-anak sudah tentu tidak sabar menanti ole-ole dari Doha. Nak makan di luar, rasanya sudah tentu suaminya tidak bersetuju kerana badannya masih penat. Lalu apa yang perlu aku lakukan? Semakin ligat dia berfikir.

“Jauh Ibu termenung. Fikir apa tu? Rindu dekat ayah yer....? Tegur Marlisa bersahaja membuatkan Puan Malika merah muka.
“Tak adalah. Lisa, nak tahu tak berita gembira yang Ibu dapat hari ni?”
“Nak... berita apa Ibu?”

“Berita ayah lah. Disember ni ayah Lisa balik untuk selamanya...... Back for good!” ceria wajah Puan Malika menyampaikan berita gembira itu pada Marlisa.
“True, Ibu? Ayah dah tak ke offshore?”
“Yup! Ayah akan tinggal dengan kita di rumah ni untuk selama-lamanya. Ke mana sahaja kita pergi ayah akan sentiasa berada bersama kita. Keluarga kita akan lengkap kembali. FULL STRENGTH!”

“Seronoknya...... oh, now I know, Ibu. Yang tadi ibu dok termenung panjang tu fasal ni lah yer....... now Ibu dah tak keseorangan! So kalau dapat result cemerlang, Lisa atau Lia nak further abroad pun boleh lah! Ibu dah ada orang jaga.....”
“Lisa dah tak sayang ibu ke? Lisa dah tak sabar nak duduk jauh dari Ibu?”
“Bukanlah macam tu Ibu........”

“ Habis tu macam mana? Kat sini bukan tak ada Universiti yang bagus-bagus. UIA ada, UKM ada, UM ada, KUIM ada, KUIS ada, USM ada... semua ada. Cuba bagitahu Ibu, Lisa nak ambil jurusan apa kalau ke oversea tu?” serius pula bunyi Puan Malika kali ini. Susah untuk diterimanya berjauhan dengan anak perempuan sulungnya ini. Belum puas dia melihat Marlisa membesar di depan matanya.

“Tak adalah, Ibu. Lisa nak ambil course Chemical Engineering. Boleh jadi macam ayah, round the world! Seronoknya.... gaji pun besar! Boleh belikan ibu rumah besar, kereta mewah..... senang tak payah Ibu kerja dah. Ibu goyang kaki je. Lisa carikan ibu maid.. tak payah Ibu penat-penat buat kerja. Ibu tengok pokok-pokok bunga Ibu aje. Bagi ikan-ikan makan. Ibu suka tak?”

“Ibu suka. Amin, Ya Allah. Tapi Ibu tengok, baru pergi camping 3 hari 2 malam dekat Taman Negara dulu pun.... dah nangis tiap-tiap malam. Ni nak duduk jauh dari Ibu? Boleh ke? Bukan sehari dua tau.... bertahun-tahun!”

“Alah Ibu ni, itu lain. Duduk dekat dalam hutan. Takut kena makan dengan harimau ke, Gajah ke, Buaya dalam Sungai Pahang tu ke... memanglah nangis! Insya’allah anak ibu ni boleh survive la macam Ayah. Ibu tahu tak?”
“Tahu apa?”

“Dalam diri Lisa ni, mengalir semangat Ayah tau! Semangat Ibu! Semuanya berjiwa kental! Semangat tidak mudah mengaku kalah. Berjuang hingga ke titisan akhir.....”
“Pandailah kamu tu. Ni dari tadi Ibu tak nampak adik kamu Marlia. Dia pergi mana? Kamu ada jumpa dia di bawah?”

“Tak boleh lah hilang sekejap Lia, mesti Ibu cari. Kalau Lisa.....”
“Mulalah dia tu...... saja je kan cari point! Dua-dua anak , Ibu sayang. Dua-dua anak, Ibu kisah! Mana adik kamu ni?”

“Dah habis exam ni dia rasa boring. So dia keluar dengan Bieha. Ke Wangsa Walk katanya.... tak tahulah kalau dia melencong!”
“Dah....dah..dah...”
“Bye..bye.. Bu. Lisa nak ke bilik. Tak nak kacau Ibu melayan perasaan dengan Prince Charming Ibu tu.....Lisa jealous tau!”

Ada-ada sahaja Marlisa menyakat ibunya.




From: malika.malik@yahoo.com Sent Date: 24 Nov, 2010 05:45 PM
Subject : We’ll Be Waiting in passion
Salam.
Abang, we are very happy with the news. I’m glad at last you’ll be here beside me with anak-anak. Soon, I’m not alone.... I’ll wait for you. May Allah bless you in everything you do, Abang.
Lots of love from Malaysia to Doha.
Malika Malik

Post a Comment