Tuesday, April 17, 2012

Detik 16 April 1999 vs. Detik 16 April 2012

Ketika itu;

Ya Allah jika itu telah tertulis di Luhmafuz Mu.. ambillah dia.. ambillah nyawanya.. .kerna Engkau Maha Memiliki. Aku redha dengan ketentuan Mu Ya Allah.. sayangilah dia Ya Allah sebagaimana Edia menyayangi aku sepanjang hayatku.. Arahkan Malaikat Mu mengambil nyawa nya dengan lembut Ya Allah, janganlah Engkau sakiti Dia.. pelbagai ujian telah dia lalui dengan begitu tabah dan redha kerna baginya itu semua khifarat dan setiap yang berlaku menghapuskan dosa-dosanya... Mama, alang redha Mama pergi selamanya jika itu lebih baik buat diri Mama.... Innalilillah hi wainna ilahirojiuuuuuunnn.

Ketika itu;

Aku berlawan dengan emosi diri. Para pelajar UiTM sedang berhempas pulas mencipta kejayaan kerna waktu itu adalah EXAM WEEK... aku baru di semester dua... aku berhadapan dengan ujian dunia yang Maha Mencabar... Aku takut dengan masa yang terluang... Aku mencari erti KESIBUKAN agar ingatan tidak tertumpu kepada arwah Mama... bukan cuba untuk melupakan tapi semakin diingat semakin hati meruntun sayu.. 

Tarikh 16 April sentiasa di ingatan. Setiap tahun aku akan ingat suasana Hari Raya Aidil Adha tahun 1999; Raya terakhir yang aku sambut bersama keluarga yang aku hormati di samping dia yang aku rindui... Dia minta kebenaran untuk sambut Hari Raya Aidil Adha di rumah daripada Doktor yang merawatnya di HUKM.. dia minta agar adik beradiknya hadir menyambut bersama di rumah kami yang tidak seberapa besar tapi mampu menghimpun rasa kasih sayang dari seorang isteri, mama dan kakak kepada 10 orang adik beradiknya....

La Tahzan wahai anak... itu ujian Allah buat dirimu..

Tapi kini,

Aku bahagia di samping suami dan anak anak... kesemua mereka tidak sempat dan berpeluang mengenali Mama. Mereka tidak pernah merasa masakan mama yang bagi aku tiada yang lebih sedap dari air tangan mama. Mereka tidak sempat merasa kek kukus coklat mama..... hanya doa dan sedikit sedekah yang mampu aku berikan untuk Mama setiap tahun; setiap hari-hari yang aku lalui....

Semoga Mama bersemadi dengan tenang di sana... semoga Allah menerangkan kuburannya dengan doa-doa yang diterimanya... semoga Allah menerima segala amal bakti ketika hidupnya.... semoga Allah melimpahkan kasih sayang skepadanya sebagaimana dia melimpahkan sepenuh kasih sayang dalam membesarkan aku dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya. Amin Ya Rabbal Alamain...

No comments: