Monday, December 30, 2013

Primary School akhirnya.....

Bismillahirrahmanirrahim di awal kalam.. 

Alhamdulillah akhirnya my elder daoghter menjejakkan kaki jua ke alam persekolahan PRIMARY SCHOOL... Di suasana yang sangat berbeza... bukan kejutan bagi Nur 'Ain 'Aqeelah sahaja malah seluruh keluarga. Hari pertama ke BOULEVARD Shopping Mall.. mencari baju sekolah dan lain2 keperluan... dari ada saiz hinggalah xd saiz... sampai Supervisor gi punggah stor la mencari track suit saiz 30 untuk my daughter... kikikiki 











Esoknyer sambung lagi shopping sebab tak berapa nak mahir lagi shopping kat Kuching kan... dah tu semua anak2 pun baru baik dari fever.. esoknyer gi malam pulak ke The Spring, Kuching.... kali ini hangkut sekali adik2 dia.. Kat The Spring dia shopping School Bag.. Stationeries.. 







Pagi ni dia dengan tergeliat-geliat nak kena bangun pagi... ha baru tau penangan berbulan dok umah Wan dia.... henjoy jer kan... tapi dengan skill yang Mummy ada berjaya pujuk untuk dia Breakfast.. habis la sepinggan nasi lemak (tak sangat la nasi lemakkan kalau nasi lemak + kicap manis + ikan tenggiri goreng) lalalalala nur ain aqeelah nyer selera... ikutkan ajer...

Subhanallah dah besar dah anak mummy nih...






Semoga berjaya di dunia dan akhirat. In Sya Allah...



 

Thursday, December 26, 2013

Kami Kini Bersatu.....

Assalammualaikum....

Terlalu lama tidak update blog kesayangan nih... lama itulah saya berkursus.. untuk pengetahuan semua.. sepanjang saya berkursus terlalu banyak pengorbanan yang berlaku dari mereka2 yang tersayang secara sukarela mahupun dalam keterpaksaan. Walau apapun saya salute dan tabik spring pada semua... semoga pengorbanan kalian mendapat rahmat dan ehsan Allah S.W.T...

Akhirnya 6 Disember tiba juga... dan berakhir sudah segala tanda tanya... berakhirnya DPA dan bermulalah rezeki penempatan saya di tempat baru. Alhamdulillah tempat ini telah menyatukan kembali saya, En. Hubby... dan anak2 kami...




 (Disember 2008 - Disember 2013)








 dan kini terbang melintasi South China Sea...

ke Kuching, Sarawak (22 Disember 2013 till now.....)





  


Syukur ke hadrat Illahi di atas segala perancangan ini... semoga segala yang diatur ini mendapat limpahan rahmat, barakah serta kasih sayang-Nya...

Amin.  

Friday, May 10, 2013

Sakit Puan

Tubuh wanita sentiasa mengalami perubahan sejak dari kanak-kanak sehingga akil baligh kerana mereka akan melalui proses-proses seperti mengandung, bersalin sehinggalah putus haid. Terdapat banyak soalan berkaitan sakit puan, kesuburan dan kesihatan seksual. 

Oleh itu, penting bagi seorang wanita untuk mendapatkan khidmat nasihat dari seorang doktor pakar sakit puan seawal yang mungkin. Wanita yang pernah mengamalkan hubungan seks dan mereka yang mempunyai masalah sakit puan dicadangkan menjalankan pemeriksaan sekurang-kurangnya  sekali setahun. Kebanyakan masalah sekit puan yang dikenalpasti diperingkat awal boleh dirawat dan hasilnya amat memberansangkan.

Tujuan pemeriksaan awal adalah untuk mengesan penyakit sebelum merebak. Ini kerana, setelah merebak proses rawatan menjadi semakin rumit. Pemeriksaan tahunan sakit puan termasuk:

1.
Tekanan darah
2.
Pemeriksaan payudara
3.
Imbasan ultrabunyi bagi ovari, uterus dan pelvis
4.
Ujian papanikalaou (pap smear0
5.
Ujian air kencing untuk mengesan jangkitan diabetes
6.
Lain-lain ujian darah termasuk penanda kanser CA-125 (sejenis penanda kanser yang mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dalam tubuh yang mengandungi sel kanser)
 
 
Masalah sakit puan yang biasa dijumpai:
1. Endometriosis
 
Ianya bukan kanser. Ia terjadi apabila selaput endometrium berada di luar uterus seperti di ovari,tiub fallopio,pundi kencing dan usus besar. Ianya menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa datang haid. Endometriosis adalah punca utama ketidaksuburan.
   
2. Fibroid
 
Fibroid adalah ketumbuhan biasa (bukan kanser) di dalam uterus dan ianya dibina oleh gentian otot. Punca berlakunya fibroid biasanya dikaitkan dengan kombinasi beberapa faktor termasuk genetik, hormon, dan faktor persekitaran. Ia menyerang 20% wanita berusia 50 tahun ke bawah (wanita di peringkat kesuburan) dan ianya merupakan penyebab utama wanita perlu menjalani histerektomi (prosedur untuk membuang rahim). Fibroid dikategorikan berdasarkan lokasinya seperti di bawah;
  1. Fibroid submukus- membesar dari bahagian bawah saluran rahim ke ruangan dalam rahim.
  2. Fibroid intramural- tumbuh di antara otot-otot rahim pada bahagian dindingnya.
  3. Fibrois subserous- tumbuh di bahagian luar dinding rahim
  4. Fibroid pedunculated- tumbuh secara berangkai dari permukaan bahagian rahim atau permukaan bahagian dalam rahim hingga dalam rahim dan boleh merebak ke serviks.
Tanda-tanda fibroid adalah seperti berikut:
  1. Aliran haid yang banyak disebabkan luas pemukaan yang besar, pertambahan saluran darah dan kelemahan sistem pembekuan darah.
  2. Ketidakselesaan di bahagian pelvik adalah disebabkan tekanan terhadap uterus disebabkan oleh fibroid yang sedang membesar.
  3. Berasa senak di bahagian bawah abdomen atau kadang kala dipanggil tekanan pelvik.
  4. Sakit di bahagian bawah belakang disebabkan oleh tekanan di bahagian belakang yang disebabkan oleh fibroid.
  5. Kerap keguguran disebabkan kesukaran embrio untuk menempel dan pengecutan uterus.
  6. Bersalin lebih awal dari jangkaan kerana fibroid menolak kandungan ke bawah.
  7. Kerap membuang air kecil kerana fibroid menekan pundi kencing.
  8. Sakit ketika melakukan hubungan seks..
Rawatan bagi fibroid bergantung kepada tanda yang dialami, umur, saiz keluarga, saiz dan bilangan fibroid yang anda ada dan keinginan untuk mengandung pada masa akan datang. Pilihan rawatan termasuk;
  1. Sekiranya fibroid bersaiz kecil dan tidak menunjukkan sebarang tanda, pemantauan kerap dilakukan melalui imbasan ultrabunyi..
  2. Sekiranya saiz fibroid melebihi 5 cm pembedahan untuk membuang fibroid (myomectomi) mungkin diperlukan. Sekiranya anda telah mempunyai anak, pembuangan uterus dan fibroid (hysterectomy) lebih digalakkan.
  3. Fibroid juga boleh dikecutkan tanpa menjalani pembedahan melalui pengurangan aliran darah kepada fibroid dengan menggunakan kaedah embolisasi. Fibroid mungkin akan berulang lagi.
 
   
3. Kanser payudara
 
Kanser payudara adalah kanser yang paling kerap dijumpai dikalangan wanita di seluruh dunia. Di Malaysia kanser payudara menyerang semua kaum seawal usia 20 tahun (Laporan Jabatan Rekod Kebangsaan 2003) .
   
4. Kanser sakit puan
 
(a) Kanser serviks; Ianya tidak terjadi secara mendadak; sel serviks yang normal perlahan-lahan berubah menjadi separa kanser dan akhirnya menjadi kanser. Perubahan sel separa kanser dan peringkat awal kanser serviks boleh dikesan melalui pap smear. Kanser serviks merupakan kanser kedua paling banyak menyerang wanita di Malaysia (Laporan Jabatan Rekod Kebangsaan 2003) 

(b) Kanser uterus; Juga dikenali sebagai kanser rahim, biasanya terjadi selepas putus haid. Antara tanda-tanda kanser uterus adalah pendarahan vagina atau pendarahan selepas putus haid. Prosedur  (D&C) perlu dijalankan untuk menyokong diagnosis.

(c) Kanser ovari; Biasanya menyerang wanita 50 tahun ke atas. Imbasan ultrabunyi boleh membantu untuk mengesan pada peringkat awal.
   
5. Sista ovari
 
Ianya adalah sejenis kantung mengandungi cecair terletak di ovari. Biasanya ia akan hilang dengan sendiri selepas beberapa minggu atau bulan. Walaubagaimanapun, sekiranya ia semakin membesar melebihi 4 cm, ada kemungkinan ia akan pecah dan berdarah atau mungkin boleh membelit ovari menyebabkan kesakitan yang teruk. Pembedahan perlu dijalankan bagi kes sista yang pecah, terbelit, berukuran lebih dari 5 cm dan kelihatan mencurigakan dalam imbasan ultrabunyi.
   
6. Polip
 
Polip adalah sejenis tisu yang terbentuk akibat pertumbuhan selaput uterus atau serviks yang terlalu pesat. Ianya kadang-kadang berhaya (kanser) dan kadang-kadang tidak. D&C (dilation and curettage) dilakukan untuk untuk membuang tisu polip dan seterusnya tisu tersebut akan dianalisis untuk menentukan sama ada ianya adalah kanser atau bukan.
   
7. Penyakit bawaan seks (STD)
 
STD adalah penyakit yang boleh dipindahkan melalui persentuhan tubuh badan semasa hubungan seksual. Ianya boleh dipindahkan kepada pasangan dan sesetengah STD juga dipindahkan dari ibu kepada anak dalam kandungan. STD  adalah disebabkan oleh virus, bakteria dan parasit. Sekurang-kurangnya terdapat 25 mikroorganisma yang boleh menyebabkan STD. Chlamydia, Herpes, HIV dan Gonorrhea adalah antara mikroorganisma yang kerap menyebabkan STD. Kebanyakan STD  boleh memberikan kesan jangkamasa panjang dan ada juga yang kekal termasuk ketidaksuburan sekiranya tidak dirawat.

STD selalunya berulang kerana pasangan lelaki biasanya tidak menunjukkan tanda maka mereka tidak dirawat.  Mereka berpotensi akan menjangkitkan kembali pasangan wanita yang telah   dirawat dan ianya akan berulang. Antara tanda-tanda STDs adalah sakit di bahagian bawah abdomen, cecair vagina yang berbau, berwarna dan menyebabkan gatal. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda ini sila berjumpa doktor dengan segera atau ia akan menyebabkan tiub fallopio anda tersumbat dan boleh membawa kepada masalah ketidaksuburan.

sumber boleh dipercayai ini di COPY PASTE dari :  

Jawatan Kosong @ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri



dan Industri (MITI).

Iklan Kekosongan  
(Closing Date : 30 Mei 2013)


 Cartoon driver Royalty Free
Jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3 
dan 

Web: http://despatch.webs.com
Pembantu Am Pejabat Gred N1 
di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri


Klik disini untuk baca IKLAN Jawatan Kosong




Klik disini untuk muat turun BORANG PERMOHONAN Jawatan Kosong


 

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) @ SKM




Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) - 
CLOSING DATE :15 Mei 2013 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN | JAWATAN KOSONG 2013  »



 Logo SKM.jpg


Terdapat 38 kekosongan jawatan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)sebuah Agensi di bawah KPDNKK ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di SKM seperti berikut : ...

Penempatan
Bahagian Pembangunan Perniagaan
(5 jawatan)


Penempatan
Bahagian Pembiayaan Kredit
(30 jawatan)
Maklumat Lanjut Boleh Klik Di Sini...."Saya nak keje!"
CLOSING DATE :15 Mei 2013 

Thursday, May 9, 2013

Mango Festival @ Menara KL

 



Jom kengkawan..... apa lagi!!! 
Mangga... Mangga...Mangga....

Kepada penggila tegar MANGGA HARUMANIS.. Mangga SALA... (Ha yang pernah belajaq kat Perglih... gheja kat Perhlih mesti tau kan....) uuuiiii so YUMMY YUMMY...!!!

Jom masuk FREE.... macam2 produk MANGGA ada... Penuhkan MENARA KL pada:

Tarikh :      17, 18 & 19 Mei 2013
Manggo Festival / Festival Mangga


 

Monday, May 6, 2013

cara mematikan setem hasil

 
 Tadi google jumpe setem 

Gara2 nak kena pergi kursus.... aku terpaksa la menempek Mrs. GOOGLE cm,ana nak matikan setem, hasil nih... harap korang di luar sana pun dapatlah kemudahan dan kesenangan dari post aku kali ini... tadaaaa....!!!

 

ehemmm bismillahirrahmanirrahim.
di pagi yang hening ini, aku terpanggil untuk menjelaskan persoalan tentang cara :
" mematikan setem hasil "
matikan setem hasil ni sama laa kot macam nak seal agrrement.ehh? haha













haha mesti semua pening kepala kan? kan?
aku cuba laa membantu.
tapi ni pun semua aku google and aku simplify kat blog aku.


setem ni boleh dimatikan dalam dua ke tiga cara.


yang pertama,
kalau tempat korang ada pejabat LHDN,
just bring your dokumen perjanjian staright to pejabat LHDN.
pergi kaunter then cakap la korang nak matikan setem.
It will lead you to pejabat duti setem ( dalam bangunan yg sama kot )
then dia suruh isi borang, korang amik no giliran dan tunggu.
bila sampai turn korang serahkan laa dokumen tu.
then bayar sepuluh ringgit untuk satu dokumen.
bila dia panggil nama ambil la balik dokumen korang dan selesai sudah urusan anda disitu.
mudah? ye, mudah.



ini rupanya matikan setem kalau terus ke pejabat LHDN

yang kedua,
caranya beli setem di pejabat pos.
setiap setem berharga rm10.
so, same je lah ye harga semua.
then pergi la pejabat yang boleh matikan setem ni.nanti setem ni akan dicop.
antara pejabat yang boleh matikan setem ini ialah : pejabat tanah dan pejabat imegresen.

ini rupanya kalau beli setem hasil kat pejabat pos.


yang ketiga ni kalau masuk matriks kot.
just beli setem tu nanti time daftar orang yang berkenaan kat tempat matriks korang akan matikan.

ini sahaja maklumat yang say perolehi setakat ini.
kalau ada informasi yang kurang tepat atau tidak tepat, saya mohon maaf terlebih dahulu
semoga saya dapat membantu anda semua yang membaca :)

Tuesday, April 30, 2013

Etika PRU13

Ingat tau kawan2.... 5 Mei 2013 semakin menghampiri. Ada apa dengan 5 Mei? Tahun ini tarikh tersebut adalah tarikh keramat dalam menentukan masa hadapan dan corak kepimpinan negara kita Malaysia. Jangan ambil enteng perkara mengundi ini. Kalau anda berdaftar jangan sia2kan pendaftaran anda itu.... ingat UNDI anda adalah masa hadapan anda. Kerana satu undi ROSAK boleh buatkan Parti yang anda mahu sebagai pemerintah bertukar tangan. So jangan tak datang & jangan tak undi...!!!




 "Demi masa depan negara kita Malaysia, beratur panjang & tunggu lama pun tak pe, jangan MARAH2!!"
 Gambar Sekitar Proses Mengundi





"Jangan jadikan UNDI anda UNDI ROSAK...!!! No no no.... tak mau tak mau...!!"

gambar di bawah .. undi




Tapi ada etika dan cara yang digariskan oleh pihak SPR dalam pada kita gigih dan teruja untuk mengundi. So di sini saya tempekkan garis-garis melintang dan menegak tersebut sebagai panduan kita bersama.

 

Tujuan buku “Tataetika Pilihan Raya” ini diterbitkan adalah untukmenyemaikan semangat dan sikap serta tatalaku yang terbaik dalamkalangan semua mereka yang terlibat semasa pilihan raya. Dalam usahaSPR untuk mewujudkan pilihan raya yang berintegriti, buku seperti iniamat perlu disediakan untuk rujukan umum khususnya pihak-pihak yangterlibat dalam urusan pilihan raya. Ini adalah bagi memastikan sebarangtatalaku atau perbuatan yang tidak beretika, sama ada oleh calon danpekerjanya serta penyokongnya, ejen pilihan raya, parti politik dan pekerja serta penyokongnya tidak berlaku semasa pilihan raya.

Melalui Tataetika ini, beberapa aspek tatalaku atau perbuatan yangdibenarkan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan rayadigariskan secara ringkas. Secara kasar, buku ini menyenaraikanbeberapa aspek tatalaku yang perlu diamalkan dan dihormati semasapilihan raya iaitu pada hari Penamaan Calon, dalam tempoh berkempen,pada Hari Mengundi, semasa pengiraan dan penjumlahan rasmi undi dansemasa keputusan pilihan raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Oleh sebab garis panduan ini berlandaskan beberapa norma tatalakuyang boleh diterima umum, maka Tataetika ini sewajarnya perlu dipatuhioleh semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya baik individu ataupunkumpulan, di samping mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan yang diguna pakai di negara ini semasa pilihan raya.

Adalah menjadi harapan saya agar “Tataetika Pilihan Raya” ini dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak yang terlibat dalam pilihan rayasemoga dengan ini suasana aman dan tenteram serta terkawal dapatdiwujudkan sepanjang masa pilihan raya dan tiada apa-apa masalah berbangkit selepas itu.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas perhatian dan kerjasama semua pihak.

TAN SRI DATO’ SERI HAJI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


 .

Semua pihak dan penyokong calon hendaklah:
(a)Tidak membina dan menggunakan “barung panas” untuk merayu undi atau menyemak nama pemilih di sekitar kawasan Pusat Mengundi;

(b)Bekerjasama dengan pihak Polis, Pegawai Pengurus,Ketua Tempat Mengundi dan mana-mana pegawai lain daripada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam memastikan proses pengundian dijalankan dengan aman, teratur dan
mengikut undang-undang;

(c)Patuh kepada peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Pengurus, Ketua Tempat Mengundi dan mana-mana pegawai lain daripada Suruhanjaya Pilihan Raya;

(d)Patuh kepada prosedur dan arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak polis;

(e)Tidak melakukan apa-apa perkara yang boleh dianggap sebagai merasuah atau membeli undi;

(f)Tidak dengan apa cara jua pun menghalang,menggalang, mengugut atau menakut-nakutkan pemilih daripada datang untuk mengundi;


(g)Tidak dengan apa cara jua pun menghalang, menggalang,mengugut atau menakut-nakutkan pekerja mana-mana calon atau parti politik daripada menjalankan tugasnya;

(h)Tidak memasuki sempadan 50 meter atau di dalam jarak kawasan tertentu dari Pusat Mengundi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, kecuali bagi tujuan untuk mengundi atau petugas-petugas pilihan raya dan ejen-ejen parti yang dibenarkan bagi maksud yang ditetapkan di bawah undang-undang, atau individu lain yang diberi kebenaran bertulis oleh Suruhanjaya Pilihan Raya;

(i)Tidak merayu (meraih undi) sama ada bertujuan untuk menyokong atau menentang calon yang bertanding;

(j)Tidak boleh memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, topi atau tudung, barang hiasan, roset, botol air atau payung dan seumpamanya yang padanya tercetak atau tertera nama calon, lambang atau simbol mana-mana parti politik di dalam jarak kawasan 50 meter atau di dalam jarak kawasan tertentu dari sempadan mana-mana Pusat Mengundi yang ditetapkan oleh SPR;

(k)Tidak mengibarkan sebarang bentuk bendera yang mempunyai simbol parti pada mana-mana kenderaan;

(l)Tidak boleh mengganggu Ketua Tempat Mengundi atau Kerani Pengundian seperti meminta kad pengenalan pengundi;

(m)Tidak boleh diadakan sebarang sidang media atau ditemu ramah di dalam kawasan jarak 50 meter atau di dalam jarak kawasan tertentu dari Pusat Mengundi yangditetapkan oleh SPR.

Monday, April 29, 2013

Kanser Endometrium(Rahim)

Luangkan masa 2 minit anda baca info ini! mmg perlu kita tahu.. Especially WANITA!. Jom kongsi kongsi...

Gambar yang mengelikan tetapi sebagai wanita kita harus amik tahu!!

Kanser Endometrium(Rahim)- Ini adalah rahim wanita yang telah dibelah oleh doktor, Ianya sangat busuk mungkin disebabkan oleh bahagian yang berwarna kuning itu.

Mengikut teori saintifik, tisu endometrium yang mengalir ke dalam abdomen bersama darah haid akan melekat di organ keliling rahim dan tumbuh di situ. Seterusnya, setiap kali pendarahan haid berlaku, tisu ini akan tumbuh dan berdarah. Tisu ini selalunya terdapat di

1.Ovari
2.Belakang rahim
3.Dinding rahim atau otot rahim
4.Saluran fallopian
5.Parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak
6.Parut bekas pembedahan laparoscopy atau laparotomy
7.Pundi kencing

Tanda-tanda endometriosis:

- Senggugut atau sakit pada bawah perut dan pinggang.
-Berlaku sebelum datang haid dan berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian pelvic dan juga ke bahagian pinggang
-Ketidaksuburan dan kemandulan
-Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
-Ketumbuhan

Diagnosa endometriosis. Endometriosis hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan:
• V.E ( vagina examinatination ). Pemeriksaan vagina di lakukan di mana perasaan sakit timbul apabila disentuh
• T.V.S ( vaginal ultrasound scan). Ultrasound yang dilakukan melalui faraj boleh mengesan cyst pada ovari
• Laparoskopi Hanya pemeriksaan ini yang dilakukan melalui pembedahan kecil di abdomen yang dapat memastikan diagnosa endometriosis

KAITAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS DENGAN KANSER:

Wanita yang mengidapi penyakit endometriosis lebih cenderung mengalami beberapa jenis kanser. Satu kajian terkini yang dijalankan di Sweden sejak 20 tahun kebelakangan ini, dan melibatkan seramai 20000 orang wanita pesakit endometriosis, mendapati peningkatan beberapa jenis kanser di kalangan wanita tersebut

1. Kajian ini yang dilaksanakan selama 11 tahun menjumpai peningkatan risiko kanser-kanser saperti kanser ovari (90%), kanser darah (40%) dan kanser payudara (30%), pada wanita yang mengalami penyakit endometriosis berbanding dengan mereka yang tidak. Selain dari itu, satu penemuan penting ialah wanita yang mengalami penyakit endometriosis khususnya di ovari mempunyai risiko tinggi mengalami kanser ovari. Jenis kanser ovari yang paling biasa ialah kanser endometrioid dan kanser clear cell carcinoma

2.Penemuan-penemuan ini susah dipertikai kerana faktor-faktor lain (confounding factors) diambilkira sebelum keputusan dibuat, dan jumlah pesakit yang dikaji yang besar. Malahan, satu lagi kajian yang lebih besar di Sweden mendapat keputusan yang sama dengan kajian ini

3. Kajian spesimen lepas bedah kanser ovari juga mendapati kebanyakan kes mempunyai endometriosis atau sista endometriosis

4.Penyakit endometriosis melibatkan antara 7% hingga 15% wanita dalam golongan subur.Wanita yang mengalami perasaan sakit senggugut, pendarahan haid tidak teratur dan ketumbuhan di pelvis mungkin mengidapi penyakit endometriosis. Mengikut Persatuan Kanser Amerika, risiko seseorang wanita mengidapi penyakit kanser ovari ialah 1.4% sepanjang hayatnya

5. Oleh itu, para pesakit dan doktor perlu peka terhadap kemungkinan berlakunya penyakit kanser dikalangan wanita saperti ini. Pemeriksaan ultrasound dan pengeluaran sista adalah tindakan-tindakan penting yang disyorkan...


Sharing is Caring..:)

Persiapan Ke Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)

 

 Semuanya perlu di siap siagakan... list punya lah panjang... makin panjang list... makin riso dibuatnyer..

Trolley Bag
Hiking Bag
Back Pack

Lounge Suite
Court Shoes
Sport/Running Shoes
Hiking Shoes

Track Suit
Black Colar Shirt
White Socks
Skin Socks

Lap Top / Note Book
Broadband
Printer 3 in 1
Smart Phones
etc.... 
(kecik2 yg tak sangka bila dikumpulkan jadi berRM RM RM..... huhuhu)

Dalam pada kekalutan menyiapkan semua itu ada lagi yang penting nak kena siapkan... tu dia!!! Medical Check Up... huhuhu dah penuh appointment di Klinik Kesihatan Putrajaya...!!! Gilerrr....

so terpaksa la aku meng GOOGLE mencari yang pinggir2 Putrajaya janji KERAJAAN.

Looorrrr Klinik Kesihatan area Kuala Langat sumer tak ada X-Ray so kena la gi Hospital Banting...

 hbtg

Tel - 03-3187-1333
   Fax - 03-3181-8834
     Hospital Banting,
Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor
 email E-Mail - hbanting@moh.gov.my
 twitter  Twitter - @Hbanting


call punyer call... sib baik tak kena buat appointment

TAPI

kena datang waktu opis hour...
 
kalau keputusan urine dan blood dapat keluar same day... so tak yah la return Hosp Banting lagi. So aku decide untuk datang sana buat Medical Check Up on Friday.... sebelum

 

MENGUNDI......!!