Tuesday, February 19, 2013

Jika Itu Mahu Mu.....


"Sayang bagaimana  anak-anak kita dengan bonda dan ayahanda? Bagaimana persekolahan anak di sana? Ada sayang ziarah anak2?"

Bertalu2 soalan dilontarkan oleh Asyraf pada isterinya; Husna. Risau memikirkan keadaan keluarganya yang ditinggalkan jauh. Apakan daya rezeki di bumi asing. Malaysia bukan tempat untuknya. Besar dan luas bumi Allah, di mana-mana pun kita berada hakikatnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-Nya.

"Alhamdulillah, abang. Tak payahlah abang risaukan pasal anak2 kita. In sya Allah semuanya ok. Tiap2 hari Jumaat selepas kerja akan saya ambil mereka berdua dari rumah Bonda dan Ayahanda. Pakaian kotor dan uniform sekolah semua saya bawa pulang ke rumah kita. Saya rasa saya tak mahu membebankan Bonda dengan membasuh baju-baju kotor anak-anak. Biarlah saya yang buat. Tak susah pun bagi saya, abang. Macam tak biasa pula. Bonda dan Ayahnda tolong jaga mereka sepanjang hari bersekolah sahaja. Mereka pun tak ada yang merungut. Susu dan makanan segera anak2 semua saya bekalkan abang. Duit yang abang berikan untuk belanja anak2 telah habis saya gunakan."

"Alhamdulillah. Tak apa. Duit boleh dicari. Yang penting anak2 sihat dan terjaga. Lega rasanya dengar tentang anak2. Risau jugak abang fikirkan, maklumlah anak2 tak pernah berjauhan dengan sayang. Kalau jauh dengan abang diorang dah biasa."

"Untuk tahun ini sahaja abang, kita sekeluarga terpaksa mengharungi semua ini. Berjauhan di antara satu sama yang lain. In sya allah tahun hadapan kita akan bersatu kembali. Apa kan daya abang, tuntutan kerja saya seperti ini. Anak2 kita pun dah ramai. Kalau lambat saya pergi, lagi terseksa kita kelak dengan anak2 dah bersekolah. Makin hari makin dewasa mereka. Saya rasa syukur sangat Bonda dan Ayahanda sudi membantu kita."

"Oklah kalau begitu. Ingat pesan abang; jangan tinggal solat. Cuba amalkan solat Dhuha dan beramal dengan Al-Quran. In Sya Allah.... segala-galanya dipermudahkan Allah. Ok ye. Esok abang nak ke Jakarta. Sayang nak kirim apa2 tak?"

"Tak ada apa lah abang. Esok pun saya perlu keluar rumah pagi, sebab ada seminar 3 hari di KL. Ok, abang jaga diri yer. Anything call or sms."

"U2. Assalammu'alaikum"

"Wa'alaikum salam"
___________________________________________________________________

Tiga hari ni ke seminar. Harap-harap seminar habis awal. So aku boleh drive terus balik ke Klang ambil anak-anak dari rumah Bonda dan Ayahanda. Sabtu nak daftar kelas Taekwondo. Esok malam boleh panggil maid datang bersihkan rumah. Takdelah penat sangat nanti and rushing ke KL. Yang penting bilik anak2 tu bersih. Minggu lepas pun kakak dah pesan pada aku untuk vakum bilik dia. Hihihihi sorry sayang Ibu sibuk la minggu lepas dengan persiapan hari sukan pejabat... in sya allah kalau semua ikut plan, this weekend kita enjoy ok..

Itulah rutin Delaila sejak menghantar anak-anaknye yang dua orang tu ke rumah ibu bapanya di Klang. Setiap hari Jummat petang selepas kerja dia akan straight driving ke Klang mengambil anak2nya serta pakaian kotor anak2nya untuk seminggu itu. Selepas Maghrib dia akan bawa anak2nya terus pulang ke Shah Alam. Klang dan Shah Alam jaraknya tidaklah berapa jauh. Mungkin mengambil masa di antara 45 minit ke satu jam bergantung pada keadaan trafik. Delaila tidak mahu mengganggu waktu rehat Bonda dan Ayahandanya. Dia akan pulang semula ke Klang pada hari Ahad malam. Keesokkannya dia akan ke tempat kerja terus dari Klang.

Asyraf akan pulang ke Malaysia sebulan sekali dan kebiasaannya pada minggu pertama. Di kesempatan itu mereka akan membawa anak2 mereka bercuti. Agak penat bagi Delalila berulang ke sana dan ke mari namun dia sentiasa memohon kemudahan dari Allah untuk mereka sekeluarga. Orang sekeliling hanya memandang dan mengata TAPI mereka sekeluarga yang menghadapinya. Oleh itu Delaila akan memenuhi masa hujung minggunya bersama anak2. Waktu itu akan dimanfaatkan oleh mereka sama ada ke kolam renang, kelas muzik, kelas taekwaondo, berjogging, shopping dll. Dia tidak mahu anak2nya terasa ditinggalkan dan diabaikan.

__________________________________________________________________

"Bonda, diorang ok tak Bonda di sini. Senang ke susah diorang bangun pagi ke sekolah Bonda?"

"Diorang ok. Kakak aje yang susah sikit nak bangun pagi TAPI si adik senang bangun pagi. Mandi semua senang. Dia selalu siap awal. TAPI si kakak tak adalah susah pun. Cuma dia akan mandi lepas adik dia mandi. Cengkelat sikit...."

Hahahahaha (Delaila gelak di dalam hati).

Kelihatan si kakak sedang asyik mewarna dan si adik pula sedang sibuk dengan beg sekolahnya. Delaila sedang makan rojak yang dibeli dari restoran sebelum datang ke rumah Bonda dan Ayahandanya tadi.  Barang2 sekolah anak2nya sudah disiapkan. Semuanya disediakan untuk seminggu. Tidak perlu Bonda atau ayahandanya siapkan lagi. Cuma perlu siapkan mereka pagi2 dan hantar ke sekolah. Delaila telah bersetuju dengan Asyraf untuk membiarkan anak2nya berada di sekolah sehingga petang. Tidak mengganggu waktu harian Bonda dan Ayahandanya. Anak2 hanya akan berada di rumah pada jam 6.30 petang. Mereka telah siap mandi dan berpakaian tidur. Delaila telah mendisiplinkan waktu tidur anak2nya sejak dari kecil. Rutin harian yang penuh pasti memenatkan anak2nya dan jam 9 malam adalah waktu tidur anak2nya. Delaila amat bersyukur kerana kemudahan yang Allah berikan.

Setiap minggu Delaila akan bertanya pada Bondanya tentang anak2nya. Risau kalau-kalau anak2nya membebankan Bondanya apapun mereka tiada pilihan. Siapa lagi yang Delaila boleh harapkan. Ayahandanya pun tiada halangan. Bonda pun tiada masalah. Segala-galanya melegakan Delaila. Biarlah dia bersusah dan bersakit badan berulang ke sana dan ke sini yang penting anak2nya selamat.

Keputusan dan desakan orang sekeliling untuk mereka mengambil tukang gaji sepenuh masa di rumah bukanlah jalan penyelesaian kepada keadaan yang perlu mereka hadapi. Asyraf memang tidak berapa suka dengan cadangan untuk mengambil orang gaji menjaga anak-anaknya. Daripada orang gaji biarlah keluarga sendiri. Tambahan pula banyak kes-kes yang terjadi di mana AMAH MENDERA ANAK TUAN RUMAH. Kes lambung anak-anak sehingga kecederaan pada otak dan sebagainya. Ada betul juga dari bagi orang yang kita tak kenal lebih baik bagi pada ibu bapa yang pasti ikhlas menjaga cucu cucu mereka. Takkanlah mereka sanggup mendera darah daging mereka sendiri.... memikirkan semua itu maka Asyraf dan Delaila mengambil keputusan untuk menghantar sahaja anak2 mereka ke Bonda dan Ayahanda.

Pejam celik pejam celik.... lari sana lari sini..... tak sedar dah sebulan atau 5 minggu anak2nya bersekolah dan tinggal bersama Bonda dan ayahanda. Jumaat ini pula Asyraf akan pulang ke malaysia bercuti selama seminggu. Delaila tidak sabar menanti kepulangan suaminya. Anak2 telah dijanjikan dengan itu dan ini... mereka pun tak sabar untuk berjumpa dengan Asyraf.

_________________________________________________________________

"Hello, Bonda. Delaila ni... budak2 apa khabar Bonda?"
"Hello... budak2 tu tak sabar dari tadi menunggu Laila pulang. Kata kakak mahu ke Airport dengan Laila. Asyraf balik malam ni ke, Laila..."
"Ye lah Bonda. Abang Asyraf balik malam ni. Flight pukul 11 katanya. Diorang tidur tak mak ?"
"Huh.. dari sejak balik dari sekolah, duduk tercangak dekat luar tu... katanya menunggu kamu. Dah tak sabar dah nak balik ke Shah Alam dengan kamu..."
"Ohhh.... ok ok ok. In Sya Allah Laila sampai lagi 20 minit Bonda... dah masuk highway dah ni... Ok ye Bonda..."
" Ok.. drive safely, Laila..."
"Definately, Bonda. Assalammualaikum"
"Wa'alaikumsalam..."

_________________________________________________________________

Delaila tersenyum sambil menekan