Tuesday, April 17, 2012

IGLOO CINTA - 5

BAB 5


“Hoi!” Jerkah Bieha pada Marlia. Melihatkan kawannya yang seorang ni asyik termenung panjang dari tadi. Hampir 10 minit tanpa sepatah bicara melainkan tangannya asyik menggaul aiskrim di dalam mangkuk. 

“Bieha, kau rasakan mamat tu still dengan Kak Ziela ker?”
“Cop..cop..cop! Engkau termenung jauh ni dok fikir fasal mamat tu la. Yok..yok...jer dia ni. Aku ingat dia fikir nak cari kerja part time ker... nak futher study kat mana ker... alik-alik fasal mamat tu dia fikir! Betul lah kau ni, Lia!!!”

“Mamat tu tak adalah teruk sangat! Kak Ziela tu jer control lebih sangat.... jealous tak tentu fasal!”
“Dia bukan jealous tu tandanya dia tak confident dengan diri dia sendiri. Mesti dia pun ada pasang orang lain tu yang dia risau mamat tu ada spare tyre tu...”
“Kau ni pandai je Bieha, mana kau tahu Kak Ziela tu ada pasang lain?”
“Ramai dah kawan-kawan kita kata. Si kepoh Nad & the gang.... pernah kantoi dengan Kak Ziela kat Ampang Point. Tangan kat peha lagi... engkau!”

“Astagfirullah.... tak mahu la dengar! Kau ni, Bieha.... jangan cepat percaya kalau melalui mulut ni. Nak-nak pulak si Nad, Shela ngan Erin. Hiiii lagi susah aku nak percaya.”
“Nak caya, caya. Tak nak caya, sudah!!! Jom, teman aku cari pen drive kat IT World. Pas tu kita boleh balik..... engkau ada nak cari apa-apa lagi tak?”
“Aku? Tak ada.......”

Macam-macam ada dekat IT World ni. Kalau siapa yang gila gadget, kat sinilah tempat diorang suka melepak. Bertukar-tukar cerita tentang new item. Marlia lebih suka ke tempat note book. Kelihatan Nabieha sedang sibuk memilih pen drive. Marlia memberikan isyarat tangan kepada Nabieha bahawa dia ke Note Book Corner sebentar. “Jumpa kat sana!” Nabieha mengangguk faham.

Cantiknya, Note Book Pink ni....Marlia berkira-kira di dalam hati. Kalau lah dapat ke Universiti, nak minta dengan Ayah sebagai hadiah! Semangat lagi nanti aku belajar kat U. Marlia begitu asyik dengan note book pink yang berada di dalam gelas kaca. Ia diletakkan di situ sebagai promo What’s the latest for this month? Begitu bergaya jika dapat memiliki note book ini. Dia seperti tidak endah dengan keadaan sekeliling, begitu asyik dengan note book itu.
Tiba-tiba bahunya ditepuk lembut dari belakang. Marlia tidak berpaling.
“Bieha, cantikkan? Aku nak mintak ayah belikan nanti.”
Senyap seketika tanpa balasan daripada Nabieha.
“Bieha, cantik tak?” Marlia masih tak berganjak dari kotak kaca itu.

“Kalau cantik, hati dah berkenan kenapa tak beli sendiri? Kenapa mesti tunggu ayah? Anak manja!”

Sepantas kilat Marlia berdiri dan berpusing. Ini bukan Bieha, itu sudah pasti! Mata Marlia membulat! Pergerakkannya kaku! Bieha........................ mana kau!

“Marlia kan? Adik Marlisa... cam saya tak?” Marlia mengangguk.

Lelaki di hadapannya menghadiahkan sebuah senyuman. Lantas menyambung perbualan.
“Kalau cam, kenapa macam nampak hantu?” Marlia hanya mampu tersenyum. Tunduk. 

“Abang Muzzil dengan siapa? Nak ke mana? Kebetulan pulak!” Laju Marlia menyusun kata. Terketar-ketar sahaja bicaranya. Perasaannya berdebar-debar ketika itu. Bayang Nabieha tidak kelihatan. Marlia semakin panik.

“Abang sorang jer ni. Saja cari barang sikit. Boring kat rumah tak ada buat apa. Tinjau mana tau ada kerja part time kat sini. Boleh isi masa lapang, sementara tunggu result STPM keluar.” Yup, memang Muzzil seorang tiada Ziela menemani.

“Kak Ziela mana? Tak keluar sama?” Marlia cuba menjadi keadaan tidak terlalu tegang tetapi bersahaja. Sebenarnya dia MALU..........

“Ziela ada Out Door photoshoot “
“Wow, bestnya...!”
“Oklah... dia buat part time modelling untuk magazine.”
“Mesti sibuk......” Marlia cuba mengcungkil gelora hati Muzzil ketika ini.

“Sibuk, memang sibuk. Jadual pack. Nak ajak dating pun susah. Dah tak macam dulu. Tapi good for her. At least dia dapat bantu parents dia dalam persekolahan adik-adik dia. Abang bangga jugak dengan pengorbanan dia. Yang penting abang kena faham la.... tak boleh pentingkan sangat perasaan abang.”

Very understanding! Puji Marlia di dalam hati.

“Oklah... ni dari tadi sorang je. Best friend yang selalu sma-sama pergi Library tu tak ada?”
“Oh, Bieha? Tadi memang dengan dia. Mungkin dia masih tak jumpa Pen Drive favourite dia. Takpelah. Lia minta diri dulu. Lia nak cari dia.”
“Ok. Kalau terserempak lagi, jangan malu-malu. Tegur je.”
“Kalau ada Kak Ziela?” marlia tesenyum.
“Kalau ada Ziela pun takpe... tegur je! By the way, panggil saja Syah. Muzzil tu terlalu formal.”
“Ok, abang Syah. Jumpa lagi.”
“Jumpa lagi. Hati-hati. Kirim salam Marlisa.”
Marlia menggangguk dan berlalu ke ruangan lain mencari Nabieha. Bieha, mana kau Bieha.... tak sabar aku nak cerita ni! Mana kau, Bieha....


Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera,
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

Bieha...Bieha.... ni mesti Bieha call ni.....! mana pulak handphone ni..?

Tapi Kanda mahu cahaya mata,
Dinda belum bersedia,
Kanda dah beria ria,
Jadi yg mana satu?
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Aduh! 1 Missed Call... Flip handphone dibuka. Home.
Mesti Ibu yang call ni, tak mungkin kak Lisa. Kalau Kak Lisa mesti sms je. Tanya aku kat mana...

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera,
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

Cepat...cepat ... nanti Ibu marah banyak kali call tak angkat.

My BFF.calling.....
Yes! Bieha!
Bieha..... kau kat mana? Puas aku cari kau! Tak jumpa pun.... kata nak jumpa aku kat Note Book Corner! Lama tau aku tunggu kau kat sana.... kau kat mana ni?”

“My Dear friend, Marlia. I’m enjoying my creamy Chocolate Dipped Waffle with Berries inside! Yummy!!
“Sampai hati tak tunggu aku! Kata nak balik..... menjadi pulak dia ke Baskin Robbins sorang diri!”

“Excuse me! Aku dah cari kau kat sana ok, amboi..amboi...! Sedang bercengkerama di balik awan disinari cahaya bulan.... dengan cik abang sayang. Sampai aku yang dok lambai-lambai cam orang gila kat belakang mamat tu. Dia boleh buat derk jer...!!”

“Sumpah! Aku tak nampak kau Bieha! Tunggu kat sana aku datang....”
“Cepat...... aku tinggalkan sikit Waffle untuk kau!”
“Ok...ok..ok...tunggu Bieha!”
“Ye... aku tunggu!”

Laju langkah Marlia. Takut betul dia kalau perkara tadi boleh menjejaskan persahabatan dia dan Nabieha. Tapi sumpah, memang dia tak nampak pun Nabieha. Ketika itu dia tersenyum sendiri....

Kelihatan Nabieha duduk di hadapan counter table Baskin Robbins. Tangan Nabieha dipegangnya. Berkali-kali dia minta maaf dengan Nabieha. Mujurlah kawannya itu tidak pernah ambil hati dengan Marlia. Nabieha kenal betul dengan Marlia. Kalau berkali-kali dia minta maaf, memang betul dia tak nampak Nabieha. Dia saja menyakat kawannya itu. Kadang kala dengan cara itu menambahkan lagi kemesraan mereka berdua. 

Mereka berdua menghabiskan baki-baki aiskrim dengan gelak tawa. Kemudian mereka mengatur langkah pulang. Perjalanan pulang petang itu sangat bermakna bagi Marlia. Kejadian ditegur oleh Muzzil Syah benar-benar berjaya membungakan hatinya. Hati seorang remaja. Kegembiraan dan keterujaan itu dikongsi bersama Nabieha.

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera,
Ssshhhh!! Nabieha memberikan isyarat senyap kepada Nabieha.
“Wa’alaikumsalam. Ya, Ibu. Lia tengah jalan kaki ni dengan Bieha. Nak balik dah ni……..Erm…erm…. Ok..ok… insya’allah kurang 15 minit Lia sampai. Ya..ibu. Ok…”
“Ibu…” beritahu Marlia pada Nabieha selesai bicaranya di handphone.


_________________________

Amiiinnn..... Alhamdulillah. Selesai sudah Puan Malika dan anak-anaknya solat Maghrib berjemaah. Begitulah Puan Malika. Dia pasti akan cuba mencari masa yang sesuai untuk anak-anaknya berjemaah bersama-sama. Tak dapat setiap hari, seminggu sekali pun jadi. Pesanan En. Harith suaminya sentiasa mencari waktu berjemaah dengan anak-anaknya ditunaikan. Kalau ada suaminya di sini sudah pasti setiap hari solat Maghrib berjemaah. 

“My, Tuhan menganugerahkan kita dua orang anak perempuan. Tahu tak apa kelebihan di sebaliknya?”
“Tak tahu abang...”

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan, atau tiga saudara perempuan, atau dua anak perempuan, atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga”

“Alhamdulillah.... begitu sekali ganjaran yang dijanjikan Allah pada hamba-hambanya.”
“My, ingat pesan abang. Lisa dan Lia makin membesar. Pimpin anak-anak mengikut jalan-Nya. Solat berjemaah adalah masa yang terbaik. Abang nak My cuba praktikkan solat Maghrib berjemaah. Tahu kenapa abang tekankan Maghrib, tidak Isyak’... atau Subuh?”

“Sebab.......”

“Sebab melaluinya, kita dapat disiplinkan anak-anak agar pulang ke rumah sebelum waktu Maghrib. Tak elok anak-anak perempuan dibiarkan berada di luar rumah pada waktu Maghrib dan ke atas melainkan jika bersama-sama kedua-dua ibu bapanya. Ingat tu...”
“Insya’allah My akan pikul tanggung jawab ini Abang.....”

________________________

“Ibu, bagitahulah Lia fasal good news tu!”
“Burp..! Good news apa Ibu? Apa yang ibu rahsiakan ni daripada pengetahuan LIa...”
Finish your food first. Then Ibu akan bagitahu. Tak elok mulut penuh, bercakap!” Serentak Marlisa dan Marlia mengangguk tanda faham.

Mereka berdua merasakan makanan pada malam itu sungguh istimewa. Puan Malika menyediakan kesemua makanan kegemaran anak-anaknya. Ikan Bawal masak Sweet & Sour adalah kegemaran Marlisa manakala TowFoo with Oyster Sauce adalah makanan kegemaran Marlia. Puan Malika juga menyediakan Kerabu Magga dan jelly sebagai dessert. Berselera sungguh anak-anaknya. Ditambah pula dengan extra air tangan ibu. Tambah menyelerakan.

“Ok dah. Ibu.” Tidak sabar Marlia mendengar berita yang akan disampaikan ibunya.
“Petang tadi ibu dapat email dari Ayah.”
“Bila...bila... Lia nak minta sesuatu dari ayah ni. Bila Ibu, Ayah nak balik?”
“Cuba bersabar. Ibu nak bagitahu lah ni.”
“Lambat sangat Ibu cakap... Lia dah tak sabar!”
“Tu lah... seharian tak ada kat rumah! Pergi dating.... kan dah miss good news!”
“Kakak ni, kan dah bagitahu Lia keluar dengan Bieha. Teman dia cari pen drive kat Wangsa walk. Bukannya pergi mana....”

“Lisa, dah. Kalau tak sakat adik kamu dalam sehari tak sah! Bukan Marlisa lah tu....”
Marlisa ketawa bersahaja. Tak tahan dia melihat keruk-keruk di wajah Marlia cuba mempertahankan ayat-ayatnya. Marlia menarik nafas lega apabila Puan Malika cuba menghentikan sakatan kakaknya. Risau juga kalau peristiwa di IT World petang tadi sampai ke pengetahuan Puan Malika dan Marlisa. Bukan berniat untuk merahsiakan tapi baginya perjumpaan itu tiada yang mengaibkan atau terlarang Cuma terserempak dan perbualan kosong sahaja di antara dia dan Muzzil Syah. Ye ke kosong? Ah, lupakan sahaja....

“1st December ....10.45PM.... at KLIA. Ayah akan pulang ke Malaysia untuk bersama-sama dengan Ibu, Kak Lisa dan Lia untuk selama-lamanya.”
“Selama-lamanya Ibu? Ayah dah resign?”
“Ya, sayang.” Ketiga-tiga beranak itu tersenyum!
“Alhamdulillah Ibu....... akhirnya keluarga kita akan bersatu. Teratak H.M akan penuh dengan kasih sayang Ayah, Ibu, kak Lisa dan Lia....Can’t wait for that day....!”


_____________________

No comments: